Friday, March 30, 2012

freebies!!!



kawan-kawan, saya nak tumpang iklankan tawaran istimewa dari rakan saya merangkap mekap artis (MUA) saya semasa bertunang tempoh hari. dia skang ada promosi hebat. kalau tak percaya, sila percaya jugak!


cara nak menang, senang saja.
(i) klik link ini (link) dan klik 'LIKE' pada page tu;
(ii) share status berkenaan promosi itu di wall korang. paling banyak share, akan dikira sebagai pemenang. 


so, apa lagi?
yang nak bertunang, berkahwin dan sebagainya. boleh join.
mana tau, rezeki kan?


klik like cepat pada facebook fanpage Helwah Coulture.
hadiah menarik ni.


mekap memang cantik!
nanti saya share. hehe





Thursday, March 29, 2012

current craze : tudung aidijuma



tudung aidijuma : tudung bawal :)

last weekend gi Pasar Seni.
sempat layan kiosk AJ (aidijuma) kat LRT Pasar Seni.
memula jual mahal. sebab tak minat.
hahaha.
tapi bila tengok ada 31 helai tudung yang bermacam warna....
saya bertukar!!!
jadi ganas. hahaha.
terus amik 3 helai.
tapi dah jual satu pada officemate. yang suka sangat ngan tudung tu.
selesa sangat. senang nak bentuk.
memula agak keras, tapi dah basuh dia ok.
comel la tudung tu.
lama sangat dah pakai tudung awning, its time to change it back (occasionally) to bawal. :)


dua colour yang saya beli. *happy*


nak tau colour2 yang lain, boleh check kat FB Aidijuma.
have fun browsing!



Wednesday, March 28, 2012

checklist wedding




about two months to go!
somebody who is not here dah complaint. saya tak update cerita wedding pun dalam blog.
tee hee hee.
saya agak kalut.
juggle ngan banyak benda dalam sehari.
so by the time balik rumah, dah lunyai.
after isya' memang siap2 tutup lampu.
assignment/kerja sekolah pun buat sabtu pagi. if sempat, curi2 kat office. ahaks!

ok. jom kita tengok checklist yang saya amik dari internet.
about two months before the wedding. apa sepatutnya dah siap ye?


· Menyenaraikan nama tetamu - kad wedding dah siap. insyaAllah. mulai hari ni nak emel kengkawan mintak address
· Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis - AP (aturcara pentadbiran akan dirangka selepas meeting bersama wedding decorator dan catering jumaat ni. pengacara dah dibekalkan dengan baju. tinggal nak finalize skrip :)
· Merencanakan bulan madu - erk. yang ni asik pending. tatau. 
· Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh - almost done. dah book dua rumah transit for melaka clan. not the semi-d but apartment. 
· Memastikan rawatan spa secara intensif - dah beli kupon. tengah carik time. puan pengapit, anda nak join saya tak??? jom aaaa
· Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap - insyaAllah. favors for majlis dah settle. payment done. hanya nak g beli favors budak2 je. favors majlis nikah pun almost done.
· Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan - dah fitting first time. April is the second fitting. baju nikah dan baju reception. :)

hehe.
ok tu je :)

bye