Showing posts with label foods. Show all posts
Showing posts with label foods. Show all posts
Wednesday, January 16, 2013
Iklan : Red Velvet Cake
Listen! Listen! Listen!
:p
Home-made Red Velvet Cake.
Awesome taste!
Made with love :)
Harga : start with RM40 for 1kg.
Untuk makluman lanjut sila hubungi : Puan Suhana Azlin, emel : chika_83@hotmail.com.
Area : Putrajaya, Bangi, Serdang, Cybejaya, Seri Kembangan dan lain-lain.
Thursday, January 3, 2013
#foodporn.2012
RVC
Middle Eastern Medley, Serai @ Paradigm Mall
Cappucino, Serai @ Paradigm Mall
Salmon Carpaccio, Sushi King
Special Ayam Sandwich, Astaka Taman Tun Sardon, Penang
Cheese Naan & Chicken Tandoori, Kapitan, Penang
Assorted Kueh (Tea Time), Yogyakarta, Indonesia
Nasi Ayam Goreng & Nasi Bebek Goreng, Lesehan @ Malioboro, Yogyakarta, Indonesia
Nasi Kerabu Pink, Putrajaya
Wednesday, October 3, 2012
Carta : Bubble Tea
kegilaan bubble tea dah lama.
saya masih ingat zaman sekolah dulu depan panggung wayang midvalley tu orang ramai beli air yang ada biji2 hitam. dulu takut nak mintak kat mak. dah ada duit sendiri baru boleh beli kan? :P
dan addiction makin menjadi2. tapi apabila ia berjaya mempengaruh encik suami untuk menjadi terlalu obses dengan bubble tea, rasa cam semakin best. hahaha.
Apa tu Bubble Tea?
Bubble Tea adalah sejenis minuman teh susu yang diletakkan 'pearl' iaitu bijian bulat tepung ubi (chewy tapioca balls). Kunyah tapioca balls tu memang best! Minuman ini berasal dari Taiwan.
saya tahu ramai yang berminat dengan bubble tea dan macam2 jenama atau brand bubble yang dah ada kat malaysia skang kan. jom kita tengok satu per satu.
1. Little Taiwan
Jenama ni bubble tea paling awal yang saya cuba. Oulet Alamanda. Everytime gi Alamanda, mesti beli. Sebab masa tu ada kupon 20% diskaun. Hahaha. kesukaan : red pearl milk tea dan hazelnut pearl mik tea. yummsss. skang dah jarang beli kat kedai ni. sebab harga mahal skit dan tak berapa kick dah rasanya. kupon pun dah takde lagi. :P
2. Each A Cup
Ini antara jenama yang paling banyak outlet. Terutama dekat tesco atau carrefour. Tapi bubble yang saya suka hanya milk tea with pearl sahaja. kesukaan : roasted pearl milk tea. jenama ni hanya dibeli sekiranya semasa jalan2 tak jumpa jenama lain. haha.
3. ChaTime (pronounce as cha; time. bukan chat; time)
Ini adalah outlet di mana kalau pegi kat area pavilion panjang sungguh queue. rasa macam nak marah pun ada. hahaha. Chatime ada pelbagai perasa yang diinovasikan (setahu saya la). kesukaan adalah : pearl mik tea, chatime roasted milk tea. this brand is at #3 of my bubble tea chart. for time being.
4. Gong Cha
my ever favourite signature winter melon tea (with bubble) can be found here. terbaik!!! sip the top frothy part, then the tea. after that stir kedua2 dan enjoy!!! food-gasm to max. hahaha. this was the #1 bubble tea for me because of the one and only signature winter melon tea. but as i come to discover come buy, this is the #2. it dropped from the #1 position because of the outlet is quite far from my place. huhu. the nearest is at puchong. T__T
5. come buy
Ultimate QQ
don't judge a bubble tea by its name.
so. all the above are my ultimate favourite bubble tea store.
basically i LOVE the basic milk tea with pearl.
no fruity or other flavours for me.
love the plain one.
so, thats it.
if you guys never tried bubble tea, please do so.
oh. writing this just reminded me my last cup of milk tea was on sunday.
must go tomorrow!!!
sluurpppp.
