Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Wednesday, February 10, 2016

i LOVE dilwale :)





omg. berkurun tak update.
tetiba update pasal dilwale.
ahaks.

kami gi tengok cerita ni second week lepas released.
hahaha. merasa gi tengok cerita hindustan kat panggung wayang after soooo long already.

mana? di pavilion.
sebab kat ioi city mall penuh and yang available hanya row depan sahaja.
shah rukh khan punya pasal, beli kat pavilion, first show. amikkaw. :P

i love kajol. i love srk.
serius diorang nampak sebaya kita je.
even dah almost 20 years since DDLJ.
highly recommended.
even tak laku kat india.
haha

love all the songs.
but most favourite : tukur tukur. hahaha


Monday, December 16, 2013

captain phillips




another tom hanks movie.
watched it last Friday (yeay, cuti!)
rating? 4 out of 5 stars.
memang awesome.
tom hanks kan?
this is based on a true story.
google la kalau nak tau.
movie info : here, story of captain phillips : here.

please go and watch.
most probably he'll win oscar for the role.

:)



Sunday, November 24, 2013

Chennai Express


picture courtesy of Google Image


korang dah tengok cerita ni?
haha. masa cuti panjang awal muharam lepas, kami melawat la ke rumah sedara mara.
sampai rumah uncle kat KJ, terus dia pasang Chennai Express.
Shah Rukh Khan katanya, tapi dwi bahasa (ke tiga bahasa?). Diorang guna bahasa tamil, hindi dan inggeris la. kan...

nak tau pasal cerita ni?
korang baca wikipedia je la eh? klik sini.
shah rukh adalah awesome. seperti biasa. muahaha.

tapi saya suka lagu dia.
best wooo. especially 1,2,3,4 Get on the dance floor.

cerita ni standard romantik. tapi kelakar.
memang recommended.
astro pun rasanya tengah tayang. tapi bayar la kot. hahaha

ok korang. just nak share pasal cerita ni,
enjoy k!

saya tinggalkan entry ini dengan lagu kegemaran from this movie.





Tuesday, March 12, 2013

Movie Review : Lawak Ke Der 2 & Rock Ooo


Lawak Ke Der 2
- arahan hans isaac
- hasil pementasan pada Disember 2012 di Istana Budaya
- menampilkan pelawak awesome Malaya : Harith Iskander, Nabil, Jozan & Boboi




Rock Ooo
- arahan mamat khalid
- kesinambungan dari filem rock (arahan mamat khalid)
- menampilkan nama besar industri filem seperti Que Haidar, Khir Rahman, Pekin, Saiful Apek dan ramai lagi.

Review?
Siapa yang sedang stress, eloklah menonton filem ini. LKD 2 buat korang non stop gelak manakal Rock Ooo gelak memang best tapi dengan syarat korang tengok the first movie. Dan suka movie Mamat Khalid bila dia guna banyak bahasa kiasan yang buat kita fikir, siapalah yang dia perli tu. Ok tu je. Nak tau lebih, sila beli tiket dan tonton k!
Have fun!!!



Friday, June 15, 2012

Movie 2012 : Kakek Cangkul


Hi korang.
Penah dengar Kakek Cangkul?
Haaaa. Saya pun baru tau pasal movie ni masa ke Surabaya tempoh hari.
Masa di Surabaya tempoh hari, malam selasa kami sempat gi dating kat Delta, Surabaya Plaza untuk tengok MIB3. Lama ok tak dating tgk movie. Last movie saya tengok adalah Smurf! haha. tah pape.
Tapi kami menonton MIB3. Tanak tengok cerita hantu.
Tapi entry ni nak cerita pasal movie hantu Indonesia. Haha.
Encik suami tau saya takut dengan cerita hantu, dia lagi mau takut2 kan. akibatnya kena debik bertalu2 lah. padan muka! pastu lagi mau sebut tagline cuuuu....mau kakek gali kuburmu tu berkali2. seram ok!
sebabnya? muka Kakek Cangkul ni horror kot.
Masa kami tengah tunggu nak masuk cinema tu, terperanjat ada patung Kakek Cangkul.
Kakek Cangkul adalah merupakan filem berunsur seram hantu. Tayangan dia pada 24 Mei 2012. Bila saya google2 rupanya di Indonesia, ini adalah cerita berkesinambungan dari  filem Nenek Gayung. Haaa. amik kau. suami isteri ok! :) Filem Nenek Gayung dah ditayangkan awal, if tak silap Disember lalu.
So, depa tak buat sambungan. Tapi buat kisah husband nenek plak jadi hantu. Haha
tengok trailer dia, nenek gayung macam lagi seram. mungkin selalunya hantu pompuan lebih horror dari hantu lelaki kot?
muahaaaahahhaha. berani tengok trailer je la.
macam nak carik cd la. so sesapa yang gi indonesia, boleh la kirim!
:)

 tagline kegemaran suami. ppfftfttftttt

 hah, ni la kakek cangkul. siap batu nisan :D

*eiiiikkkk, seram*



trailer : Kakek Cangkul (tagline seram : cuuuuu....mau kakek gali kuburmu...)



