Thursday, May 13, 2010

Thomas Cup 2010


history on Thomas & Uber Cup Championship here

ok. last Malaysia menang Piala Thomas adalah pada tahun 1992. iaitu semasa saya berumur 9 tahun, darjah 3. masa tu oklah kot. lompat2 sebab suka Malaysia menang.

gambar dari utusandotcomdotmy

dan tahun ini, 2010. saya berumur 27 tahun dan Kejohanan Piala Thomas 2010 (dan Piala Uber) berlangsung di Kuala Lumpur. Bukit Jalil to be exact. mesti tengok lah kan. siapa kata tak tengok. 

cuma yang tak bestnya, satu, semasa menonton, saya rasa jantung ini bagai nak gugur - menanti keputusan dan menyaksikan aksi-aksi pemain (Malaysia).

bukan tak mahu menonton Uber Cup, tapi tak berkesempatan. masih berada di pejabat sewaktu permainan berlangsung.

untuk makluman semua, selepas perlawanan pasukan Malaysia ditewaskan oleh pasukan Jepun tempoh hari, saya semalam tidak menonton perlawanan Malaysia - Denmark. terasa rugi. tapi adalah reason. reasonnya, saya masih di pejabat dan tidak sampai hati menontonnya. sebab takut kena heart attack!!!!! saya hanya berkesempatan menonton separuh perlawanan Wong Choong Hann sahaja. semasa perlawanan dengan Jepun itu, memang lah saya menonton hingga habis. dah la tukang karut pengulas sukan itu ayatnya tak konsisten. kejap pasangan ini serasi, digandingkan dan akan membuat kejutan. bila dah kena blasah cakap lain. haih tv, tv....

malam tadi saya cuma update tentang game hanya melalui Twitter je. thanks kengkawan Twitter yang update saya seperti Melissa, Enche Sani, Puan Kopi!!! alhamdulillah Hafiz menutup peluang Denmark dan membuka laluan ke separuh akhir untuk pasukan Malaysia. jangan main selamba sangat ye!!!

gambar dari bharian online

tapi kan. pagi tadi sebelum ke pejabat, saya sempat tonton re-run match Dato' Lee Chong Wei menentang Peter Gade (dan menang!). saat mata terakhir tu diterima, tetiba air mata ini menitis.

oh patriotiknya saya! :P

tak sabar nak layan game lagi!! sapa2 nak jual tiket game Malaysia-China? atau bagi free saja, let me know. teringin lah!

ok. itu je. bye!!!

p/s : tetiba rasa dah lama tak main badminton. alasan - tapak kasut tercabut dan pemegang raket dah haus.

12 comments:

thesweetlittlecat said...

aku rasa semalam siapa2 yg tgk BP turun naik.. lama2 kena hipertention! :)

p.s.: aku xbrani nak tgk MAS vs CHINA sok! aci tak?

didi said...

oh, aku ingat aku nangis tgk Thomas Cup 1992 dulu.
emo.

ye, komentator tidak mempunyai pendirian yang tegas. bila bagus, puji lah. bila tak berapa bagus, bincang advantage denmark sebab player diorang tinggi2.

wey, dulu sidek family tinggi sgt ke? sila jgn bagi komen yg tak menunjukkan kebijaksanaan anda sebagai 'ekspert' badminton.

razif pulak mcm tak tau nak cakap ape. just aya2 standard macam 'skuad malaysia harus berusaha' atau 'mendapat markah, walaupun satu sahaja adalah penting'.

oit, itu aku pun boleh cakap.
with more enthusiasm, some more.

Enche Sani said...

menitis air mata? gila la lu kakak.. wahahaha.....

My Love.. said...

aku xsanggup tgk smlm..after 1st regu lawan menang..ada anak aku bkenan jadi player badminton ni..

Lady said...

heh, kalau perasan si razif tu banyak diam je.. especially bila choong han n 2nd double tu kalah~ si shaukey tu kena suruh2 razif cakap. tak best la dia. ayat2 tak pro like didi said.

apa pon, kita patriotik kan~ tak sabar tunggu game dengan china esok. huh. harus kita lebih bersemangat!

swit@kon said...

thesweetlittlecat

Malam ni aku rasa aku akan minta update kot twitter je la. Seram!

swit@kon said...

didi,

aku punyalah angin ngan commentator tu. sakit hati sampai aku MUTE tau.

rasa nak cili mulut diorang. cuba ko dgr commentator tv9 lagi lah. ko tgk Arena kan. hahaha.

Razif tu, dia pemain badminton. bukan pengulas sukan. dia bleh tengok dan rasa nak main serta tak smp hati komen kot

swit@kon said...

Enche Sani,

ai memang patriotik ye. rasa terharu. dengan pengorbanan mereka. hahahaha

*emo*

swit@kon said...

My Love,

takpelah weh. tengok je. bagi anak kau lompat2 dalam perut. kalau rasa tak bleh, ko lari g tempat lain. mana tau. ada anak-anak Basiq pulak lepas ni menggantikan anak-anak Sidek!

swit@kon said...

Lady,

kalau aku dpt tiket, konfirm aku pakai baju Rimau dan bawak bendera Malaysia.

sure nanges jurai2 kalau MAS kalahkan China ok!!!!!

jom doakan mereka berjaya!

1 Malaysia!! (tetibe)

didi said...

kau dan aku boleh jadi kommentator lagi hebat k?

selain dari komen pasal game tu sendiri
dgn penuh emosi dan passion
boleh komen pasal fesyen rambut pemain
macho ke tak
uniform dia design lawa ke
seluar dia ketat sangat ke

SO MANY THINGS!!!!!

swit@kon said...

didi

tau takpe.
ala di, senang camni.
kita tgk malam ni. MUTE.
sound effect sendiri buat lah.

ok per!