Tuesday, October 5, 2010

baking with swit@kon : blueberry cheese tart & strawberry cheese tart



merujuk kepada entry saya yang lepas, hari Sabtu lalu saya telah membaking semula. kali ini tidak menggunakan oven ol skool Butterfly tapi menggunakan elektrik oven jenama Cornell yang di redeem dari points Maybankard. 

entah kenapa resepi pertama menjadi pilihan hati adalah cheese tart dan saya telah membeli dua jenis filling iaitu blueberry dan juga strawberry. 

resepi pilihan hati adalah dari fotopages RinnChan yang sememangnya mempunyai longgokan resepi2 hebat!
so inilah resepi nya. saya ubahsuai sikit ikut kesukaan. hahaha. kredit berjuta lemon buat kak rinnchan! Resepi ini untuk 12 keping ye. Bergantung kepada ketebalan pastry korang dan juga saiz acuan.

Pastry
125g butter
40g icing sugar
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
220g tepung gandum

Cara membuatnya : Campurkan semua bahan-bahan sehingga menjadi doh yang kental. Dengan sukatan tepung ini, adunannya agak basah dan lembut. So, korang boleh campurkan sedikit demi sedikit tepung sampai dia kenyal dan cantik. Agak2 la. Bakar pada suhu 175C selama lebih kurang 15-20 minit untuk mendapatkan pastry yang sedikit pucat. Half cooked ye.

Filling
250g cream cheese
3/4 cawan icing sugar
1 biji telur
1/2 cawan whipping cream
1 sudu teh esen vanilla
filling - ikut minat sendiri. saya guna Blueberry & Strawberry

Cara membuatnya :pukul cheese, gula dan telur. once dah sebati, campurkan whipping cream dan esen vanilla. Tuangkan filing ke dalam bekas pastry, amik sedikit filling dan letakkan di tengah. bakar pada suhu yang sama iaitu 175C selama lebih kurang 25 minit atau sehingga pastry golden brown. Korang boleh corak2 kan filling yang dah dicampurkan tadi atau kalau malas, biarkan je k.



Nak lebih sedap, sila sejukkan dan makan dengan earl grey tea panas. Meletup!
Selamat mencuba!!! Baunye menusuk ke segenap pelusuk rumah!! bikin hati runsing. Hahaha

Ok! till the next baking session. ;)

7 comments:

thesweetlittlecat said...

boleh try nnti ni.. i suke chiztart! :)

My Love.. said...

yummy...orang yang paling suka = DINA!! makan xbrenti..

My Love.. said...

yummy...orang yang paling suka = DINA!! makan xbrenti..nnti nak wat lagi biar jadi bekal dia g skool..hehehe

adzsha said...

so cantik & kemas..i paling malas nak buat pastry tu hehe

swit@kon said...

thesweetlittlecat,

try tau!!! sedap ni. serius tak tipu. agak leceh tapi berbaloi2.

swit@kon said...

My Love..

Jangan bebel dah crust kau tak cantik. Sial tiru resepi ni dan buat lagi eh. Hehe

swit@kon said...

adzsha,

TQ. Buat pastry tu senang. Tapi nak menyiapkan tu renyah sikit. Letih. :)