Labels:
bubble tea,
cha time,
come buy,
each a cup,
foods,
gong cha,
little taiwan,
review makan,
what i love
Tuesday, July 3, 2012
Review Makan : Mee Ketam KL
:)
dah lama tak buat review makan.
so, here goes!
last two weeks, after one class and while waiting for another class, we went to lunch.
the venue was Mee Ketam KL.
Lokasi : Shah Alam. Kenapa nama Mee Ketam KL plak?
Entah. haha. tak sempat tanya :P
Ada banyak menu. Antaranya Mee Kari Ketam, Mee Sup Ketam, Mee Kari Udang Galah, Mee Sup Udang Galah, Ketam Cili dan banyak lagi.
Saiz ketam dan udang korang boleh pilih. Harga beza sikit. Lagi besar, lagi mahal.
kedai dia very cozy. selesa la. layan ok.
hehe
rasa? sedap. kalau nak bagi bintang, saya bagi 4 dari 5 bintang.
1. kuah kari dia tak terlalu pekat
2. ketam dia normal size tu tak kecik sangat, tak besar sangat
3. fresh. masak tang tu jugak. bukan dah siap2.
semalam ke bila tah tengok MHI, baru dapat tau yang diorang dah bukak satu lagi outlet Mee Ketam KL di Keramat. so, yang tinggal kat area KL, boleh la gi yang di Keramat. :)
apa yang saya makan haritu. sedap kan? muahahahahaha
klik kalau nak tengok menu. if nampak la :D
so, apa lagi.
jom layan Mee Ketam!
:)
Lokasi kedai:
1. Shah Alam :
No 11, kompleks Anjung 7, jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7,
(Belakang UNiSEL) , 40000 Shah Alam, Malaysia
2. Keramat :
Sebelah Masjid Dato Keramat , Pasar Keramat (Bawah Flat
Baitulmal)
more info : Facebook Mee Ketam KL / blog
Labels:
foods,
makan,
mee ketam kl,
review makan,
shah alam,
weekend,
what i love
Wednesday, February 22, 2012
Monday, February 20, 2012
carta : red velvet cake
saya try banyak dah red velvet cake.
yang buat sendiri (home made), dari Cupcake Chic, Starbucks, Just Heavenly, Delicious, Apartment dan ada few more kedai. setakat potongan kek terakhir yang saya beli dari Bisou (KLCC) Sabtu lepas, ini lah carta red velvet cake saya :). carta ini berdasarkan rasa. saya explain sesatu k. hehe
1. my home made red velvet cake :P (link) - resepi dari Joy the Baker. rasa ala-ala pahit tapi balanced dengan kemanisan meringue dan lemak dari toasted coconut yang berada di tengah dan atas kek. harga? murah sebab dapat satu kek. hehe
2. RV from Just Heavenly. ini nombor satu dalam carta hati red velvet saya. - dari segi kek, ia sangat fluffy yakni gebu. even masuk dalam fridge dan makan the next day pun, ia masih fluffy. frosting cream cheese yang gebu juga tidak manis dan sangat sedap! oh. crave! crave! price-wise. hehe RM8 sebiji cupcake. takleh makan selalu. bankrap.
3. RV from Delicious. this is from Magnolia Bakery if i'm not mistaken. tak ingat.dah lama tak layan delicious :D. harga RM6.90. sesuai dengan rasa. :)
tiga tempat teratas saja lah saya letak.
selain dari tiga tempat tu, Starbucks pun ada serve RV. rasa dia lain sikit dengan RV lain. sebab di lapisan tengah cam ada buah. tak ingat la buah apa. some kind of berries kot. but the portion is to small. dua layer yang nipis. tapi layan dengan kopi, peh! yummeh. harga RM8 kot. tak ingat. :P
dan red velvet terkini yang saya layan adalah dari Bisou. warna slightly darker than the rest i've tried. tebal. ada tiga layer yang tebal. sedikit cream cheese if nak banding dengan kek lain. harga RM13. masih berbaik 1/4. makan sikit malam tadi.
haaa.
tetiba lapar.
ok dah.
enjoy your red velvet adventure (for red velvet lovers!)
