Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Friday, August 16, 2013

Syawal 1434H


Salam Aidilfitri semua.
entry ni tersimpan dalam draf sejak Isnin lepas.
sebab cari gambar takde.
gambar semua telah dibawa pulang ke Pulau Pinang bersama encik suami.
so mood nak update banyak2 pun tak berapa nak ada.




oklah. cerita raya later k?
xoxo


Thursday, August 1, 2013

update raya aildilfitri 1434H


salam semua.
hari ni buat entry sempois.
takde pape in between. tau tau dah nak raya kan?

ok. jom update persiapan raya setakat ni?
itu pun kalau ada.

baju raya :
warna? royal blue :)
(i) yours truly punya siap hari SELASA. ye. hari SELASA. sebab baru hantar last week. ampun la tailor. terpaksa dan memaksa. al maklum. dah beli kain berbondong kat Bandung tapi tak gi buat. berdoalah agar baju yang siap sempurna hendakNya.
(ii) suami punya alhamdulillah siap dah and dah ambil hari ni. sampin pun dah siap beli.
tiada kasut raya lagi. mungkin takkan ada. tapi nak beli flat untuk pakai ke opis. kasut gunasama.
tudung pula? tudung dah beli dua helai dari Shawl by VSnow iaitu VS Essential Scarf. Terbaik kualitinya. Alhamdulillah.

kuih raya :
tahun ni dapur tutup. sebabnya (i) sayang nak pakai oven baru yang dihadiahi oleh Puan Suhana (thanks, i love you!). (ii) saya cedera pertengahan ramadhan lalu - jatuh dan tidak sihat hampir seminggu.
tapi ada beli sebotol dari kakton di opis, dan beberapa bungkus kerepek juga batang buruk. tapi mak ada beli beberapa botol tart nenas. memang terbaek!

duit raya :
alhamdulillah. bantuan kakngah. dah siap tukar semalam. dan dah dapat pun cashnya. sampul dua jenis. satu dari r*h*b dan satu dari al-rajhi. omel!

kad raya :
tahun ni dapat satu je. tu pun dari konsultan. muahahaha. takpelah. ada gak kan?

iklan raya : biasa2 je. petronas punya pun. panjang bebenor. ok ok je

apa lagi?
haha
itu je la kan yang paling essential.
tahun ni insyaAllah beraya di Melaka. sebab last year dah raya kat Penang.
weeewiiit. seronoknya.

so marilah kita habiskan baki ramadhan ni dengan penghayatan paling tinggi.
insyaAllah, segala kebaikan akan dibalas olehNya.
Amin. saya doakan keselamatan dan kesihatan semua orang sepanjang tempoh perayaan ni.
hati-hati di jalan raya.jangan makan sampai sakit perut. walaupun 'setahun hanya sekali'

:)

later kita sambung lagi tau.
buhbye.


p/s : takziah kepada mendiang Chua Boon Huat yang meninggal dunia pagi ini akibat kemalangan jalan raya. saya minat dia woo! RIP CBH.

Wednesday, August 15, 2012

3 jam?



esok balik kampung!
wooo hooooo.
tahun ni seperti yang saya bitau, saya pulang ke kampung suami di Pulau Pinang.
awal2 lagi dah beli tiket.
RM90 ya'll. terbaek!!
pemalas lipas nak drive.
tapi semalam dapat sms and also emel dari AA.

if dah check in, kena ada kat airport 3 hours before departure.
amik kau!
aduhai. lunyai la macik lelama kat sana.
mesti crowded punya.
dah la tak boleh nak makan.
flight jam 6.05pm. insyaAllah sampai around 7.00pm.
Penang berbuka 7.33pm.
Just nice untuk Encik Suami amik dan carik tempat makan.
tapi 3 jam? alahai. :(

* gonna missed tapai for this 5-days trip


Friday, August 10, 2012

iklan aidilfitri 2012 dari BERNAS : tahniah!



awesome sungguh.
semua sudut.
penceritaan, skrip, pelakon dan semua lah.




air mata saya tumpah pagi2 ni. sedey sangat!

"Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu Ya Allahh"

update raya


amacam preparation raya?
hehe. confirm tengah dok sibuk bayar duit biskut raya, duit langsir, duit kusyen baru. sibuk gantung lampu lip lap semua kan?
tahun ni raya saya tak meriah sangat lah.
maybe sebab takde projek kuih raya macam tahun lepas, tak sibuk carik langsir dengan mak, tak belum lagi merayap gi Jalan TAR, kalut gi balik rumah sendiri dan rumah mertua, tido lepas berbuka, tido lepas sahur. 
sorry mak! keletihan. office plak agak kelam kabut bulan Ramadhan ni. banyak benda tak tercover masa bulan tak puasa disettlekan bulan ni lah.

as tradisi tiap tahun, saya akan belikan maknoriah and abah pakaian. selain mak, ayah and adik. kalau dulu2 beli masa sehari sebelum raya, tapi tahun ni, minggu ke-2 puasa dah settle. al maklumlah, beraya jauh di perantauan tahun ni. oh ha. saya rasa Penang tahun ni. ikut suami. sapa raya Penang, please angkat tangan!! boleh saya singgah dan beraya nanti. 

perasaan nak beraya jauh dari mak, ayah and adik ni tak tergambar rasanya. masa awal2 buat plan ngan suami, rasa ok je. ala, suami kan ada. pastu bila fikir balik takde dah sesi masak memasak ketupat dan rendang di belakang rumah, takde dah sesi baking kek untuk hari raya guna oven olskool, takde dah jeritan manja mak sebelum subuh di pagi raya mengejutkan kitorang untuk mandi sunat and cepat2 siap pakai baju, takde dah hon2 yang kuat depan rumah oleh bapak saudaraku yang sampai, takde dah lauk pauk yang super awesome authentic dari Melaka. yang penting, bukan lagi tangan mak n ayah jadi tangan first untuk saya salam and minta ampun. oh. bila ingat ni, tetiba i nanges woooo. :'(

tapi betul lah. bila dah umur camni, tendency nak belanja beli baju raya dah tak berapa nak ada. bagi kawan yang dah ada baby, saya pasti korang sibuk shopping tuk anak je betul tak? macam saya, lebih pada nak belikan mak and ayah. ayah la lebih sebab mak prefer beli sendiri. haha. dan taste dia tinggi :P. 

duit raya mungkin bertambah sikit lah. kalau dulu, family melaka and batu caves je. tapi skang dah ada family sri gombak and penang. yang mana ada rezeki lebih, insyaAllah. duit dah siap tukar. tapi belum g amik. ala. tahun ni takleh tolong mak masukkan duit dalam sampul. *nanges lagi*

tup tup skang ni ada kurang lebih seminggu je lagi kita nak puasa. saya akan terbang ke pulau mutiara seawal hari khamis. nak puasa berdua ngan suami sementara tunggu nak raya. mungkin juga shopping last minit kat sana kot. sebab tak pernah lagi rasa suasana lain daripada melaka. 

oklah. kita update lagi nanti k. 
malam ni nak berbuka ngan SG Girls. Excitednya!!!! 
Happy :)


Tuesday, September 13, 2011

Open House Ke Satu

first open house (kalau boleh dipanggil open house lah) adalah yang dianjurkan oleh Puan Suhana Azlin. Pertama-tamanya saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menjemput saya dan kengkawan lain walaupun setahun sekali anda kembali ke Malaysia.

Menu pada hari itu adalah Nasi Daging bersama lauk ayam masak merah dan dalca, Cheesecake dan Lasagna sebagai dessert. hahaha.

Memandangkan saya adalah berpuasa masa tu, memang blasah bersungguh apa yang tuan rumah hidangkan. sedap sangat2.

jom layan gambar yang di kirimkan oleh didi melalui FB.


oh. nasi sedap!

half of us. tuan rumah tukang amik gambar :D

birthday girl bawa (kap)kek sendiri

two birthday gals with pelakon tambahan, Mya

 
different angle pulak

the (kap)kek from Taste, Bangi
(not so tasty)

the happy girl with lotsa raya packets!!


kami pulang dengan perut yang kenyang dan happy. hahaha.
geng, another round at my house before Lin fly back to Aberdeen k?!

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidilfitri




Salam semua. 

Apa khabar? Hehe. Tuan tanah dah pulang dari kampung. Walaupun lappie dibawa bersama ke Melaka, tapi mood nak buka dan hapdet adalah tiada. Lebih seronok menghabiskan masa dengan cousins, saudara-mara dan yang sewaktu dengannya. Raya this year adalah bersederhana. Kemeriahan tetap ada dalam masa yang sama. 

Kebetulan Aidilfitri tahun ini jatuh sehari sebelum hari lahir saya yang ke-27. Mak tua dah nyah! Adalah lebih happy kerana disambut oleh semua. Sebak dan terharu juga kaedahnya bila mengenangkan umur dah banyak tapi still happy sangat2 kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya. 

Update yang lebih panjang akan dibuat later. Ye la tu. Pemalas lipas gayanya. Tak tahu la bile  akan update. Saya masih lagi bercuti sehingga Isnin hadapan. Mahu settlekan badan yang tengah nak adjust bulan tak puasa. Perut masih meragam dengan pelbagai makanan yang masuk. Hehe. Esok akan bertolak ke Bagan Serai untuk menghadiri majlis perkahwinan staff ku di office. Dan insyaAllah akan terus ke utara selepas itu. Will update more later k.

