Showing posts with label zurai. Show all posts
Showing posts with label zurai. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

zaman dah berubah


last weekend, selain dari penuh dengan main game, saya berkesempatan melawat Puan Zuraida yang baru sahaja  menyambut kehadiran cahayamata pertama bersama Encik Basiq. Baby yang keluar dua minggu awal yang telah menyebabkan trip ke Jakarta Zurai terpaksa dibatalkan.

anyways, SG Girls sekarang dah menambah bilangan SG Girls Jr. First sekali  Rif Rafel, budak chumel anak Ina yang lahir pada bulan Februari yang lepas. Diikuti dengan Aqhil Naufal, anak Amirul (ye, Mirul masuk kategori SG Girls) yang lahir pada bulan Mei. Dan yang ke-3 ini lahir pada bulan Oktober anak kepada Zurai. 

Sahlah bahawa semua anak teruna ini bakal mendaftar masuk sekolah pada tahun yang sama (2017) dan mungkin juga di sekolah yang sama kalau semua orang duk di Sri Gombak! 

Lokasi perjumpaan adalah di rumah Puan Zuraida  lah. Kalau dulu, jumpa, masing-masing tanya pasal kerja, life semasa, ada boyfriend ke, bila nak kahwin....
Tapi last Saturday, inilah yang berlaku....





baru ada dua budak tengah lasak dan sorang tengah tido. tapi memang la kelakar. kelakar yang chumel. masing-masing busy ngan anak-anak. baru SG Girls. kalau kumpulkan 4 Gamma?? lagi pecah kot. hahaha. Tahun depan bakal menyaksikan dua lagi SG Girls bakal mendirikan rumahtangga. Yang nak mengandung plak, ada tiga orang lah. Has, Aini n Maria. Jeng! Jeng! Tambah lagi la SG Girls Jr. Best2!!!!

Anyways, tatkala entry ini ditulis, Rifqi Farouq (nama baby Zurai-dah official) dimasukkan kembali ke APSH kerana lung infection. sedih sangat. kita sama-sama doakan agar baby Zurai sihat dan akan didischarge tak lama lagi k. to Zurai and Basiq, hang in there. Tabahkan hati korang. Aku doakan semua ok. Insya Allah.


T___T





Tuesday, December 22, 2009

kisah 7 tahun di wrap up ke 2 hari


(entry ini khas buat pengantin baru, my SG Girl, Puan Zuraida Mansor)

awal pagi. jam 6.10 saya dah call pengantin untuk bangun. dia sempat sms jam 2.47 pagi memaklumkan yang dia baru nak tido sebab tunggu pelamin siap. mandi, mekap sikit, minum secawan kopi saya terus gerak ke Sri Gombak. lebih kurang jam masa tu pukul 7.30 pagi. kalau ikutkan boleh je nak g lewat sikit tapi tanak lepaskan peluang capture moments masa mekap. nikah mula jam 9.00 pagi. jalan tak jem. semua orang bercuti sempena Maal Hijrah. so i've decided nak ikut MRR2 dan bila sampai di persimpangan Bandar Tun Razak, teringat yang Encik FK juga turut akan bernikah pada hari yang sama. so sambil memandu saya call guna loudspeaker ye FK kejap. borak2 dalam 15 minit, say gud luck kat dia and wish him congrats. lepas letak telefon, aku berperasaan sekejap. hahaha. ye lah. sorang demi sorang kahwin kan. dalam hati mula lah terdetik, kalau aku terima dia dulu, aku dah kahwin pun. hahahahaha.

so sampai di Sri Gombak jam 8.15 pagi. terus ke rumah Zurai. dari jauh dah nampak orang ramai bawah khemah. semua tengah berkemas2 apa yang patut. terus menuju ke tingkat atas and masa tu makcik tu baru nak siap. Wadi yang mekapkan dia. Wadi jugak jurumekap untuk Wedding Ina dulu. sambil2 aku menyibuk selit2 amik gambar, dah ramai photog sebenarnya. dari JanggutTouch.






