Showing posts with label what i kinda hate and like. Show all posts
Showing posts with label what i kinda hate and like. Show all posts

Tuesday, May 17, 2016

Penang Babeh!!!



Hi semua.
Haha. Kesian la blog ni. Adoi la.
Asik ketinggalan je update.
Tak musim sangat update blog skang ni.
I prefer instagram.
Now, orang tengah semangat dengan snapchat.
Macam2 teknologi dah kan?

Anyways.
Masa berlalu.
My son almost two years in 4 months time.
Time really flies.
My SG Girls masing-masing dah menambah umat Muhammad.
Dimulakan dengan Has, Zurai, Maria n Ina.
Dua lelaki, dua perempuan.
Balance! Hehe.

Currently, i'm no longer Putrajaya resident cause i moved to Penang, 4 weeks ago.
NO MORE LONG DISTANCE RELATIONSHIP MARRIAGE!!!
woooo hoooooo
Mak and Ayah dah pencen and now residing in Melaka.
So, to Penang i go!
It has been 4 weeks of tears and sweat. Tears tu tipu sebab no tears or tak sempat nak menangis pun.
Kerja di office melambak, kerja di rumah pun melambak.
But sweat? Oh my. Don't even mentioned it.
1. Penang is SO hot. Tambah el nino el nina ni.
2. house chores, my oh my. penat jadi surirumah ni hokey!!! i'm adjusting, pardon me.
3. no parking. had to park far from Komtar. About 10 mins jalan kaki. And it cost me RM3/day telling ya! and no claims allowed. boo!
4. masak almost everyday. try to jimat and eat clean :P
5. Penang is HOT. Haha
Noah settling down in kindergarten near daddy's office.
Alhamdulillah.
Doa for me ok. All is well. Amin.

Oklah.
that's all for now.

bye

Wednesday, October 9, 2013

many many updates



wah wah. ni bukan tahap berhabuk.
ni dah tahap rumah tinggal!
hahaha.
almost a month!

September was hectic.
kerja. events.
i was all over.
kl-melaka-penang-putrajaya-gombak-penang-langkawi-kl.

phewww.
what a month!

i'll update more.
it should be wordless wednesday, but who cares. right?

ok la. later i'll update u guys with more news.

for now...work! work! work!

*this month it would be melaka-terengganu-langkawi-penang-kl.*nanges*

Wednesday, December 12, 2012

my life via instagram


so busy.
i wanna cry.
works. class. assignments. family events. travel. work again.

so, this is my instagram updates for the past 2 months.



1. yogya trip
2. breaking dawn part 2 premier with twilighters malaysia
3. adik's convocation that i missed due to yogya trip
4. poplook contest (that i didnt win, btw)
5. weekend class
6. H&M kids
7. Singapore Trip 2.0
8. Skyfall Movie Date
9. Project Management 101 - Microsoft Project
10. Breakfast Date
11. Singapore USS Trip
12. Philea Resort & Spa
13. Assignments!
14. Conference
15. Premier Talk - Tun M
16. Jovianista

etc.

till the next update.
adios!

Thursday, August 30, 2012

back to school



yeah. next week dah start class. grrrr.
takde makna holiday lelama okies.
although the official date is 15hb tapi fakulti saya adalah advanced dengan start class 8hb.
tapi yang best sebab exam akan jadi seminggu lebih awal dan kami bercuti awal sedikit berbanding orang lain.
sedar tak sedar, hanya tinggal dua semester lagi. dua semester dah selesai. satu lagi dengan 3 subjek dan final semester nanti dissertation and one subject.
sangat takut dengan dissertation. proposal paper haritu pun macam ala2 lunyai dikerjakan lecturer. nak kena buat amendment pun tak buat2 lagi. 3 chapter. journal tak baca. apa pun tak buat.

plan nak beraya di rumah member weekend hampir tidak akan tercapai untuk next weekends.
kena kemas beg dah.
sekolah dah nak mula.
oh my!! on the brighter side, saya dapat reunite dengan classmate. yeay! rindu mereka!


wish me luck peeps!!

p/s : weekend ni beraya dengan SG Girls! woot.

Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri 1433H



Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar korang!!!
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
Saya ada je. Malas nak update blog.
Selepas hampir dua minggu beraya ngan suami, semalam suami balik.
Haha. Mulalah carik pasal kan? Sebab dah lama sangat ada, bila dia nak balik rasa tak best.
So amacam raya korang?
Saya beraya di Penang. Best!
Nanti update gambar banyak2.
Apa yang tak best? Sangkut dalam jammed Penang - Melaka.
bertolak kul 4.30 petang dari Penang. Sampai Melaka kul 1.30 pagi.
dan yang paling tah apa2. masa tu raya ke-4!!!
:(

oklah.
update later.
nak kemas meja office yang berhabuk ni.
aaachoooooo.