:)
yang buat sendiri (home made), dari Cupcake Chic, Starbucks, Just Heavenly, Delicious, Apartment dan ada few more kedai. setakat potongan kek terakhir yang saya beli dari Bisou (KLCC) Sabtu lepas, ini lah carta red velvet cake saya :). carta ini berdasarkan rasa. saya explain sesatu k. hehe
1. my home made red velvet cake :P (link) - resepi dari Joy the Baker. rasa ala-ala pahit tapi balanced dengan kemanisan meringue dan lemak dari toasted coconut yang berada di tengah dan atas kek. harga? murah sebab dapat satu kek. hehe
2. RV from Just Heavenly. ini nombor satu dalam carta hati red velvet saya. - dari segi kek, ia sangat fluffy yakni gebu. even masuk dalam fridge dan makan the next day pun, ia masih fluffy. frosting cream cheese yang gebu juga tidak manis dan sangat sedap! oh. crave! crave! price-wise. hehe RM8 sebiji cupcake. takleh makan selalu. bankrap.
3. RV from Delicious. this is from Magnolia Bakery if i'm not mistaken. tak ingat.dah lama tak layan delicious :D. harga RM6.90. sesuai dengan rasa. :)
tiga tempat teratas saja lah saya letak.
selain dari tiga tempat tu, Starbucks pun ada serve RV. rasa dia lain sikit dengan RV lain. sebab di lapisan tengah cam ada buah. tak ingat la buah apa. some kind of berries kot. but the portion is to small. dua layer yang nipis. tapi layan dengan kopi, peh! yummeh. harga RM8 kot. tak ingat. :P
red velvet from starbucks coffee
dan red velvet terkini yang saya layan adalah dari Bisou. warna slightly darker than the rest i've tried. tebal. ada tiga layer yang tebal. sedikit cream cheese if nak banding dengan kek lain. harga RM13. masih berbaik 1/4. makan sikit malam tadi.
haaa.
tetiba lapar.
ok dah.
enjoy your red velvet adventure (for red velvet lovers!)
:)
Labels:
baking,
cake,
foods,
red velvet cake with white frosting,
what i love
Sunday, February 19, 2012
weekend highlight
say buhbye to Little Taiwan bubble tea.
here comes.....
gong cha signature drink :
winter melon milk tea with pearl (bubble)
sedap sangat.
nasib baik la KLCC tu jauh.
next week nak lagi!
:)
Labels:
bubble tea,
drinks,
foods,
gong cha,
milk tea,
what i love
Tuesday, May 17, 2011
Food and Travel Review : Ali Bubur Kacang, George Town, Penang
Selalu dah g Penang kan?
Tapi kali ni kita lepak tempat berbeza pulak.
It was my first time ke Ali Bubur Kacang walaupun berkali-kali ke George Town dan Pulau Pinang. Kali ni kita ketepikan makanan-makanan lain yang famous seperti nasi kandar (oh, rindu!), pasembor, mee udang, naan cheese dan tandoori. Kita layan bubur ok!
Kedai atau gerai ini telah berada di kawasan Little India di Market Street sejak tahun 1950 iaitu 61 tahun yang lalu. Selalunya nak dapat parking kat area ni memang susah. Sebab jalan yang agak kecil dan sempit, serta parking space yang limited. Kena la tawaf few times atau parking jauh dan jalan kaki sikit. Area Little India ni memang best! Meriah. Sangat berwarna-warni dengan sari dan kalungan bunga yang dijual sepanjang jalan.
So bila dah penat berjalan-jalan di area itu adalah satu perkara yang bagus untuk menikmati bubur kacang di gerai Ali Bubur Kacang. Uncle Ali (dalam gambar di bawah) mengambil alih perniagaan keluarga iaitu bapanya (ada gambar tapi blur, so tak letak lah). Hanya bubur kacang hijau dijual di sini ye. Dan bubur kacang hijau itu boleh jadi bubur kosong atau dimakan bersama dengan roti. Harga lain sikit. Bubur sahaja RM 1.00 dan kalau nak cicah dengan roti RM 1.20. Rasa? Tidak lemak sangat dan tidak terlalu manis. Just nice. Cuaca panas,bubur kacang hijau panas? Layan tau. Hehehe.
