Showing posts with label review makan. Show all posts
Showing posts with label review makan. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Makan Review : Breakfast @ Warung Bunian/Tapak Sulaiman


hi korang.
ingat tak dulu saya penah buat review pasal Warung Bunian atau nama sebenarnya Warung Tapak Sulaiman?

kalau tak ingat, cer klik link ni : Makan Review : Warung Tapak Sulaiman (Warung Bunian)
last time hanya tahu yang lunch sahaja.
but sekarang ni baru saya tahu ada menu breakfast dan menu berbuka puasa.

so, selepas hampir 3 bulan bercuti (maternity leave), apa lagi. terus tunaikan niat nak makan kat warung ni setelah hampir setahun lebih tak jenguk. parking dah makin ok, proper dan lebih banyak ruang untuk kenderaan pengunjung.

untuk sarapan pagi atau breakfast.
ada few choices. nasi lemak dan roti canai.
kami try nasi lemak bungkus that day.


macam nasi goreng pattaya kan?
hehe. ada dua jenis nasi lemak. satu yang berbungkus telur dan satu lagi nasi lemak telur goyang. 
next time kita try yang itu pula k!
rasa? just nice. nasi and sambal and telur blend and compliment each other. 
plus kopi o panas. whoaaa. terbaekkk baq ang.
taip ni pun dah rasa nak g amik kunci kereta and drive untuk breakfast kat sana. haha!

ok, gi try k. enjoy your meal. enjoy your life. haha
saya bagi balik koordinat untuk ke warung bunian ni k. 2.908737, 101.727188.

happy weekend everyone!

p/s : ini adalah review tanpa bayaran. just to share tempat best! :)

Monday, December 23, 2013

Travel Review : Kaffa Espresso Bar, PIA



the latest addition in Penang International Airport (PIA).








very nice, chill area kan?.
with light bulbs, cool chairs and awesome selection of coffees and cakes!
they even have two pinball slot machines.
we chill a bit yesterday night before i flew back to KL.
had hot choc (to avoid sleepless night - high on coffee).
wanted to try the cake (red velvet etc) but hubs bising cause i just had nasi lemak kukus! :p

to get there, visit Penang International Airport :).
or just go to their other outlets:

1. Damansara Uptown
97G, Jalan SS21/37 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +6 03 - 7732 4502

2. Georgetown, Penang
22, Green Hall, 10200 Pinang George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: +6 04 - 262 2822


more infos, visit their webpage here : http://www.mykaffa.com/

Wednesday, April 3, 2013

Makan Review : Warung Tapak Sulaiman (Warung Bunian)


lamanya tak buat review makan-makan.

kali ni nak buat review pasal Restoran Tapak Sulaiman.

Nama lain restoran ni adalah restoran bunian. kenapa? bukan sebab yang mistik tapi lebih kepada sebab kedudukannya yang agak tersorok daripada dunia luar.
Lokasi restoran adalah di Kampung Limau Manis yang letaknya di antara Putrajaya dan Kajang.
Akses masuk ke sini adalah melalui Sungai Merab atau Pinggiran Putrajaya.
Nak mudah, saya sertakan GPS coordinatenya.
2.908737, 101.727188.

kami pergi last two weeks. mula-mula plan 10 orang. tapi last2 pegi 7 orang je. and kena booked before pergi. kalau lewat memang takkan dapat seat. nombor untuk dihubungi adalah 0173812246.

kalau merujuk kepada blog puan bos saya, menu setiap hari berbeza. kami pergi haritu hari isnin, menu adalah masak lemak ketam, ayam goreng, ikan goreng kicap.

warung bunian, pilihan JJCM. before & after view



makan kat sini memang best. area kampung. sambil ditemani bunyi-bunyi angsa, ayam dan banyak bunyi lain.
overal verdict? 5 star!
aduhai. ni dah terliur teringat ketam lemak tu.
haih.
qilah, kita kena pegi lagi sekali ni. haha.
 

selamat mencuba!