Monday, June 11, 2012

kembali di meja


salam semua.
selamat pagi.
semua sihat?
saya dah kembali bertugas di pejabat.
pulang dari Surabaya tempoh hari, hari Khamis.
how's Surabaya?
awesome trip.
masuk conference - spa - makan - tido - belanja.
best kan?
hajat ke Mount Bromo tak tercapai. sebabnya jadual agak padat.
lawatan ke UNAIR, try makanan tempatan, lawat muzium, makan ikan bakar yang dibeli di Indo Mart dan macam2 lagi.
saya akan update cerita Surabaya later k.

so, pagi ni kena cergas.
kerja bertimbun. assignment semua nak kena submit this week.
total ada 4! huhu.
kena bekerja keras.
weekend ni suami tak balik sebab ada wedding di Penang dan saya plak ada last klass this week.
*nanges*

ok lah.
telefon dah berdering2.
later eh.

buhbye!

Thursday, May 3, 2012

tik tok tik tok



Salam semua.
Oh. lamanya tak update blog ni.
Rindu ok.
Saya ada je kat Malaysia. Cuma kebetulan berada di tempat yang internet connection super low sambil berkejar ke sana sini. Bukan takde medium lain nak update (bb, ipad) cuma kemalasan melanda dan blur nak cerita apa. Mana saya gi?
Hehe.

4 hingga 14 April 2012 - bertugas semasa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong ke-14

16 - 18 April 2012 - bertugas di Seremban

18 - 20 April 2012 - terbang ke Johor Bahru untuk pergi JPO menghadiri sesi temuduga. kerja jugak!

23 - 29 April 2012 - ke Pulau Pinang. kerja jugak!

ni baru terhegeh2 balik rumah, masuk office.
kerja menggunung. wedding invites tak siap lagi.
prep kahwin menunggu. assignment tak terkira banyaknya.

waaaaaaaaaaaaa. ada bape ari je ni lagi.
help...help...

sapa nak join saya buat mende2 kat atas? :(

Monday, March 12, 2012

berebut

half way thru Mac.
kelas hujung minggu dah bermula.
perebutan masa dan tenaga telah pun selamat dirasmikan Sabtu lepas.
masa ni la nak berebut untuk preparation wedding, assignment, kerja-kerja office, family time, rehat dan leisure. T__T

nak buat camne kan?
kena lah pandai2.
menempah semuanya sendiri. hadap la kan? ahaks!

oh. satu lagi rebutan nak di share kat sini.
rebutan di antara dua budak kecik ni.
Apel dan RF.
Kejadian semasa kenduri doa selamat lil Zarith (ZD) sabtu lepas.
Rebut sebab nak tengok Kun Seng Keng. LOL.

berebut Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus.


ok.
tu je. bye.

Wednesday, October 19, 2011

Johor Bahru - Singapore

Salam semua..
Menaipnya saya di sini...hahahaha,

FYI, saya di JB ni.
Mengurusetiakan kursus dan memberi input semasa kursus.
Sangat tak berminat untuk tinggal di hotel lama-lama. Dah terasa badan tak berapa nak sihat.
Selsema, pening macam2.

Paling best adalah tiap2 hari bangun tido, mesti tengok Singapore. Keluar je pintu bilik nampak berpusu-pusu kereta masuk ke entrance di Woodlands.


Niat di hati macam nak ke Singapore sekejap. Dapat perfume sebotol, popcorn garrett sebalang, fridge magnet dan kasut charles and keith ke, cukuplah. hahahaha.

erm. gambar menarik takde. sebab dah biasa makan2 dan jenjalan kat JB, soo take for granted je la. but we'll see. mana tau esok2 ada mood nak amik gambar ke.

ok. till my next entry!!

Monday, May 9, 2011

kerana 5 sungguh bermakna


saya adalah super pemalas mengupdate blog skang ni.
huks. kenapa? sebab saya layan channel 706 every single spare time that i have. wakakaka.
layan orang baking and cooking adalah best!
anyways, tokey batik mengada tag i kat entry dia. dan salah satu cari nak amik mood blogging adalah dengan menjawab tag. marilah!