trailer : Nenek Gayung




hahaha. takut!!!
*larik masuk dalam selimut*


p/s : kakek dalam bahasa indonesia bermaksud atuk/datuk/grandfather :)




Friday, July 15, 2011

Movie Review : Harry Potter And The Deathly Hallows (Part II)

*picture from google images*


its back. for the final part of the last book. Harry Potter Series (books or movies) is a kind of a journey for me.starting off with the very first book, introduced by my pet brother, Dzul. He shud be credited for Harry Potter and The Sorcerer's Stone book that he gave me back in 1999 or in the year of 2000. i watched the first movie during uni years in 2004. and i still remember the time when i was lining up just to be among the first to get and read the books. as for this final movie, i won't do any reviews. no worries. i'll let you who haven't watch it, go and please enjoy the movie. because i did enjoy it. very much.

i am so gonna missed all the excitement. the anxious feelings waiting for the books and the movies. the memories will stay and i will pass down the books to my children later. erk. ambitious sangat ke? hahaha.

ok. go buy ur tickets today.
i'm thinking to watch the 3D version of this movie. kot2 kat Penang ke next week.
we'll see.

okthanksbye!

Friday, June 10, 2011

Movie Review : Pirates of The Caribbean - On Stranger Tides & X-Men : First Class

salam semua.
last week i was on holiday and i was high on movies and coffee.
ahaks! over kan?
dua movie je. keco :P. sebab saya jarang g movie kecuali..

ok. movie first yang saya tengok adalah:

1. Pirates of The Caribbean - On Stranger Tides


  • tengok dalam visual 3D. Dapat spek mata yang canggih manggih tapi kena pulangkan selepas menonton. Kalau berniat curi bawak balik, sure budak jaga panggung tu kunci kita dalam panggung. huhu.
  • no more Kiera Knightley tapi ada Penelope Cruz. Super hot! Kiera nipis. Penelope tebal.
  • visual adalah sangat cantik. terutama kat pulau yang Jack Sparrow tinggalkan si Angelica.
  • funny as ever!
  • Johnny Depp. Erm. Yumm.
  • creature yang paling saya suka adalah mermaid. oh dalam ni ada mermaid. selepas menonton anda pasti mengubah persepsi terhadap mermaid. wakakakaka
  • Bintang yang saya bagi? 4/5. Kurang 1 bintang kerana agak rimas dengan spek 3D. Sila tonton!
dan movie ke-2 adalah...

2. X-Men : First Class

  • saya layan di Wangsa Walk. Midnight. Dah tua, tak larat aa tengok midnight. Agak mengantuk. :P
  • saya tak pernah ketinggalan menonton X-Men 1,2,3 termasuk lah Wolverine
  • mengisahkan team X semasa baru mengrekrut ahli2 nya. macam mana Magneto itu ada, mana depa dapat nama gelaran masing2. 
  • tak suka bila geng jahat mesti dia punya kuasa best2 contoh geng jahat ada azazil. tapi geng baik semua yang comel2 je kuasa dia. contoh kuasa supersonic. duh?
  • saya rindu Storm dan Rogue. Dua awek hot yang perlu ada dalam x-men. nasib baik ada January Jones (Emma Frost)
  • nasib baik Wolverine ada. Walaupun sekejap. Panas!! :D
  • Bintang yang saya bagi? 4.5/5. Tak genapkan 5 kerana saya saja suka2. 
  • Not a fan of Sci-Fi tapi saya enjoy X-Men. Memang first class!

Ok. Tu je. 
Nak tunggu Kung Fu Panda. Erm tapi orang tu tamau layan. Haha.
Tunggu dvd je lah.
btw, saya beli 2 dvd movie cartoon yang best iaitu Gnomeo & Juliet dan Rio. Best gila!!!

ok dah. later.
toodles!



Friday, October 29, 2010

Movie Review : Takers

oh sudah lama tidak menonton wayang gambar.
last movie yang ku tonton.com.my adalah Inception dengan Didi dan Min.

dan akhirnya, habis kemarau movie semalam.
sebab ada value added kau! apakah?
ermmm. ni nak citer.

semalam tengok cerita Takers.
cerita ala2 Italian Job. pencuri high class.
aku takkan cerita kat sini la. korang g tengok sendiri.
yang penting orang yang menemankan tengok movie korang beli tiket dan tengok sendiri.
best woooo.

kenapa best dan ada value added?
hah!

sebab ni......