Ok, moh layan gambar!
bubur kacang hijau kosong ;)
kalau order dengan roti...gebu kan?
Uncle Ali sedang mencedok bubur ke dalam mangkuk olskool.
kami dah kenyang... so nak balik!! bye Uncle! Next time datang lagi!!
(bawak rezeki kitorang ni, masa datang kosong, kami berangkat balik, ramai datang. dine-in dan take away)
oh, saya bagi link peta dia kat sini.
Till next review....
Labels:
ali bubur kacang,
foods,
makan,
penang,
review jalan-jalan,
review makan,
trip,
what i love
Monday, January 24, 2011
makanan dan kegilaan
ye, ye.
paham.
saya bosan juga dengan blog ni.
asik-asik wordless wednesday jek.
hahaha.semalam dah panjang lebar tulih entry baru. isi kandungan tidak akan direveal sebelum dipublish. haha
tapi gambar plak malas nak edit. so update sikit arini.
pasal tajuk kat atas.
standard aa. rakyat malaysia (ke saya je?atau seluruh dunia?) memang ada trend. tak kisah bab makan, pakaian mahupun budaya. hari ni kita cerita pasal makanan.
1. Cupcake
kalau dulu, semua orang gila cupcakes. yep. kek cawan yang chomel saiznya. lebih chomel bila macam2 bentuk dan corak topping. semua pun pakat nak jual cupcake. ada juga cerita-cerita yang saya dengar, cupcake je chomel tapi rasa? masya Allah. kek cawan babu naik motor harga 30 sen lagi sedap. dan saya juga suka buat cupcake. tapi tu lapanbelas tahun lepas la kot. hahaha takde lah. cupcake is so 2008 skang. ;)
my very first cupcake ;)

the second edition :D
latest! death by oreo cupcake
*oppsie. entry pasal ni tak buat lagi :P*
2. Donut
pastu kita ada kegilaan donut. masa awal2 J.Co Donut bukak dulu. saya antara yang menggila beratur dan sanggup drive dari Putrajaya ke Pavilion untuk beli dan makan donut. Lepas J.Co, ada Big Apple. Kemudian ada Krispy Kreme. Wah. Sugar high!!!! :)

gila kan? [circa June 2008]
3. Macaron
this is last year's craze, kot. hah. betullah. entry Februari 2010 ini membuktikannya. hahaha. saya cuba buat macaron. tapi sampai hari ni masih gagal untuk came out with a perfect macaron. sebabnya? takde 'feet' yang baik dan nampak seperti feet! geram ok. maybe salah saya, guna pewarna yang water-based. entah bile nak sambung balik projek macaron pun saya tatau. T___T. oh, sehingga hari ni, banyak sungguh kedai2 dan cafe2 yang dah jual macaron. korang takyah g Paris (Laduree) untuk dapatkan dah. Kat Whisk Cafe, Empire Subang ada, kat Tea For Two, kat Harrods KLCC. dan yang bestnya, benda ni cinonet. Harga? Mahal. Only for the sweettooth people. :)

the first attempt
4. Whoopie Pie
ini pun kegilaan tahun 2010. saya tak termasuk. sebab baru nak order, dah tutup jualannya. nak buat sendiri macam malas. kenapa saya tak suka? sebab dia chocolate. saya kurang suka chocolate punya makanan. saya suka chocolate pure. eh, apakah ayat ni. berpusing2. hahaha. saya suka coklat je! :P
5. RVC (red velvet cake)
saya baru belajar depa dok bagi short name for red velvet cake as RVC. wakakaka. sebab ahkak dah buat kek ni awal tahun lepas. sekali tu je la buat. pastu tak buat2. sebab rumit sikit. walaupun kek ni adalah kegemaran mak dan budak tu. sebab depa dok kata, dalam banyak2 kek yang i buat, RVC paling sedap. Niat di hati nak try yang versi ini, tapi masih belum ada masa. hahaha. tengah nak settlekan blueberry cheese tart dulu. :)

rupa ku agak huduh, rasa ku terbaeeeek!