5 tarikh penting :
  • 12 Februari
  • 10 Mei
  • 11 September
  • 2 Oktober
  • 11 Oktober

5 perkara yang dibuat semalam :
  • makan sushi
  • tengok tv
  • main dengan baby Alif 
  • lepak bawah kipas + aircond (panas weh)
  • tido

5 perkara buat saya gembira :
  • membuat orang lain gembira
  • apa yang dicitakan tercapai
  • cukup makan, cukup rehat, cukup ibadat
  • kamu, kamu, kamu
  • berpeluh

5 sebab jawab soalan :
  • DK suruh
  • saya bosan
  • amik mood blogging semula
  • rasa rajin
  • layan diri :P

5 kawan utk di tag :
  • kiera
  • suhana azlin
  • didi
  • um liyana
  • dan sesapa jua

ok done. 
mahu breakfast! sedang nervous kerana bakal membuat opening tuk KIK. 
bosan aaa. daaaaaaa





Friday, November 26, 2010

baru je

baru je nak rasa best, tetiba rasa tak best
baru je rasa nak suka, tetiba rasa menyampah (turn off)
baru je rasa nak sayang, tetiba rasa benci
baru je rasa nak makan, tetiba rasa nak kentut
baru je rasa nak balik, tetiba ada banyak kerja
baru je rasa nak shopping, tetiba tengok duit tak cukup
baru je rasa nak jogging, tetiba kaki rasa cramp
baru je rasa nak makan angin, tetiba ada gunung berapi 
baru je rasa bersemangat, tetiba rasa down
baru je rasa nak telefon dia, dia dah call kita


hahaha. akak tengah hyper ni.
pusing2 dalam kepala ni.
banyak sangat benda.
akibat hazelnut black coffee.
aiseh.

so, apakah baru je kamu semua??? hihihi
;p

Monday, November 22, 2010

tepu

bila balik cuti panjang, mula lah malas nak update blog.
so many stories, so little time and so lazy to type a single word pon.
hahaha.

keji bukan?

oklah. update akan datang adalah:

1. Harry Potter and The Deathly Hallows, Part 1 - from my perspective
2. Kenduri Akikah Danish
3. Rumah Penuh
4. Bangkok Day 5

ok. sekang tengah semangat nak buat kerja.
petang ni Didi nak belanja layan minum Starbucks Toffee Nut Frappucino. woot!!! LOL ;p

later ok!
muahssss

Tuesday, November 9, 2010

saya perlukan pendapat anda!!

kawan-kawan...


saya ada tiket ke Jakarta pada tanggal (amik kau, belum pegi dah tulis ikut bahasa indonesia) 12 November 2010. Trip itu dicadangkan mengambil masa 3 hari hingga 14 November 2010.

Tiket dah ada - siap hapgrade beg last week!
itinerary dah ada.
cuti dah lulus.
insurans dari Kerajaan dah dapat.
hotel dah book and dah bayar down payment rupiah 25K

tapi keadaan di Indonesia tak boleh dijangka.
tiada keperluan mendesak pun nak ke sana. cuma nak menaikkan ekonomi indonesia dengan membeli belah kain barang sehelai dua. nasihat dari seorang rakan di embassy Malaysia di Jakarta menyatakan 'avoid non essential travel' dan seorang lagi rakan kepada rakan saya 'plan another trip.jakarta is flooding'.

kalau kawan-kawan sekalian? macam mana? adakah akan meneruskan niat tersebut atau matikan saja dan pergi lain kali di kala keadaan ok?

please share dengan saya pendapat korang....
saya dah ada gesa untuk tidak pergi, tapi pendapat korang mesti lebih bernas...

thanks in advance.
*hugs*

Friday, October 29, 2010

Melaka Ya'll

Hi peeps,

Skang saya kat Melaka. To be exact Ancasa MITC Hotel, MITC Melaka.
Buat pa? Menggubal soalan.
Untuk Kursus Induksi. Saya dilantik jadi penggubal soalan.
Berkampung la kat sini sampai Ahad walaupun hati masih di Kuala Lumpur.
Tapi saya tak tido kat sini. Tido kat umah Mak Noriah. 10 minit je dari hotel ni.

Masa nak gerak tadi, dapat call. Berita tak berapa nak baik. Kak Long saya admitted di Ampang Putri.
So skang ni, saya semangat nak siapkan soalan yang jumlahnya 140 soalan (tatatertib sahaja) dan kalau diizinkanNya nak balik esok.

Ok. Wish me luck.

p/s : i'm not alone. DK is here too! ada kat meja depan tu ha....