Wednesday, October 3, 2012

Carta : Bubble Tea


kegilaan bubble tea dah lama.
saya masih ingat zaman sekolah dulu depan panggung wayang midvalley tu orang ramai beli air yang ada biji2 hitam. dulu takut nak mintak kat mak. dah ada duit sendiri baru boleh beli kan? :P
dan addiction makin menjadi2. tapi apabila ia berjaya mempengaruh encik suami untuk menjadi terlalu obses dengan bubble tea, rasa cam semakin best. hahaha.

Apa tu Bubble Tea?
Bubble Tea adalah sejenis minuman teh susu yang diletakkan 'pearl' iaitu bijian bulat tepung ubi (chewy tapioca balls). Kunyah tapioca balls tu memang best! Minuman ini berasal dari Taiwan. 

saya tahu ramai yang berminat dengan bubble tea dan macam2 jenama atau brand bubble yang dah ada kat malaysia skang kan. jom kita tengok satu per satu.

1. Little Taiwan



Jenama ni bubble tea paling awal yang saya cuba. Oulet Alamanda. Everytime gi Alamanda, mesti beli. Sebab masa tu ada kupon 20% diskaun. Hahaha. kesukaan : red pearl milk tea dan hazelnut pearl mik tea. yummsss. skang dah jarang beli kat kedai ni. sebab harga mahal skit dan tak berapa kick dah rasanya. kupon pun dah takde lagi. :P

2. Each A Cup



Ini antara jenama yang paling banyak outlet. Terutama dekat tesco atau carrefour. Tapi bubble yang saya suka hanya milk tea with pearl sahaja. kesukaan : roasted pearl milk tea. jenama ni hanya dibeli sekiranya semasa jalan2 tak jumpa jenama lain. haha.

3. ChaTime (pronounce as cha; time. bukan chat; time)


Ini adalah outlet di mana kalau pegi kat area pavilion panjang sungguh queue. rasa macam nak marah pun ada. hahaha. Chatime ada pelbagai perasa yang diinovasikan (setahu saya la). kesukaan adalah : pearl mik tea, chatime roasted milk tea. this brand is at #3 of my bubble tea chart. for time being.

4. Gong Cha



my ever favourite signature winter melon tea (with bubble) can be found here. terbaik!!! sip the top frothy part, then the tea. after that stir kedua2 dan enjoy!!! food-gasm to max. hahaha. this was the #1 bubble tea for me because of the one and only signature winter melon tea. but as i come to discover come buy, this is the #2. it dropped from the #1 position because of the outlet is quite far from my place. huhu. the nearest is at puchong. T__T



5. come buy




Ultimate QQ

don't judge a bubble tea by its name. my OUR current craze and happens to be their best seller : Ultimate QQ Milk Tea. Milk Tea with combination of pearl and grass jelly. AWESOME!!!!! To date, i already purchased my 15th cup of Ultimate QQ. :) favourite store : shaftbury square outlet. :). this is my #1 bubble tea brand and the drink is the best. love it!! until the next new brand i say? :D

so. all the above are my ultimate favourite bubble tea store.
basically i LOVE the basic milk tea with pearl.
no fruity or other flavours for me.
love the plain one.

so, thats it.
if you guys never tried bubble tea, please do so.
oh. writing this just reminded me my last cup of milk tea was on sunday.
must go tomorrow!!!

sluurpppp.

Wednesday, August 29, 2012

Makan Review : Churros Royale



semalam keluar mencari piala untuk event. lunch di rathaa banana leaf house, puchong. memang terbaek ayam 65 itu! terliur :P.

lepas lunch nak jalan ke kereta, ternampak ada kedai baru. Churros Royale namanya. mestilah jual churro kan? what is churro?

"churro, sometimes referred to as a Spanish doughnut, is a fried-dough pastry—predominantly choux—based snack. Churros are popular in SpainFrance, the PhilippinesPortugalLatin America (including Spanish-speaking Caribbean islands) and theUnited States. There are two types of churros in Spain, one which is thin (and sometimes knotted) and the other which is long and thick (porra). They are both normally eaten for breakfast dipped in hot chocolate or café con leche." ~ Wikipedia

 its a cafe style shop. korang boleh nampak cara diorang sediakan churros. kaedah goreng selepas dikeluarkan dari acuan (yang macam sterring kapal haha).






