Monday, September 12, 2011

11 September 2011


salam and morning.
yesterday was my 28th birthday.
Alhamdulillah. Diberikan kesihatan, keberkatan dan kemampuan untuk masih bernafas di dunia ini.

Tiada sambutan yang istimewa. Saya menghabiskan masa sepanjang hari di kelas. 8.30 pagi - 6.30 petang. Teringat sepuluh tahun yang lalu saya menyambut hari lahir dalam kelas juga iaitu pada pagi WTC dirempuh pesawat. Dan sejak dari kejadian itu, tarikh hari lahir saya menghantui seluruh pelusuk dunia terutamanya Amerika Syarikat.

Azam selepas mencecah usia 28? Menjadi muslimah yang taat, anak yang solehah, teman yang setia, rakan yang membantu, boss yang cool dan lain-lain.

Semoga semua urusan dipermudahkan dan hidup ini penuh keberkatan. InsyaAllah.

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan dan family members yang tidak putus-putus memberikan ucapan selamat hari lahir dan doa yang baik2 untuk saya. Semoga kebaikan korang dikembalikan dengan kebaikan dan keberkatan jua. *hugs*

2 comments:

cc said...

happy birthday cik!

semoga sukses dlm study, hidup dan segalanya. amin :)

suhana azlin said...

babe, selamat membuat persiapan menempuh ke alam yang baru ;)

sila emphasise ayat 'membuat persiapan' tu ye haha