alhamdulillah.
saya dah kembali semula ke Putrajaya selepas sehari di Port Dickson (lagi?) dan sehari di Melaka.
sambutan Hari Keluarga/Family Day Haji Abdul Ghani telah pun selamat dilaksanakan untuk kesekian kalinya. kali terakhir sambutan ini dibuat adalah pada tahun 2006 (
Family Day Vol. 1 link).
a big round of applause goes to my Mak. dia adalah orang yang terpenting dalam event ini. without her, no presents, no lucky draw, no games, no family day! i salute you me Mak! she made everything success hokey.
and kalau dulu kami berhari keluarga di banglo
deebeekayel, atas sebab bangunan baru mula dibina atas tapak banglo yang dah dirobohkan, venue beralih arah ke
Casa Rachado Resort, Port Dickson juga. macam biasa, jemputan adalah kesemua ahli keluarga Haji Abdul Ghani yang dipanggil Bapak oleh semua.
bezanya kali ini hanya ada lapan keluarga instead of sepuluh ke sebelas from the last time. ada few families yang tak ikut this time around. dan perbezaan yang agak ketara adalah kesihatan Bapak . walaupun dia tak berapa nak larat untuk berjalan apatah lagi join all the games, tapi kami, semua cucu2, cicit2 dan anak menantu sangat appreciate kekuatan Bapak untuk join hari keluarga kali ni. kalau dulu dia boleh join game baling telur dan sebagainya tapi this time around kami kena papah dia jalan, dan dukung dia untuk naik tangga. alhamdulillah dia sihat! tetiba rasa nak nanges sebab teringat iklan CNY Petronas. huhu. (
link)
ok lets review the itinerary. kami semua bertolak (dari Melaka dan KL) hari Sabtu tengah hari. sampai saje lepas check in (dua apartments with three bedrooms, 1 deluxe room) semua belasah lunch yang dibawa khas dari Melaka. superb hokeh! Melaka foods are the best! hehehe. lebih kurang lepas Asar semua tukar baju dan turun ke tepi pantai. we rented a volleyball untuk tournament petang itu.
lepas a round of volleyball game, kitorang terus start dengan sukaneka. acara first adalah pertandingan makan epal berpasangan. tak kiralah mak ngan anak, nenek dengan cucu, husband and wife. first round ada 4 pasangan pemenang yang mana 3 pasangan penipu2 belaka. hahaha. kami terpaksa buat re-match untuk couple2 itu. dan terbukti mulut besar Kak Ngah & Abang Kerol telah menjulang mereka sebagai juara dengan hanya meninggalkan tampuk epal sahaja. gila lawak! masa game ni sampai nak terkencing gelakkan diorang sebab semuanya memaksa partner untuk habiskan epal dengan apa cara sekali pun.
next adalah permainan wajib untuk mendera kanak2 (cucu & cicit) iaitu cari gula-gula dalam tepung. penyertaan hanya dibuka kepada anak2 pra sekolah dan sekolah rendah sahaja. dan pemenangnya tentulah budak paling besar kan. haha. punyalah game ni mendera. sampaikan ada yang muntah sebab loya tertelan tepun gandum. but it was fun all the way!
permainan ketiga adalah pertandingan mencari barang melalui huruf yang diberi. kami pilih huruf K dan seperti yang dijangkakan, memang la macam2 perangai keluar. memang lawak. sebab masing2 nak menang. so effort tu hebat betul. antara benda K yang dibawa adalah kayu, kertas, kasut, kunci, key chain, kelapa, kain, kerusi, kopiah Bapak, kepala, Khairul dan satu benda lucah yang berleluasa di kalangan peserta. haha. tapi kitorang tak kira markah yang itu. :P
last game adalah game indoor yang mana sebotol gula2 kami letakkan untuk diteka berapa jumlah keseluruhan gula2 yang ada dalam botol. not even us (the organizer) tau bilangannya.
game habis, semua teruskan dengan pelbagai aktiviti yang ada di sekitar hotel itu. saya, haniza dan Kak Ngah rent a bicycle each dan jalan2 di sekitar teluk. later join by Kak Long untuk 1 minit sebelum surrender sebab dah lupa cara nak naik bicycle. lepas 40 minit berbasikal kami terjun masuk kolam join kanak2 yang dah hitam legam mandi. orang2 dewasa layan ABC tepi kolam. serius seronok bila bercuti beramai2. setakat holiday kitorang 4 orang je memang bosan lah kan. bila dah ramai macam ni, banyak aktiviti best boleh buat.
right after maghrib, semua berkumpul di bilik kitorang dan lepas semua makan malam, kitorang start dengan baca doa dan penyampaian hadiah. hadiah untuk game diselang selikan dengan lucky draw. ada dua set hadiah lucky draw hasil kreativiti Kicap. satu set hadiah yang kelakar, tah hape2 dan murah dan satu lagi set hadiah merupakan hamper makanan dan barangan elektrik. masa ni memang lawak habis lah. semua gelakkan one another sebab berdoa nak dapat hadiah besar tapi dapat hadiah ciput. dan kitorang juga ada sediakan souvenir untuk disimpan sebagai kenangan. dulu kami buat custom mug tapi kali ni kitorang sediakan towel muka 2 helai setiap family. thanks Kicap yang orderkan towel tu. semua orang suka. malam tu jugak sempat buat upacara kecil-kecilan untuk Mak yang celebrate birthday on the 12th.

esoknya kami tak buat banyak aktiviti sebab check out time jam 12. so gerak ramai2 balik ke Melaka sebab ada mini BBQ. lepas buat tahlil sikit, kami makan dan lepas maghrib saya balik ke KL. yang lain tinggal sebab i got program Monday tu!
apepun harapannya ialah untuk adakan Hari Keluarga Hj Abd Ghani Vol.3 next year. semoga kesihatan semua orang terutama Bapak akan bertambah baik, semoga pertalian keluarga ini kekal sampai bila-bila, sempga kami sekeluarga dirahmatiNya. Insya Allah.
to my Bapak, auntie(s), uncle(s), cousin(s), nephew(s) & niece(s), thanks!!
family = fun
*thats the story of my holiday weekend*