Wednesday, December 2, 2009

Y.E.S. (oh yes!)


ok. it's officially December. 1st December 2009. cepatnya masa berlalu.
(oh!) and today is World Aids Day people. lets build up our knowledge on Aids kay!

everywhere in Malaysia you can see those S.A.L.E posters.
its YES time. Year End Sale. *jerit*
mana-mana pun sekarang ni penuh dengan sale sana sini selain daripada deco christmas.
sangat suka! tantek.

tapi satu yang saya nak kongsi dengan korang. pasal sale la.
being a shopaholic myself (ehem!) saya telah merasakan bahawa tidak worth it untuk membeli masa2 sale ini. maksud saya ialah sekiranya memang dah terlalu banyak duit itu, nak splurge pun saya peduli hape.
tapi ini sekadar gila shopping tapi nak shopping secara berbaloi. rasanya kebanyakan kita nak shopping best2 dan worth of money yang dah keluarkan?

sebab apa yang saya nampak dan dah banyak kali terbukti, yang sale2 ni macam ta ya pa wau jek!
sebenarnya macam tak sale pun. harga asal yang dinaikkan berkali2 ganda dan bila diberikan less, jadilah harga asal kembali. sedih sangat bila fikir tau.

benda ni selalu je sebenarnya jadi kat shopping mall paling selalu sale kat KL. ass owh so gee owh go tu la. memang tak dinafikan ada juga barangan yang memang betul2 murah. tapi sebenarnya kalau barang2 yang memang berjenama dan mahal. jangan harap dapat murah.

masa macam ni lah saya nak bandingkan jualan murah di malaysia dan di luar negara. kadang2 bila tengok online sale kat website macam ASOS, Victoria Secret semua tu memang sangat teruja. terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan harga asal. contoh lah, saya beli kasut Charles And Keith di Singapore. 70% dan 50%. takde pun dia naikkan harga semata2 nak meraih untung. tapi itu yang terjadi kat Malaysia.

paling recent, sabtu lepas. saya ke sebuah pusat membeli belah. di tengah Kuala Lumpur.tengah cuti Hari Raya Aidiladha, so memang ramai orang. kebetulan sale dah bermula. saya sempat lah menjengah ke eii say tan. kunun2 nak jenguk2 apa yang boleh disambar. kata ada voucher. hehehe. seronoknya la hai. tengok ada sale kasut! ye kasut! ALDO pulak tu. mana tak meleleh air liur. terbuntang lagi mata bila tengok semuanya 70%, 50% and yang agak baru2 punya design 30%. cik ahkon-pembeli-tegar-kasut pun belek dan membelek. satu per satu.. berkenan dengan satu kasut tu. pusinglah kat tapak. nak tercabut butang baju aku!! RM 972. boleh? lepas less 50%, cuba korang kira..ala lambat. jadi RM 486. kenapa baju aku nak terbukak? sebab harga asal kasut tu kat kedai sebenarnya memang RM 486 okeh. itu bermakna, depa mark up lagi harga supaya jadi harga asal kembali walaupun selepas less 50%. ini adalah perkara keji yang perlu diberi perhatian oleh Kementerian yang berkenaan. camne lah orang2 kita ni tak berkejar pegi warehouse sale yang semakin berleluasa skang ni?? sebabnya zaman sale2 di malls ni dah tak relevan. mahal melampau dan menipu!

saya harap perkara ini dapat lah diberi perhatian serius. sebagai usaha menjana ekonomi negara juga. :D dan termasuk usaha menambah koleksi kasut saya. haha.

*telah jatuh chenta dengan sepasang kasut di Vincci+*



8 comments:

icedcham said...

so owh gee owh tu memang selalu buat perangai camtu.. orang yang tak biasa window shop n usha harga barang² memang senang je kena tipu ngan diorang. bodo ok jepun ni.. agak² la nak tipu pun.. we malaysians are not that stupid pun. sheeshhh..

apa pun kat situ kalau nak beli kasut kerja lelaki.. masa sale, mmg murah. i bought a decent pair of Renoma for RM140.. full leather dan lagi cantik dari Hush Puppies. ahah! dan petang jumaat ni saya akan ke sana.. nak carik sesuatu..

Anonymous said...

beli online jugak yang puas hati skrg nieh miss ahkon kan? kan? kan? atau sopping spree kat bandung? euwh teringinnya pegi bandung.....

psst kalu ada online sopping yang besh do tel me k dear *blinking eyes*

-bEth-

swit@kon said...

icecham,

teruk kan? tapi kat es owh so gee owh go makanan kat supermarket dia murah. tapi tak semua pun. kena pandai pilih.

swit@kon said...

-bEth-

owh. bandung is so heavenly nice for shopaholics. hihi. i nak g shopping heaven lagi satu la bebeth. BKK. jom!

blogshop eh? orang berpinar beli. pun kena pandai carik jugak. ada yang mahal gila. tapi dun worry. orang btau. kalau tak sabar email me k! :P

nishashburn said...

selaku pembeli, kita bertanggungjawab juga untuk complain kepada consumers association tau... jgn tunggu kementerian berkenaan shj. diorg xleh bertindak tanpa sbrg aduan daripada pengguna...

fara said...

So n Go itu kalo sale sila check.. item yang sale sehebat 70% mcm purposely buat untuk sale ok.. office wear crocodile yang sale 70%kain lebih hudus daripada baju 30 hengget di tesco..
sekian.

swit@kon said...

nishashburn,

hahaha. saya adalah salah seorang manusia yang agak berat untuk complaint2 ni. kan ke kena ada bukti. tapi saya tak sempat nak amik gmbr. huhu

swit@kon said...

fara,

memang dah selalu perasan harganya menipu. takpe2 kita g warehouse sale je :D