Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Baking with Swit@kon : Milo Oreo Jelly



oh sudah begitu lama tidak post recipe di sini.
biasalah. student.
gantung kuali. gantung oven. etc. :P
last week sempat la buat jelly.
recipe asal diambil dari Kak Rima, Bisou A Toi.
Jelly dia buat adalah ohsem dan comel.
Saya buat bentuk kotak je. Sebab takde acuan comel.
Haha.

Milo Oreo Jelly - credit to Bisou A Toi




INGREDIENTS:
1 packet / 10g Jelly Powder (Agar-Agar Powder)
750ml Water
160g Sugar
1 can (400g) Evaporated Milk
3/4 cup Milo Powder
1 pack (137g) Oreo Cookies - break into small pieces but keep the sandwich together

METHOD:
1. Place jelly powder and water in a pot & cook until jelly is dissolved.
Add in sugar & cook until sugar is dissolved. Add in milk, stir well & switch off fire once boiled.
2. Separate 2 cups of the mixture into another pot & add in Milo powder.
Stir well until milo is dissolved.
3. Pour 1 cup of the Milo mixture into a square container and let the remaining half warm up on smallest fire. Let it set slightly on surface before pouring another layer. Pour the plain mixture on top. Sprinkle oreo cookies & let is set on the surface. Pour the remaining milo mixture.
4. Let it set completely at room temperature before chiiling it in the fridge.
Serve cold.
TIPS FOR LAYERING:
a. Do not wait until the layer is completely set before pouring the next layer, or else it will not stick. If this happens, scratch surface with a fork before pouring the next layer.
b. Make sure the mixture is still hot when pouring on the earlier layer so that it will stick well.

hasilnya?



gambar di atas adalah first try. tersalah bajet untuk 2nd cup campuran milo tu. terkurang sikit la plak. itu yang jadi titis2 je. haha. 

jelly ni senang nak buat. cuma masa first time agak cuak takut masa nak tunggu every layer tu set elok2 je supaya next layer yang kita tuang elok je melekat. kalau terlalu lembut, campuran next layer akan bercampur dengan the layer before. kalau terlalu keras, bila nak hidang dia takkan melekat. so, memang kena bajet baik punya lah. selain daripada itu, maybe lebih selamat gunakan acuan kecil macam Kak Rima guna tu. Senang nak bajet. Ni pakai tupperware gedabak. hasilnya memang tak cukup campuran milo tu. haha.

rasa? saya tak makan. family yang makan *suami* kata agak manis. maybe sebab oreo punya lapisan putih tu kot. cadangannya maybe korang boleh buang separuh, tinggalkan separuh. supaya tak berapa manis sangat hasilnya. tapi memang sedap. sebab susu dan milo kan?

ok. selamat mencuba.

:)

  

Thursday, August 18, 2011

Puasa Dulu, Puasa Sekarang

salam semua.
saya tak pernah lagi update pasal pengalaman puasa tahun ni kan?
hehehe. kalau ikutkan puasa semasa umur 20-an *cough* ni dah sangat lain dengan dulu.
kenapa?
saya dulu, bab puasa memang laju.
kenapa?
sebab saya suka makan.
pasar ramadhan tu memang ditunggu-tunggulah.
menghitung waktu nak pergi. banyak beza dah zaman sekolah, zaman uni dan zaman kerja. jom tengok apa bezanya.

