Showing posts with label pening. Show all posts
Showing posts with label pening. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

finally...

done with two final exam papers.
but no. i am not finish. just yet.

tonnes of work to be done.
in two weeks time.
need to settle my proposal paper.
next sunday is my spss examination.
oh my!
i'm gonna be crazy.
that doesn't include office work and wedding prep.

please. i. need. space. to. breath.

Wednesday, August 25, 2010

berapa banyak lagu raya daaaa (dan duit raya free RM500)


hari ni, bukak je radio semasa nak ke pejabat terus dengar suara Faizal Ismail dan AG (Hot.fm). Dia kata hari ni dah hari ke-15 kita semua. umat Islam berpuasa. So kalau nak dihitung da pun separuh perjalanan dalam bulan Ramadhan ni. Ayat sambungan diorang ialah "so dah bolehlah pasang lagu raya!!!".

Tadi pulak masa lunch hour merayap dengan jiran sebelah ni ke Alamanda untuk membeli dan mencuci mata, dalam kereta terdengar seorang pendengar yang ditanya "berapa kerap nak dikeudarakan lagu raya dalam satu2 tempoh?". Jawab si pendengar/pentelefon "dalam satu jam tu nak la dengar 5,6 lagu". Haiyaaaa. Kakak! 5,6 lagu cuba kira kalau dah satu lagu 5,6 minit? tak ke hampir keseluruhan jam itu dipenuhi dengan lagu raya??? tolak campur iklan yang super banyak la kan...

So, korang dah start dengar lagu raya ke?Saya tak pasang satu pun lagi. Tengok la. Lagi 2 minggu ke kan...Baru aaa keterujaan itu melampau2 nak raya. Hahahaha. Skang ni dengar zikir dan alunan al-quran je. Radio pun sikit2 dengar selepas bosan dengan CD Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza tu 15 kali pusing dah. Bukan apa, bagi bersih rohani skit. Lepas raya sok, bukak la balik Justin Bieber. :P

Tadi pulak baru balik attend meeting jamuan raya. Bincang pasal menu. Alahai...tak keruan saya dibuatnya...

Ahahahaha. Tetiba merapik di tengah hari.
Hari ni kirim kat Mak nasi beriani. mahu ayam dan acara timun. Wuwuwuwu.

Oh! Nasi Kandar Kayu.............. 

ok. dah habis bebel. bye.


* edited: Pegawai kerajaan dapat duit raya RM500. Alhamdulillah....(klik sini)


Thursday, July 1, 2010

king of fruit

(gambar dari WiKi)

last nite incident ignites this entry. oh. good morning korang!!!!!!!!!!!!
ye. tekaan anda betul. ia berkenaan dengan Durio Zibenthinus atau D-U-R-I-A-N. raja segala buah.
dengan duri2 yang membaluti tubuhnya dan isi yang berwarna kuning emas.
memang durian sedap. kenikmatan durian tidak dapat digambarkan oleh penggemarnya.
makan durian (berlebihan) akan menyebabkan rasa panas. mungkin tak semua orang rasa tapi kebanyakan orang yang makan lebih dua biji akan mula lah kepanasan.

memang sekarang ni musim durian. kat blog adni ada cerita durian.
al-kisahnya. saya dulu (zaman baby yang dah pandai makan hinggalah usia 10 tahun) adalah pemakan durian tegar. belilah berapa guni pun, saya boleh hadap. dengan comot dan rakus saya akan habiskan durian2 yang dibeli ayah. sebab tu darjah 2 kot saya dah pandai kopek durian sendiri!

tapi entah kenapa menjangkau usia 11-12 tahun, saya mula merasakan durian itu meloyakan. bau nya lah. since saya umur 12, saya takkan dekat dengan orang2 yang tengah makan durian. kesian ok. saya nak rasa. tapi bau tu tak menahan. dan bila dah terlalu lama tak makan dan semakin loya dengan bau itu, saya dah tahu bahawa Allah dah tarik nikmat saya makan durian. serius dah lama tak makan. kalau ada pun, cuit skit2 sebab nak jugak rasa. dari jauh tengok orang makan memang sedap. tapi bila dekat, mati terus selera nak makan. kalau saya cuit sekali pun, saya akan tutup hidung.