 Hayden Christensen 

Paul Walker

drooling ok~
hayden (AJ) ber'fedora' all the time. walaupun ramai mantap dia tak kelihatan, dia tetap chumels!!
paul walker (John) adalah super meletup, smart. pencuri yang memakai suit. aaaaaa!!!!
yang lain pun adalah kiut ok. saya suka sama itu Idris Jala Elba (G). British accent yang super sexy.
Oh, tak lupa. Chris Brown (Jeese) ya'll. Not only acted in the movie but he's also the executive producer for the movie. Sebab tu scenes yang dia punya adalah hebat! hiks.

Chris Brown

(images courtesy of Google Image)

so, apa lagi.
dah ada alasan untuk tengok kan?
hehehe.

saya bagi movie ini 4 suku bintang!
sila tengok.

* saya tak suka ending dia!

Tuesday, April 13, 2010

potato couch or couch potato?

ke nak buh couch tomato?
kerana tomato lebih mudah lembik dan squashy.

:p

saya sedang menggilakan dvd.
kadangkala saya merasakan dvd tu peneman dan pengubat kebosanan.
tambah pulak tiada orang2 tersayang selain family di rumah.
elakkan dari keluar shopping, g makan2 (benda2 expensive), membazir duit ke mana2 lah pun.
ada ketikanya dvd tu macam escapism tau.
dari segala benda.
cuma bila di rumah hanya ada sebuah sahaja pemain dvd iaitu di ruang tamu, yang mana menjadi tempat ayah lepak, itu merupakan bahan nak kena marah la.
ye la kan. Pakcik tu nak layan bola la, badminton la. segala2 yang ada kat sports channel.
yang kita dok sibuk ngan dvd. mana tak kena marah.
tapi takpe. dah biasa. buat keras je.
so. skang ni tengah melayan apa? jom tengok! (semua adalah hasil merembat semasa ke Penang tempoh hari)

sudah selesai

1. Chuck Season II dan Season III (Part I)

  


- masih dalam mode cinta Chuck dan Sarah.
- Chuck masih seperti saya melainkan dia lelaki seorang lelaki emo. Emosi nya menyebabkan banyak benda tak jadi dan jadi lain, tapi mesti menjadi.
- love the part Ellie and Awesome kawin
- bapak Chuck ada dalam Season II
- Chuck dapat erase intersect dalam kepala tapi upload yang lebih power
- Chuck makin hensem! suka rambut pendek masa Season III

ok. tu je. lain, korang tengok sendiri.

2. Dollhouse Season II



- terminat sejak Season I
- suka dengan Eliza Dushku
- untuk season baru, super in love dengan Paul Ballard
- (spoiler alert!!!) sedih sebab Paul mati
- banyak mati
- agak merepek ada ketikanya kerana terlalu banyak elemen sains dan teknologi yang melampau
- Echo rawk!!!!

boleh la. kalau korang pernah layan Season I, memang boleh tengok. tapi yang tak suka Sci-Fi atau dari awal tak suka, jangan tengok. contoh cam adik saya, Si Kicap. dia memang tak paham

3. Leverage Season II



- minat sebab Um dan Min kata best
- dan saya penah buat entry pasal Leverage ni dulu. tak ingat kat mana. dah ingat nanti i buh link
- untuk season ni, Sophie takde. dua episode je rasanya. dia merajuk ngan Nate and dia putus cinta.
- bila Sophie blah, ganti ngan seorang awek professional grifter/con Kara.
- Nate yang berhenti minum, minum balik
- ending dia aku benci. huhu ada ke Season 3 agak2?

sedang tengok

1. It's Complicated


- baru start tengok malam tadi. tak habis sebab makan ubat. weng dan terus tido
- sambung sikit pagi tadi
- suka sebab Meryl Streep
- tak berapa enjoy sebab percintaan orang tua
- ayat paling best setakat ini 'let's grow old together' 'we are growing old together, but apart from each other'
- akan sambung lagi petang ni

bakal tengok

1. Private Practice Season III



- tengok sebab best
- banyak conflict
- Dr. Addison makin hot

2. Grey's Anatomy Season VI





- sangat setia. dulu, kini dan sampai la siri ni stop
- tak sabar dah nak sambung
- nak tau apa citer Meredith dan Derek
- ini adalah kisah air mata saya. huhu.
- boleh emo seminggu kay, macam masa tengok Season III dulu :P
- eh, tak sabar dah ni!
- nak carik OST plak. mesti syiok. OST dia tak pernah menghampakan


ok. dah.
ngantok. lupa plak kena makan ubat.
lunch takde. aish!!!
ok bye. later

Sunday, March 14, 2010

a tea party with Alice, (Mad) Hatter and (March) Hare


(spoiler alert! kalau belum menonton Alice in Wonderland dan tak teringin nak tahu ceritanya bagaimana, sila ketik butang mouse anda pada tanda 'x'. as usual. thanks)


hey people!
how's you weekend?
i hate it for now. major emotional issue. demmit.