1. semangat berpuasa dan beraya
kalau dulu semangat puasa tu kurang. pikir nak raya je. siap2 dah kira berapa pasang baju kena beli. kasut kaler apa. stokin ropol. semua preparation raya lah! :P. tapi sekarang lebih semangat. niat tu lebih kepada mengimarahkan bulan ramadhan tu sendiri. perbaiki solat, bacaan al-quran. tapi selalu flat je lepas berbuka. camne nak imarah tu? ermmmm. skang ni baju hanya tempah untuk tujuan g kerja. yang mana kebetulan baru hantar dekat2 nak raya, oklah. kasut? beli sokmo. takyah tunggu perayaan. :P

2. makanan
makanan dulu lebih meriah berbanding sekarang. kalau dulu. WAJIB pergi pasar ramadhan. WAJIB beli at least murtabak, 3 jenis kuih dan 2 jenis agar2. tak lupa 3 jenis air. ye. memang saya hantu pasar ramadhan (dan juga pasar malam). takleh singgah. mesti macam2 saya bawak balik. lepas berbuka, jangan harap la makan semua benda2 tu sebab nasi dah penuh dalam perut. sekarang pulak, cukup sekadar kurma, air milo/soya bean, nasi putih dan 2 atau 3 lauk. ye, sikit. sangat sikit berbanding dulu. kalau beli pun, ala kadar sahaja. sebab tak habis. weekend pulak skang saya suka buat sendiri kuih muih. setakat hari ini, saya dah buat donut, bronok aka kuih sagu mata ikan, lepat pisang dan cekodok pisang.




visual hanya melibatkan donut dan lepat sahaja. 
gambar lain2 tak sempat snap. :D

3. mood
mood puasa sekarang lebih baik dari dulu. kalau dulu (sekolah rendah) jarum jam pendek dekat nombor 4, mulalah cari chance nak mandi. dalam toilet gua hirup air sejuk. air paip pun jadi lah. haha. pastu if mak bising mandi lama2, tak sempat minum lah jawabnya. kul 6 petang dah melepek depan tv. konon2 kalau tak berbuka, boleh meninggal. hahaha. tah apa2. masa zaman uni, habis kelas je mulalah aku melilau nak g pasar ramadhan. sebab? nak layan mata. hahaha. puasa sangat! ye lah. kalau pandai pilih pasar ramadhan, ramai budak engineering ada. memang awesome kot. hahaha itulah zaman UTM dulu. kerja aku cuci mata saja. hahahaha. bukan kira ramadhan ke tidak. zaman skang? mood ok. seronok puasa. dan kerja cam biasa. habis waktu kerja, balik rumah, buka sama mak n ayah. best betul!

ok. itu je setakat ni.
nanti kalau ada saya share lain.
tengah kena gastrik ni. -____-"
tata








Thursday, June 23, 2011

baking with swit@kon : apam polka dot


selamat datang ke dunia warna-warni. kali ini baking with swit@kon akan memperkenalkan satu dessert yang tidak asing lagi iaitu apam polka dot. atau macam2 nama lain yang saya jumpa di internet. ada yang panggil apam bola, apam dot dot (bukan dot dot peeja ye. ;p), apam inti dan lelain. kita stick to nama biasa lah. apam polka dot. pertama kali saya tengok resepi dan rupa apam ini adalah di blog Hana's Family. dan masa nak buat ni, google apam polka dot, amik. memacam blog dah ada resepi ni. dan resepi ini saya kopipes dari myresepi.com. terima kasih penyumbang resepi. sedap! sekali buat jadik. ok. lets take a look at the recipe shall we?
  • telur (3 biji)
  • tepung gandum (275gm)
  • baking powder (3 sudu teh)
  • susu segar (150ml)
  • gula halus (220gm)
  • ovalette 
  • pewarna secukupnya
  • inti/filling ikut citarasa (kaya, blueberry, strawberry, mango dll)

campur je semua bahan2 di atas kecuali pewarna dan filling. pukul menggunakan mixer tangan dalam 8 minit sehingga adunan gebu. bahagikan adunan ikut bilangan pewarna yang ada. 

kali ni saya guna 5 warna. ;)

kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag untuk mudahkan proses handle adunan2 tersebut. paipkan adunan ke dalam acuan yang disediakan (saya alas dengan acuan apam biasa sebab tanak cawan kertas tu jadi lebik akibat kena wap dari kukusan). paipkan agak2 1/4 dari cawan, masukkan inti. paipkan lagi adunan menutup inti tadi sampai hampir penuh. kalau 3/4 tak berapa nak gebu, so penuh sikit pun takpe.




masukkan ke dalam periuk kukus (panaskan dalam 10 minit) dan kukus dalam tempoh 10 minit. agak2 dah masak, boleh angkat dan ulang semula proses tadi.

senangkan?
lepas tu boleh la buat sesi fotografi dengan hasil anda. hik hik.


oklah. tu je.
hingga sesi masak memasak akan datang.

bye!!!


