selamat datang ke dunia warna-warni. kali ini baking with swit@kon akan memperkenalkan satu dessert yang tidak asing lagi iaitu apam polka dot. atau macam2 nama lain yang saya jumpa di internet. ada yang panggil apam bola, apam dot dot (bukan dot dot peeja ye. ;p), apam inti dan lelain. kita stick to nama biasa lah. apam polka dot. pertama kali saya tengok resepi dan rupa apam ini adalah di blog Hana's Family. dan masa nak buat ni, google apam polka dot, amik. memacam blog dah ada resepi ni. dan resepi ini saya kopipes dari myresepi.com. terima kasih penyumbang resepi. sedap! sekali buat jadik. ok. lets take a look at the recipe shall we?
- telur (3 biji)
- tepung gandum (275gm)
- baking powder (3 sudu teh)
- susu segar (150ml)
- gula halus (220gm)
- ovalette
- pewarna secukupnya
- inti/filling ikut citarasa (kaya, blueberry, strawberry, mango dll)
campur je semua bahan2 di atas kecuali pewarna dan filling. pukul menggunakan mixer tangan dalam 8 minit sehingga adunan gebu. bahagikan adunan ikut bilangan pewarna yang ada.
kali ni saya guna 5 warna. ;)
masukkan ke dalam periuk kukus (panaskan dalam 10 minit) dan kukus dalam tempoh 10 minit. agak2 dah masak, boleh angkat dan ulang semula proses tadi.
senangkan?
lepas tu boleh la buat sesi fotografi dengan hasil anda. hik hik.
oklah. tu je.
hingga sesi masak memasak akan datang.
bye!!!