so, apa yang dibeli? churros biasa with chocolate dipping. ada banyak jenis yang lain boleh di try. semalam macam nak yang ada filling vanila. tapi sebab full dengan nasi daun pisang tu, takleh masuk lah.

taste wise saya puas hati. cuma penggunaan minyak tu. even dia hanya guna sedikit tapi bila part keringkan minyak before serve tu mungkin tak dibuat betul2. macam banyak je minyak lebih2 melekat kat paperbag. i was told outlet yang dekat puchong tu adalah outlet ke-2 tapi berfungsi sebagai HQ. satu lagi outlet Churros Royale ada di Tropicana City Mall. For more info regarding Churros Royale, korang boleh tengok official website and facebook page diorang.

Overall rating? saya bagi 3.5 out of 5 stars. But saya akan pergi lagi untuk rasa yang ada filling plak. Atau pilih dipping lain.



  • No. 28-G, Dataran Puteri 3, Jalan Puteri 1/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
  • Lot LG-19 Tropicana City Mall



Tuesday, July 3, 2012

Review Makan : Mee Ketam KL



:)
dah lama tak buat review makan.
so, here goes!
last two weeks, after one class and while waiting for another class, we went to lunch.
the venue was Mee Ketam KL.
Lokasi : Shah Alam. Kenapa nama Mee Ketam KL plak?
Entah. haha. tak sempat tanya :P

Ada banyak menu. Antaranya Mee Kari Ketam, Mee Sup Ketam, Mee Kari Udang Galah, Mee Sup Udang Galah, Ketam Cili dan banyak lagi.
Saiz ketam dan udang korang boleh pilih. Harga beza sikit. Lagi besar, lagi mahal.

kedai dia very cozy. selesa la. layan ok.
hehe

rasa? sedap. kalau nak bagi bintang, saya bagi 4 dari 5 bintang.
1. kuah kari dia tak terlalu pekat
2. ketam dia normal size tu tak kecik sangat, tak besar sangat
3. fresh. masak tang tu jugak. bukan dah siap2.

semalam ke bila tah tengok MHI, baru dapat tau yang diorang dah bukak satu lagi outlet Mee Ketam KL di Keramat. so, yang tinggal kat area KL, boleh la gi yang di Keramat. :)

apa yang saya makan haritu. sedap kan? muahahahahaha

klik kalau nak tengok menu. if nampak la :D


so, apa lagi. 
jom layan Mee Ketam!
:)

Lokasi kedai:
1. Shah Alam : 
No 11, kompleks Anjung 7, jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, (Belakang UNiSEL) , 40000 Shah Alam, Malaysia
2. Keramat :
Sebelah Masjid Dato Keramat , Pasar Keramat (Bawah Flat Baitulmal)

more info : Facebook Mee Ketam KL / blog 




Thursday, October 13, 2011

Flora Kafe, Amp Walk

sangat cantik!
saya suka setting kafe ini.
and the foods were not bad at all.
(their specialty are Johor traditional dishes such as Laksa Johor & Mee Bandung)
saya makan sotong kangkung dan mango juice!

saya ambil dua keping gambar je tadi. sebab ala2 termenung sebentar. haha. anyways. what i like about this cafe is.....

the chiavari-ghost chair. nice!

and the big, colourful roses. so cantik!!!

singgah la ;)

Flora Kafe
Lot G08-1
Ground Floor
the Ampwalk


p/s : the owner, Razak owns Flora etc too (he is the one who is responsible for breathtaking white rose pelamin for Marion Caunter & SM Nasarudin wedding)

Tuesday, May 17, 2011

Food and Travel Review : Ali Bubur Kacang, George Town, Penang


Selalu dah g Penang kan?
Tapi kali ni kita lepak tempat berbeza pulak. 

It was my first time ke Ali Bubur Kacang walaupun berkali-kali ke George Town dan Pulau Pinang. Kali ni kita ketepikan makanan-makanan lain yang famous seperti nasi kandar (oh, rindu!), pasembor, mee udang, naan cheese dan tandoori. Kita layan bubur ok!