but lets forget about it and let me tell u the story about my tea party with Alice, Hatter and Hare yesterday.
hahaha cam poyo? :P nothing fancy like tea party pon. makan popcorn and minum mineral water adalah. haha. semalam (movie jam 7.45pm) didi belanja saya menonton Alice in Wonderland (AiW). plan asal nak tengok boyfriend saya si RPatz dalam Remember Me atau tengok madu saya si Kristen Stewart dalam The Runaways. tapi Alamanda ni tayang cerita yang kunun2 hits je kot. tau lah komuniti melayu, tapi variety kan lah filem2 kat GSC tu. hadoi! tak banyak choice.

itu pun memula kami tanak layan jugak AiW sebab takde 3D dan seats yang available cuma 2 dari depan. tapi pedulikkan. pegi jugak. kami berdating berdua. didi dating secara 'maya' dalam movie. Syazwan tgk cerita yang sama di Kuching. hahaha.

(picture credit to Wiki page)

ok. back to the story. A Review : Alice in Wonderland. cerita ni dah lama. ini adalah remake nyer. untuk sejarah, sila check Wiki page di sini ye. walaupun kebanyakan review di blog kawan2 yang lain kata cam tak best, tapi i love this movie. sangat best. apa yang saya suka?

1. saya suka betapa colourful filem ini. macam2 warna ada. semua warna melimpah ruah. nama pun fantasi kan. tercapai cita2 tengok cerita yang masa umur 6,7 tahun dulu saya baca je. :)
2. saya suka kepelikan Johnny Depp itu. sungguh sexy dan melucukan. tambahan pula, makin jatuh chenta selepas dia menari futterwacken. although both of us (didi and me) agreed that the dance was way to late tapi takde hal. senang sangat hati. hahaha. lets futterwacken people! nak tengok apa kejadahnya dance move nyer? klik link ini.
3. helen bonham carter as the red queen. what to say about her. she's the cutest villain in this movie. with the huge head and the 'heart' addiction. wicked! Off with their heads!:P
4. anne hathaway as white queen? i hate her lipstick in this movie. hahaha she so pale, with dark purple lipstick. when she turns, oh she doesn't turn, she swirl. hahaha. dengan tangan2 super gedik. dia dan red queen adik beradik.
5. tweedledee & tweedledum - chomel tapi kesian. dua budak kembar yang gemok kena buli. favourite si didi. hahahaha.
6. final scene ada peta tanah melayu. zaman melaka. impressive! i'm proud of it. hahaha.

dah la. saya nak bagi facts lagi tapi tak syiok kan? korang g la beli tiket. g tengok. best la. movie ni fun. nasib baik tak ramai kanak2 melalak semalam. :P oh, kepada ibu2 mengandung saya nasihatkan tak payah tengok cerita ini lagi ye. tak pasal terkenan karang. huhu. nasihat je. qada dan qadar tu di tanganNya. kita bleh usaha je kan. hehehehe

oklah. merapik dah. sebenarnya nak apdet awal lagi tapi dok ralit tengok Avatar. review Avatar next k. pastu The Hurt Locker, pastu Did You Hear About The Morgans. banyak tak? hahaha. best2.

p/s : Lin buat roti. bestnya. selepas balik dari breakfast di kedai Kak Mah Nasi Dagang tadi singgah Yummie. nak buat kek. malam sikit la kot. :D

Saturday, February 20, 2010

Movie Review : Up In The Air



i just finished off what i think is the best movie i ever watched in 2010 (yet!). still i haven't watched Avatar, Precious: Based On The Novel Push By Sapphire and some other good movies. Up In The Air. why i love it as much as other people do? George Clooney, no? of course darlings. siapa tidak mahukan one of the oldest sexiest actor ever kan? if George and Brad, both ask me for a date, i rather go for George hokeh. hahaha. Brad ada janggut panjang skang. yek yek. :P