tapi bubur durian cicah roti saya makan plak. hehehe.
sedih mengenangkan tak dapat dan tak mahu dan tak boleh makan durian lagi.
malam tadi ayah bawak balik berapa biji tah. mungkin diletak di dapur. sedang saya update blog, saya terbau sesuatu yang saya tanak bau. rupanya betul. bau durian! saya keluar dan tanya. ayah dengan senyuman kata haah, pergi lah makan. waaaaaaaaaaaa nak nanges.

masuk balik bilik, makin lama makin lemas. saya tak lalu nak bernafas dah. bau nya kuat sungguh. masih terbau2 di saat saya menaip ni. sedih k. pooh bear masam pun dah hilang bau kerana durian.

akibatnya, saya tido dengan tingkap dibuka seluas2nya supaya bau durian itu hilang. jam 1 pagi ok!!!!!!
maafkan saya penggemar durian. saya tak berniat nak kutuk durian. saya suka cuma saya dah tak boleh lagi sekarang.


p/s : mintak2 takde siapa yang bawak durian g opis!!! dalam aircond lagi horror

Wednesday, November 11, 2009

satu lagi settle

penat ah! baru balik present asskaytee kat bangunan Jabatan itu nun di Mines sana. penat sebab dah gerak dari opis kul 12. g makan tengah hari di Pagar Satu dan solat Zuhur di bangunan itu. Kena jadi Pengerusi Majlis untuk 1st half. mengantok sebab duduk depan dengan penjaga masa. menanti giliran yang ke-9 dari 10 pembentang. rata-rata asskaytee berkenaan dengan kewangan. so banyak jugak kucilan berlaku. sebab buat operasi kan. bab2 dasar memang soalannya agak rigid.

so, selesai sudah Bab Dua. masuk Bab Tiga iaitu sesi menyiapkan esaimen yang perlu dihantar sebelum atau pada 20 ari bulan ni. esok pepagi ada meeting ni. meeting besar ngan agensi. budak2 tu tengah bertungkus lumus buat buku. nasib kau! aku bitau dari haritu kan..huhuhu penat. nak balik. tapi tanak tinggalkan diorang tengah buat kerja.

so, i missed adni's group weekly activity - wall climbing. again. today.
sorry babe. catch up with you later k.
:(

Friday, October 16, 2009

tak menang tangan

paperworks, meetings, open house@
ergh. and today saya akan lari ke Port Dickson untuk sesi ceramah untuk induksi.
ok papai. kereta dah tunggu tu.
later k!

Tuesday, September 15, 2009

percubaan satu, dua


saya tidak berrcadang untuk menulis apa2 hari ini kerana berlaku gangguan emosi sejak pagi lagi. dengan bertalu2 soalan yang boleh dikategorikan bodoh melampau dan beberapa insiden yang menyebabkan panggilan telefon saya dengan encik itu dihempas begitu sahaja. tengah sakit hati, diam je. ku letak lah telefon itu. saat2 saya begini, saya perlukan sokongan. tak perlu jadi sarcastic atau perasan diri itu di seret ke lembah hina tau kah? tak reti2!!!! anyway. untuk tidak menyakitkan hati, jom lah kita layan gambar2 dari koleksi kamera yang baru itu. jom...

Botanical Garden, Penang



Sesi Memakan Mek D (malam semalam, jam 11)


kamera pengubat hati lara. nak harapkan orang memang hampeh. beli kasut lagi bagus!
kasihan sama saya. saya ini hari berbuka seorang saja. mak dan ayah g mana tah. berbuka kat opis kot. saya nak buat maggi sedap2 lah! sambil layan DVD yang banyak. aaaaa sebenarnya nak dominoes. huhuhu. tensen = makan banyak. tapi takpe. berat saya turun lagi 2 kg. sekarang ni hanya 41 kilo je. aim untuk turun sampai 39 tak dapat la kot. eh. merepek lagi. itu saja. bai!

xoxo


Thursday, June 18, 2009

back off you super idiotic!

