Tuesday, March 31, 2015

happy 1st birthday akeef izzaddin



happy birthday Akeef Izzaddin!
this is the second time Noah attended a birthday party :)
Noah cam biasa, tengok sana sini. Bila nak amik gambar sibuk tengok goodies bag.
tengok gambar bawah ni...
hahahaha Noah...Noah..

Ex officemate and our 2014 babies
Roro with Khayra (Jan'14), Yours Truly with Noah (Sept'14) & Qilah with Akeef (Mac'14)

 Noah is the smallest. Haha!
Beza 9 bulan..haruslah kan? :)

Thanks Qilah for inviting.
Happy Birthday Akeef. Semoga panjang umur dan diberkati Allah selalu.
Jadi anak yang soleh ok!



Tuesday, March 10, 2015

favourite baby store




salam semua...

sejak ada hero kecik ni, hobi baru adalah menyopping barang dia la.
bukan baru start. tapi since dalam pantang.
bayangkan setiap hari ada benda sampai kat rumah!
dari sekecil-kecil benda sampai la sebesar-besarnya.
dari virgin coconut oil (vco) sampailah ke peti ais.
ye peti ais. deep freezer. beli dari Lazada. :)
puas hati. pantas dan mudah.
beli hari ini sampai esoknya.

selain dari Lazada, kedai paling saya suka untuk beli barang baby adalah littlewhiz.

LittleWhiz.com


kat sini ada segala benda yang diperlukan untuk baby kita dan juga nursing mother/pregnant mother.
and sila subscribe newsletter kerana bila ada sale, ia sangat super duper murah.
takyah susah2 nak ke baby expo ke, shopping mall ke.
sebab kedai online ni sangat murah. dan postage minimum sahaja.
serta kita boleh dapat barang dengan cepat.
saya dah beli macam-macam kat sini. you name it. everything kot. hahaha.

so, apa lagi. siapa yang ada baby dan bakal ada baby, korang boleh jenguk littlewhiz.com.
tak rugi apa pun (kecuali impulsive shopping la. haha).
for this month, saya nak share promo yang ada kat littlewhiz.com. (klik gambar kalau nak besarkan)



selain itu, ada few baby instashop yang menjadi favourite saya.
antaranya:

1. earlylearningshopmy - barang-barang early education for baby and kids. toys etc
2. babygiraffeshop - H&M readystock items (kasut, baju etc)
3. babycakcak_uk - any barang dari uk (doc mart etc)
4. dreamybabymy - bedding goods. love the designs!

and banyak lagi. nanti saya update korang lagi k.

nak makan la. lapar!

later :)

Friday, March 6, 2015

Makan Review : Breakfast @ Warung Bunian/Tapak Sulaiman


hi korang.
ingat tak dulu saya penah buat review pasal Warung Bunian atau nama sebenarnya Warung Tapak Sulaiman?

kalau tak ingat, cer klik link ni : Makan Review : Warung Tapak Sulaiman (Warung Bunian)
last time hanya tahu yang lunch sahaja.
but sekarang ni baru saya tahu ada menu breakfast dan menu berbuka puasa.

so, selepas hampir 3 bulan bercuti (maternity leave), apa lagi. terus tunaikan niat nak makan kat warung ni setelah hampir setahun lebih tak jenguk. parking dah makin ok, proper dan lebih banyak ruang untuk kenderaan pengunjung.

untuk sarapan pagi atau breakfast.
ada few choices. nasi lemak dan roti canai.
kami try nasi lemak bungkus that day.


macam nasi goreng pattaya kan?
hehe. ada dua jenis nasi lemak. satu yang berbungkus telur dan satu lagi nasi lemak telur goyang. 
next time kita try yang itu pula k!
rasa? just nice. nasi and sambal and telur blend and compliment each other. 
plus kopi o panas. whoaaa. terbaekkk baq ang.
taip ni pun dah rasa nak g amik kunci kereta and drive untuk breakfast kat sana. haha!

ok, gi try k. enjoy your meal. enjoy your life. haha
saya bagi balik koordinat untuk ke warung bunian ni k. 2.908737, 101.727188.

happy weekend everyone!

p/s : ini adalah review tanpa bayaran. just to share tempat best! :)