6. tutti frutti
aha! this is in 2011 hot list. walaupun ia tidak boleh dibuat secara homemade, tapi tetap meletup dan terbaekk!! ye, saya telah jatuh chenta sama frozen yogurt. sebenarnya fro-yo ni dah lama. cuma tak glamer. masa zaman MakNoriah (makcik merangkap penjaga saya dari umur sehari hingga 11 tahun) duk kat JPS Ampang lagi dah ada. Zaman2 Ampang Point itu hanyalah sebuah shopping mall yang hidup segan mati tak mahu. Dah ada fro-yo dijual di situ. Pilih buah yang kita nak untuk campur dalam fro-yo tu dan voila. memang sedap!!!
dan terima kasih kepada Naza Group yang memulakan kembali kegilaan terhadap fro-yo ni dengan membuka Tutti Frutti. dah kata tahun 2011 kan? fro-yo bukan lagi berharga RM 4/mangkuk tapi RM5.30/100 gram ye. :) tapi makanan ni super sihat. walaupun agak pricey, takleh makan hari2 tapi memang menyihatkan. (link info kesihatan fro-yo). yang paling best TF dah bukak kat Seri Bangi (kawasan kedai baru - dekat ngan umah mak ko Lin!bleh bawak Mya makan TF nanti. yeay)
ini gambar semalam. masa memakan TF di Seri Bangi.
baru bukak on the 22nd Januari. dengar kata kepunyaan artis. :)
*tetibe rasa nak keluar modal bukak TF di Alamanda, tapi ada orang nak beli kah? hehe*
hah. ok. dah.
kegilaan ini maybe saya je kot.
korang tak.
tapi yang masih menjadi pujaan hati masih kopi.
terutama setabak. cuma geng minum kopi udah tiada.
sebab geng minum kopi dah pregnant. [congrats Didi my loff]. tapi sebulan sekali masih on kan?
kalau tak, kita g makan TF ok????
oh, tetiba tekak ini rasa nak makan mihun sup Uniten. dan lapar..
waa lapar. lapar. lapar.
hahaha
ok korang.
ni dulu lah eh.
later i hapdet lagi.
muahs!!
Labels:
baking,
cupcakes,
donuts,
family,
foods,
french macarons,
tutti frutti,
what i love
Tuesday, December 21, 2010
Tutti Frutti
fro-yo.
a short form for frozen yogurt.
ahaks. i had Tutti Frutti (TF) last nite!!!
woot! selepas melihat dengan penuh jealousy di blog2 berhampiran. hehehe.
oh, saya makan TF di outlet IOI Mall, Puchong.
just choose your cup (either green for medium size or red for large cup-i think), pick your flavor, indulge with the toppings (fruits, candy, biscuits, cereal etc), weigh your cup and pay.
my first TF was RM 17.95. Ahaks! Ada la orang yang memakan TF ngan saya tu siap cakap 'weh, tak penuh tu. kau penuhkan cup tu. banyak sikit.' Bila dah btau yang sebenarnya timbang dan bayar, baru terkedu. Nasib baik tak sampai RM 30.
tak sempat amik gambar apa2. sebabnya melayan kesedapan french vanilla yogurt flavor yang dicampur dengan original flavor. tambah dengan topping cornflakes, gummy bears, marshmallow, oreo, peach and longan. ah bliss. kalau tak, takkan si shahrul makan macam makan maggi cup. siap tonggengkan mangkuk. hahahaha. chumel.
siapa nak pegi lagi? DK? Reena? CC? angkat tangan dan mari kita ke TF. :)
more infos, go to TF Official Page here.
