Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Flora Kafe, Amp Walk

sangat cantik!
saya suka setting kafe ini.
and the foods were not bad at all.
(their specialty are Johor traditional dishes such as Laksa Johor & Mee Bandung)
saya makan sotong kangkung dan mango juice!

saya ambil dua keping gambar je tadi. sebab ala2 termenung sebentar. haha. anyways. what i like about this cafe is.....

the chiavari-ghost chair. nice!

and the big, colourful roses. so cantik!!!

singgah la ;)

Flora Kafe
Lot G08-1
Ground Floor
the Ampwalk


p/s : the owner, Razak owns Flora etc too (he is the one who is responsible for breathtaking white rose pelamin for Marion Caunter & SM Nasarudin wedding)

Thursday, December 23, 2010

Sentul West - KLPac

korang perasan tak yang negara kita, Malaysia yang beriklim khatulistiwa ni ada banyak tempat-tempat menarik? bukan setakat pulau-pulau, makanan yang best-best, hutan tropika yang cantik.

tapi taman-taman.

kalau di New York kita ada Central Park, di London kita ada Hyde Park, kat KL?
mesti korang jawab Titiwangsa kan?? Hehe. Ye, betul. Itulah taman nostalgia buat saya. Kenapa? Bukan tempat dating ye. tapi saya sekolah di situ. Sekolah Jalan Kuantan 2. selain dari Titiwangsa, kita juga ada Lake Park (Taman Tasik Perdana), Taman KLCC dan lelain. baru-baru ni, saya berkesempatan ke satu lagi taman yang dibangunkan oleh YTL Holdings iaitu Sentul West. Yang memang letaknya di tengah-tengah bandar KL, di Sentul to be exact. Kawasan di mana terletaknya KLPac atau KL Performing Art Centre.

Tempat itu sangat cantik!! boo hoo. orang lain dah lama tahu kot. It was my first time there. :P And being a sucker for historical building, arts and tranquility, i fell in love with the park instantly! justeru, saya mahu kahwin dalam suasana ini. atau maybe amik gambar kahwin la kot. :P tak kira!!





one thing that i regret is that i didn't bring my D5000 that day. all pictures were taken by my BB. :) ada juga snap guna touchytouchy, tapi my touchy masih dengan tuan yang satu lagi. so takleh nak upload. saya berjanji saya akan pergi lagi ke sini. maybe untuk picnic atau makan di cafe KLPac je.

tenang kan?
oh tak sabar nak Y.E.H.
Woot!

Sunday, September 5, 2010

demam nak sambut raya


hi korang!
just got back from Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Plan ngan Didi nak ke sana esok pagi dicepatkan ke malam/tengah malam ini untuk cari tudung dan beberapa benda. 

Jalan TAR, the busiest area in Kuala Lumpur during the whole Ramadhan and near to Hari Raya will be the peak of the business there. Kemeriahannya lain macam betul. Kalau bertahun-tahun yang lalu (masa zaman study) pernah jugak ikut Pak Teh yang sememangnya gemar shopping persiapan raya di sana. Mana taknya. Kat Jalan TAR korang boleh jumpa everything. Dari baju melayu, baju kurung, songkok, kasut, tudung, butang baju melayu, kerongsang, rantai, dodol, satar, serunding, alas meja, bunga, macam-macam lah. Dari barangan bayi berusia sebulan hinggalah barangan tok nenek yang dah lanjut usia. Semua pun ada!

Kali ini adalah kali ke-2 untuk tahun ni saya ke Jalan TAR. Semangat kan? Dua2 kali teman orang. First time dan second time berbeza. First time pegi, barang masih murah. Harga boleh mintak tawar. Cuaca baik. Saya ke sana malam sebelum merdeka. Tak ramai sangat masa tu. 

Tadi pegi temankan Didi yang nak mencari tudung. Saya pun amik kesempatan nak beli benda2 yang sama lah. Tudung, kerongsang. Etc. Barang kaum hawa la. :) Tapi tadi, masuk gerai yang ke ntah nombor berapa ntah tetiba hujan renyai. Memang saya respect habis la warga KL (dan warga2 Malaysia yang lain juga) yang sangat berhujan semata2 nak membeli belah untuk persiapan hari raya!!! 

Dari pengamatan saya lah, memang ramai yang hadir ke Jalan TAR. Sama ada nak cuci mata sahaja. Atau memang nak membeli. Ada yang penuh kedua belah tangan. Dengan carpet nya, bunga lagi, langsir dan lain2. Ada pulak yang sibuk mencuba songkok, sampin dan capal utk dipakai dipagi raya agaknya. Seronok ok! Tengok orang2 yang bersemangat nak beraya. Hihi. Kita ni bukan tak semangat, tapi semua dah habis selesai. Settlekan awal2 lagi. Tapi memang bila ke Jalan TAR ni semangat nak raya tu meluap2. 

