Tuesday, December 3, 2013

klik dengan bijak




hari ni just nak share pasal Kempen Klik Dengan Bijak.
Program atau kempen ini adalah merupakan inisiatif SKMM atau MCMC iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia/Malaysia Communication and Multimedia Commission.
saya dapat maklumat ini pun melalui satu persidangan yang saya hadiri last week.

ianya adalah kempen untuk kesedaran awam mengenai penggunaan internet.
banyak kita dengar berita dan cerita masa kini berkenaan dengan penyalahgunaan internet dan penyebaran maklumat palsu di internet.

tak perlu saya ulas panjang-panjang. cuma kempen ni bertujuan supaya kita berwaspada dengan apa yang dimuatnaik ke dalam laman-laman sedia ada seperti facebook, twitter, instagram, blog, youtube dan lain-lain.

dengan kecanggihan teknologi kini, macam-macam boleh berlaku. bukan sekadar jenayah. macam2 lagi lah.

untuk itu, klik la dengan bijak! :)

maklumat lanjut berkenaan kempen ni boleh didapati dari laman web skmm atau mcmc sendiri.

Klik Dengan Bijak!




No comments: