Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan 1435H


Salam semua.
apa khabar?
Puasa tak hari ni?
harap semua ok.

its the most wonderful time of the year!
ia kembali.
Ramadhan bertamu lagi.
Alhamdulillah. dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk sekali lagi menjalani ibadah puasa.
Puasa kali ini memang berbeza. Sangat berbeza.

Kerana keadaan diri ini yang masuk minggu ke-30. Berpuasa dengan ada anak kecil yang bertuah dalam perut ini.
Ye, saya pregnant. My first baby.
Alhamdulillah. Semalam puasa ok. Kat rumah.
Rehat lebih banyak.
Hari ni di office. kurang bercakap, kurang bergerak. untuk maintain tenaga.
setakat petang ni insyaAllah boleh bertahan lagi.

korang doakan kesihatan saya k.
semua anakanda sihat. saya sihat. dan boleh menjalani ibadah puasa dengan lancar.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa kawan-kawan ku.
Selamat beribadah.
Kita jumpa lain masa.
Update later!!

Wednesday, July 10, 2013

marhaban ya ramadhan 1434H



salam ramadhan semua.

ya allah. lamanya tak update blog.
memang agak busy.
tapi banyaknya cerita nak share ngan korang dalam blog ni.
tapi nanti lah.
ni dah masuk 1 Ramadhan, so saya nak ucapkan selamat berpuasa buat semua.
bulan favourite sudah tiba lagi.
alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk menikmati bulan Ramadhan kali ini.

:)


Wednesday, August 1, 2012

mengidam :p





gambar : ehsan wikipedia :)

buah tanjung!!
tiap kali Ramadhan, mesti mengidam benda ni.
bulan lain takde pun teringin nak makan.
ia adalah sejenis kuih dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.
saya suka! tahan lama. boleh simpang dalam fridge.
makan sikit2.
so, baru je call Mek Maria, mintak dia carikkan.
nanti boleh gi amik. mintak2 ada! yeay!!
hujung minggu lepas, puas dah carik kat Pasar Ramadhan Taman Melawati.
sanggup redah jem tu.
tapi tak jumpa. yang banyak hanyalah akok dan lompat tikam je.

huhu. mahu....

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan 1433H


Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.
hari ni hari ke-3 berpuasa.
apa khabar semua?
harap2 semua sihat.
ok fine, maaf. saya dah lama tak update blog.
entry just bubuh music video dan wordless wednesday tak kira.
banyak la tak berupdate.
seperti yang kalian maklum, saya habis je majlis perkahwinan hujung mei lepas, terus membizi dengan preparation menghadapi final exam untuk semester dua yang bermula 1 Julai yang lepas.
tiga minggu berturut2, ahad adalah hari exam.
tiga minggu berturut2 juga saya cuti hari Jumaat.
masa jimba hanyalah beberapa jam pada hari ahad selepas exam. itu pun kalau tak penat.
3 minggu yang lalu, antara aktiviti saya selain daripada mengadap buku2 dan nota adalah layan Beethoven di Malaysia Philharmonic Orchestra di Menara KLCC. Lepas tu adalah keluar dating dengan suami dua kali. Jalan2 biasa je.
Dua minggu seterusnya suami kat Penang. Saya kat KL. Huhu. Sedey woooo.
Tapi sebab dua2 bz, saya dengan exam, dia dengan kursus dan conference, so relaks saja kita. :P

anyways, minggu lepas baru hegeh nak follow up semua benda. video kahwin. album kahwin. dan lain2 lah. sebab benda2 yang perlu fokus ni takleh nak buat tatkala mengadap buku. kecuali shopping online. hahaha. saya juga sempat minta tolong LV belikan 20 by Rizalman tempoh hari. Alhamdulillah. Dapat sehelai. Jovian? Semalam tengok. Dan try dua helai. End up tak beli apa2. Tak berkenan. Kenapa tah.

Ok. Itu je. Setakat ni, plan nak buat kuih raya dengan Puan Didi pun belum start lagi. Tahun ni rasa tak menang tangan lah. Sebab maybe masing-masing busy. Didi dengan adyan nya, saya dengan baby saya tu. hehehe.

