Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

king of fruit

(gambar dari WiKi)

last nite incident ignites this entry. oh. good morning korang!!!!!!!!!!!!
ye. tekaan anda betul. ia berkenaan dengan Durio Zibenthinus atau D-U-R-I-A-N. raja segala buah.
dengan duri2 yang membaluti tubuhnya dan isi yang berwarna kuning emas.
memang durian sedap. kenikmatan durian tidak dapat digambarkan oleh penggemarnya.
makan durian (berlebihan) akan menyebabkan rasa panas. mungkin tak semua orang rasa tapi kebanyakan orang yang makan lebih dua biji akan mula lah kepanasan.

memang sekarang ni musim durian. kat blog adni ada cerita durian.
al-kisahnya. saya dulu (zaman baby yang dah pandai makan hinggalah usia 10 tahun) adalah pemakan durian tegar. belilah berapa guni pun, saya boleh hadap. dengan comot dan rakus saya akan habiskan durian2 yang dibeli ayah. sebab tu darjah 2 kot saya dah pandai kopek durian sendiri!

tapi entah kenapa menjangkau usia 11-12 tahun, saya mula merasakan durian itu meloyakan. bau nya lah. since saya umur 12, saya takkan dekat dengan orang2 yang tengah makan durian. kesian ok. saya nak rasa. tapi bau tu tak menahan. dan bila dah terlalu lama tak makan dan semakin loya dengan bau itu, saya dah tahu bahawa Allah dah tarik nikmat saya makan durian. serius dah lama tak makan. kalau ada pun, cuit skit2 sebab nak jugak rasa. dari jauh tengok orang makan memang sedap. tapi bila dekat, mati terus selera nak makan. kalau saya cuit sekali pun, saya akan tutup hidung.

tapi bubur durian cicah roti saya makan plak. hehehe.
sedih mengenangkan tak dapat dan tak mahu dan tak boleh makan durian lagi.
malam tadi ayah bawak balik berapa biji tah. mungkin diletak di dapur. sedang saya update blog, saya terbau sesuatu yang saya tanak bau. rupanya betul. bau durian! saya keluar dan tanya. ayah dengan senyuman kata haah, pergi lah makan. waaaaaaaaaaaa nak nanges.

masuk balik bilik, makin lama makin lemas. saya tak lalu nak bernafas dah. bau nya kuat sungguh. masih terbau2 di saat saya menaip ni. sedih k. pooh bear masam pun dah hilang bau kerana durian.

akibatnya, saya tido dengan tingkap dibuka seluas2nya supaya bau durian itu hilang. jam 1 pagi ok!!!!!!
maafkan saya penggemar durian. saya tak berniat nak kutuk durian. saya suka cuma saya dah tak boleh lagi sekarang.


p/s : mintak2 takde siapa yang bawak durian g opis!!! dalam aircond lagi horror