Kedai atau gerai ini telah berada di kawasan Little India di Market Street sejak tahun 1950 iaitu 61 tahun yang lalu. Selalunya nak dapat parking kat area ni memang susah. Sebab jalan yang agak kecil dan sempit, serta parking space yang limited. Kena la tawaf few times atau parking jauh dan jalan kaki sikit. Area Little India ni memang best! Meriah. Sangat berwarna-warni dengan sari dan kalungan bunga yang dijual sepanjang jalan. 

So bila dah penat berjalan-jalan di area itu adalah satu perkara yang bagus untuk menikmati bubur kacang di gerai Ali Bubur Kacang. Uncle Ali (dalam gambar di bawah) mengambil alih perniagaan keluarga iaitu bapanya (ada gambar tapi blur, so tak letak lah). Hanya bubur kacang hijau dijual di sini ye. Dan bubur kacang hijau itu boleh jadi bubur kosong atau dimakan bersama dengan roti. Harga lain sikit. Bubur sahaja RM 1.00 dan kalau nak cicah dengan roti RM 1.20. Rasa? Tidak lemak sangat dan tidak terlalu manis. Just nice. Cuaca panas,bubur kacang hijau panas? Layan tau. Hehehe.

Ok, moh layan gambar!

bubur kacang hijau kosong ;)

kalau order dengan roti...gebu kan?

Uncle Ali sedang mencedok bubur ke dalam mangkuk olskool. 

kami dah kenyang... so nak balik!! bye Uncle! Next time datang lagi!!
(bawak rezeki kitorang ni, masa datang kosong, kami berangkat balik, ramai datang. dine-in dan take away)


So, jangan lupa singgah Ali Bubur Kacang kalau korang pi Penang.
oh, saya bagi link peta dia kat sini.

Till next review....

Monday, November 22, 2010

Food Review : Fullhouse Lifestyle Store & Cafe


last night i was craving for salmon. 
and i went to Fullhouse Lifestyle Store & Cafe in Jalan Yap Kwan Seng. 
Saw this kedai last weekend. So decided to give it a try last nite.

Mood semalam tidak bagus, so tiada gambar ye kawan2. 
Cik Mosi keluar semalam dan mengkongker diri. Hahaha. Tetiba salahkan orang lain. :p

berbalik kepada Fullhouse, ada few outlet yang dah dibuka di area Lembah Kelang.
jangan confuse dengan Garden Lifestyle Store & Cafe k. Sebab konsepnya hampir sama. Rumah cantik yang dipenuhi benda2 chomel dan cantik. Antara outlet2 yang ada adalah di Ara Damansara, Sunway Pyramid and Sunway Giza. 

So what i had? Tentulah salmon. Tengah tak tentu hala, sebab perut lapar, masih gigih order Smoked Salmon Sandwich dan air Sea Coconut. Dia order longan. 

imej ihsan Google Image *pinjam*

sedap ok! memang dapat menghilangkan craving salmon. kalau korang jenis adventure makan, boleh lah datang kat Fullhouse ni. suasana yang sangat cantik, aman damai. makanan ok. pada aku ok lah. taktau la korang camne. makanan adalah western fusion. nice. 

kalau bermnat nak celebrate birthday ke, anniversary..tempat ni memang sesuai. cantik dan intimate gitu. parking tak perlu risau. sebab jockey style. bagi je kunci kereta dan diorang akan tolong park kan. tak perlu risau. habis makan leh amik balik kereta. 

kat sini aku tepek few pictures yang diambil dari Fullhouse Facebook Page. enjoy!






cantik kan???
salmon pun sedap! yummeh. tapi tak puas. siapa suruh makan sambil mintak kena marah. kan ke kena makan dengan linangan air mata. boo hoo. aa biarlah. hahaha. sambil mengenyangkan perut, sambil belajar la kan. ampun, tak buat lagi.

so, kepada yang nak try makanan dan nak rasa lepak di sini, boleh la ke outlet Fullhouse, Jalan Yap Kwan Seng. senang nak carik. berhadapan dengan Old Town White Coffee dan Tony Roma's. Untuk memudahkan,  aku letak nombor telefon untuk korang buat reservation k!

Fullhouse @ Jln Yap Kwan Seng
Tel: 03-21646466

Monday, August 16, 2010

Food Review : Bubba Gump Shrimp Co.