mula2 aku dah janji dengan Ina, perempuan mengandung tu untuk jumpa kat Masjid kul 8.30 tapi Zurai paksa aku tunggu dia sebab takde sapa nak teman pengantin. huhu. takpelah. member punya pasal. Ina bising lah sebab aku lambat. tapi Zurai tolong kaverkan. hahahaha.sampai je kat Masjid, terus aku dapatkan perempuan2 itu. semua dah tunggu kat Masjid. masa yang sama, ada satu pasangan lagi yang bernikah di dewan yang sama. amik berkat hari Jumaat dan Maal Hijrah kan. hihi.






so ada dua families dalam dewan yang sama. sikit tak best ialah kitorang tak dengar pape pun. dari khutbah ke lafaz akad nikah hinggalah habis. hahaha. sebab banyak budak2 kecik nanges2 huhu. Zurai dah pesan, 'Babe, kang bila diorang sebut je sah, bagi tisu cepat2...nanti aku nak nanges punya.' nangis ape? hahaha. sebab tak dengar apa pun. :P

pas dah settle nikah tu, pengantin lelaki naik atas untuk solat sunat dan after pasangan lagi satu tu settle sesi batal air semayang baru lah Zurai dan Basiq dapat settlekan diorang punya plak. oh, lupa bitau. pasangan satu lagi tu adalah junior kami semua di Hillcrest. dan geng photog diorang ialah junior2 jugak. halim kot jadi otai dia.






kami pun apa lagi, snap sana. snap sini. posing la kan. kawan dah selamat. yang kita ni tah bila2. haha. berita paling mengejut dan menggembirakan ialah Has bakal mendirikan rumah tangga next year. bertunang bulan Februari and Nikahnya bulan Jun. :)







usai majlis di Masjid, kami bergerak pulang ke Jalan 10/10 untuk acara makan2. hahaha. nak dekat kul 12, aku balik rumah. ngantok. tapi tak balik dan tido pun, kena bawak mak g Alamanda. malamnye, ada celebration birthday si Akeem yang ke-6 kat Restoran Saba', Cyberjaya. (update yang ni next entry).

next day, Sabtu. jam 9.30 pagi aku gerak. kali ni terus ke rumah mak buyong, Ina untuk make up kan dia dulu before g kenduri. lebih kurang 1030 kitorang gerak dari Bolton ke Sri Gombak. berapa minit je pun. tak sampai 5 minit. sampai2 Zurai ajak breakfast dulu. aku tak lalu makan, tapi mak buyong layan nasi lemak sebungkus and satu tupperware kuih bakar :P.

lepas kami puas melepak dengan sangat lama dalam bilik pengantin, bermula lah episod Zurai cuak. nak bersanding. takut itu, takut ni. hahaha. aku layan gelak je la. amik gambar lagi dan lagi.























sebenarnya kami pakai baju sama-sama tu cuma duduk kat red carper je. pastu bila pengantin dah bersanding, baik punya empat2 orang g melantak. hahaha. aze lagi lah. dia bukan bleh tak makan or makan lambat. Zurai and Basiq bermandikan peluh, kami syiok makan dengan mak Aini. dia kenalkan kitorang kat mak dia and bitau Ina lah yang dah kawin tu. tetiba mak Aini pandang aku, 'ko mengandung berapa bulan?' hahahaha. aku ngan muka blur cam terus tunjuk perut Ina. dan cakap 'Acik, ni perutnya. saya belum kawin.' hahahaha. semua pun senyum sumbing. makcik sebelah mak Aini semangat plak bila Aini kata aku kerja peeteedee. banyak la Q&A berlaku selepas itu. huhu.

paling best, aku tinggalkan kamera kat dalam bilik pengantin so gambar berarak dan gambar bersanding aku takde langsung. hahaha. bila pengantin dah start makan baru aku hegeh naik atas amik kamera lam bilik.



sambil2 kat dalam khemah tu ramai la yang kitorang jumpa. kawan2 sekolah, kawan2 matrixs aku (Nahar, Along, Suhaila ngan baby and lagi sorang aku lupa nama - keji!). semua cam kata kat Zurai, akhirnya ko ngan Basiq jugak! hahaha ye lah. kenal masa matrixs kan. berchenta tu a year after kot. 7 tahun babe. diorang sempat tanya aku nape tak ngan Jai (x-bf aku la). aku jawab takde jodoh.