Ramadhan kali ni cukup berbeza. Saya dah ada dua family. Pengalaman kali pertama berpuasa dan berbuka dengan suami :). Even masih stay dengan both family (rotation system :P) kami seronok. Plan nak tengok The Dark Knight last Saturday untuk show midnight terkubur sebab dua2 mengantuk tido. Last2 burn je tiket. Huhu. Looking forward for Raya. Walaupun tahun ni raya di Penang. Waaaa, nak raya kat Melaka!!

apapun. blog masih berjalan seperti biasa. kurangkan tengok blog yang ada makanan. :P

ok. selamat berpuasa semua.
semoga bertambah ketaqwaan kita Ramadhan kali ini.


:)

Thursday, August 18, 2011

Puasa Dulu, Puasa Sekarang

salam semua.
saya tak pernah lagi update pasal pengalaman puasa tahun ni kan?
hehehe. kalau ikutkan puasa semasa umur 20-an *cough* ni dah sangat lain dengan dulu.
kenapa?
saya dulu, bab puasa memang laju.
kenapa?
sebab saya suka makan.
pasar ramadhan tu memang ditunggu-tunggulah.
menghitung waktu nak pergi. banyak beza dah zaman sekolah, zaman uni dan zaman kerja. jom tengok apa bezanya.

1. semangat berpuasa dan beraya
kalau dulu semangat puasa tu kurang. pikir nak raya je. siap2 dah kira berapa pasang baju kena beli. kasut kaler apa. stokin ropol. semua preparation raya lah! :P. tapi sekarang lebih semangat. niat tu lebih kepada mengimarahkan bulan ramadhan tu sendiri. perbaiki solat, bacaan al-quran. tapi selalu flat je lepas berbuka. camne nak imarah tu? ermmmm. skang ni baju hanya tempah untuk tujuan g kerja. yang mana kebetulan baru hantar dekat2 nak raya, oklah. kasut? beli sokmo. takyah tunggu perayaan. :P

2. makanan
makanan dulu lebih meriah berbanding sekarang. kalau dulu. WAJIB pergi pasar ramadhan. WAJIB beli at least murtabak, 3 jenis kuih dan 2 jenis agar2. tak lupa 3 jenis air. ye. memang saya hantu pasar ramadhan (dan juga pasar malam). takleh singgah. mesti macam2 saya bawak balik. lepas berbuka, jangan harap la makan semua benda2 tu sebab nasi dah penuh dalam perut. sekarang pulak, cukup sekadar kurma, air milo/soya bean, nasi putih dan 2 atau 3 lauk. ye, sikit. sangat sikit berbanding dulu. kalau beli pun, ala kadar sahaja. sebab tak habis. weekend pulak skang saya suka buat sendiri kuih muih. setakat hari ini, saya dah buat donut, bronok aka kuih sagu mata ikan, lepat pisang dan cekodok pisang.




visual hanya melibatkan donut dan lepat sahaja. 
gambar lain2 tak sempat snap. :D

3. mood
mood puasa sekarang lebih baik dari dulu. kalau dulu (sekolah rendah) jarum jam pendek dekat nombor 4, mulalah cari chance nak mandi. dalam toilet gua hirup air sejuk. air paip pun jadi lah. haha. pastu if mak bising mandi lama2, tak sempat minum lah jawabnya. kul 6 petang dah melepek depan tv. konon2 kalau tak berbuka, boleh meninggal. hahaha. tah apa2. masa zaman uni, habis kelas je mulalah aku melilau nak g pasar ramadhan. sebab? nak layan mata. hahaha. puasa sangat! ye lah. kalau pandai pilih pasar ramadhan, ramai budak engineering ada. memang awesome kot. hahaha itulah zaman UTM dulu. kerja aku cuci mata saja. hahahaha. bukan kira ramadhan ke tidak. zaman skang? mood ok. seronok puasa. dan kerja cam biasa. habis waktu kerja, balik rumah, buka sama mak n ayah. best betul!

ok. itu je setakat ni.
nanti kalau ada saya share lain.
tengah kena gastrik ni. -____-"
tata








Wednesday, August 18, 2010

perot meletop

salam and morning.
arrgh  pagi ni baru sempat update belog.
semalam pemalas lipas (peej, pinjam ayat kau!) nak update setelah pulang dari berbuka.
ye, berbuka di luar buat pertama kalinya. hiks. saya tak berapa gemar nak berbuka kat luar.
saya suka berbuka di rumah. ada la beberapa sebab. :)

anyways. mari cerita pasal iftar semalam.
kami plan dari last week nak berbuka. DK telah keluar dengan idea nak berbuka kat Chakri Ekspress, Alamanda. dia terus booked dan kami hanya bersedia dengan duit dan perut je.


Gerak ke Alamanda dengan Qilah jam 6.45. Tak ramai orang pun lagi. Sementara menunggu waktu berbuka dan semua orang lain sampai, saya sempat main2 ngan budak chomel dalam gambar kat atas tu. Dia pandai cakap "Apa tu..apa tu" Super chomel. tapi bila orang da start makan, dia jerit minta dukung kat parents dia. huhu itu tak chomel :P. Dalam jam 710, kesemua tujuh orang yang join dah datang. 


Lima minit (dalam 7.20ptg) inilah rupanya meja kami. Makanan diambil berdasarkan lauk2 yang ada. Dan kami ambil nasi seorang satu pinggan. bukan semua pun yang makan nasi.diet. :P. Gambar di bawah menunjukkan pinggan yours truly. hiks. Saya ambil nasi (banyak wooo), dua keping famosa dan somtam! woot! mengenang kembali kenangan di Bangkok. :). Dan uhhhh Tab Tim Krob itu menggiurkan sungguh!!!!! hihi



.

Ini wajah sebelum berbuka bersama Puan Qilah. Haha. Terasa tak berapa nak senonoh. Macam makan berdua dengan lauk yang boleh jemput 15 orang makan. Oh, perlu dimaklumkan. semuanya habis ye. LICIN. kami tak bazirkan sedikit pun. tak baik ye membazir. lebih2 lagi bulan puasa. Anyways, thanks so much untuk semua yang join. TM, DK, Aqilah, Aja, Shah and Hidhir. Lain kali InsyaAllah ada lagi.

kalau berminat, sila ke Chakri Ekspress ok.
RM43/pax. Ada macam2 makanan Malaysia, Thai. Sate, Ikan Bakar, Tom Yam.
Saya paling suka adalah desserts. yums!!!

sorry buat kamu semua terliur. huhu.
dah dah. gi klik butang X tu. :)

p/s: hari ni warehouse metrojaya kat PICC. erm. macam menarik nak pegi tapi takut ramai orang. sure ramai kan. tgklah. jenguk kejap ke masa lunch jap g.

xoxo

Monday, August 16, 2010

dah balik dah


salam.
hey peeps.
whaddup? ok ke? camne puasa korang?
weekend pun ok? relaks sikit kan..
me, had a loooong weekend.
ni baru balik dari mamak kembar, jumpa Yanty, hubby and lil' Haffiy.
cerita ni later!

started of on Friday nite. Our (Didi n I) Biskut Raya Projek kick-off last Friday with the first recipe choosen by me, Mama Carries. it is the first time for both of us. dua-dua pun tak pernah buat biskut ni. hahaha. we started a bit late due to Geng! berbuka session at Murni SS2 was dragged until 11pm. with a box of dutch lady coffee, i managed to stay awake until sahur. the last batch of our Mama Carries were in the oven at 4 fricking a.m. :P


Oh, sambil buat biskut, sempat lagi bake Oreo Cheesecake untuk bekalan Didi bawa buka puasa the next day. Power kan? Hahaha. Memandangkan ini kali pertama buat Mama Carries and i make up my own recipe from 3 different recipes. hahaha. seperti perbincangan dengan Lin, resepi paling banyak bahan tu yang menghasilkan biskut/outcome yang paling sedap. And turns out the cookies were great! cuma terdapat beberapa pertanyaan. Kalau korang pernah buat biskut Mama Carries, sila kongsi kan pendapat k! Selalunya biskut ni toppingnya warna putih (putih telur) tapi kami punya jadi garing dan bertukar ke warna coklat. Boleh bantu camne nak maintain warna putih and at the same time biskut kami masak dan garing. TQ in advance! Oh lupa, Eny was there witnessing our biskut raya projek, tapi dia mengantuk on the way. :)


After subuh, kami bantai tido. Kul 10 pagi saya terjaga hasil email yang masuk dari seberang dan Min call ajak g beli barang. Didi sambung sampai kul berapa tak sure. Tapi memang weng! Balik dari beli barang, saya sambung tido dan bangun kul 3 lebih. Terus mandi2 dan start buat donut. Yep. First attempt. Niat di hati nak buat donut yang cucuk kat lidi (munchkins donuts) tapi jadi pemalas dan guna penerap scone dan penutup botol mineral. Berbuka di rumah Min. Thanks Min for the daging masak kicap!!! Melepak sambil tengok Min dan Um buat cupcake. Balik dah kul 10 lebih terus tertido. Akibat keletihan, saya hanya terjaga jam 6.24 pagi. Tak sempat sahur. Mak ingat saya tido rumah Min so dia tak kejut! huhuhu.

Hari ni, hari relaks. tak sahur so sakit kepala. Dah plan nak buat bergedil dan bread pudding with custard sauce tapi Mak tak bagi. Dia kata lauk dah banyak sangat. So, sambung baring di bilik la. hahaha



Da ngantuk ni. Oklah. 
later k. take care everyone. Esok Monday blues. :(

nite2


Tuesday, August 10, 2010

1 Ramadhan 1431H


last year ada entry 1 Ramadhan 1430H. 

tahun ini pun ada. Alhamdulillah. syukur kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan ibadah puasa sekali lagi untuk tahun ke-27 aku hidup. (campur tolak dalam 22 tahun la dah puasa, start umur 5 tahun ;P) insya Allah sekejap lagi ada lah annoucement yang bakal dibuat untuk memaklumkan seluruh rakyat Malaysia akan mula berpuasa mulai esok, 11 Ogos 2010 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431H. 

Ramadhan adalah bulan Islam paling saya sukai bukan hanya keberkatan yang dapat diperolehi dari bulan itu sendiri tapi kehidupan yang lebih tenang. banyak masa diperuntukkan dengan Mak terutamanya. bangun sahur, balik makan berbuka bersama. juga dengan Ayah. hari lain kami memang balik tak tentu masa, kadang2 tu balik rumah Mak dah tido pun. next day hanya dengar suara dia mengejut bangun pagi je.

Semoga tahun ni saya dapat lebih banyak pahala. Amiiiiin.
Ok, nak stop dah. Ready tuk g terawih plak.

Buat semua, family di Melaka, family Batu Caves, my SG Girls [Zurai, Maria, Aini, Azreena, Ina, Has], my Geng! [Didi, Min, Um, Lin, Cheche, Mila, Max, Ayol], my officemate(s), UTM-mates, seluruh rakyat Malaysia di Malaysia sendiri atau di luar negara [Kiki di Chennai, Sharila di Bangkok], umat islam di seluruh dunia, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan. semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya. Insya Allah. Jangan baru sehari puasa dah pasang lagu raya k! :)

p/s: it is a month away from my 27th birthday. sayu bila mengingati umur dah makin naik ni. 



Saturday, August 22, 2009

1 Ramadhan 1430

rata-rata semua orang mesti 'inbox' handphone masing-masing penuh dengan sms ucapan selamat menyambut ramadhan. ahkon pun dapat banyak sms. ada bentuk gambar, ada bentuk pantun, tak kurang jugak interactive sms dengan mercun dan sebagainya.

apa yang pasti, sekali lagi kunjungan Ramadhan bulan mulia menjenguk kita. kalau di akhir Ramadhan yang lalu, kita asyik memikirkan sempat lagi kah kita bertemu dengan Ramadhan sekali lagi, nah. sekarang memang kita sedang hampir menamatkan sehari puasa kita untuk Ramadhan 1430H.

hari ini bermula dengan cuaca sejuk dan nyaman. di Putrajaya sedari jam 1 pagi lagi hujan renyai2 dah turun. dan berlanjutan hingga ke petang ni. Alhamdulillah, hari pertama berpuasa kita dikurniakan dengan rahmat dari Allah s.w.t. hari ini ahkon takda plan nk ke Param membeli belah atau menjamu mata dengan makanan2 menarik kat sana. hehehe. nanti lah sebenarnya tunggu min balik. so apapun, makanan dah siap terhidang atas meja tu, tengah tunggu dua orang kakakku datang. oh ye, hari ni mak masak Asam Pedas Ikan Pari, Daging Kicap, Ayam Madu dan apa lagi tah. lapar plak aaa.

ok korang Selamat Berbuka!!!! ari ni jangan lupa semayang terawih!!!!!!!!!!!!!!!