*TF, sila buka satu outlet di Alamanda. Please. Pretty pretty please :)*
p/s : berusaha agar tidak menggilainya. saya mahu melekat to starbucks sahaja. :P
Labels:
foods,
friends,
frozen yogurt,
IOI Mall,
tutti frutti,
what i like
Monday, November 22, 2010
Bangkok Trip Review : Day 4 & 5
Aha, sampai kita ke penghujung siri Bangkok Trip. Iaitu hari ke 4 dan 5. Hari ke-4 adalah penuh dan hari ke-5 adalah hari untuk balik Malaysia. Saya gabungkan sebab Day 5 sikit je ;). Sebelum kita ke Day 4 dan 5, meh re-cap balik cerita day 3. Day 3 adalah hari kami ke Grand Palace, membeli thai silk dan sedikit pasal Pratunam Market. Dan kata orang, kalau ke Bangkok, tak sah kalau tak ke pasar hujung minggu terbesar di Thailand! So, kami save the best for last. Dan agak menyesal kerana masa ni duit dan hampir kering. :) ok, jom!
Day 4...
Seawal jam 8-ish pagi kami menahan teksi di hadapan My Hotel. Kali ni kami tak bertiga, tapi berlima. Didi dan Syazwan join untuk hari ke-4. Kami naik satu cab dan suruh pemandu bawa kami ke Chatuchak atau nama Thai nya ialah Jatujak. Kalau korang plan nak ke sini, pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Kalau korang ke Bangkok during weekdays, memang tak dapat nak tolong lah. Dan jangan pergi awal sangat. Macam kitorang, konon2 nak pegi awal sebab nak elak kepanasan dalam tu, so jam 8.45 dah sampai tapi peniaga2 baru nak bukak kedai. kena lah tunggu sikit.
map kedai-kedai
Kitorang bertiga split dengan husband and wife itu. Nak menyenangkan pembelian. Haha. Tapi minta ampun sangat2. Sebabnya seperti biasa, bila dah sexcited bershopping, tambah pulak cuaca yang panas mencanak-canak kat dalam tu, kamera memang duduk dalam bag sahaja lah jawabnya.
Tapi kami ada beberapa misi datang ke sini. Saya memenuhi kiriman ayahanda yang nakkan tali pinggang kulit ikan pari (matilah kalau Max baca blog ni). Pusing la satu pasar tu, last2 jumpa jugak. Harga? Berbaloi-baloi. Barang yang sama di Suvarnabhumi berharga MYR 350. Saya beli di Chatuchak? MYR 80 sahaja. ;)
Setelah memusing dua kali di kawasan baju SAHAJA, kami kehausan dan kepanasan. Plan nak carik jus oren terbaik yang diperkatakan dijual di kawasan itu, tapi kami nampak ice cream kelapa dulu dan ice cream itu sangat tempting di kala sedang hazab kepanasan. Apa lagi, terus duduk dan order 3 mangkok. oh, diorang guna tempurung kelapa sebagai mangkok ice cream tu. Ice cream itu merupakan ice cream santan kelapa yang dihidangkan bersama kacang tanah yang ditabur di atas ice cream dan jujur beberapa slice isi kelapa muda. aaaaaaaahhhhh sedap lah! sedang kami nikmati ice cream tu, kelihatan suami isteri, si didi dan syazwan keluar dari tempat jualan. didi dah siap sarung bag kulit baru. ;) terus join sekali makan ice cream walaupun pada mula nya muka kelat2. :)
sungguh refreshing. sila carik bendera cinonet ni kalau korang ke chatuchak!
pelancong jepon
sambil makan ternampak ni..
you are not crazy, you can read. :)
usai makan ice cream, kami sambung lagi shopping. satu yang tak bestnya di Chatuchak ini adalah kerana mereka (penjual) agak sombong dalam proses nak menawar harga ni. ye lah, tempat establish. pelancong orang putih ramai datang, duit diorang berkali ganda. kita setakat mahal sikit takde lah mampu sangat kan. kat sini saya sempat beli bikini, baju Kicap, banana hammocks, souvenir, sepasang thai silk (kualiti tak berapa elok), anting-anting dan rantai. dah pegang Chanel 2.55 Medium Classic Flap (tak ori tapi serupa ori) kaler merah, tapi minah tu takde stok kat kedai kaler hitam. Last2 tak jadi. Dan seperti biasa, saya gigit jari sampai hari ni!!!!
