Friday, May 21, 2010

fesyen tudung

i've tried everything.
dari bawal ke tie rack ke shawl hinggalah ke style tudung ariani.
hahaha. dan tak pernah stick pada mana-mana pun.
tukar2 ikut kesesuaian.

anyways, lately banyak style tudung yang ala2 ikat rambut tinggi sebelah belakang tu.
sebenarnya benda ni dah lama. masa wedding seorang kawan saya back in 2007 pun dah ada fesyen ni. cuma sekarang memang macam semakin berleluasa. tambah pulak dengan pengenalan serkup syria dan sebagainya, ramai yang buat sanggul tinggi untuk nampak cantik. bahkan ada juga penjualan sepit rambut palsu untuk membolehkan wanita yang berambut sedikit atau pendek pun ada bonggol juga.

anyways, saya cuma nak tarik perhatian terhadap beberapa isi blog yang saya baca sejak awal minggu ini. sangat menarik kerana ianya mengisahkan tentang beberapa hadith berkenaan dengan bonggol tudung ini. saya tidak lah arif, tapi sama-sama lah kita hayati hadith-hadith ini. wallahualam.


“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”

(Hadith riwayat Muslim)


“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

(Hadith riwayat Ahmad)


renung-renungkan lah.

:D



7 comments:

My Love.. said...

owhh..aku xreti tudung fesyen2 ni...tudg bawal je la.. :)

Melissa said...

Dapat gak email ni recently.
Nasib baik saya ni pemalas orangnye nak tukar2 fesyen tudung. Hee.

princess~syeena said...

alamak, kalau rambut panjang dan tebal memang tak boleh elak utk sanggul tinggi... mcm mane???tapi syeena tak dela sanggul tinggi mcm tocang orng bersalin tue...huhuhuhu

swit@kon said...

My Love..

hahaha. aku ko tau la.
fashionista kelam.
hahaha

swit@kon said...

Melissa,

akak tukar ikut mood. bila malas. carik tudung sarung tu je. hahaha

swit@kon said...

princess~syeena,

boleh je syeena. pada aku. kena tgk niat jugak. kalau dah niat 'lihatlah sanggul ku' memang la...

Mursapap said...

I loathe rambut tinggi kat belakang mcm ade makhluk lain dlm tudung. Ewww...

Akhir zaman babe.