Wednesday, November 24, 2010

bulan kesihatan


here i am. laying on my bed. at 3.32 pm. ahaks.
aku chotty la. got some errands. so cuti pun banyak, aku decide untuk cuti. 
lepas opis semalam, singgah klinik. ada sikit sakit. walaupun sihat di luar. dalam ada sikit sakit la. 
dah dapat ubat dan RM 50 melayang, balik rumah. kelakar kot. doktor kata last aku datang klinik tahun 2008 ok. huish. biar betul lama betik tu aku tak g klinik kan? rasanya ada kot. doktor tu pepandai je. seingat aku, last pegi klinik pun g klinik kerajaan. sebab apa tatau. g kat klinik kesihatan precinct 9 yang maha lembap dan tah apa2 tu la. terus terang bitau la. aku kalau sakit susah nak ke klinik kerajaan. aku plak jenis susah nak sakit. kalau sekali sakit tu memang parah dan tenat la. rasa nak mati jam jam tu jugak. so bila kau kena tunggu hampir sejam setengah nak jumpa doktor, memang aku tak sanggup. tu yang pegi klinik swasta je terus. 

cakap pasal klinik sakit, klinik gigi lagi dah lama aku tak pegi. dulu2 makngah daftarkan aku kat klinik gigi kat PJ Oldtown.Memang 6 bulan sekali, doktor akan hantar poskad kata aku dah kena pegi buat check up gigi. dah la poskad tu chomel2 belaka. suka !!! tapi aku paling benci kalau doktor gigi datang sekolah. hahaha. takut!!!!! siang2 dah pegi kumur2 kat toilet. tapi hasil pemeriksaan gigi aku masa sekolah semua dapat A. ahahaha

major buat gigi adalah masa sekolah kot. ke universiti. tak ingat. kawan2 yang kenal aku memang tahu la (ada je yang tak perasan) yang gigi depan aku (gigi kapak aka gigi arnab) ni pernah patah suku. masa darjah 6. zaman2 menjantan tu la. main roller blade. orang main biasa2, aku main nak up je. so main la 'bola sepak' guna roller blade. 'bola' yang digunakan untuk tendang ialah tin minuman yang kemek. ala. konon macam ice hockey tu la. ada putter ke pucker tu. oh, aku dah google. benda tu nama dia puck. cam Puck dalam Glee la plak. ahaks!! so main punya main, aku jatuh tersembam, muka dulu. maybe masa tu aku seronok sangat, aku tengah sengeh kot. dan hasilnya aku rasa bibir aku sebal dan dunia ni bergegar. kazen aku nampak gigi aku jatuh dan dia maha bijak pegi lenyek gigi aku tu dengan roller blade. balik rumah (jarak dalam 5km jugak la) terus tutup mulut. mak tanya je kenapa, aku terus nanges. nasib baik takde apa2. suku gigi je patah. kalau semua? tak ke aku jadi minah rongak. :P 

apapun, sampai hari ni aku ingat ok. malu tau tak. main kat taman nak geng budak lelaki je. budak pompuan tamau. hah! itu la jadinya. so masa aku sekolah lagi la kot atau dah masuk uni, baru pergi Cahaya Suria (klinik gigi kerajaan) untuk buat crowning gigi yang patah tu. rasanya lepas SPM. sebab doktor kata, kalau nak tahan lama buat bila umur aku dah 18. so to date, trip aku yang terakhir untuk major overhaul gigi adalah pada tahun 2001. 9 tahun kau! 

tapi rasanya tahun 2008 atau 2009 kot, adalah sekali aku try pergi klinik gigi kerajaan. pun dekat precinct 9 tu. itu pun sebab masa tu sakit gigi. entah kenapa aku taktau. paling tak suka, dia celup2 alat2 check gigi tu, twist satu dua kali, dia stop. dia kata 'ok, takde apa2. gusi awak bengkak je'. oh aku hangin sebadan. punyalah gigi aku sakit, dia bleh jawab camtu je???? PPfffffffffftttt. terus aku tobat dan jaga la gigi elok2. 

dan hari ni, semalam sebenarnya. aku nak buat scaling gigi. malam semalam dihabiskan dengan mengugel klinik pergigian dan jenis2 rawatan pergigian. aku tahu yang korang semua tahu, rawatan pergigian ni mahal. bahkan ia antara rawatan yang termahal selepas pembedahan. tapi aku rasa rakyat Malaysia ni kurang sikit pasal pergigian ni. bukan tak jaga. maksud aku buat rawatan. sebab mahal kau. teringin rasanya nak gigi putih macam Kim Kardashian tu. makan riban la duit. so aku ni mampu buat scaling sajor. bila dah gugel, jumpa lah satu klinik ni. tadi lepas lunch, aku pun pergi kat Klinik Pergigian Izra, Precinct 8. Doktor punya appointment penuh sampai malam. Aku plan nak walk-in je. Takde rezeki. So kena book another session. Dapatlah, esok kul 4. huhu takut bos tak kasi lepas plak. aduhai. try nasib je la. 

so itu je lah. kalau ada apa2 update esok, aku btau. kalau jadi buat scaling, aku nak tanya sekali kalau buat braces berapa lama and berapa riban. kena tanya berapa lama. kot nak kawin esok lusa, gigi besi. nak senyum takleh sebab nanti flash terpantul balik. hehehe. sorry Eny! aku gurau. takdelah. tengok lah dulu. 

eh! eh! dah kul 4. aku nak gerak. ada kerja tak settle lagi ni. later korang!! papai!

;)





2 comments:

Eny Yusof said...

Hahaha... sempat lagi usik aku tu. Beb aku buat braces kat klinik Izra tu lah. Sok ko tanyalah kalau rasa nak buat. Tapi gigi kau ok je pada aku. Cuma serpih sikit je. aku pun serpih gak gigi depan ni. Hehehe....

reena said...

Bestnya cuti! Jeles. Haha.

Agree. Dentist mai sekolah memang takut gila. Tak tau pasaipa.

Pastu sekarang, I tiap2 tahun cabut 1 gigi. Dah 2 tahun dah. HOHO!