Salam Aidilfitri 1431H dari Switakon Sanctuary. Maaf Zahir Batin sekiranya ada penulisan2 entry di sini mengguriskan hati dan perasaan mana-mana pihak. Kepada yang masih bercuti, have fun k! Safe journey. Kita jumpa lagi nanti!!!

XoXo.



Tuesday, September 7, 2010

kepada kekasihku, yang baik budi....

" .. Bimbingan dan panduan selalu diberi, kalau kusalah silap kau maafkan, Mudah-mudahan kita akan berkekalan ~ Aidilfitri, Sanisah Huri (circa 1970s) "


Selamat bercuti kepada yang dah bercuti
Selamat pulang ke kampung..
Drive carefully..

*p/s : lagu favourite saya semasa hari raya! hiks



Saturday, September 26, 2009

lazy bum

hello people.
how was your raya? mine was so and so.
been in Putrajaya since Wednesday dan masih bercuti.
tapi saya sangat malas untuk update.
sempat untuk bloghop saja.
later lah k. sowey.
i malas update blog, malas reply sms, malas pegang phone pun. semua salah dia tu!!
*sigh* later korang!!
miss ya loads.

more to come. please wait (;

take care.
xoxo

Friday, September 18, 2009

Raya?


hai korang. seperti yang dijangkakan. hari ni memang tak banyak kereta di jalan raya, tak ramai orang di office dan juga suasana di office sangat la slow. hehehe. so amik peluang untuk update blog!

malam tadi ahkon buat biskut Cornflakes Madu dan kemas beg sikit2. Baju yang dijangkakan siap semalam, dah pun siap. tapi hasilnya mendukacitakan. saya memang cerewet gila bab benda2 yang dipakai neh. haih. ok. tinggal lagi beberapa hari nak ke 1 Syawal 1430H, jom kita semak checklist preparation raya before ahkon balik ke Melaka malam ni. jom!

  • kuih raya : done! (nak buat satu lagi, nantilah)
  • kemas beg : nope - nak buat lunch hour ni
  • tukaran wang untuk sedekah : done! with Upin Ipin's Envelopes
  • baju raya : done! (dengan result kecewa) dan kena hantar pressing by today!
  • rantai meletup : done! mak dah present semalam
  • earrings : done!
  • cincin F21 : nope - takde stock kat F21 Queensbay
  • kasut raya : nope - try to find a pair masa kat Melaka nanti
  • tudung : done!
  • langsir : nope and done! - kat hall dah tukar, kat bilik belum di iron. later lah.
  • cadar : quilt cover done! fitted sheet nope.
  • servis kereta : nope. will go back to Melaka by dad's car.
  • kad raya : done! sending out 5 pieces sahaja this year!
  • hair : done! cut it two weeks ago. need to shampoo and blow today!
  • facial : done! two weeks ago. will put on mask today or tomorrow
  • manicure, pedicure : plan to have it done during lunch but tak settle bag lagi. tapi macam tak jadi sebab nanti balik melaka nak masak semua. rugi je!
  • kamera : done! sukanya!!!!! tahun ni nak amik banyak2 gambar!!!
apa lagi eh? dah la tu kot. sikit je my prep. mak yang banyaknya pun. so maybe this is the last entry for today and i think malam ni nak put up a sticky entry untuk raya!


picture captured by yours truly. location : office.

with that, i end my entry dengan ucapan dan ingatan tulus ikhlas dari Yantie Zulkifli aka Ahkon aka Switakon. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H. Maaf Zahir dan Batin buat semua yang menyinggah di blog ini. Drive carefully. makan berpada2 jangan sampai naik darah tinggi. i'll see you guys very soon. later!!!!

xoxo



Thursday, September 17, 2009

batasku asaku


hello korang. mesti semua orang pun dah tak online kan! kat opis ni. baru ari khamis. dah senyap sunyi. esok lagi la. seksyen aku, aku sorang je. yang lain semua dah cuti. tapi kan. raya tahun ni saya happy lah. sebab saya ada awak. hahahaha taktau la. rasa nak raya tu memang la tak berapa nak ada. tapi memang rasa best. sempat buat kuih raya, belikan mak langsir dan banyak lagi lah. tapi baju raya saya yang kaler oren tu tak siap lagi lah!!!! mintak2 hari ni dah settle. oh. tengok tak tajuk tu. best tak? tu one of the song dalam album baru Dato' Siti Nurhaliza. tell you what! i am in love with all songs in Tahajjud Cinta - the latest album from her! (sebenarnya memang haku minat tapi segan nak mengaku)

album baru je beli. masih panas! and did i mentioned earlier that i love each and every song in the album. be it Asma Ul-Husna, Selawat Nabi, Pintu Rindu dan banyak lagi! and one that i love most is Batasku Asaku. the lirik. omg. saya bagi lagu ni kat awak. cuba baca dan hayati lirik lagu tu.

Bila kutercipta dari tulang rusukmu
Mengapa kumampu sempurnakan hidupmu
Bila ku ada karena kau ada
Mengapa kau tak bisa sendiri saja

Dalam teguh tak larut belaian
Ranum sahaja bukan hiasan
Untaian cinta gapai genggaman
Yakinkan mimpi dalam iman

Batasku sadari raut kodratku
Asaku menari terbalut sorbanmu
Lembutnya jiwa sambut nestapa
Terngiang syahdu iman di dada

Bila cerita tak lagi ceria
Mahligai cinta merona terlena
Senada iman kusimpan derita
Kuatkan hati bersimpuh pada-Nya


best tak? erm. sedih sebenarnya. lagu ni adalah OST untuk cerita Perempuan Berkalung Sorban. Sinetron Indonesia. erm. lagu ni menusuk ke dalam hati saya. tambah2 part 'senada iman kusimpan derita, kuatkan hati bersimpuh pada-Nya'.

anyways. pada kengkawan yang masih ada di KL or yang belum balik ke kampung atau tak balik kampung, saya akan online dengan semangatnya esok. saya ke Melaka esok malam selepas berbuka. so akan ada lagi final entry persiapan sebelum raya akan dipublishkan esok. pada yang masih online, stay tune. hehehehe

kepada yang dah nak pulang beraya dan minggu depan baru boleh online ke ape, saya di sini nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kalau ada tersilap kata, tertaip benda2 yang mengguris hati dan perasaan sesiapa dan terkasar bahasa dan sebagainya. Saya mohon ampun dan maaf, lahir dan batin. Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H. Semoga korang semua bergembira bersama yang tersayang!!! we'll keep in touch ya. thanks for membaca blog ini. cewah!

Selamat Hari Raya.............

xoxo
ahkon


Wednesday, September 9, 2009

Projek Biskut Satu


pagi ini sedikit letih. semalam mengerjakan Projek Biskut Satu untuk Tahun 2009. InsyaAllah kalau larat adalah Projek Biskut Dua, Tiga dan seterusnya. hehehe. first time buat biskut dengan menggunakan kaedah penerapan (betul kah?) guna acuan berbentuk bunga. nak bentuk lain takde la pulak. dan beberapa orang menjadi mangsa keadaan untuk mencari bahan-bahan yang kini menjadi bahan kawalan. antaranya kehabisan gula aising di Alamanda, ketiadaan minyak Mazola di Carrefour dan sebagainya. but afterall, i managed to complete the whole thing by 1020pm last nite!

dengan bantuan emak op kos. saya sukat, uli, terap dan bakar. mak tolong gunting kertas minyak (yang dibeli oleh ayah god knows kat mana ceruk ntah, hehehe) dan susun biskut ke dalam botol. agak seronok la. memula tu rasa cam tak jadi je. kunun2 buat bentuk bulat (kaedah gentel) dengan sedikit picitan di bahagian tengah untuk hiasan kacang, last2 buat bentuk bunga terus (kaedah terapan). senang! tapi melecet jugak tangan ini. hehehe. alhamdulillah dengan adunan hampir sekilo kacang, hampir sekila tepung, gula, minyak mazola dan lain2 dan dengan berbekalkan oven Butterfly otai mak noriah, kami dapat buat 4 botol sederhana besar biskut Mazola untuk sambutan raya nanti. 4 je pun. berangan nak sedekah kat semua orang. hahahaha. so, itu saja accomplishment untuk malam semalam. next projek (InsyaAllah) Projek Biskut Dua - Cornflakes Madu & Bijan & Almond. hahahahaha


(pictures of ingredients : credits to Google Image)

ha..tu gambar hasil biskut semalam tau korang. nak rasa?? meh datang umah ahkon raya nanti ek! ok lah. itu je buat masa ni. i am so mengantok n yet so many things to be done. adios amigos.

oh chup2. hari ni kan tarikh yang tantek sangat tu kan????? 090909. nasib baik saya lahir 11 September. kalau hari ni? dah cuti celebrate. walau bagaimanapun, seorang yang dekat di hati ini menyambut hari kelahiran hari ni tau. Encik Hafeez Basri aka apitonkus!!!! Happy Birthday Dear!!!! semalam dah wish kan, so ari ni i nyanyi je la kat u. later i kol and sing for you k.

ok.
TTFN, err taktau? tata for now la!!! :P

xoxo