Friday, October 8, 2010

cycle of life

as i published this entry, i'm already at Nilai.
Cecece. Cam poyo. Padahal Nilai je pun. Half an hour dari rumah. ;p.
Ada kerja sikit lah. Lunch time saya balik dah.
Hari ni macam bakal lagi kelam kelibut.
Pagi di Nilai, petang ada event di PICC.
After office nak shoot ke rumah boss di Tasik Prima, Puchong.
Malam meraban kot ngan Kiki yang balik bersempena peeteekay tu.
Esok pulak ada 3 jemputan open house (lagi??) dan dua jemputan walimatul-urus.
Ntah la. Nak pegi yang mana tatau.
Dalam hati nak sambung buat cheese tart, buat roti jala dan kuah kari.
Buat birthday kek! Yeay. Lagi berapa hari jek ni.
And 101010 is around the corner.
Bertuah Zurai dapat celebrate birthdate cantik tahun ni.
Dengan hubby dan baby (dalam perut). Happy Birthday in advance darling!!!

Oklah.
See ya later aligator!!!!

XoXo

Tuesday, September 21, 2010

to do list

  1. rehearsal Jamuan Hari Raya Jabatan - checked!
  2. emceeing Jamuan Hari Raya - checked!
  3. puasa enam 
  4. ticket to Aloq Staq - checked!
  5. Jakarta trip confirmation
  6. Tun M Musical tixs - checked!
  7. Aloq Staq google-ing must go places - checked. many thanks to Najeeb for the info!!
  8. open house plan
  9. open house(s) to attend
  10. baju to laundry
  11. gambar to send to developed
  12. pressie for zafwan's baby
  13. duit raya for friend's cucus
  14. duit raya for friend's babies
  15. change my bedsheet
  16. google-ing london must buy stuffs
  17. farewell pressie for Lin and my dva, Mya
  18. acuan blueberry cheese tart
  19. amik barang baking di rumah Didi
  20. get all those things from 1-19 done and add more to this list!!!!

*running here and there mode. no wonder i have this love-hate relationship with my job!!!*
*entries coming riight up after this*
*i miss my boo boo*



Tuesday, September 7, 2010

alhamdulillah...syukur


alhamdulillah...syukur atas limpah kurniaNya. 
setelah menunggu berbulan2. akhirnya.

berkat Ramadhan al-Mubarak ini, berkat penghujung Ramadhan, doa Mak, doa semua orang yang sayangkan saya. Alhamdulillah. Terima Kasih. Saya hampir menitiskan airmata tadi di saat email masuk ke dalam telefon ku. 

Kerana apa nak menangis? Masakan tidak! Satu, hampir saban hari saya log in ke dalam website untuk menyemak keputusan. Semua rakan2 ku telah pun lulus. Yang kandas adalah saya dan seorang ahli Geng! lagi iaitu Cheche Apat. Kami ambil semula pada bulan Mac yang lepas. Tunggu punya tunggu, result tak keluar2. Result bagi kengkawan pertama kali ambil macam Encik Said dah appear last month. Tapi kami punya takde. Ada masalah teknikal. Percayalah jika saya bitau korang, memang hari-hari saya refresh website JayPeeYea PeeTeeKay itu. dan setiap kali log in pun masih sama status nya. 

Akhirnya, petang tadi, sewaktu kami tengah ada brainstorming pasal inovasi. Email masuk dan voila! Tertera di situ email memaklumkan terdapat kesilapan teknikal terhadap website dan keputusan saya adalah LULUS.

Puas hati. Bersyukur. At least sebelum menyambut hari raya ni adalah sedikit bingkisan manis untuk saya. Bahagia rasanya. Terubat hati ni sedikit. Ye la, asik kena usik dengan semua orang, sampai bila nak beraya ngan mak bapak je. Tak terasa ke nak beraya ngan yang tercinta atau keluarga baru...Itu pun rezeki. Nanti2 la kot. Belum nak ada peluang. :)

Anyways, office semakin sunyi hari ni. Kebanyakannya ofismate ku bercuti esok. Bila dihitung2 adalah dalam 4,5 orang je yang tinggal. Takpelah. Next week saya pulak seminggu tiada di pejabat. Ada roadtrip lagi. InsyaAllah semuanya baik. Blog ini jika ada kesempatan akan diupdate. Saya akan pastikan ianya berupdate. Jika tidak pun, akan ada auto-publish entry menyusul. 

Buat rakan2 (yang dah lama kenal, yang baru kenal, di dunia nyata, di dunia maya) dan umat Islam di seluruh dunia (ada ke???) yang mengenali diri ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Berhati-hati di jalan raya. Seronok itu biarlah berpada2. Jangan lupa tunaikan kewajipan sambil kita berhari raya. Fitrah saya dah bayar semalam di Alamanda. Alhamdulillah..Semoga Aidilfitri kali ini yang saya akan InsyaAllah sambut bersekali dengan hari lahir yang ke-27 akan membawa seribu satu makna dalam kehidupan ini. Me loves you awak!


