Showing posts with label apam inti. Show all posts
Showing posts with label apam inti. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

baking with swit@kon : apam polka dot


selamat datang ke dunia warna-warni. kali ini baking with swit@kon akan memperkenalkan satu dessert yang tidak asing lagi iaitu apam polka dot. atau macam2 nama lain yang saya jumpa di internet. ada yang panggil apam bola, apam dot dot (bukan dot dot peeja ye. ;p), apam inti dan lelain. kita stick to nama biasa lah. apam polka dot. pertama kali saya tengok resepi dan rupa apam ini adalah di blog Hana's Family. dan masa nak buat ni, google apam polka dot, amik. memacam blog dah ada resepi ni. dan resepi ini saya kopipes dari myresepi.com. terima kasih penyumbang resepi. sedap! sekali buat jadik. ok. lets take a look at the recipe shall we?
  • telur (3 biji)
  • tepung gandum (275gm)
  • baking powder (3 sudu teh)
  • susu segar (150ml)
  • gula halus (220gm)
  • ovalette 
  • pewarna secukupnya
  • inti/filling ikut citarasa (kaya, blueberry, strawberry, mango dll)

campur je semua bahan2 di atas kecuali pewarna dan filling. pukul menggunakan mixer tangan dalam 8 minit sehingga adunan gebu. bahagikan adunan ikut bilangan pewarna yang ada. 

kali ni saya guna 5 warna. ;)

kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag untuk mudahkan proses handle adunan2 tersebut. paipkan adunan ke dalam acuan yang disediakan (saya alas dengan acuan apam biasa sebab tanak cawan kertas tu jadi lebik akibat kena wap dari kukusan). paipkan agak2 1/4 dari cawan, masukkan inti. paipkan lagi adunan menutup inti tadi sampai hampir penuh. kalau 3/4 tak berapa nak gebu, so penuh sikit pun takpe.




masukkan ke dalam periuk kukus (panaskan dalam 10 minit) dan kukus dalam tempoh 10 minit. agak2 dah masak, boleh angkat dan ulang semula proses tadi.

senangkan?
lepas tu boleh la buat sesi fotografi dengan hasil anda. hik hik.


oklah. tu je.
hingga sesi masak memasak akan datang.

bye!!!


Tuesday, June 21, 2011

busy sangat

busy sangat lah. saya akan buat entry baking with swit@kon malam ni.
Tajuk masakan adalah.....jeng jeng jeng....



Apam Polka Dot atau Apam Bintik atau Apam Inti Blueberry dan nama-nama lain lah!
Hahaha.

nantikan ye?

:)