Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Thursday, February 11, 2010

Trip to Kota Kinabalu...



untuk kedua kalinya.
and dah dua kali jugak, aku ke KK tak sampai tempoh 24 jam.
semuanya kerana aku tak nak kerja dikacau hanya kerana aku outstation.
hahahaha.
dedikasi tak Cik @hkon?
macam biasa, aku pegi kali ni jugak sebab kerja.
penceramah tetap dah untuk P.U.(A) 395 induksi umum. :P
cita2 asal nak jadi lecturer dah terbabas ke lecture tatatertib.
tapi oklah. never in my mind aku terbayangkan yang aku boleh bagi talk kat depan crowd yang besar.

anyways, kalau kali pertama aku ke KK memang aku stay di hotel yang lima minit saja perjalanannya dari airport. but this time around aku stay di hotel di Papar. jauh jugak dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA). perjalanan dalam setengah jam jugak. dan jauh dari bandar KK itself.

walaupun jauh dari bandar hotel ni tetap best. tepi laut!!!!!!!!!! wuhuuuu. Cik @hkon memang suka bau laut. suka dengan beaches, pasir yang halus mulus, angin yang bertiup dan pokok kelapa yang sexy. ;) me likey.

nama hotel tu, Borneo Paradise Beach Hotel. secara keseluruhannya, from my observation, hotel ini bertemakan kaum2 etnik di Sabah. macam biasa kalau nak stay kat satu2 hotel, i will look it up kat webpage dan baca travel advisor dulu. ye la. kena la kan. kot2 ada pijat ke. tapi last2 aku terkena jugak. hotel ni takde towel! nasib baik aku bawak towel kecik (face towel) dan buatlah macam cukup untuk lap satu badan yang tak berapa nak kecik ni. and nasib lebih baik duduk bilik sorang2! hahaha.


so, cik @hkon bertolak ke KK jam 750pm. macam the first trip juga. sampai dalam kul 11 sebab delayed kejap. makan sedap ok! nasi bariyani ngan ayam rendang. before terbang, ada la beberapa drama berlaku. sapa yang ada facebook account saya tahulah. drama dengan penerbangan Malaysia. huk huk. but anyho, thanks Najeeb atas bantuan cepat dan tepat!

saya check-in dan terus ke bilik. stail biliknya adalah bentuk rumah panjang. dan setiap pintu bilik, di bahagian atas pintu ada nama yang represent kumpulan etnik di Sabah and saya tidur di bilik 210 - Bilik Punan. Bilik agak besar. with 1 king size bed. guess what??? bilik ni seaview okeh! hahaha. nice ;) cuma tak berapa best, lantai dia marble. so cam sejuk kaki. huhu.

malam itu macam biasa lah. bukan boleh lelap pun. pasang tv dan tido. terjaga kul 3 pagi, aku terpandang kat tv tu tengah iklan cerita hantu. haram betul! lelap kejap sampai kul 5.30. dalam kul 6 dah cam terasa dah lewat sebab tengok kat tingkap peserta kursus dah berlari2 dan buat lompat bintang kat tepi pantai.


so aku pun bangun lah. kantoi solat subuh ikut azan semenanjung. :P

dalam kul 7 terus ke cafe untuk breakfast. pastu singgah tengok klas dan ajak drebar g Pasar Filipin. perabih duit and pecut balik. lari tukar baju dan terus start klas. kelas kali ni agak senyap berbanding batch yang sebelumnya. tapi oklah. Penghulunya sempat teman aku minum petang dan baik budaknya. asal Semporna. sempat juga dia ajak aku jalan2 ke Semporna. :)


petang tu sebelum berangkat balik sempat layan blues tepi pantai dan sekitar hotel tu. sangat suka. very tranquil k! super relax. cantik sangat. nanti tengok gambar je lah! :P









jam 5.30 petang aku gerak ke KKIA. flight dijadualkan jam 7.50pm. kena ngorat kat Starbucks dengan mamat chumel bawak motor besar. hahaha. beriya dia mintak email nak add facebook aku.


dan perjalanan itu berakhir dengan sesi bermain game selama 2 jam selepas dinner. sakan jakun dapat naik kapal terbang besar yang ada banyak seat dan ada monitor tv tu! memalukan. hahaha tapi pedulik la. i bangga k. syiok sangat. kalau ada rezeki, boleh terbang ke Kota Kinabalu lagi kan!

so itu saja untuk trip ke Kota Kinabalu saya! :) sila cuba hotel ini. best.
(gambar2 menarik saya kongsi di FB atau lain entry ye)

xoxo

p/s : banyak lagi lah 'hutang'...
satu2 kay!

