ok. it's officially December. 1st December 2009. cepatnya masa berlalu.
everywhere in Malaysia you can see those S.A.L.E posters.
its YES time. Year End Sale. *jerit*
mana-mana pun sekarang ni penuh dengan sale sana sini selain daripada deco christmas.
sangat suka! tantek.
tapi satu yang saya nak kongsi dengan korang. pasal sale la.
being a shopaholic myself (ehem!) saya telah merasakan bahawa tidak worth it untuk membeli masa2 sale ini. maksud saya ialah sekiranya memang dah terlalu banyak duit itu, nak splurge pun saya peduli hape.
tapi ini sekadar gila shopping tapi nak shopping secara berbaloi. rasanya kebanyakan kita nak shopping best2 dan worth of money yang dah keluarkan?
sebab apa yang saya nampak dan dah banyak kali terbukti, yang sale2 ni macam ta ya pa wau jek!
sebenarnya macam tak sale pun. harga asal yang dinaikkan berkali2 ganda dan bila diberikan less, jadilah harga asal kembali. sedih sangat bila fikir tau.
benda ni selalu je sebenarnya jadi kat shopping mall paling selalu sale kat KL. ass owh so gee owh go tu la. memang tak dinafikan ada juga barangan yang memang betul2 murah. tapi sebenarnya kalau barang2 yang memang berjenama dan mahal. jangan harap dapat murah.
masa macam ni lah saya nak bandingkan jualan murah di malaysia dan di luar negara. kadang2 bila tengok online sale kat website macam ASOS, Victoria Secret semua tu memang sangat teruja. terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan harga asal. contoh lah, saya beli kasut Charles And Keith di Singapore. 70% dan 50%. takde pun dia naikkan harga semata2 nak meraih untung. tapi itu yang terjadi kat Malaysia.
paling recent, sabtu lepas. saya ke sebuah pusat membeli belah. di tengah Kuala Lumpur.tengah cuti Hari Raya Aidiladha, so memang ramai orang. kebetulan sale dah bermula. saya sempat lah menjengah ke eii say tan. kunun2 nak jenguk2 apa yang boleh disambar. kata ada voucher. hehehe. seronoknya la hai. tengok ada sale kasut! ye kasut! ALDO pulak tu. mana tak meleleh air liur. terbuntang lagi mata bila tengok semuanya 70%, 50% and yang agak baru2 punya design 30%. cik ahkon-pembeli-tegar-kasut pun belek dan membelek. satu per satu.. berkenan dengan satu kasut tu. pusinglah kat tapak. nak tercabut butang baju aku!! RM 972. boleh? lepas less 50%, cuba korang kira..ala lambat. jadi RM 486. kenapa baju aku nak terbukak? sebab harga asal kasut tu kat kedai sebenarnya memang RM 486 okeh. itu bermakna, depa mark up lagi harga supaya jadi harga asal kembali walaupun selepas less 50%. ini adalah perkara keji yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian yang berkenaan. camne lah orang2 kita ni tak berkejar pegi warehouse sale yang semakin berleluasa skang ni?? sebabnya zaman sale2 di malls ni dah tak relevan. mahal melampau dan menipu!
saya harap perkara ini dapat lah diberi perhatian serius. sebagai usaha menjana ekonomi negara juga. :D dan termasuk usaha menambah koleksi kasut saya. haha.
*telah jatuh chenta dengan sepasang kasut di Vincci+*