.
let say, you are this person. a confident human being.
.
you do your thang (thing) as perfect as you can.
.
you do accept yourself just a human, making mistake occasionally.
.
if one person trying to shove you down to the drain (atau lebih keji lobang tandas!!!) how would you feel?????
.
every person in this whole world have their own ability and speciality.
.
and you, yes you! you are a bragger. oh you are trying to make others feel bad. especially orang-orang yang tak kipas or bagi aircond kat hang! tak payah nak perli2 ok. tak pro langsung!!
.
if you are that GENIUS, you won't say things around like that!
.
i can't wait till the day. shoo you away from me. from my things
.
astagafirullahalazim....
ya allah, bantulah hamba mu yang lemah ini.
ada jugak orang sekeji ini yang sempat aku temui.
aku mohon kau berikan aku petunjukMu. jauhkan lah aku dari bala sebegini.
jangan kau heret aku ke lembah yang hina dan menjengkelkan ya allah
bantulah aku, tuhan yang maha mengasihani.
.
takpe, kata la apepun

(FOOT NOTE : saya sedang bz sangat skang ni, event rowing itu menyebabkan takleh nak fokus dah. nanti update lagi k. malam ni saya bloghop di rumah ok...dah la opis ni dah busuk. nak balik!!!)
.
.

Wednesday, May 20, 2009

apa yang penting?

.
lately ni letih lah. balik je rumah, pas isyak dah ngantok. mata memang takleh angkat langsung.
.
cerita pasal mata plak, kalau dulu saya juara membaca dalam jarak jauh, sekarang ni saya dah nampak semua benda yang lebih kurang 30m di hadapan saya jadi 'dua'. double vision ok. wah! takkan kena pakai spek dah kot. huhu. kena g kedai lah, nak check kerabunan. huhuhu. tak soka!
.
(saya suka orang yang pakai spek, tapi saya pakai spek??oh tidak!)
.
erm, shud i take a break from work kah?tah la. saya nak rehat. rehatkan badan, g massage. rehatkan mata, gi tengok pemandangan yang cantik2. rehatkan telinga, dari bebelan busuk big bad wolf. rehatkan otak dari menghadap komputer.
.
apa yang pasti, wiken ni nak kena check mata!
.
bye for now korang!
(oh, jom berangan pakai designer eyewear - IF dipaksa pakai la.hahaha)
.
.

Wednesday, May 13, 2009

macam haram

.
bila saya rasa macam haram, pandangan mula tidak berarah, munchung saya pulak boleh sampai ke bulan
.
.
ape ni?ape ni?asik nak ngamok je pehal?? nak kata PMS tak, ergh!!!penat sangat ke? tidolah woi!
.
(saya perlukan buku baru, saya perlukan sesi terapi shopping!!!maafkan saya semua, saya tiada mood semenjak dua ini)
.
.

Wednesday, May 6, 2009

help!

.
.
i need help.
.
i received an invitation to a Dinner tonite.
.
i dunno what to wear!!
.
baju adalah, tapi tak tau nak pakai yang mana or colour apa.
.
yang pasti bukan Kuning Diraja atau Royal Blue
.
boleh tak korang? tolong eh?
.
warna ni kah?
.
oh, kombinasi baju baru yang belum dipakai...erm tapi mak kata tak best!
.
.
atau ini kah?
.
yang ni plak baju masa wedding Kerol, baru pakai sekali.
.

atau yang ni?
.
yang ni pun baru pakai sekali, masa Engagement Zurai
.
atau ini?
.
.


ni dah pakai few time, tapi ayah kata chomel...erm..

.
arghh tak tau tak tau....
.
jap g nak balik dah, nak perderaih p KLCC plak...
.
aduhai....
.
.
HELP *sigh*
.
.