Alhamdulillah...


Thursday, July 22, 2010

sick

semalam jam 3 telah gerak dari office.
ada kerja emceeing di PICC so kena buat rehearsal.
rehearse sangatlah. dua baris je, terus DWH kata "you all dah biasa. takyah aa baca semua"
wakakaka. memang super cool itu lady boss! Encik Said dan saya bincang sedikit berkenaan skrip dan buat pindaan seadanya (sebenarnya Said je yang edit banyak benda. i ikut saja. :P). Jam 5.30 petang kami balik untuk bersiap kerana jam 7 dah kena ada di PICC.

Balik rumah mahu siap2. After mandi rasa lain macam. Sakit kepala yang hampir nak pitam. Terduduk di gigi katil dan baring sekejap. Hampir nak call Urus Setia mintak carik back up. Last2 ku gagah kan diri ini untuk bangun dan meneruskan hidup bersiap dan ke PICC.  Cepat2 gi isi perut di restoran yang menghidangkan hidangan untuk Urus Setia. Serius weng!!! Masuk sahaja ke dewan dah rasa ok sikit. Sekejap je. Event semalam adalah sesimple event. Very short but sweet. Sweet kah? Hahaha. Makanan??? Western! I thought we'll be having Chinese Course tapi rupanya tahun ni bertukar. What i had??

1. Classic Caesar Salad (with beef bacon bits, grated parmesan and smoked salmon - which is awesome!!)
2. Wild Mushroom Soup (with bread and butter)
3. Grilled Beef Sirloin (with vege and roasted potato)
4. Apple Pie With Vanilla Ice Cream (and glaced walnuts and strawberry sauce - a bit too sweet for me)

Dan pagi ini bangun dengan badan yang tidak sedap, kepala yang sakit dan tekak yang loya. Aduhai. Makan banyak kot! Esok nak travel. Sabtu kenduri. Ahad nak packing. Isnin dan Selasa kerja bersungguh2. Rabu travel lagi. Waaa tak mahu demam. 

Ok. stop sini ye. Nak makan paracetamol dan ubat selesema. 
Daaaa. Till we meet again. Later saya tulis lagi!

xoxo

Thursday, July 8, 2010

masih bernafas

sayangku semua.

i am here.
still alive. still breathing.
siapa yang ikut twitter saya tahulah apa yang saya buat dan kat mana saya. hahaha

saya rindu nak update blog.
say tak sempat.
kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, pekerja yang berdedikasi, rakyat malaysia yang harmoni, girlfriend yang chomel dan sebagainya.

banyak nak update korang ni. ok, kita re-cap sikit jom!

1. Twilight Saga - Eclipse. i was among the first to watch it YESTERDAY. saya dan my twihard partner iaitu Min. awwww. so sweet. review later. apa yang boleh dikatakan, sila beli tiket sekarang juga dan pergilah menonton. super awesome ok! Thanks to Twilighters Malaysia for made it happened. *ralat kerana gagal menang lucky draw. yang menang ialah akak sebelah seat saya. hehehehe*

2. Saya hilang sebab Isnin tu bz. ada ceramah dan sebagainya. Selasa dan Rabu saya berkampung selama dua hari di Royale Chulan, Kuala Lumpur bersama yang tersayang attending Asian World Summit on Corporate Governance. Tidak sangka rupanya wajah i masuk tv u. hahahaha. dan surat khabar. :P. Saya berpeluang untuk berjumpa dengan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Lim Guan Eng, ramai CEO-CEO dari pelbagai syarikat dan ramai lagi lah. happy!

3. Kerja adalah super banyak. Biasalah, dua hari takde kat office. Saya duk kat conference pun dok gtalk ngan Aqilah pasal kerja2 kat office di samping mengompat satu dua baris.

bukan tanak update blog tau. tapi bila balik dah malam, lepas mandi, letak kepala atas bantal terus hanyut. huhu. lagipun ada orang marah pasal saya disablekan right klik kat chat box tu. malas dah rasanya nak update blog. kerana ada pencemaran bahasa di situ. dah lah saya tak kenal dia. huhu.


oklah. tu je. nak meeting 8.30.
bye.


p/s: sudah rindu sama Edward Cullen. alahai. :(

Friday, July 2, 2010

good morning?

pepagi dah nervous attack. sebab baru teringat yang semalam tangguh mesyuarat dengan permission 2nd man je. lopa nak call/sms 1st man. tapi takpe. dia tak marah pun.

so petang ni meeting jam 530 start. balik lewat lah aku. ok. wish me luck!




adios people.