ok stop and back to the movie. Ryan Bingham (George Clooney) works as a speaker who represent companies in downsizing terms. his job is to tell the employees they will be released from the company and what are the option after the termination. he is also a motivational speaker on how not to engaged in a commitment titled "what's in your backpack?". he business travel A LOT around the country for almost 270-ish days in a year.  dia  ada banyak giler membership cards. be it hotels, lounges and frequent flyer. and yes, he is the commit-o-phobic type. sama macam perangai George di luar movie kot! :P 23 years old Natalie Keener (Anna Kendrick - Jessica in Twilight Saga) is a co worker who introduced a new way off firing people - via Internet. this is her idea of saving a big portion of their company's budget for travelling. she is the typical 23 years old, psychological graduated who believes in love (and unfortunately being dumped by her bf via bbm-blackberry's messenger)

on the road Ryan met gorgeous Alex (Vera Farmiga) who works as hard as he is. travels as much as he does. cam match made in heaven la..so they clicked instantly. 

ok. that'll do. nak tau lagi banyak dan lebih lanjut apa jadi kat Ryan, Alex and Natalie go watch the movie k.
If you think about it, your favorite memories, the most important moments in your life... were you alone? Life's better with company. 
two thumbs up for Up In The Air. 
one for the storyline.
one for Georgie. muahs.

*it is good to see orang2 yang ada cold feet or commitment issue jadi ok and let it loose. go with the flow. saat itu adalah saat yang paling baik dan bengkak mata menangis kerana kegembiraan itu adalah sesuatu yang emotional tapi terlalu bahagia. berbaloi!but, when it is too late. i am sure it gives out the hell of you. frustration sucks man.*

(credits to Google & Wiki)

xoxo

p/s : nak tengok New York, I Love You plak! cuti best. movie marathon sambil shopping atas katil!

Tuesday, January 19, 2010

Movie Review : All About Steve


oh yes. another movie by Sandra Bullock.

 
this time around her character is a lot smarter, quirky and hilarious.
she is crossword constructor (encyclopedia bergerak you all).

Bradley Cooper (awww, he is hot hot hot) was a cameraman for NNC Network and his parent set him for a blind date with Sandra Bullock.

cerita dia simple je. berkisar tentang itu saja. yang Sandra Bullock (Mary Horowitz) gilakan Bradley Cooper (Steven-with-V) dan buat satu crossword khas tajuk "All About Steve" selepas diorang berjumpa. haha. saiko! dan dia carik mamat tu sampai ke tempat2 mamat tu buat berita terkini. saiko kali dua. kenapa mamat tu lari? tengok sendiri lah. hahaha. ok, ok. saya cerita. mamat tu takut dengan dia sebab dia ni encyclopedia bergerak. terlalu banyak info dalam kepala dia dah dia banyak sangat cakap.

kelakar la. walaupun ceritanya biasa saja.
tapi tengok lah. Sandra Bullock takkan mengecewakan. :D

ok have fun. opss lupa. saya bagi 3 bintang!


Thursday, January 7, 2010

Movie Review : The Blind Side






Korang dah tengok movie ni?
rasanya masih belum ditayangkan di Malaysia.
this is one of the movies that i bought from my last trip to Penang.
watched it last Sunday. *sob sob*
ye, saya nanges.

The Blind Side is a movie based from a true story with a line of awesome casts. Antaranya Sandra Bullock (Leigh Ann Touhy), Tim McGraw (Sean Touhy), anak Phil Collins yang sangat cantek, Lily Collins (Collins Touhy), Jae Head (S.J. Touhy) and many more. Cerita ini adalah mengenai Quenton  Aaron (Michael Oher), an African-American homeless boy and Touhy Family yang adopt him to be a part of them. A motivational drama which leads to a very successful American football offensive tackle for Baltimore Ravens of the NFL. Sandra macam biasa, she's the best. with the blond do' and the southern accent....sexy! :D


(kiri) Quenton Aaron - yang berlakon sebagai Michael Oher and (kanan) Michael Oher sebenar. :)

sedih kerana perjalanan hidup Michael Oher yang sangat sedih. seorang homeless. menyimpan perasaan dan macam2 lagi. go watch it yourself. be it from dvd or in cinema. have fun!

a good one. 4.5/5 stars kay!
*all pictures are courtesy of Google Images*

Nota D(o)nut : memandangkan banyak dvd yang dibeli, saya rindu nak tengok movie. hahahaha


Saturday, December 26, 2009

suasana sunyi sepi dan aman

halo korang. semua orang bercuti kan. so senyap je. nak bloghop pun takde apdet. kat rumah tinggal saya, mak n ayah je. Kicap malam tadi bertolak ke Padang Besar. nak g Bukit Kayu Hitam. tujuan : beli jersi bola cap Siam. nak kirim bear besar. tapi takut dia tak reti beli . hahahaha. so tak kirim la pape.

