Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

current craze : tudung aidijuma



tudung aidijuma : tudung bawal :)

last weekend gi Pasar Seni.
sempat layan kiosk AJ (aidijuma) kat LRT Pasar Seni.
memula jual mahal. sebab tak minat.
hahaha.
tapi bila tengok ada 31 helai tudung yang bermacam warna....
saya bertukar!!!
jadi ganas. hahaha.
terus amik 3 helai.
tapi dah jual satu pada officemate. yang suka sangat ngan tudung tu.
selesa sangat. senang nak bentuk.
memula agak keras, tapi dah basuh dia ok.
comel la tudung tu.
lama sangat dah pakai tudung awning, its time to change it back (occasionally) to bawal. :)


dua colour yang saya beli. *happy*


nak tau colour2 yang lain, boleh check kat FB Aidijuma.
have fun browsing!



Friday, May 21, 2010

fesyen tudung

i've tried everything.
dari bawal ke tie rack ke shawl hinggalah ke style tudung ariani.
hahaha. dan tak pernah stick pada mana-mana pun.
tukar2 ikut kesesuaian.

anyways, lately banyak style tudung yang ala2 ikat rambut tinggi sebelah belakang tu.
sebenarnya benda ni dah lama. masa wedding seorang kawan saya back in 2007 pun dah ada fesyen ni. cuma sekarang memang macam semakin berleluasa. tambah pulak dengan pengenalan serkup syria dan sebagainya, ramai yang buat sanggul tinggi untuk nampak cantik. bahkan ada juga penjualan sepit rambut palsu untuk membolehkan wanita yang berambut sedikit atau pendek pun ada bonggol juga.

anyways, saya cuma nak tarik perhatian terhadap beberapa isi blog yang saya baca sejak awal minggu ini. sangat menarik kerana ianya mengisahkan tentang beberapa hadith berkenaan dengan bonggol tudung ini. saya tidak lah arif, tapi sama-sama lah kita hayati hadith-hadith ini. wallahualam.


“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”

(Hadith riwayat Muslim)


“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

(Hadith riwayat Ahmad)


renung-renungkan lah.

:D