last sekali dah nak dekat 4.30 petang, lepas amik2 gambar semua, anak si Ina pun dah puas menendang2 perut dia, kitorang mintak diri.. salam2 semua orang dan terus gerak. gila penat. Jalan Kuching jammed nak mati plak petang tu. aku fobia gila bawak kereta bumper-to-bumper ni. rasa nak belanggar je. huhuhu. kul 5.45 sampai rumah and layan tv.

itu jelah cerita hari kahwin Zurai & Basiq. this week kat Melaka plak. depan umah Mak Noriah je. tapi sebab aku nak pegi Wedding Ice kat Linggi, maybe aku tak g majlid bertandang Zurai ni.

Buat Zurai dan Basiq (dah ucap bebanyak kali dah) - Selamat Pengantin Baru. semoga kekal ke akhir hayat k.

oklah. aku nak mandi. g opis. gila kau! dah kul 7. bai!!!!


Saturday, December 19, 2009

fuuuhhhhhhhhhh....lega

alhamdulillah.
berkat doa semuanya berjalan lancar.

dah lamanya saya tak hapdet. nak saya explain satu2 ke dari hari khamis?
huhu. saya bz la. maaf ye.

apapun, my bestfriend SG Girls, Cik eh Puan Zuraida Mansor telah selamat mendirikan rumahtangga dengan Encik Abdul Basiq pada tanggal 18 Disember 2009 dan tak lupa buat bekas-boyfriend-yang-kini-kawan saya, Encik Fadzli Khairi yang juga telah selamat bernikah dengan buah hatinya, Puan Huda juga pada 18 Disember 2009. sempat call dia pagi semalam and wish him gud luck!

overall. penat. saya ulang alik ke Taman Sri Gombak dua hari berturut2 dan saat ini kepala agak weng. maafkan kekurangan update di blog ini ye.
saya janji esok saya akan hapdet lagi. banyak banyak tau.
buat masa ni, saya letakkan wajah2 happy wedding Zuraida & Basiq pada hari Jumaat dan Sabtu. enjoy. more updates later k. muahs2.

*saya akan buat full entry pasal wedding ni later, banyak gambar nak share*



 

one more down. one already gone. four to go.
:)

Sunday, March 29, 2009

as i vote for the earth

.
hey peepsy!!!
.
whatcha doin'...i'm about to get ready for my 'anak buah angkat', Cik Raha's 1st birthday this evening. still try to work things on with my baju whatsoever (kecoh tak, birthday budak setahun pun nak pakai cun2...hahaha). i'll be the official photographer tau! wait for my next entry on the birthday partee..
.

semalam buat pe? did u guys switch off the lights for the whole hour? i did my part, mak dengan semangatnya tutup lampu bilik di kala ayah sedang tengok tv. hahaha. she called everyone and asked them to participate. to Mak Noriah and Pak Usu. thanks a lot. walaupun jiran2 sekeliling tak ambil pot, tapi syabas kerana anda telah mengambil bahagian. hahahaha.
.
Zurai lepak kat rumah semalam. she came for a session with her wedding photographer and we went 'looking and browsing' at Pesta Pengantin 2009 at PICC. Makluman kepada para pembaca, bukan saya yang nak kawin, tetapi Zuraida yang akan mendirikan masjid bulan Disember ni. sebagai Maid of Honor (cehceh, hahaha perasan) saya ditugaskan untuk menemani Zurai menguruskan hal-hal nak kawin sebab Basiq jauh di Timur Tengah.

album courtesy of JanggutTouch
.
antara yang menarik...
.
So far, ok lah Pesta tu. takde pape yang menarik selain dari perkara2 yag perlu difikirkan kalau korang nak kawin. hahaha. ada 61 booth yang promote dari persediaan kad kawin, pelamin, hantaran, gambar, baju2 sampailah booth yang menawarkan pakej honeymoon!
.
so, takat tu saja untuk hari ni....
later k!!!!
have a nice Sunday!!
.
.
.