Showing posts with label blueberry cheese tart. Show all posts
Showing posts with label blueberry cheese tart. Show all posts

Tuesday, October 5, 2010

baking with swit@kon : blueberry cheese tart & strawberry cheese tart



merujuk kepada entry saya yang lepas, hari Sabtu lalu saya telah membaking semula. kali ini tidak menggunakan oven ol skool Butterfly tapi menggunakan elektrik oven jenama Cornell yang di redeem dari points Maybankard. 

entah kenapa resepi pertama menjadi pilihan hati adalah cheese tart dan saya telah membeli dua jenis filling iaitu blueberry dan juga strawberry. 

resepi pilihan hati adalah dari fotopages RinnChan yang sememangnya mempunyai longgokan resepi2 hebat!
so inilah resepi nya. saya ubahsuai sikit ikut kesukaan. hahaha. kredit berjuta lemon buat kak rinnchan! Resepi ini untuk 12 keping ye. Bergantung kepada ketebalan pastry korang dan juga saiz acuan.

Pastry
125g butter
40g icing sugar
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
220g tepung gandum

Cara membuatnya : Campurkan semua bahan-bahan sehingga menjadi doh yang kental. Dengan sukatan tepung ini, adunannya agak basah dan lembut. So, korang boleh campurkan sedikit demi sedikit tepung sampai dia kenyal dan cantik. Agak2 la. Bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 15-20 minit untuk mendapatkan pastry yang sedikit pucat. Half cooked ye.

Filling
250g cream cheese
3/4 cawan icing sugar
1 biji telur
1/2 cawan whipping cream
1 sudu teh esen vanilla
filling - ikut minat sendiri. saya guna Blueberry & Strawberry

Cara membuatnya :pukul cheese, gula dan telur. once dah sebati, campurkan whipping cream dan esen vanilla. Tuangkan filing ke dalam bekas pastry, amik sedikit filling dan letakkan di tengah. bakar pada suhu yang sama iaitu 175C selama lebih kurang 25 minit atau sehingga pastry golden brown. Korang boleh corak2 kan filling yang dah dicampurkan tadi atau kalau malas, biarkan je k.



Nak lebih sedap, sila sejukkan dan makan dengan earl grey tea panas. Meletup!
Selamat mencuba!!! Baunye menusuk ke segenap pelusuk rumah!! bikin hati runsing. Hahaha

Ok! till the next baking session. ;)

Saturday, October 2, 2010

dapur berasap

al-kisahnya.

entry bulan lepas ada bitau saya dah ada mainan baru di dapur kan?
ala kalau tak ingat g baca kat sini. berkenaan dengan oven baru hasil redeem points credit card.

dah akhirnya, pagi ini jam 730 pagi, oven itu telah digunakan secara officialnya.
benda first yang saya buat adalah....


alhamdulillah. dua bekas penuh dapat. tak sampai 50 pcs rasanya.
resepi nanti saya upload ok!
nak mandi ni. nak ke open house di Bukit Beruntung!
later.


x0x0