Friday, February 5, 2010

kembali sudah

hola peeps.
rindu tak? hahaha seharian gua tak online rasa macam haram. :P
no, seriously i am addicted to the internet. takde tv takpe. jangan takde internet connection.
i'm back from Kota Kinabalu, Papar tu be exact.
happy. cuma penat. jetlek lagi :P (travel 2 jam pun kecoh) haha.

dan pagi ini hujan lebat mencurah2. rasa nak bergulung dan masuk bawah meja (suhana azlin perangai semasa mengandungkan mya, kan Lin? :P)

kena hadap benda2 ni kejap. takpe2 arini Jumaat. esok Um ajak g mandi air terjun. tapi cam nak rehat. tapi mandi air terjun best jugak kan? takpe2. pikir dulu. tapi skang musim ujan la, bahaya. erm. tgh hari wedding Dihar. eh banyaknya benda. ahad nak g tengok baby-belum-ada-nama Ina kat Rawang. Isnin nak g Ipoh.

wah i love my life. gila bz!

ok. sambung later.
banyak cerita best dari Sabah. especially semalam kat KKIA! (with loads of picture!)

xoxo

Tuesday, February 2, 2010

travelling companion


peeps.

i'll be going to Kota Kinabalu tomorrow after work. flight saya dijadualkan jam 1950. seorang diri. di kala ini barulah terasa sungguh perlu BB atau iPhone. i wanna keep in touch with my people. the love ones, the families, the Geng!, the internet but not the works. :P yeah rite. keep in touch! konon. sebenarnya nak internet!!!! hah :P

semasa kami (saya dan Cik Qilah) menghadiri Majlis Malaysia Inovatif itu lagi dah terasa. kiri kanan orang dok ralit main BB or iPhone. BBM adalah berguna k. tanpa perlu sebarang bayaran. i'm thinking changing the network to Celcom. hahaha.

phone saya dah bengkak. baterinya. kata orang itu, tukar saja bateri tanpa beli handphone baru. tapi dah masuk 2 tahun-ish saya guna (purchased date 25 Disember 2007). kiki dah tukar berkali2 (phone yang sama ngan saya N77) sejak beli awal sikit dari saya. erm. 

patutkah beli BB2?

saya cuma nak phone [selain dari guna untuk call/video call/sms/mms] ada wireless, gps. itu saja. tak susah. tapi kalau ada extra cam unlimited internet access itu sudah bagus! :P

apepun untuk perjalanan kali ini saya akan stick to the original version of travelling companion iaitu one of my favourite things in the world yakni buku. dan maybe mp3 player. if saya dapat minta semula pada orang yang menggunakannya


Thursday, December 10, 2009

the land below the wind



(entry ini agak panjang dan memerlukan sedikit masa untuk dibaca dan mungkin ada diantara perkataan atau ayat2 yang digunakan berbunyi poyo dan mungkin menggugat perasaan sesiapa yang membacanya. kalau tanak baca, macam biasa...sila klik tanda 'x' di hujung atas kanan browser anda. thank you)

it was my first. and i was excited.
tak lama pun. setakat satu hari, satu malam.
dan saya ke sana atas urusan kerja.
ok, jom kita go through itinerary k :p

saya dapat memo yang telah mengarahkan saya ke Kota Kinabalu Sabah 5 hari sebelum actual day saya kena bertugas. cepat2 minta puan ceecee untuk buat tempahan tiket. tengok online dah fully booked untuk jam 5 petang. so nak tak nak terpaksa ambil flight malam. nasib lah nama masuk waiting list awal2 so dapat flight jam 750 petang. kalau tak, kena naik flight jam 9 dan sampai jam 1200 tengah malam.



flight saya MH berapa tah (tak ingat) bound to KKIA depart at 7.50 petang. saya sampai dah pun agak lewat sebab tunggu encik-tukang-anta-ke-klia ada kerja yang tidak sempat diselesaikan. sempat juga beli Burger King dan makan Mushroom Swiss Burger + Black Pepper dengan Milo secawan! panas dan sedap. makan dengan sempoi tanpa budget ada makanan atas flight nanti.

tanpa berkejar. dengan relax, kul 715 baru masuk. punyalah menyesal! jumpa Victoria's Secret Kiosk depan mata! tensen sebab nak jalan ke gate A2 agak jauh ke dalam. so tak boleh nak buang masa layan VS. dengan berat langkah kaki, aku pun gerak ke gate A2 dan tinggalkan kiosk itu dengan harapan flight balik nanti boleh singgah!

  



lebih kurang 30  minit (kot) di udara, dinner was served. aha! sekotak yang dipenuhi dengan makanan. satu bekas dengan nasi dan lauk pauk (yang agak tawar), sepotong fruitcake (me likey!), 3 ketul ferrero rocher (yang tidak habis dimakan hingga pulang ke KL) dan secawan air mineral Spritzer yang kiyut.

padan muka. makan burger king macam tak ingat dunia. so dalam flight aku kekenyangan. nak tanak, layan jugak la. nasik tolak tepi, layan rendang daging tu. mintak coffee kat pramugari hot dan layan lagi.





lepas coffee itu habis dihirup, rupanya depa serve DESSERTS! chet. memang menyesal makan banyak. Baskin Robbins lak tu. (harap maaf. saya agak jakun kerana dah lama tak naik flight yang ada makan2. saya travel lite2 je. so selalunya makan kacang. sekali dapat BR. maunya nak jerit!) terus teringat Algae. hahaha. takkan nak tunggu touch down baru makan. sebat je lah. walaupun perasa coklat bukan kegemaran, tapi layankan je la. dan habis 3/4 dari satu tub itu.

