Thursday, December 10, 2009

the land below the wind



(entry ini agak panjang dan memerlukan sedikit masa untuk dibaca dan mungkin ada diantara perkataan atau ayat2 yang digunakan berbunyi poyo dan mungkin menggugat perasaan sesiapa yang membacanya. kalau tanak baca, macam biasa...sila klik tanda 'x' di hujung atas kanan browser anda. thank you)

it was my first. and i was excited.
tak lama pun. setakat satu hari, satu malam.
dan saya ke sana atas urusan kerja.
ok, jom kita go through itinerary k :p

saya dapat memo yang telah mengarahkan saya ke Kota Kinabalu Sabah 5 hari sebelum actual day saya kena bertugas. cepat2 minta puan ceecee untuk buat tempahan tiket. tengok online dah fully booked untuk jam 5 petang. so nak tak nak terpaksa ambil flight malam. nasib lah nama masuk waiting list awal2 so dapat flight jam 750 petang. kalau tak, kena naik flight jam 9 dan sampai jam 1200 tengah malam.



flight saya MH berapa tah (tak ingat) bound to KKIA depart at 7.50 petang. saya sampai dah pun agak lewat sebab tunggu encik-tukang-anta-ke-klia ada kerja yang tidak sempat diselesaikan. sempat juga beli Burger King dan makan Mushroom Swiss Burger + Black Pepper dengan Milo secawan! panas dan sedap. makan dengan sempoi tanpa budget ada makanan atas flight nanti.

tanpa berkejar. dengan relax, kul 715 baru masuk. punyalah menyesal! jumpa Victoria's Secret Kiosk depan mata! tensen sebab nak jalan ke gate A2 agak jauh ke dalam. so tak boleh nak buang masa layan VS. dengan berat langkah kaki, aku pun gerak ke gate A2 dan tinggalkan kiosk itu dengan harapan flight balik nanti boleh singgah!

  



lebih kurang 30  minit (kot) di udara, dinner was served. aha! sekotak yang dipenuhi dengan makanan. satu bekas dengan nasi dan lauk pauk (yang agak tawar), sepotong fruitcake (me likey!), 3 ketul ferrero rocher (yang tidak habis dimakan hingga pulang ke KL) dan secawan air mineral Spritzer yang kiyut.

padan muka. makan burger king macam tak ingat dunia. so dalam flight aku kekenyangan. nak tanak, layan jugak la. nasik tolak tepi, layan rendang daging tu. mintak coffee kat pramugari hot dan layan lagi.





lepas coffee itu habis dihirup, rupanya depa serve DESSERTS! chet. memang menyesal makan banyak. Baskin Robbins lak tu. (harap maaf. saya agak jakun kerana dah lama tak naik flight yang ada makan2. saya travel lite2 je. so selalunya makan kacang. sekali dapat BR. maunya nak jerit!) terus teringat Algae. hahaha. takkan nak tunggu touch down baru makan. sebat je lah. walaupun perasa coklat bukan kegemaran, tapi layankan je la. dan habis 3/4 dari satu tub itu.

sampai di KKIA lebih kurang jam 1030 malam. Urus Setia datang dan bawa kami minum dulu sebelum ke hotel. oh. saya stay di hotel yang ditempah untuk kursus itu la. tanak membazir dengan duduk di hotel lain walaupun sebenarnya menyesal. lepas minum di kedai mamak, kitorang terus balik hotel. lebih kurang jam 12 dah masa tu. Urus Setia elok je bercerita pasal hotel tu adalah bekas bangunan yang ditinggalkan lah, tempat kawasan jepun lah, berhantu la. aduhai. tambahan plak ada peserta yang kena histeria. gila takot!

sampai di hotel, saya terus diberi kunci bilik. macam biasalah. saya tidor sorang2. huhu. tau tak bilik itu super huge????!!! walaupun carpetnya penuh dengan kotoran dan habuk2 tapi katilnya sangat bersih. guna bedsheet yang kaler putih cantik macam bedsheet cik siti aminah lagi. tapi memang horror. sebelah hadapan bilik saya plak dewan yang baru sahaja selesai majlis malam budaya satu lagi kursus yang dibuat disitu. maka, pekerja hotel mengemas hingga jam 3 pagi. huk huk. lepas gosok gigi, solat. saya pakai hooded sweater saya dan tutup muka dengan bantal hotdog yang cuba dimuatkan juga dalam beg saya.untuk mengelakkan dari terpadang-pandang apa yang tidak sepatutnya. huhu

jam 4 pagi saya terjaga dan tak boleh tido. rupanya sebab bunyi tv yang masih terpasang. saya tutup lagi telinga dan buat2 tak tahu sambung je tido. pagi tu jam 630 dah terbangun dan trus mandi. dalam kul 8 saya turun breakfast. tanpa melengahkan masa terus ajak driver ke Pasar Filipina atau nama lainnya Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. tak sampai sepuluh minit jaraknya dari hotel. tapi pagi itu agak jem sedikit sebab construction jalan raya.