Cuma dalam pada seronok melihat dan bershopping, rasa sedih juga bila tengok bayi-bayi kecil yang dalam stroller, yang didukung (sambil tutup kepala guna napkin sebab hujan) dan sebagainya. Kesian mereka. Jam dah melangkaui pukul 12 tengah malam, tapi mereka berada di celah2 ratusan manusia di Jalan TAR. Dah lah kesesakan manusia, bila ditolak stroller itu, lagi lah jadi jammed. Hihi. Dan bayi dalam stroller tentu tak selesa. Saya dan Didi geleng kepala saja apabila mereka guna stroller untuk tolak kita...hahaha takpelah kan. Depa pun nak raya.

Harga kalau tak pandai tawar memang rugi. Tadi saya menawar hanya untuk kurangkan RM5 sahaja. Budak jual jeans itu sampai minta nombor handphone sebab nak bagi diskaun lagi RM5. Saya bagitahu dia "saya dah kawin takkan awak nak no handphone saya?". Terus dia simpan handphone dalam poket dan ambil duit RM60 sahaja dengan diskaun sebanyak RM5. Hahaha selamba kan? Terima kasih bertalu2 saya ucapkan dan terus kami beredar cepat2 takut dia berubah fikiran. Hahaha. Itu je lah kot cerita malam/pagi ni. Seronok sangat! Tambahan pulak hari ni (Sabtu) dapat buat 3 jenis biskut. Puas hati. Esok (Ahad) mahu buat lagi 2 (satu tambahan, satu resepi baru). Alhamdulillah. 

Dan sampai ke penghujung. Penghujung Ramadhan dan penghujung entry ini. Sedih rasanya nak meninggalkan bulan Islam kesukaan saya ini. Ramadhan membuatkan saya tenang. Alhamdulillah, saya gembira menjalankan ibadah sepanjang bulan ini. Semoga Kau mempertemukan aku dengan Ramadhan sekali lagi Ya Allah. Amiin..

Ok, kalau sesiapa yang belum shopping raya, sila lah ke Jalan TAR. Lagi lewat, lagi murah. Malam raya memang dia jual harga paling murah punya. So, orang KL ke, orang Selangor ke, orang Penang ke, Kelantan ke, marilah beramai2 ke Jalan TAR. Meriah uolss.

ok dah. bye!




Thursday, May 13, 2010

Thomas Cup 2010


history on Thomas & Uber Cup Championship here

ok. last Malaysia menang Piala Thomas adalah pada tahun 1992. iaitu semasa saya berumur 9 tahun, darjah 3. masa tu oklah kot. lompat2 sebab suka Malaysia menang.

gambar dari utusandotcomdotmy

dan tahun ini, 2010. saya berumur 27 tahun dan Kejohanan Piala Thomas 2010 (dan Piala Uber) berlangsung di Kuala Lumpur. Bukit Jalil to be exact. mesti tengok lah kan. siapa kata tak tengok. 

cuma yang tak bestnya, satu, semasa menonton, saya rasa jantung ini bagai nak gugur - menanti keputusan dan menyaksikan aksi-aksi pemain (Malaysia).

bukan tak mahu menonton Uber Cup, tapi tak berkesempatan. masih berada di pejabat sewaktu permainan berlangsung.

untuk makluman semua, selepas perlawanan pasukan Malaysia ditewaskan oleh pasukan Jepun tempoh hari, saya semalam tidak menonton perlawanan Malaysia - Denmark. terasa rugi. tapi adalah reason. reasonnya, saya masih di pejabat dan tidak sampai hati menontonnya. sebab takut kena heart attack!!!!! saya hanya berkesempatan menonton separuh perlawanan Wong Choong Hann sahaja. semasa perlawanan dengan Jepun itu, memang lah saya menonton hingga habis. dah la tukang karut pengulas sukan itu ayatnya tak konsisten. kejap pasangan ini serasi, digandingkan dan akan membuat kejutan. bila dah kena blasah cakap lain. haih tv, tv....

malam tadi saya cuma update tentang game hanya melalui Twitter je. thanks kengkawan Twitter yang update saya seperti Melissa, Enche Sani, Puan Kopi!!! alhamdulillah Hafiz menutup peluang Denmark dan membuka laluan ke separuh akhir untuk pasukan Malaysia. jangan main selamba sangat ye!!!

gambar dari bharian online

tapi kan. pagi tadi sebelum ke pejabat, saya sempat tonton re-run match Dato' Lee Chong Wei menentang Peter Gade (dan menang!). saat mata terakhir tu diterima, tetiba air mata ini menitis.

oh patriotiknya saya! :P

tak sabar nak layan game lagi!! sapa2 nak jual tiket game Malaysia-China? atau bagi free saja, let me know. teringin lah!

ok. itu je. bye!!!

p/s : tetiba rasa dah lama tak main badminton. alasan - tapak kasut tercabut dan pemegang raket dah haus.