korang semua buat ape cuti Krimas semalam? me? layan movie sampai lebam. Kicap sekarang tengah rajin download movie lama yang best2. semalam saya layan cerita2 ni:





1. The Trilogy of The Mighty Ducks

saya ingat lagi cerita ni keluar tahun 1990s. with two years apart for each movie. cerita pasal team underdog District 5 yang masuk Pee Wee Champs. sayur dan kemudian jadi power hasil coaching coach agak hot, Cocah Bombay. ada dua pemain perempuan. best2. masa tu, kira Joshua Jackson paling hot la. hehehe. tapi sebenarnya cerita2 macam ni bagus untuk menaikkan semangat TEAMWORK. seriously. masa dok layan tu terfikir, bermutu cerita2 ni kalau kita betul2 fikir out of the box (bak kata CheChe). recommended untuk yang ala2 sebaya saya. tengok lah. teringat zaman2 sekolah. gonjeng je...haha. dari segi kualiti memang lah sangat 90s. but i enjoyed the three movies. best2!!!!

2. Agent Cody Banks, Agent Cody Banks 2 : Destination London

ha yang ni pulak cerita zaman millenium. 2003 and 2004. layan juga. lama wooo. zaman2 kegemilangan Frankie Muniz dengan Hillary Duff. siapa tak pernah tengok Malcom in The Middle rugi aaa. yang tengok sure kenal mamat ni. cerita ni syiok layan sebab teknologi la. young Secret Agent (CIA). seronok layan adventure dia and scenery London. ada dua kot. ke tiga. tak sure. Kicap download dua je lah.


Cerita ni memang membuatkan semua budak2 masa tahun 1994 tu nak jadi kaya cam dia. ada McDonalds sendiri kat rumah, ada Chemistry Lab sendiri, heli dan macam2 lagi. budak kaya yang tak berlagak. nama anjing dia pun Dollar. korang ingat tak? hahaha. memang syiok dapat layan lagi. Cerita ni pasal Richie Rich, anak orang paling kaya di dunia merangkap budak paling kaya di dunia yang ada semua benda kecuali kawan. so dia carik kawan dan ada malaun yang nakkan harta dia. kat situ lah timbul adventure cerita ni. hehehe.

gila kah? aku layan cerita zaman kanak2. hahahaha. ok ape. cuti. tenangkan fikiran. tak perlu keluar duit pun. hanya perlu bayar duit elektrik je. haha. gather those tidbits dalam fridge and munch2 sambil tengok movie. layan.....

skang ni tengah tengok cerita orang besar plak. yang ni cerita 2009 ye. (500) Days of Summer. Jospeh Gordon Lewitt. chumel.



baru start je pun. oklah saya g tengok dulu k. pas movie nak gerak ke Port Dickson pulak. ada family day Yunos. esok balik. yeay. bleh mandi manda. papai. have a nice weekend korang!!

much love, ahkon.

Credits to Google Image & Wikipedia.
(wiki rawks!)


[ jangan lupa buat poll saya di sebelah kanan ni. total poll baru ada 3. thanks]



Monday, November 30, 2009

Movie Review : The Twilight Saga ; New Moon

(spoilers alert : ini adalah movie review untuk filem yang masih ditayangkan di pawagam. untuk menggelakkan sebarang rasa tak best sebelum menonton dan perlukan suspens, sila klik butang merah bertanda 'x' di sebelah kanan atas skrin anda. terima kasih)

so, as far as i am concerned. i've been waiting for merely 6 months (since i bought the whole twilight saga novels) for this movie. as eager as i did with Harry Potter and LOTR, i went for the first day of the screening. although i didnt win any free movie tickets but i managed to buy two tickets 3 days ealier via e-ticketing. since min and didi can go with me and someone bailed on me the week before when i asked him to go for the movie, kak long dengan sempoinya nak ikut. so she was my date last thursday.

oh, saya juga menontonnya sekali lagi pagi ni. saya bercuti hari ini. rasa tak nak ke office dan proceed dengan plan menonton bersama min, didi and syazwan (didi's hubby). puas. hahaha

so, apakah bebelan nya?