Tuesday, June 21, 2011

busy sangat

busy sangat lah. saya akan buat entry baking with swit@kon malam ni.
Tajuk masakan adalah.....jeng jeng jeng....



Apam Polka Dot atau Apam Bintik atau Apam Inti Blueberry dan nama-nama lain lah!
Hahaha.

nantikan ye?

:)

Sunday, October 10, 2010

baking with swit@kon : menjala roti, mengkotak cheesecake

kawan-kawan, saya buat roti jala dan blueberry cheesecake squares.


Roti Jala

roti jala sahaja. kuah karinya adalah hasil nukilan bonda.
sedap. pekat. bau melekat. ;)


3 cawan tepung gandum 
2 3/4 cawan santan (boleh substitute dengan susu atau air)
1 sudu teh garam
1 biji telur 
2 sudu besar minyak
Sedikit pewarna kuning (atau guna serbuk kunyit je)

Cara Membuat : Campur semua bahan dan kisar guna blender. Sampai agak2 dah tak pekat, ok dah tu. Oh, saya kena ingatkan. Resepi di atas tu saya main bubuh je. Campak2 dan rasa. Agak2 cukup lemak dan cukup rasa ok. Siap untuk di jala.

Resepi kari ayam disebabkan nukilan bonda, saya tak bubuh la resepi eh. Korang carik je eh. Hahaha.


Blueberry Cheesecake Squares (diambil dari blog Framed Cooks)
*saya letak bahan sahaja. sukatan leh g refer kat blog Framed Cooks k. Klik saja link di atas.

First Layer
Tepung Gandum
Butter
Gula Icing
Garam

Cara Membuat : Panaskan oven pada suhu 175 C. Campurkan bahan2 tadi (guna tangan) sampai la ia membentuk doh. Canaikan dan leperkan dalam dulang pembakar. Bakar sampai jadi golden brown lebih kurang 20 minit. 

Filling
Cream cheese
Gula Icing
Vanilla Extract
Telur 
Blueberry Filling

Cara Membuat : Pukul cheese dan gula, kemudian masukkan telur dan vanilla. Tuangkan ke atas lapisan biskut/pastry (yang telah sejuk) tadi. Letakkan blueberry filling di mana-mana kawasan yang anda suka. Kemudian gunakan lidi atau pisau untuk mencorakkannya. Bakar dalam suhu yang sama untuk tempoh 30 minit atau sehingga filling masak. 

- resepi ini sangat sedap. saya membuat sedikit kesilapan dalam menyiapkannya. layer biskut saya adalah sedikit tebal. tapi sedap. takpe. dan semasasaya membakar pastry ini, saya telah secara tidak sengaja bermain dengan mode pembakaran menyebabkan pembakaran berlaku di sebelah atas dan mengakibatkan kulit cheese agak legam dan tak nampak blueberry dah. haha. nasib baik sedap! walaupun agak pitam rupanya. 

Silakan mencuba resepi ini ok. Sesuai untuk minum petang. Saya layan kedua-dua ni petang tadi dengan secawan Earl Grey tea..Tetibe terindu Lin dan Mya...uhuks ;(

Dapur akan berhenti rehat weekend depan kerana saya akan outstation dari khamis hingga ahad. Don't worry, next recipe will be Red Velvet Cake with Cheese Layering. Yums!

XoXo