Showing posts with label duit raya. Show all posts
Showing posts with label duit raya. Show all posts
Thursday, August 1, 2013
update raya aildilfitri 1434H
salam semua.
hari ni buat entry sempois.
takde pape in between. tau tau dah nak raya kan?
ok. jom update persiapan raya setakat ni?
itu pun kalau ada.
baju raya :
warna? royal blue :)
(i) yours truly punya siap hari SELASA. ye. hari SELASA. sebab baru hantar last week. ampun la tailor. terpaksa dan memaksa. al maklum. dah beli kain berbondong kat Bandung tapi tak gi buat. berdoalah agar baju yang siap sempurna hendakNya.
(ii) suami punya alhamdulillah siap dah and dah ambil hari ni. sampin pun dah siap beli.
tiada kasut raya lagi. mungkin takkan ada. tapi nak beli flat untuk pakai ke opis. kasut gunasama.
tudung pula? tudung dah beli dua helai dari Shawl by VSnow iaitu VS Essential Scarf. Terbaik kualitinya. Alhamdulillah.
kuih raya :
tahun ni dapur tutup. sebabnya (i) sayang nak pakai oven baru yang dihadiahi oleh Puan Suhana (thanks, i love you!). (ii) saya cedera pertengahan ramadhan lalu - jatuh dan tidak sihat hampir seminggu.
tapi ada beli sebotol dari kakton di opis, dan beberapa bungkus kerepek juga batang buruk. tapi mak ada beli beberapa botol tart nenas. memang terbaek!
duit raya :
alhamdulillah. bantuan kakngah. dah siap tukar semalam. dan dah dapat pun cashnya. sampul dua jenis. satu dari r*h*b dan satu dari al-rajhi. omel!
kad raya :
tahun ni dapat satu je. tu pun dari konsultan. muahahaha. takpelah. ada gak kan?
iklan raya : biasa2 je. petronas punya pun. panjang bebenor. ok ok je
apa lagi?
haha
itu je la kan yang paling essential.
tahun ni insyaAllah beraya di Melaka. sebab last year dah raya kat Penang.
weeewiiit. seronoknya.
so marilah kita habiskan baki ramadhan ni dengan penghayatan paling tinggi.
insyaAllah, segala kebaikan akan dibalas olehNya.
Amin. saya doakan keselamatan dan kesihatan semua orang sepanjang tempoh perayaan ni.
hati-hati di jalan raya.jangan makan sampai sakit perut. walaupun 'setahun hanya sekali'
:)
later kita sambung lagi tau.
buhbye.
p/s : takziah kepada mendiang Chua Boon Huat yang meninggal dunia pagi ini akibat kemalangan jalan raya. saya minat dia woo! RIP CBH.
Friday, August 10, 2012
update raya
amacam preparation raya?
hehe. confirm tengah dok sibuk bayar duit biskut raya, duit langsir, duit kusyen baru. sibuk gantung lampu lip lap semua kan?
tahun ni raya saya tak meriah sangat lah.
maybe sebab takde projek kuih raya macam tahun lepas, tak sibuk carik langsir dengan mak, tak belum lagi merayap gi Jalan TAR, kalut gi balik rumah sendiri dan rumah mertua, tido lepas berbuka, tido lepas sahur.
sorry mak! keletihan. office plak agak kelam kabut bulan Ramadhan ni. banyak benda tak tercover masa bulan tak puasa disettlekan bulan ni lah.
as tradisi tiap tahun, saya akan belikan maknoriah and abah pakaian. selain mak, ayah and adik. kalau dulu2 beli masa sehari sebelum raya, tapi tahun ni, minggu ke-2 puasa dah settle. al maklumlah, beraya jauh di perantauan tahun ni. oh ha. saya rasa Penang tahun ni. ikut suami. sapa raya Penang, please angkat tangan!! boleh saya singgah dan beraya nanti.