waktu matahari mencanak atas kepala baru terperasan, perut dan menyanyi2. dan seperti dalam kitab Bangkok yang dibuat oleh saya tu kata, kalau nak carik makanan halal di Chatuchak tak susah. Carik je kedai Pak Saman. Key point untuk jumpa kedai ni senang. Carik Menara Jam (Clock Tower) kalau dari arah kanan (refer map di atas), kedai Pak Saman adalah di sebelah kanan Menara Jam. Kalau korang dari area kiri (map) kedai Pak Saman adalah di kiri Menara Jam. Nak mencari kedai ni pun agak payah untuk kitorang. Punyalah rajin tanya minah yang jual air oren tu 'muslim food.eat. where?'. dia jawab apa? 'no, no'. hahahaha pening! nasib baik jumpa. kalau tak meroyan kelaparan tengah panas tu.
lepas makan, kami buat tawaf wida' dan kemudian say bye bye to Didi dan Syazwan. sebabnya? dah ada plan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Siam Niramit. so,balik hotel, beli tiket dan tunggu sampai petang. Tido dulu dan kemas bag hasil belian di Chatuchak.
Kul 5 kami naik cab untuk ke Siam Niramit. Oh masa ni agak horror. Cab driver tak pandai cakap omputih, tapi memang power jalan short cut. Siam Niramit yang letaknya tak jauh pun dari Pratunam jadi jauh sebab jam. Penat woo dalam kereta. Kami sampai di sana lebih kurang nak senja dah. Terus ke kaunter tiket untuk g amik original tiket. Oh, lupa btau..harga tiket nak menonton Journey to The Enchanted Kingdom of Siam adalah 1500 Baht atau bersamaan dengan MYR 150. Mahal? Cuba pergi dan layan dulu. Berbaloi bayar harga MYR 150. Show bermula jam 8.00 malam. Sementara menunggu waktu show, kami jalan2 di area Siam Niramit itu sendiri.
Kat kawasan lapang tu, ada gajah (yang hidup, besar dan berbau masham), pelakon/penari2 teater itu dan juga kawasan ala-ala Taman Mini Malaysia untuk korang buat lawatan. Akak-akak berkemban semua you. Hehe. Sebenarnya ia merupakan tempat di mana, budaya masyarakat tempatan di pamerkan. Dibahagikan ikut tribe. Kami sempat amik gambar dengan makcik penyimpul bulu ulat sutera je. Ada jugak makanan2 tradisi yang diberi percuma untuk rasa. Tapi sebab was-was, semua tak makan. pastu menyesal!! haha
Just a few minutes before the show started, penari2 buat persembahan kat kawasan lapang. Siap ada lawan2 pedang gitu. Sebelum masuk, mereka akan kumpulkan segala mak nenek kamera, video cam korang. Dalam tu memang takleh guna langsung. Termasuk la handphone. nanti balik amik semula.
show ni terbahagi kepada 3 produksi utama. first sekali adalah berkenaan asal usul negara Siam. dari dulu sampai sekarang. masa ni ada few scenes yang betul2 dekat di hati kita. scene yang melibatkan penduduk di sebelah selatan Thai. yang ada banyak unsur2 melayu.
kedua pulak adalah perjalanan ke dunia melampaui imaginasi. iaitu syurga, neraka dan perantara syurga dan neraka (kot) iaitu Himapan Forest. yang ni banyak pari2, setan dan macam2 lah.
dan ketiga adalah cerita berkenaan dengan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakyat Thai. contoh nya lay krathong.
