Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan 1433H


Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.
hari ni hari ke-3 berpuasa.
apa khabar semua?
harap2 semua sihat.
ok fine, maaf. saya dah lama tak update blog.
entry just bubuh music video dan wordless wednesday tak kira.
banyak la tak berupdate.
seperti yang kalian maklum, saya habis je majlis perkahwinan hujung mei lepas, terus membizi dengan preparation menghadapi final exam untuk semester dua yang bermula 1 Julai yang lepas.
tiga minggu berturut2, ahad adalah hari exam.
tiga minggu berturut2 juga saya cuti hari Jumaat.
masa jimba hanyalah beberapa jam pada hari ahad selepas exam. itu pun kalau tak penat.
3 minggu yang lalu, antara aktiviti saya selain daripada mengadap buku2 dan nota adalah layan Beethoven di Malaysia Philharmonic Orchestra di Menara KLCC. Lepas tu adalah keluar dating dengan suami dua kali. Jalan2 biasa je.
Dua minggu seterusnya suami kat Penang. Saya kat KL. Huhu. Sedey woooo.
Tapi sebab dua2 bz, saya dengan exam, dia dengan kursus dan conference, so relaks saja kita. :P

anyways, minggu lepas baru hegeh nak follow up semua benda. video kahwin. album kahwin. dan lain2 lah. sebab benda2 yang perlu fokus ni takleh nak buat tatkala mengadap buku. kecuali shopping online. hahaha. saya juga sempat minta tolong LV belikan 20 by Rizalman tempoh hari. Alhamdulillah. Dapat sehelai. Jovian? Semalam tengok. Dan try dua helai. End up tak beli apa2. Tak berkenan. Kenapa tah.

Ok. Itu je. Setakat ni, plan nak buat kuih raya dengan Puan Didi pun belum start lagi. Tahun ni rasa tak menang tangan lah. Sebab maybe masing-masing busy. Didi dengan adyan nya, saya dengan baby saya tu. hehehe.

Ramadhan kali ni cukup berbeza. Saya dah ada dua family. Pengalaman kali pertama berpuasa dan berbuka dengan suami :). Even masih stay dengan both family (rotation system :P) kami seronok. Plan nak tengok The Dark Knight last Saturday untuk show midnight terkubur sebab dua2 mengantuk tido. Last2 burn je tiket. Huhu. Looking forward for Raya. Walaupun tahun ni raya di Penang. Waaaa, nak raya kat Melaka!!

apapun. blog masih berjalan seperti biasa. kurangkan tengok blog yang ada makanan. :P

ok. selamat berpuasa semua.
semoga bertambah ketaqwaan kita Ramadhan kali ini.


:)

1 comment:

suhana azlin said...

wah sempat tu meng-rizalmankan diri hehe....

first time aku beraya as a wifey and menantu adalah dgn perut memboyot, efektif sekali bukan? haha ;P

selamat berpuasa beb, rindu uolls so much!