Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Christmas Day



katanya!
hahaha.
hanya enjoys uols di hari cuti umum.

aktiviti hari krismas adalah :
  • hantar barang masuk lori - destinasi pulau pinang : ni sebab barang kahwin (ye, nak masuk dua tahun dah) yang besar dan tak dapat nak bawak pakai kapal terbang atau bas. so antara yang saya post adalah tv, tower fan, blender, rice cooker, langsir etc.
haha. gambar yang dihantar ke suami :p
  • brunch @ levain with mak and ayah
  • lunch @ home

Christmas Lunch : ) 
before and after [brussels sprout + udang, sambal kupang, ayam goreng]
  • layan movie
  • birthday Mia @ Bukit Jalil
itu je lah kekdahnya.
nak g melawat kengkawan yang celebrate, takde plak.




Tuesday, March 12, 2013

Movie Review : Lawak Ke Der 2 & Rock Ooo


Lawak Ke Der 2
- arahan hans isaac
- hasil pementasan pada Disember 2012 di Istana Budaya
- menampilkan pelawak awesome Malaya : Harith Iskander, Nabil, Jozan & Boboi




Rock Ooo
- arahan mamat khalid
- kesinambungan dari filem rock (arahan mamat khalid)
- menampilkan nama besar industri filem seperti Que Haidar, Khir Rahman, Pekin, Saiful Apek dan ramai lagi.

Review?
Siapa yang sedang stress, eloklah menonton filem ini. LKD 2 buat korang non stop gelak manakal Rock Ooo gelak memang best tapi dengan syarat korang tengok the first movie. Dan suka movie Mamat Khalid bila dia guna banyak bahasa kiasan yang buat kita fikir, siapalah yang dia perli tu. Ok tu je. Nak tau lebih, sila beli tiket dan tonton k!
Have fun!!!



Tuesday, September 4, 2012

cuti-cuti merdeka



hai peeps.
i am currently at my home town.
sepatutnya hanya pergi dan pulang hari yang sama.
last minit plan berubah, saya kena stay kat sini sampai malam ni.
kalau ikutkan nak balik malam ni. tapi takut sorang2 so saya insyaallah akan pulang subuh esok.
kenapa balik kampung?
hehe saja makan angin. :p
taklah. kena bertugas la.
tapi bila plan saat akhir berubah. meraban carik baju kurung.
petang ni baru dapat. so sebentar lagi nak melawat kawasan sampai malam.

amacam cuti merdeka?
semua pun harus gumbira kot? masih beraya. penuh jadual dengan jemputan open house.
saya walaupun pagi merdeka dah tercatuk kat dataran merdeka jam 545 pagi, tapi sabtu dan ahad adalah sesi makan2. nasi kerabu kat sg girls potluck. nasi dagang kat rumah kawan encik suami. haha. sampai tak larat makan lah.

oklah. saya benti setakat ni dulu.
nak siap2 gi kerja.
later!!

Tuesday, June 26, 2012

dua




kiri : 8.57 pagi, kanan : 8.33 pagi


Rain, rain, go away
Come again some other day
We want to go outside and play
Come again some other day


Monday, June 4, 2012

Surabaya, Indonesia




erk.
apakah replika buaya dan jerung ini?

hi kawan-kawan.
saat entry ini dipublishkan, saya telah selamat naik flight dari LCCT menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, Indonesia.

no, no, no.
saya bukan pergi honeymoon. tapi ikut suami menghadiri conference di sana.
sambil menyelam minum air kolam kan?
dia bukan jenis senang dapat cuti, so saya tag along je.
tumpang.

so, i'll be in Surabaya until 7th.
plan asal nak ke Mount Bromo.
tapi tengok arrangement macam mana.
i'll update u guys with more stories later k!

doakan semua dipermudahkan dan selamat untuk kami berdua ye.

muahsss




Wednesday, December 8, 2010

double C. no, make it triple

hai korang.
saya bukan nak cerita pasal Chanel :P.
saya nak cerita pasal cuti, chocolate dan coffee.
saya suka cuti. saya juga suka chocolate. oh, coffee tak yah sebut, menggila namanya.
cuti membuatkan saya lebih banyak baring, tido, tengok movie atas katil dan marathon tv series.
cuti juga membuatkan saya sangat buncit kerana apart from muching a whole lot of junk foods, i've stuffed myself with a lot of carbs.