Show bermula tepat pada masa yang dijanjikan. Jangan risau, ada subtitle kalau korang tak paham. Sehingga hari ni, rasa kagum terhadap produksi ini masih belum pudar. Memang superb dan bertaraf antarabangsa. Tak boleh nak cerita, sila tonton sendiri kalau ada rezeki ke sana. Rasanya penggiat dan pejuang teater/drama muzikal/orang Istana Budaya perlu buat lawatan. Takyah g hollywood, tu advance sangat. Tengok negara jiran sudah. Dengan gajah, air sungai. Fuh! Hebat! Kalau tak caya g carik video kat youtube. Saya jumpa satu. Klik link ni (link). Dan lagu tema Siam Niramit dinyanyikan sampai balik Malaysia. Hahaha. Na na na na...Siam Niramit! :)
Balik malam tu dah kepenatan kami dozed off awal.
Day 5...
Memandangkan hari ke-5 kami di sana, kami dah memang takde plan apa2 melainkan perabih sisa2 baht yang ada dan kemas beg untuk balik ke Malaysia. Hati masing2 dah rindu rumah. Dah tak lalu nak melayan breakfast. Tapi masih gigih ok. Pepagi tu kami shoot ke Pratunam Market untuk tengok-tengok. Ye la sangat. Kalau dalam tangan ada 500 baht pun memang menggila belinya. Hasil pagi tu dapat la menambah koleksi t-shirt sehelai dua untuk dibawa balik sebagai buah tangan.
Jam 9.10 kami dah sampai di Suvarnabhumi. Masa ni memang dah meronta2 nak balik KL. Perasaan bersyukur duduk Malaysia menebal ok. Kenapa? Salah satunya adalah kerana sistem yang berbeza.. Cam gambar bawah ni.
sejam ok! nak tunggu letak luggage sahaja.
kami dah check in awal2 di hotel. dah siap ada boarding pass segala bagai. tinggal nak drop luggage sahaja. tapi perlu tunggu sampai sejam. mahu nanges woo. gila bosan. nak berborak memang takde sapa la kan. akhirnya keluar la muka2 bosan...
macam budak ni...
lepas letak luggage, kena raba seluruh badan pulak. nasib baik aku pakai selipar. kalau tak jenuh nak bukak stokin, tali pinggang segala lah.
and dah masuk dalam terminal, duit beberapa ratus baht tu la menjadi saksi. tak dapat nak beli pape dah. sebelum kami cuci mata di butik Gucci, Chanel, Hermes, Ferragamo dan banyak lagi, kami sempat la posing di salah satu dragon wajib bergambar di Suvarnabhumi.
chomel kan LC LP tu? pinjam je..belum mampooo ;)
dan sebelum terbang balik, kami sempat isi perut. teringin nak makan berat tapi kembang tekak bila baca menu2 yang available. so kami ke Starbucks (yang letaknya di hujung dunia dari tempat boarding AA) dan perabih duit yang ada beli sorang satu frappucino. balik tu memang mengantuk ya amat tapi takde mood untuk tido. lebih sexcited nak balik. hahaha..
dan bila nampak saja muka bumi malaysia, rasa bersyukur sangat2. perjalanan kami selamat. dari pergi hingga balik. baju merah tak buat hal. bom takde yang meletup masa kami di sana. tiga anak dara yang selamba gamble bercuti selamat menempuh 5 hari di bumi thailand. On je handphone (tak sempat roaming) terus masuk segala2 lah. bbm, email, sms, fb notification. rasa lega dan seronok. cinta malaysia ok!
insya Allah,dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. akan ada lagi trip2 ke bangkok atau maybe bandar2 lain di thailand. few must-go places tak pegi macam pat pong, floating market. banyak lah. so mesti ada next time! ;)
ok. tu je. kalau ada apa2 korang email saja saya k. nak tanya apa2 ke. kalau nak few info lah. tanak pun takpe. tak amik hati. wakaka. harap2 info ni berguna untuk korang terutamanya berkenaan tempat tinggal, makan dan tempat nak shopping.
so, till next trip. buhbye peeps!
oh. lupa. benda2 yang saya beli...hehehe. tak banyak..
ni je...
tata..tutup buku Bangkok trip!!!
xoxo
Labels:
bangkok,
bangkok trip,
chatuchak weekend market,
foods,
friends,
jatujak,
siam niramit,
trip,
what i love
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)


.jpg)
.jpg)





















