Thursday, August 1, 2013

update raya aildilfitri 1434H


salam semua.
hari ni buat entry sempois.
takde pape in between. tau tau dah nak raya kan?

ok. jom update persiapan raya setakat ni?
itu pun kalau ada.

baju raya :
warna? royal blue :)
(i) yours truly punya siap hari SELASA. ye. hari SELASA. sebab baru hantar last week. ampun la tailor. terpaksa dan memaksa. al maklum. dah beli kain berbondong kat Bandung tapi tak gi buat. berdoalah agar baju yang siap sempurna hendakNya.
(ii) suami punya alhamdulillah siap dah and dah ambil hari ni. sampin pun dah siap beli.
tiada kasut raya lagi. mungkin takkan ada. tapi nak beli flat untuk pakai ke opis. kasut gunasama.
tudung pula? tudung dah beli dua helai dari Shawl by VSnow iaitu VS Essential Scarf. Terbaik kualitinya. Alhamdulillah.

kuih raya :
tahun ni dapur tutup. sebabnya (i) sayang nak pakai oven baru yang dihadiahi oleh Puan Suhana (thanks, i love you!). (ii) saya cedera pertengahan ramadhan lalu - jatuh dan tidak sihat hampir seminggu.
tapi ada beli sebotol dari kakton di opis, dan beberapa bungkus kerepek juga batang buruk. tapi mak ada beli beberapa botol tart nenas. memang terbaek!

duit raya :
alhamdulillah. bantuan kakngah. dah siap tukar semalam. dan dah dapat pun cashnya. sampul dua jenis. satu dari r*h*b dan satu dari al-rajhi. omel!

kad raya :
tahun ni dapat satu je. tu pun dari konsultan. muahahaha. takpelah. ada gak kan?

iklan raya : biasa2 je. petronas punya pun. panjang bebenor. ok ok je

apa lagi?
haha
itu je la kan yang paling essential.
tahun ni insyaAllah beraya di Melaka. sebab last year dah raya kat Penang.
weeewiiit. seronoknya.

so marilah kita habiskan baki ramadhan ni dengan penghayatan paling tinggi.
insyaAllah, segala kebaikan akan dibalas olehNya.
Amin. saya doakan keselamatan dan kesihatan semua orang sepanjang tempoh perayaan ni.
hati-hati di jalan raya.jangan makan sampai sakit perut. walaupun 'setahun hanya sekali'

:)

later kita sambung lagi tau.
buhbye.


p/s : takziah kepada mendiang Chua Boon Huat yang meninggal dunia pagi ini akibat kemalangan jalan raya. saya minat dia woo! RIP CBH.

No comments: