Thursday, July 1, 2010

king of fruit

(gambar dari WiKi)

last nite incident ignites this entry. oh. good morning korang!!!!!!!!!!!!
ye. tekaan anda betul. ia berkenaan dengan Durio Zibenthinus atau D-U-R-I-A-N. raja segala buah.
dengan duri2 yang membaluti tubuhnya dan isi yang berwarna kuning emas.
memang durian sedap. kenikmatan durian tidak dapat digambarkan oleh penggemarnya.
makan durian (berlebihan) akan menyebabkan rasa panas. mungkin tak semua orang rasa tapi kebanyakan orang yang makan lebih dua biji akan mula lah kepanasan.

memang sekarang ni musim durian. kat blog adni ada cerita durian.
al-kisahnya. saya dulu (zaman baby yang dah pandai makan hinggalah usia 10 tahun) adalah pemakan durian tegar. belilah berapa guni pun, saya boleh hadap. dengan comot dan rakus saya akan habiskan durian2 yang dibeli ayah. sebab tu darjah 2 kot saya dah pandai kopek durian sendiri!

tapi entah kenapa menjangkau usia 11-12 tahun, saya mula merasakan durian itu meloyakan. bau nya lah. since saya umur 12, saya takkan dekat dengan orang2 yang tengah makan durian. kesian ok. saya nak rasa. tapi bau tu tak menahan. dan bila dah terlalu lama tak makan dan semakin loya dengan bau itu, saya dah tahu bahawa Allah dah tarik nikmat saya makan durian. serius dah lama tak makan. kalau ada pun, cuit skit2 sebab nak jugak rasa. dari jauh tengok orang makan memang sedap. tapi bila dekat, mati terus selera nak makan. kalau saya cuit sekali pun, saya akan tutup hidung.

tapi bubur durian cicah roti saya makan plak. hehehe.
sedih mengenangkan tak dapat dan tak mahu dan tak boleh makan durian lagi.
malam tadi ayah bawak balik berapa biji tah. mungkin diletak di dapur. sedang saya update blog, saya terbau sesuatu yang saya tanak bau. rupanya betul. bau durian! saya keluar dan tanya. ayah dengan senyuman kata haah, pergi lah makan. waaaaaaaaaaaa nak nanges.

masuk balik bilik, makin lama makin lemas. saya tak lalu nak bernafas dah. bau nya kuat sungguh. masih terbau2 di saat saya menaip ni. sedih k. pooh bear masam pun dah hilang bau kerana durian.

akibatnya, saya tido dengan tingkap dibuka seluas2nya supaya bau durian itu hilang. jam 1 pagi ok!!!!!!
maafkan saya penggemar durian. saya tak berniat nak kutuk durian. saya suka cuma saya dah tak boleh lagi sekarang.


p/s : mintak2 takde siapa yang bawak durian g opis!!! dalam aircond lagi horror

4 comments:

my-name-is-dk said...

ahahhaha...sy masih makan durian...woot woot best..tp tk bnyak la..takat max ialah 5 ulas..hahahha...macik kt sblah u tu suka gila ngn durian :)

thesweetlittlecat said...

sy mmg dilahirkan utk tidak makan durians.. apalagi baunya.. pelizzzz... pernah awarded 2 wks di hosp time umor 3/4 yrs cuz mak bg mkn durian.. sebaik umor panjang time tuh!!! :)

p.s. nth kenapa aku hanya makan lauk masak lemak tempo-yurrrkkk!! mungkin sebab sudah tidak berbau durian.. tp kalo tempoyak ori, pengsan!

Lady said...

hohoho~ kisah durian never ends kan.. penah ada orang bawak durian masuk ofis nih ha.. haku pening dan nak muntah~ siriyes..

aku tak makan durian tapi somi adalah penchenta durian~ hohohoho.. sungguh kesian

ami wafa said...

last aku betul2 mkn durian, masa darjah 3, ujan lebat n kopek durian sendiri, makan sebiji sorang2. pastu muntah2 demam panas trus x mkn raw durian lagi dah.

sejak keja j*j, aku belajar mkn durian balik sbb kat akademi ada dusun n durian akademi memang sgt best. setiap kali musim, ada je program kat sana sbb org nak gi suluh durian.

skrg aku dah boleh tolerate makan cuit2. tp i'm a big fan of serawa durian okeh! makan dgn pulut or lempeng...ooohhhh...sedap!!!

*pagi tadi saya masuk ofis disambut dgn bau durian. smlm diorng bawa balik dan akak2 ni buat serawa dlm rice cooker kat pantry.