coffee adalah cinta pertama saya (wah, banyak tul cinta pertama aku. :P).
tanpa kopi, seharian saya boleh jadi tidak keruan. oh, kena kahwin ngan kopi kot? sebab zaman skang orang kawin ngan PSP, ngan patung, ngan diri sendiri. masih ada yang belum kahwin ngan kopi. hahaha *lempang diri sendiri. budus*

semalam sesi kopi. saya dan dua gadis istimewa dari Geng! iaitu Didi dan Min. Kopi Session adalah sans Um dan Lin. Oh, we missed u guys. Secawan Toffee Nut Latte saiz VENTI dan sebungkus kopok black pepper yang Didi beli. Kami berborak pasal masalah negara. Balik tu terus gugur rambut berkoyan-koyan. T____T

kan? berat tak isu yang kami bincangkan???
tengok muka memasing pun dah tau! :P

chocolate?
cik Min baru pulang dari Langkawi. Untuk bulan November - Disember je total trip Min ke Langkawi adalah sebanyak dua kali. dua kali jugak beli bag baru. :p. Tapi best. Dapat coklat!!!! Kata Min, kalau nak lagi datang rumah. Oh sudah pasti. InsyaAllah, habis stok ni aku datang k.

bounty adalah tersedap di dunia!!!! woot! *high*


hah! kan? gemok kan? belum campur dua mangkuk besar meehon goreng semalam. dua mangkuk pada jam 4 petang dan 2 mangkuk lagi pada jam 10.30 malam. T__T

tapi takpe, saya sekarang dalam mode detoxing semula makanan2 tidak sihat semalam. KPI minum air suam hari ni adalah 4x refill dan ke tandas berpuluh kali.

ok. jap g nak g alamanda. beli cereal. :(

Wednesday, November 24, 2010

bulan kesihatan


here i am. laying on my bed. at 3.32 pm. ahaks.
aku chotty la. got some errands. so cuti pun banyak, aku decide untuk cuti. 
lepas opis semalam, singgah klinik. ada sikit sakit. walaupun sihat di luar. dalam ada sikit sakit la. 
dah dapat ubat dan RM 50 melayang, balik rumah. kelakar kot. doktor kata last aku datang klinik tahun 2008 ok. huish. biar betul lama betik tu aku tak g klinik kan? rasanya ada kot. doktor tu pepandai je. seingat aku, last pegi klinik pun g klinik kerajaan. sebab apa tatau. g kat klinik kesihatan precinct 9 yang maha lembap dan tah apa2 tu la. terus terang bitau la. aku kalau sakit susah nak ke klinik kerajaan. aku plak jenis susah nak sakit. kalau sekali sakit tu memang parah dan tenat la. rasa nak mati jam jam tu jugak. so bila kau kena tunggu hampir sejam setengah nak jumpa doktor, memang aku tak sanggup. tu yang pegi klinik swasta je terus. 

cakap pasal klinik sakit, klinik gigi lagi dah lama aku tak pegi. dulu2 makngah daftarkan aku kat klinik gigi kat PJ Oldtown.Memang 6 bulan sekali, doktor akan hantar poskad kata aku dah kena pegi buat check up gigi. dah la poskad tu chomel2 belaka. suka !!! tapi aku paling benci kalau doktor gigi datang sekolah. hahaha. takut!!!!! siang2 dah pegi kumur2 kat toilet. tapi hasil pemeriksaan gigi aku masa sekolah semua dapat A. ahahaha

major buat gigi adalah masa sekolah kot. ke universiti. tak ingat. kawan2 yang kenal aku memang tahu la (ada je yang tak perasan) yang gigi depan aku (gigi kapak aka gigi arnab) ni pernah patah suku. masa darjah 6. zaman2 menjantan tu la. main roller blade. orang main biasa2, aku main nak up je. so main la 'bola sepak' guna roller blade. 'bola' yang digunakan untuk tendang ialah tin minuman yang kemek. ala. konon macam ice hockey tu la. ada putter ke pucker tu. oh, aku dah google. benda tu nama dia puck. cam Puck dalam Glee la plak. ahaks!! so main punya main, aku jatuh tersembam, muka dulu. maybe masa tu aku seronok sangat, aku tengah sengeh kot. dan hasilnya aku rasa bibir aku sebal dan dunia ni bergegar. kazen aku nampak gigi aku jatuh dan dia maha bijak pegi lenyek gigi aku tu dengan roller blade. balik rumah (jarak dalam 5km jugak la) terus tutup mulut. mak tanya je kenapa, aku terus nanges. nasib baik takde apa2. suku gigi je patah. kalau semua? tak ke aku jadi minah rongak. :P 

apapun, sampai hari ni aku ingat ok. malu tau tak. main kat taman nak geng budak lelaki je. budak pompuan tamau. hah! itu la jadinya. so masa aku sekolah lagi la kot atau dah masuk uni, baru pergi Cahaya Suria (klinik gigi kerajaan) untuk buat crowning gigi yang patah tu. rasanya lepas SPM. sebab doktor kata, kalau nak tahan lama buat bila umur aku dah 18. so to date, trip aku yang terakhir untuk major overhaul gigi adalah pada tahun 2001. 9 tahun kau! 