My momma always said, "Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."


Anyway, like I was sayin', shrimp is the fruit of the sea. You can barbecue it, boil it, broil it, bake it, saute it. Dey's uh, shrimp-kabobs, shrimp creole, shrimp gumbo. Pan fried, deep fried, stir-fried. There's pineapple shrimp, lemon shrimp, coconut shrimp, pepper shrimp, shrimp soup, shrimp stew, shrimp salad, shrimp and potatoes, shrimp burger, shrimp sandwich. That- that's about it.




Have you ever heard those quotes? yerp! those are from Forrest Gump movie. Ala yang cerita Tom Hanks jadi budak (sampai dewasa) namanya Forrest Gump. Dia cam ala2 wimpy la. Kaki takleh nak lurus sangat. Quote yang paling popular dalam cerita tu adalah "Run, Forrest, run". Ingat? huk, tak jugak? ok. baca kat sini dan sini. Trailer dia kat sini. :p


Ini adalah entry aktiviti yang telah lapuk ye. Mana taknya. Sesi makannya adalah pada malam sebelum Um Liyana bertunang. 3 minggu uols. satu minggu lagi hold, dah jadi sebulan. Oh, kena ingatkan (dah 3 para baru nak ingatkan) yang ini adalah entry bergambar yang penuh dengan makanan. Harap2 ia tak mengurangkan pahala puasa korang kalau korang baca entry ini di siang hari ok. Sila bertahan ;)


Sesi ini dijalankan atas perjanjian antara kami berdua. My treat to Didi was way before. Kat Sushi King je. And she asked me to pick the place, and the result is Bubba Gump. I know i promise someone to try Bubba Gump with him. Sorry la. Next time k. :) Yes, this is my first time makan di Bubba Gump dan Didi pulak untuk kesekian kalinya. Kali ke-400 kan Dids? LOL


we opted for Sunway Pyramid (SP) branch instead on The Curve. sebab nearer. adn yang berbezanya branch Bubba Gump di The Curve dan Sunway Pyramid ialah Bubba Gump SP adalah berada di luar bangunan SP itu sendiri. so cam comel je cinoni di luar.


and malam itu, saya merasmikan Q** 1010 yang masih berbau kedai. kitorang punya la pemalas nak cari parking (Jumaat malam ok, kereta banyak), kami park kereta guna valet je. hahahaha. tambah plak lapar gila. tak mahal pun. dalam RM10 kan dids? so bila dah sexcited terus masuk dalam dan pilih seat. booth penuh. so kitorang duduk kat tepi bar tu je. awek dalam gambar di bawah ni memang layan kami bagus punya. dari cari tempat hinggalah ke order makanan. 




alamak, nama dia apa eh. lupa. cik waiter sedang explain penggunaan signboard di atas meja. kalau kita nak apa2 service dari mereka, tunjukkan yang kaler merah tulis "Stop Forrest Stop". kalau takde apa2, just tunjukkan kaler biru "Run Forrest Run". saya suka sangat dengan waiter2 kat restoren camni. sangat helpful. sama jugak macam kat Tony Roma's, TGIF, Chillis, Manhattan Fish Market dan banyak lagi. Informative and very friendly. Tu belum masuk kalau celebrate birthday!



lepas order, kami cam-whoring sebentar. amik gambar dengan segala benda mak nenek yang ada atas meja. ada bucket, ping pong bat beverages menu dan lelain. dua-dua dah lapar. hahaha

 
my air (right) Jenny's Favourite - if i'm not mistaken and didi slurping her Run Forrest Run


  
afraid that we cannot finished everything we ordered, we played it safe that night by ordering a you-can-finish-it-off-without-feeling-guilty-or-bloated appertizer. Apa nama dia eh...erm..Cajun Shrimp, yerp! very nice. the shrimp? ooo la la..

 
manusia yang kelaparan apabila dapat makanan, dia akan endure perasaan itu dan makan dengan nikmatnya. termasuk la yours truly. dapat je Mama Gump's Lamb Rack (it's baby lamb rack ok) terus layan dengar nikmat. at first glance i was underestimate the size of then rack.but mind you, kalau perut kecik tak payah belagak ye. hahaha. memang tak habis. ada tinggal tiny bit of the daging pada rack terakhir, saya mengalah. 

