:)
Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts
Thursday, January 26, 2012
Friday, December 3, 2010
Penawaran Ujrah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
siapa kat sini pinjam PTPTN angkat tangan???
*angkat tangan*
dah buat pelarasan ujrah terhadap pinjaman korang???
camni...PTPTN baru-baru ini telah memperkenalkan sistem penawaran ujrah iaitu perubahan 3% pinjaman sedia ada kepada 1% sahaja. Memang la bawak perubahan yang besar. InsyaAllah. Aku baru je buat malam semalam sebab proses semakan ni mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Pinjaman aku diluluskan tahun 2001 so pendaftaran hanya boleh dibuat pada atau selepas 1 Disember 2010. Kat bawah ni aku letakkan tarikh2 korang boleh mula kemaskini maklumat pinjaman mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Sila check ok!
ramai yang dah boleh kemaskini kan? sebab aku antara yang paling lewat boleh kemaskini sebab pinjaman lulus tahun 2001. oh. tetibe rasa tua kau! so lepas korang dah semak benda ni, korang kena pegi kat link ni dan masukkan nombor i/c dan alamat e-mail korang.
klik untuk tumbesaran besarkan
lepas tu korang akan dapat e-mail confirmation suruh klik link dan membawa kepada laman yang korang kena isi banyak tempat kosong sikit. antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat peribadi korang dan maklumat ibu/bapa. lepas korang submit maklumat ni, akan ada satu e-mail lagi yang menyatakan permohonan pelarasan korang itu diterima dan keputusan permohonan akan dimaklumkan nanti. Siap! Senang kot. Takyah susah2. tak sampai sepuluh minit pun nak update tu. :)
So, apalagi. Aku dah. Korang punya turn pulak. Risau ni. Hutang banyak lagi. Huhuhu
Kalau korang masih belum sure, silakan ke laman web PTPTN untuk keterangan lanjut ok.
orait. itu saja pesanan penaja untuk hari ni.
nak tido awal, tapi kena membaca pulak. adus!
k bai.
p/s : cakap pasal pinjaman pendidikan, tahniah untuk Kicap yang baru saja dapat tawaran biasiswa JPA. Alhamdulillah. Murah rezeki budak itam yang chomot tu. untung sungguh! Ingat kakak mu yang berjasa ini ye dik. :)
Labels:
life,
me,
pinjaman pendidikan,
ptptn,
sharing,
ujrah,
what i hate
Friday, May 21, 2010
fesyen tudung
i've tried everything.
dari bawal ke tie rack ke shawl hinggalah ke style tudung ariani.
hahaha. dan tak pernah stick pada mana-mana pun.
tukar2 ikut kesesuaian.
anyways, lately banyak style tudung yang ala2 ikat rambut tinggi sebelah belakang tu.
sebenarnya benda ni dah lama. masa wedding seorang kawan saya back in 2007 pun dah ada fesyen ni. cuma sekarang memang macam semakin berleluasa. tambah pulak dengan pengenalan serkup syria dan sebagainya, ramai yang buat sanggul tinggi untuk nampak cantik. bahkan ada juga penjualan sepit rambut palsu untuk membolehkan wanita yang berambut sedikit atau pendek pun ada bonggol juga.
anyways, saya cuma nak tarik perhatian terhadap beberapa isi blog yang saya baca sejak awal minggu ini. sangat menarik kerana ianya mengisahkan tentang beberapa hadith berkenaan dengan bonggol tudung ini. saya tidak lah arif, tapi sama-sama lah kita hayati hadith-hadith ini. wallahualam.
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadith riwayat Muslim)
“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
(Hadith riwayat Ahmad)
renung-renungkan lah.
:D
Subscribe to:
Posts (Atom)