  1. as an avid reader, saya rasa buku way (wayyyyyyyyyyyyyyyyyy) better. ye lah. nak masukkan semua pun memang la berjam-jam jadinya nanti buku tu.
  2. saya benci tengok Jacob rambut panjang. i think the short do lebih kacak.
  3. i hate when they added so many scene yang tah ape2 takde kena mengena dengan buku. 
  4. i love Kristen Stewart. gorgeous sangat tau tak! mekap yang natural dan she looks great.
  5. love the scene after Jacob and Paul throwing tantrums at each other. masa kat rumah emily.
itu je lah saya bagi. and banyak yang saya perasan, this second installment (after twilight) dah semakin ramai peminatnya. mungkin kerana promosi yang hebat kot. and i can see that those girls (yeah girls, like teenagers ok) terus berpusu2 ke kedai buku untuk membeli novel plak lepas tengok movie.

overall tak puas. sebab banyak scene (yang saya rasa penting) takde dan banyak scene yang diada-adakan. but oklah. puas. memang puas. tengok dua kali. mana tak puasnya.

cuma satu. please. i will remember this later (if i ever be with children). tolong kesiankan anak2 (baby especially). saya tau puan2 dan tuan2 nak tengok sangat Edward dan Bella tapi jangan lah bayi berumur 6 bulan dibawa masuk ke dalam panggung semata2 nak memuaskan hati kita orang tua yang nak menonton ni. baby tu tak tau ape2 dan dia confirm tak selesa dalam panggung. apatah lagi apabila dia merengek dan menangis. orang lain marah tau. and if you guys need to bring your little brother or sister untuk tengok wayang. pilihlah cerita yang sesuai. kerana cerita cinta sebegini (its PG 13) tak patut pun anak2 tengok. kurang sesuai.
itu je lah nak bitau. tapi takpelah. life memasing kan. cuma fikirkan Corporate Social Responsibilities je sikit k!

ok. pada yang belum tengok, sila tengok. kepada yang dah tengok, sila respon apa pendapat korang pasal cerita NM ni. i just can't wait for Eclipse.

xoxo.

Thursday, November 5, 2009

a movie date





yeah baby. semalam adalah hari tidak bekerja. hari malas. hari lepak. hari apa lagi tah. disebabkan sesi presentation asskaytee aku next week, saya lari sekejap dari office untuk hari semalam. malas! :P


pagi bangun awal cam biasa ok. walaupun tidak bekerja. bangun2 terus buat kopi dan makan roti dengan scramble egg (dapat mak yang best, pepagi dah buatkan sarapan ye. love you la mak!) sambil tengok Samantha Who? yang dipinjam dari Um.


layan e-mail sambil2 tu and ada e-mail jemputan ajak makan tengah hari. puchuk dicita ulam mendatang. kul 1250 baru hegeh nak lari ke rumah Min. hehehe. gambar ada. tapi nanti aaa letak. sebab kamera tinggal kat rumah. lepas makan tengah hari, sebenarnya dah plan ngan min nak tengok movie. wuhuuuuuuuuuuuuu. last tengok movie masa birthday, cerita The Ugly Truth kat Queensbay tu.


Terima Kasih kepada Cik Siti Aminah kerana menjadi date saya untuk tengok movie semalam. walaupun The Time Traveller's Wife (TTTW) itu so-so sahaja. i had fun k! hik hik. Untuk korang yang dah baca buku Audrey Niffenegger tu, jangan berharap sangat k. buku dia waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaay sedih dan huk huk tau. kalau nak feel, sila baca novelnya! tapi Eric Bana tu shomel. hik hik. i give the movie 2.5 out of 5 stars. ok. itu saja. gambar? nanti lah. Min, we'll work things out pasal New Moon tu k! :P

hari ni semangat nak kerja taw.
papai.


xoxo






Wednesday, August 19, 2009

Jacob Black is HOT! HOT! HOT!


korang!!!!!!!!! it's really coming. very soon.
sangat tak sabar. i am so not Team Jacob. I am Team Edward (forever!)

Judging at the latest trailer (credits to YouTube) from New Moon, i can see that more Team Edward will have some trouble to stay or changing to Team Jacob. He's (Jacob Black) HUGE ok. with the super cute steamy eyes and thick brows. *drooling!*

and TwiHards, in this trailer, you'll see a glimpes (or more) of Dakota Fanning and the Wolfpacks. aaaa tak sabar. and don't forget the sexy kissing scene between Edward and Bella!

Min, here's a birthday present for you. hahahaha (dan jangan lupa, tiket mesti beli!!!!)




ok. dah. sangat menggila nak tengok New Moon!!!! tak sabar. sabar je lah.
;)


have fun viewing.