tapi rasanya tahun 2008 atau 2009 kot, adalah sekali aku try pergi klinik gigi kerajaan. pun dekat precinct 9 tu. itu pun sebab masa tu sakit gigi. entah kenapa aku taktau. paling tak suka, dia celup2 alat2 check gigi tu, twist satu dua kali, dia stop. dia kata 'ok, takde apa2. gusi awak bengkak je'. oh aku hangin sebadan. punyalah gigi aku sakit, dia bleh jawab camtu je???? PPfffffffffftttt. terus aku tobat dan jaga la gigi elok2. 

dan hari ni, semalam sebenarnya. aku nak buat scaling gigi. malam semalam dihabiskan dengan mengugel klinik pergigian dan jenis2 rawatan pergigian. aku tahu yang korang semua tahu, rawatan pergigian ni mahal. bahkan ia antara rawatan yang termahal selepas pembedahan. tapi aku rasa rakyat Malaysia ni kurang sikit pasal pergigian ni. bukan tak jaga. maksud aku buat rawatan. sebab mahal kau. teringin rasanya nak gigi putih macam Kim Kardashian tu. makan riban la duit. so aku ni mampu buat scaling sajor. bila dah gugel, jumpa lah satu klinik ni. tadi lepas lunch, aku pun pergi kat Klinik Pergigian Izra, Precinct 8. Doktor punya appointment penuh sampai malam. Aku plan nak walk-in je. Takde rezeki. So kena book another session. Dapatlah, esok kul 4. huhu takut bos tak kasi lepas plak. aduhai. try nasib je la. 

so itu je lah. kalau ada apa2 update esok, aku btau. kalau jadi buat scaling, aku nak tanya sekali kalau buat braces berapa lama and berapa riban. kena tanya berapa lama. kot nak kawin esok lusa, gigi besi. nak senyum takleh sebab nanti flash terpantul balik. hehehe. sorry Eny! aku gurau. takdelah. tengok lah dulu. 

eh! eh! dah kul 4. aku nak gerak. ada kerja tak settle lagi ni. later korang!! papai!

;)





Friday, October 29, 2010

Movie Review : Takers

oh sudah lama tidak menonton wayang gambar.
last movie yang ku tonton.com.my adalah Inception dengan Didi dan Min.

dan akhirnya, habis kemarau movie semalam.
sebab ada value added kau! apakah?
ermmm. ni nak citer.

semalam tengok cerita Takers.
cerita ala2 Italian Job. pencuri high class.
aku takkan cerita kat sini la. korang g tengok sendiri.
yang penting orang yang menemankan tengok movie korang beli tiket dan tengok sendiri.
best woooo.

kenapa best dan ada value added?
hah!

sebab ni......

 Hayden Christensen 

Paul Walker

drooling ok~
hayden (AJ) ber'fedora' all the time. walaupun ramai mantap dia tak kelihatan, dia tetap chumels!!
paul walker (John) adalah super meletup, smart. pencuri yang memakai suit. aaaaaa!!!!
yang lain pun adalah kiut ok. saya suka sama itu Idris Jala Elba (G). British accent yang super sexy.
Oh, tak lupa. Chris Brown (Jeese) ya'll. Not only acted in the movie but he's also the executive producer for the movie. Sebab tu scenes yang dia punya adalah hebat! hiks.

Chris Brown

(images courtesy of Google Image)

so, apa lagi.
dah ada alasan untuk tengok kan?
hehehe.

saya bagi movie ini 4 suku bintang!
sila tengok.

* saya tak suka ending dia!

Thursday, May 27, 2010

random

it's 8 am.
i am on my bed.
no, i'm not working today.
i'm publishing this entry using my brand new HP Mini 210.
thanks to Kicap. because of the Unipack that he subscribed to, i got my own netbook.

oh oh. i wanted to write more, but American Idol dah start..
later!!! it's the GRAND FINALE people.
follow me on twitter to read the review live..

tata

*updated*

i bring out my cute lil lappie to the living room.
while watching AI, tweeting what happened, with my coffee.
what a life.
i'm thinking of going professional on my own (wah! ayat kau.)
no, no. not just yet.
bagi penuh akaun bank dulu ye.

oklah.
more entry post later sebab dah ada si cute HP Mini.
oh, Cassie James is up.
"every rose has its torns....lalalalala"


girls. don't forget.
malam ni ada Sex And The City 2 Launch story with Marion Counter at 712.

updates : Lee wins AI!!! 


let's get carried away!!!