sampai di KKIA lebih kurang jam 1030 malam. Urus Setia datang dan bawa kami minum dulu sebelum ke hotel. oh. saya stay di hotel yang ditempah untuk kursus itu la. tanak membazir dengan duduk di hotel lain walaupun sebenarnya menyesal. lepas minum di kedai mamak, kitorang terus balik hotel. lebih kurang jam 12 dah masa tu. Urus Setia elok je bercerita pasal hotel tu adalah bekas bangunan yang ditinggalkan lah, tempat kawasan jepun lah, berhantu la. aduhai. tambahan plak ada peserta yang kena histeria. gila takot!

sampai di hotel, saya terus diberi kunci bilik. macam biasalah. saya tidor sorang2. huhu. tau tak bilik itu super huge????!!! walaupun carpetnya penuh dengan kotoran dan habuk2 tapi katilnya sangat bersih. guna bedsheet yang kaler putih cantik macam bedsheet cik siti aminah lagi. tapi memang horror. sebelah hadapan bilik saya plak dewan yang baru sahaja selesai majlis malam budaya satu lagi kursus yang dibuat disitu. maka, pekerja hotel mengemas hingga jam 3 pagi. huk huk. lepas gosok gigi, solat. saya pakai hooded sweater saya dan tutup muka dengan bantal hotdog yang cuba dimuatkan juga dalam beg saya.untuk mengelakkan dari terpadang-pandang apa yang tidak sepatutnya. huhu

jam 4 pagi saya terjaga dan tak boleh tido. rupanya sebab bunyi tv yang masih terpasang. saya tutup lagi telinga dan buat2 tak tahu sambung je tido. pagi tu jam 630 dah terbangun dan trus mandi. dalam kul 8 saya turun breakfast. tanpa melengahkan masa terus ajak driver ke Pasar Filipina atau nama lainnya Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. tak sampai sepuluh minit jaraknya dari hotel. tapi pagi itu agak jem sedikit sebab construction jalan raya.





sampai di pasar itu, peniaga baru je cuci2 lantai. tapi boleh lah nak membeli belah. sempat lah saya di situ lebih kurang sejam. gambar tak banyak sangat amik. sebab bz amik itu ini. rasa kesal sikit tu adalah sebab tak sempat nak minta buat yang custom made bracelet. tak dan nak memilih pearl and crystal yang memang cantik2!



nak tengok apa yang saya beli? hahaha.


*click for larger version*
t-shirts untuk jejaka dalam hidup saya. ayah n acap, 
bracelet untuk mak, 
fridge magnet (2 mak amik, ada dua lagi extra), 
brooch for yours truly-ini je yang saya minat, 
butang baju melayu untuk pwesent and
 dua chincinn untuk mak.

itu lah hasil saya. duit pun terbang. hahaha. lepas balik dari pasar, saya sambung kerja. ceramah starts at 11 and ended at 4.00 pm. letih jugak .sakit tekak. tapi takpelah. ilmu. lepas klas habis, saya mandi2 dan minum petang terus ke airport. flight sepatutnya jam 5.30 pm tapi tertunda sehingga 730 petang. apa masalah MAS saya tak pasti. tapi memang letih. dah habis Toffee Nut Frapp saya tapi kapal terbang still tak berangkat pulang.



penerbangan pulang ok lah. macam biasa. dinner tak best macam masa flight pergi aritu. saya tak tau kenapa. ada sesiapa tahu tak kenapa makanan berbeza flight pegi dan balik? boleh la kongsi dengan orang2 lain. apapun lepas makan saya terus tido. oh. lupa. kalau nak tau ada budak kat sebelah saya, ye dia budak. sebab dia baca buku Science From 3. budak tu main sms dalam flight. tak off pun phone. rasa cam nak leku je kepala dia. macam tak paham2. kalaulah kapal terbang tu jadi apa2, saya salahkan dia. huhu.

apapun. saya enjoy my first trip to KK. harap2 adalah lagi trip2 macam ni untuk masa akan datang. trip ke Jepun tu macam dah terlepas je. huhu. tak cukup matang kot. i enjoy what i do and i love it to bit. semoga saya tak lagi duduk di hotel yang sama (takut!) dan harapannya adalah nak bawak mak, ayah n adik g sana tahun depan. biarkan mak enjoy shopping kat situ. and nak stay lama untuk naik Gunung Kinabalu pulak.

ok. that's all folk.
xoxo.


Monday, December 7, 2009

here i come (bah..)



*picture from Google Image*


i'll be away (kecoh! sehari je pun :P) hari ni dan esok.
saya akan ke destinasi yang tidak pernah dijejaki seumur hidup.
Kota Kinabalu.
excited. walaupun tidak lama. hanya sehari dan semalam.
tapi saya cuba menikmatinya :).

(serius aku ni lurus. boleh je amik flight awal dan shopping.saya kerja tau)

nak kirim Fridge Magnet?

xoxo.

Nota D(o)nut : saya akan update banyak bila balik nanti ye.