Saturday, July 25, 2009

lets get crazeee

these are for Cik Min - (and those who are as crazy as ever with New Moon, RPatz, KristenStew and Taylor Lautner...enjoy!






omg. i cannot wait for the movie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Tuesday, July 21, 2009

Movie Review - The Proposal


YES, YES, YES, YES! i watched the movie yesterday. balik dah malam malas nak hapdet blog. so here it goes.

first and foremost, zillion thanks to the most hip and happening site - Tongue In Chic for advertising and distributing the tickets. You made it happen TiC!!! hehehehe (joyce was there yesterday, a bit late (after i redeemed my tixs) so i dont wanna go and bug her, she's cute! love the spiky red hair babe!!!)

it was love at the first sight. Sandra Bullock's film has been always witty, super funny and sweet.
Sandra Bullock (Margaret Tate) was a career driven woman, originally a Canadian. Ryan Renolds (Andrew Paxton) is her assistant. Margaret was on the edge of being deported from America and she's desperately trying to stay in Colden Books (the publishing company). She made a plan that Andrew and her will forge a marriage do that she can stay. They made a deal and it all starts there. For chick flicks lover, u'll find this movie so close to the heart. For me, i love the comical part, the laughing matters memang sangat la lawak. kalau pegang popcorn, sure boleh berterabur!!!! hahahaha

It's HILARIOUS!!!

i dun wanna brag so much bout it. sila lah beli tiket dan tengok ok.
thanks again TiC!!!!!! love you!

The Proposal will be out on July 30th, 2009.

O O O i totally forgot - one of the best part is watching Sandra wearing those Louboutin's. aaaa meleleh ayaq lioq~

here are some snippet from GSC..


Release Date: 30 July 2009
Language: English
Running Time: N/A
Director: Anne Fletcher
Cast: Sandra Bullock, Ryan Reynolds, Malin Akerman, Craig T. Nelson, Mary Steenburgen, Denis O’Hare, Betty White.

Synopsis:When high-powered book editor Margaret (SANDRA BULLOCK) faces deportation to her native Canada, the quick-thinking exec declares that she’s actually engaged to her unsuspecting put-upon assistant Andrew (RYAN REYNOLDS), who she’s tormented for years. He agrees to participate in the charade, but with a few conditions of his own. The unlikely couple heads to Alaska to meet his quirky family (MARY STEENBURGEN, CRAIG T. NELSON, BETTY WHITE) and the always-in-control city girl finds herself in one comedic fish-out-of-water situation after another. With an impromptu wedding in the works and an immigration official on their tails, Margaret and Andrew reluctantly vow to stick to the plan despite the precarious consequences.

(Source: Buena Vista Columbia Tristar Films)



Friday, July 17, 2009

Movie Review - Harry Potter and The Half Blood Prince


Disclaimer Notice : Perhatian, entry ini mungkin akan menyebabkan anda mengetahui plot2 cerita Harry Potter. Siapa yang nak suprise, tolak cursor mouse anda ke atas hujung kanan skrin dan klik tanda 'x' ok. Terima Kasih

hey peeps,

watched the movie yesterday. Thanks Min, Apit, Adni for accompanying me okeh! to those who already read the book, it was ok la. but waaaaaaaaaaaaaayyy to different from the book. the story was a bit here and there (change of plots) overall me likes it! oh, why did i put up a poster of Dumbledore instead of Harry and the rest...Sebab dia adalah hero Harry Potter and The Half Blood Prince!

yang membaca buku ini, semua tau dah cerita cuma nak direalisasikan melalui filem. saya benci Bellatrix Lestrange, Severus Snape, Draco Malfoy dalam cerita ini. Bukan selama ini suka, tapi perasaan itu meluap2 pada edisi ini. Kematian Dumbledore amat meninggalkan kesan. He was killed by Severus Snape with the killing curse 'Avada Kedavra'. At this point, the cinema was so quiet and i was in tears. Especially when all students and professors of Hogwarts pointed out their illuminate wands to the sky. oh, the person next to min (a guy) was sobbing okeh! gila sedih! kalau nak lagi intense perasaan korang, sila baca buku k.

Overall, saya suka lah movie ini. Saya nak tengok sekali lagi ahad ni. Dengan mak pulak!

Sedikit pesanan dari penaja :

Walaupun tuan-tuan dan puan-puan suka dengan Harry Potter, tinggalkanlah anak-anak yang masih belum seswai ke panggung itu di rumah. Atau tunggu saja cd/dvd keluar. Bukan tidak sukakan kanak2, tetapi kehadiran adik2 kecil itu menganggu konsentrasi penonton yang sedang menghayati filem. Tambah plak jenis yang parents buat bodoh je tu. Minta maaf kepada yang terasa, tetapi kita kena hormat orang lain juga. huhuhu. Satu lagi penggunaan telefon bimbit (handphone) untuk menjawab panggilan. Tolonglah! dah la tak silent, jawab telefon macam bercakap dengan satu panggung. Sila ambil perhatian k. Tolonglah jangan buat. Sedarlah kita ada Social Responsibilities okeh!