di sebelah kanan adalah makanan didi.  Barbeque Beef Back Ribs with fries and a cute coleslaw.dia berjaya habis kan semua ok. trust me. she did.:P

kami settle down dengan menyandar di kerusi. berat perut untuk bangun dan berjalan. a very nice dinnerdate with Didi. hope we'll going for another one soon (after raya la kan). Hahaha. oh we didn't settled that nite with just the dinner. we had another Grande Caramel Frapp at Starbucks and head to Um's for her engagement preparation later. 



overall it was a very nice experience. with a very good service. superbly nice place and a good food, i recommend u to go and have the experience like me. bukan selalu pun. hihihi. ok. tu je. just go and try. i will put in the smell of the foods if i could, but cannot lar.


hahaha. ok then!
have fun dan selamat berpuasa. 


*sila keringkan airliur anda sebelum orang lain perasan. hahahaha







Wednesday, June 16, 2010

Restaurant Review : Sahara Tent

ok kengkawan.
memandangkan banyak nye entry saya tak siap2 dan aktiviti weekend lepas adalah sangat banyak, saya dengan ini memulakan dengan aktiviti pada Jumaat malam. pada mulanya Geng! telah plan untuk berjimba berjemaah, akan tetapi total perjimbaan hanyalah seramai empat orang iaitu saya, Dids, Um dan Mila. yang lain ada last minit  punya isu dan tidak dapat join. sesi makan ini adalah sebelum kami ke i-city!

Jumaat itu bermula dengan Summer Sneak Preview di Starbucks Alamanda bersama Didi. Best gila. brain freeze ok! Dids, nanti kita buat lagi k.

anyways. nak blog berkenaan dengan tempat makan paling baru di Alamanda iaitu Sahara Tent Restaurant. kedudukan restoran ini adalah bersebelahan dengan Old Town White Coffee. untuk sesiapa yang tidak berapa nak arif tentang Alamanda, kedudukan kedai ini aalah di sebelah north wing kalau tidak silap saya. sama wing dengan Parkson, Kenny Rogers, MPH dan lain1.

Ok. Sahara Tent ini adalah satu restoran makanan Arab/Turki dan yang sewaktu dengannya. Memang sedap. kalau dulu kena g Cyberjaya untuk ke Restoran Saba' tapi kali ni dah ada yang dekat iaitu Sahara Tent. It is indeed a kinda exclusive sebenarnya. Melihatkan kepada harga yang ditawarkan. Tidaklah boleh lepak hari2 kan? ok. jom ke gambar dan explanation akan dibuat semasa anda melihat gambar.

inilah sahara tent di Alamanda

interior yang best!

ini ke Sahara Tent????
(buat birthday Mya kat sini, siap ada Belly Dancer, ada berani Lin???)

kami dilayan oleh Lui. Arab yang cam Cina. ye ke? tah.

the food. 
we didn't order the cicah2 cam hummus tu semua. end up makan semua makanan kering2. 
look at my Lamb Rack (gambar bawah). kering kontang!
Mila makan apa ar? Lupa!!! 
Um makan Sahara Chicken (first picture). 
Didi makan Batchan ehhh tak Bathenjan. 
Gravy with fried eggplant, tomato, capsicum, potato, chicken, lamb chop dan lain2.
(gambar tengah2 yang macam masak asam)

overall?
ok lah. i still prefer Saba'.
Harga murah dan sedap. Tapi dengar cerita dah tak best jugak sebab chef kena tahan ngan Imigresen.
Takpelah. Kalau korang peminat makanan arab, sure suka! banyak lagi yang boleh dicuba k.
Selain dari Sahara Tent, Putrajaya dah ada satu lagi kedai arab di Presint Diplomatik. Namanya Al-Jazeera. itu kita cuba lain kali ye.

setakat itu dulu.
go and try.
have fun!!!!


Sahara Tent Restarant
Alamanda Shopping Centre
LG90, Ground Floor, Jalan Alamanda, Precint 1
Putrajaya, WP Putrajaya 62000
603- 8888 7310