Wednesday, February 17, 2010

Family Day Hj Abd Ghani Vol. 2


alhamdulillah.
saya dah kembali semula ke Putrajaya selepas sehari di Port Dickson (lagi?) dan sehari di Melaka.
sambutan Hari Keluarga/Family Day Haji Abdul Ghani telah pun selamat dilaksanakan untuk kesekian kalinya. kali terakhir sambutan ini dibuat adalah pada tahun 2006 (Family Day Vol. 1 link).

a big round of applause goes to my Mak. dia adalah orang yang terpenting dalam event ini. without her, no presents, no lucky draw, no games, no family day! i salute you me Mak! she made everything success hokey.



and kalau dulu kami berhari keluarga di banglo deebeekayel, atas sebab bangunan baru mula dibina atas tapak banglo yang dah dirobohkan, venue beralih arah ke Casa Rachado Resort, Port Dickson juga. macam biasa, jemputan adalah kesemua ahli keluarga Haji Abdul Ghani yang dipanggil Bapak oleh semua.

bezanya kali ini hanya ada lapan keluarga instead of sepuluh ke sebelas from the last time. ada few families yang tak ikut this time around. dan perbezaan yang agak ketara adalah kesihatan Bapak . walaupun dia tak berapa nak larat untuk berjalan apatah lagi join all the games, tapi kami, semua cucu2, cicit2 dan anak menantu sangat appreciate kekuatan Bapak untuk join hari keluarga kali ni. kalau dulu dia boleh join game baling telur dan sebagainya tapi this time around kami kena papah dia jalan, dan dukung dia untuk naik tangga. alhamdulillah dia sihat! tetiba rasa nak nanges sebab teringat iklan CNY Petronas. huhu. (link)


ok lets review the itinerary. kami semua bertolak (dari Melaka dan KL) hari Sabtu tengah hari. sampai saje lepas check in (dua apartments with three bedrooms, 1 deluxe room) semua belasah lunch yang dibawa khas dari Melaka. superb hokeh! Melaka foods are the best! hehehe. lebih kurang lepas Asar semua tukar baju dan turun ke tepi pantai. we rented a volleyball untuk tournament petang itu.




 
 

lepas a round of volleyball game, kitorang terus start dengan sukaneka. acara first adalah pertandingan makan epal berpasangan. tak kiralah mak ngan anak, nenek dengan cucu, husband and wife. first round ada 4  pasangan pemenang yang mana 3 pasangan penipu2 belaka. hahaha. kami terpaksa buat re-match untuk couple2 itu. dan terbukti mulut besar Kak Ngah & Abang Kerol telah menjulang mereka sebagai juara dengan hanya meninggalkan tampuk epal sahaja. gila lawak! masa game ni sampai nak terkencing gelakkan diorang sebab semuanya memaksa partner untuk habiskan epal dengan apa cara sekali pun.



next adalah permainan wajib untuk mendera kanak2 (cucu & cicit) iaitu cari gula-gula dalam tepung. penyertaan hanya dibuka kepada anak2 pra sekolah dan sekolah rendah sahaja. dan pemenangnya tentulah budak paling besar kan. haha. punyalah game ni mendera. sampaikan ada yang muntah sebab loya tertelan tepun gandum. but it was fun all the way!



permainan ketiga adalah pertandingan mencari barang melalui huruf yang diberi. kami pilih huruf K dan seperti yang dijangkakan, memang la macam2 perangai keluar. memang lawak. sebab masing2 nak menang. so effort tu hebat betul. antara benda K yang dibawa adalah kayu, kertas, kasut, kunci, key chain, kelapa, kain, kerusi, kopiah Bapak, kepala, Khairul dan satu benda lucah yang berleluasa di kalangan peserta. haha. tapi kitorang tak kira markah yang itu. :P

last game adalah game indoor yang mana sebotol gula2 kami letakkan untuk diteka berapa jumlah keseluruhan gula2 yang ada dalam botol. not even us (the organizer) tau bilangannya.

game habis, semua teruskan dengan pelbagai aktiviti yang ada di sekitar hotel itu. saya, haniza dan Kak Ngah rent a bicycle each dan jalan2 di sekitar teluk. later join by Kak Long untuk 1 minit sebelum surrender sebab dah lupa cara nak naik bicycle. lepas 40 minit berbasikal kami terjun masuk kolam join kanak2 yang dah hitam legam mandi. orang2 dewasa layan ABC tepi kolam. serius seronok bila bercuti beramai2. setakat holiday kitorang 4 orang je memang bosan lah kan. bila dah ramai macam ni, banyak aktiviti best boleh buat.

right after maghrib, semua berkumpul di bilik kitorang dan lepas semua makan malam, kitorang start dengan baca doa dan penyampaian hadiah. hadiah untuk game diselang selikan dengan lucky draw. ada dua set  hadiah lucky draw hasil kreativiti Kicap. satu set hadiah yang kelakar, tah hape2 dan murah dan satu lagi set hadiah merupakan hamper makanan dan barangan elektrik. masa ni memang lawak habis lah. semua gelakkan one another sebab berdoa nak dapat hadiah besar tapi dapat hadiah ciput. dan kitorang juga ada sediakan souvenir untuk disimpan sebagai kenangan. dulu kami buat custom mug tapi kali ni kitorang sediakan towel muka 2 helai setiap family. thanks Kicap yang orderkan towel tu. semua orang suka. malam tu jugak sempat buat upacara kecil-kecilan untuk Mak yang celebrate birthday on the 12th.

 

 


esoknya kami tak buat banyak aktiviti sebab check out time jam 12. so gerak ramai2 balik ke Melaka sebab ada mini BBQ. lepas buat tahlil sikit, kami makan dan lepas maghrib saya balik ke KL. yang lain tinggal sebab i got program Monday tu!

apepun harapannya ialah untuk adakan Hari Keluarga Hj Abd Ghani Vol.3 next year. semoga kesihatan semua orang terutama Bapak akan bertambah baik, semoga pertalian keluarga ini kekal sampai bila-bila, sempga kami sekeluarga dirahmatiNya. Insya Allah.

to my Bapak, auntie(s), uncle(s), cousin(s), nephew(s) & niece(s), thanks!!
family = fun

*thats the story of my holiday weekend*



Tuesday, February 2, 2010

aktiviti waktu cuti umum



yesterday was public holiday for those in Federal Territories (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya). so we (mak, me n ayah) bercuti. i went out for two days in a row (sabtu di Pusrawi, ahad ke LCCT dan Kunang-Kunang for Mudee's wedding) so yesterday was a full relaxing day. full day of relaxation adalah sangat heaven dan menyebabkan bebelan panjang. memang. gila malas. tanak buat apa pun kecuali makan (basuh pinggan sendiri sahaja), lepak depan tv, masuk bilik baca magazine dan baring2 oh dan pakai mask. 

pagi lagi bangun tanpa gosok gigi dan bawak encik pooh masam ke hall, terus bukak channel 712 untuk Live on Red Carpet Grammy Award. :P layan red carpet sampai anugerah itu start, tukar pulak ke channel 711. mak buat nasik goreng yang meletup dengan sotong. kopi secawan. uuuhh indahnya dunia. 

dah jam 10.30 pagi cam ala2 bosan. so angkat punggung dan ke dapur. channel tv masih lagi 711. g check putih telur yang dah dibiarkan di luar selama semalaman (betutup dengan plastik) dan mulakan kerja2 membaking. baking apa? nanti cerita. 

usai baking. mandi dan makan tengah hari jam 2.30. sedapnya sup homemade fishball. dan sambal udang. lepas tu sambung layang tv lagi. sambil makan strawberry and cheesecake ice cream. pening kepala tengok tv, masuk bilik layan TIME and terlelap kejap. ada hamba Allah dari Maxis call. gila bosan. pujuk orang untuk pakai nombor yang tak digunakan langsung tapi suh bayar. minimum charge RM10. gilo!

petang tu mak ke alamanda. dalam kul 6 ada loceng pintu bunyi. rupanya akeem datang ngan kak long. mak goreng keropok losong yang diberikan oleh Min. makan lagi sambil tengok citer apa tah kat tivi.

pas maghrib sambung tengok tivi jap pastu dah ngantok. terjaga jam 10.30, lampu dah ditutup oleh mak (agaknya), lilin masih menyala. terus tiup lilin dan lelap balik. 

malam tadi mimpi merepek la. huhu. 

itu saja cerita hari cuti yang satu hari itu.

update with pictures later aa k.