perasaan nak beraya jauh dari mak, ayah and adik ni tak tergambar rasanya. masa awal2 buat plan ngan suami, rasa ok je. ala, suami kan ada. pastu bila fikir balik takde dah sesi masak memasak ketupat dan rendang di belakang rumah, takde dah sesi baking kek untuk hari raya guna oven olskool, takde dah jeritan manja mak sebelum subuh di pagi raya mengejutkan kitorang untuk mandi sunat and cepat2 siap pakai baju, takde dah hon2 yang kuat depan rumah oleh bapak saudaraku yang sampai, takde dah lauk pauk yang super awesome authentic dari Melaka. yang penting, bukan lagi tangan mak n ayah jadi tangan first untuk saya salam and minta ampun. oh. bila ingat ni, tetiba i nanges woooo. :'(
tapi betul lah. bila dah umur camni, tendency nak belanja beli baju raya dah tak berapa nak ada. bagi kawan yang dah ada baby, saya pasti korang sibuk shopping tuk anak je betul tak? macam saya, lebih pada nak belikan mak and ayah. ayah la lebih sebab mak prefer beli sendiri. haha. dan taste dia tinggi :P.
duit raya mungkin bertambah sikit lah. kalau dulu, family melaka and batu caves je. tapi skang dah ada family sri gombak and penang. yang mana ada rezeki lebih, insyaAllah. duit dah siap tukar. tapi belum g amik. ala. tahun ni takleh tolong mak masukkan duit dalam sampul. *nanges lagi*
tup tup skang ni ada kurang lebih seminggu je lagi kita nak puasa. saya akan terbang ke pulau mutiara seawal hari khamis. nak puasa berdua ngan suami sementara tunggu nak raya. mungkin juga shopping last minit kat sana kot. sebab tak pernah lagi rasa suasana lain daripada melaka.
oklah. kita update lagi nanti k.
malam ni nak berbuka ngan SG Girls. Excitednya!!!!
Happy :)
Wednesday, August 25, 2010
berapa banyak lagu raya daaaa (dan duit raya free RM500)
hari ni, bukak je radio semasa nak ke pejabat terus dengar suara Faizal Ismail dan AG (Hot.fm). Dia kata hari ni dah hari ke-15 kita semua. umat Islam berpuasa. So kalau nak dihitung da pun separuh perjalanan dalam bulan Ramadhan ni. Ayat sambungan diorang ialah "so dah bolehlah pasang lagu raya!!!".
Tadi pulak masa lunch hour merayap dengan jiran sebelah ni ke Alamanda untuk membeli dan mencuci mata, dalam kereta terdengar seorang pendengar yang ditanya "berapa kerap nak dikeudarakan lagu raya dalam satu2 tempoh?". Jawab si pendengar/pentelefon "dalam satu jam tu nak la dengar 5,6 lagu". Haiyaaaa. Kakak! 5,6 lagu cuba kira kalau dah satu lagu 5,6 minit? tak ke hampir keseluruhan jam itu dipenuhi dengan lagu raya??? tolak campur iklan yang super banyak la kan...
So, korang dah start dengar lagu raya ke?Saya tak pasang satu pun lagi. Tengok la. Lagi 2 minggu ke kan...Baru aaa keterujaan itu melampau2 nak raya. Hahahaha. Skang ni dengar zikir dan alunan al-quran je. Radio pun sikit2 dengar selepas bosan dengan CD Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza tu 15 kali pusing dah. Bukan apa, bagi bersih rohani skit. Lepas raya sok, bukak la balik Justin Bieber. :P
Tadi pulak baru balik attend meeting jamuan raya. Bincang pasal menu. Alahai...tak keruan saya dibuatnya...
Ahahahaha. Tetiba merapik di tengah hari.
Hari ni kirim kat Mak nasi beriani. mahu ayam dan acara timun. Wuwuwuwu.
Oh! Nasi Kandar Kayu..............
ok. dah habis bebel. bye.
* edited: Pegawai kerajaan dapat duit raya RM500. Alhamdulillah....(klik sini)
* edited: Pegawai kerajaan dapat duit raya RM500. Alhamdulillah....(klik sini)
Subscribe to:
Posts (Atom)