sampai di pasar itu, peniaga baru je cuci2 lantai. tapi boleh lah nak membeli belah. sempat lah saya di situ lebih kurang sejam. gambar tak banyak sangat amik. sebab bz amik itu ini. rasa kesal sikit tu adalah sebab tak sempat nak minta buat yang custom made bracelet. tak dan nak memilih pearl and crystal yang memang cantik2!



nak tengok apa yang saya beli? hahaha.


*click for larger version*
t-shirts untuk jejaka dalam hidup saya. ayah n acap, 
bracelet untuk mak, 
fridge magnet (2 mak amik, ada dua lagi extra), 
brooch for yours truly-ini je yang saya minat, 
butang baju melayu untuk pwesent and
 dua chincinn untuk mak.

itu lah hasil saya. duit pun terbang. hahaha. lepas balik dari pasar, saya sambung kerja. ceramah starts at 11 and ended at 4.00 pm. letih jugak .sakit tekak. tapi takpelah. ilmu. lepas klas habis, saya mandi2 dan minum petang terus ke airport. flight sepatutnya jam 5.30 pm tapi tertunda sehingga 730 petang. apa masalah MAS saya tak pasti. tapi memang letih. dah habis Toffee Nut Frapp saya tapi kapal terbang still tak berangkat pulang.



penerbangan pulang ok lah. macam biasa. dinner tak best macam masa flight pergi aritu. saya tak tau kenapa. ada sesiapa tahu tak kenapa makanan berbeza flight pegi dan balik? boleh la kongsi dengan orang2 lain. apapun lepas makan saya terus tido. oh. lupa. kalau nak tau ada budak kat sebelah saya, ye dia budak. sebab dia baca buku Science From 3. budak tu main sms dalam flight. tak off pun phone. rasa cam nak leku je kepala dia. macam tak paham2. kalaulah kapal terbang tu jadi apa2, saya salahkan dia. huhu.

apapun. saya enjoy my first trip to KK. harap2 adalah lagi trip2 macam ni untuk masa akan datang. trip ke Jepun tu macam dah terlepas je. huhu. tak cukup matang kot. i enjoy what i do and i love it to bit. semoga saya tak lagi duduk di hotel yang sama (takut!) dan harapannya adalah nak bawak mak, ayah n adik g sana tahun depan. biarkan mak enjoy shopping kat situ. and nak stay lama untuk naik Gunung Kinabalu pulak.

ok. that's all folk.
xoxo.


8 comments:

Eny Yusof said...

Beb,

Pegi naik Air Asia lah. Murah aje. RM150 pegi balik untuk sorang. Aku nak pi ngan mak and adik aku next year. Ko dok hotel mana?

suhana azlin said...

i love kk! kalau ada trip kerja ke kk means that its shopping time baby! =D

masalah flight delay tu perkara biasa beb, just prepare for the worst =)

swit@kon said...

Eny Yusof,

aku dah penah g kuching naik Air Asia. mabuk la eny!

swit@kon said...

suhana azlin,

aku sangat takut untuk membawa mak aku. konfirm dia lepak kat pasar tu je berjam2

ami wafa said...

hah! penat je tpon bgtau kaler bracelet yg aku nak. ceh!

zaha said...

jadi penceramah sekarang?

wow, flight KK ada BR? mantap...

dia berbeza kerana keterer lain2...dari KLIA op kos keterer KL, psl tu berbaloi-baloi...KKIA pulak keterer sana lah...excess baggage nnt nak bawak makanan return KUL-BKI-KUL.

ahaks~

dah lama tak naik long haul! :( asek kacang dgn jus pink guave jer.

swit@kon said...

ami wafa,

kau kautim ngan puan sikin ok tak? hahaha

swit@kon said...

zaha,

lebey kurang la. ada rezeki dan kemampuan sikit. hahahaha

orang first time ni naik long haul. macam syiok. doa2 ada rezeki lagi k :D