Showing posts with label karaoke. Show all posts
Showing posts with label karaoke. Show all posts

Monday, November 14, 2011

karaoke song

oh, lama sudah tidak ke karaoke.
last week, dia suh saya carik lagu Manis Masa Bercinta.
masa tanya tu, terus gelak.
sebab lagu tu adalah lagu lama kot. Dah la Haida dulu duduk sebelah rumah.
LOL.
Then terus download and layan lagu tu kat youtube.
pernah nyanyi masa kat karaoke, memang hancus!!!
Terutama bab 'manisssssssssssssssss'. Cungap u ols! :P
Kiki, ingat tak orang penah nyanyi lagu ni? Hahaha.


sila nyanyi! hahaha











Wednesday, June 2, 2010

Kotak Merah Tambahan

Rakan baik saya merangkap BFF, Khai/Kiki/Kiko/Kipucino pulang ke tanahair pada malam 27 Mei 2010 yang lalu dari Chennai. Beliau telah memohon kepada Adni untuk buat reservation di Kotak Merah Tambahan di Pavilion pada 28 Mei 2010. Atas kerjasama Adni (terima kasih Adni!), kami telah berjaya membuat reservation dan sangat teruja. kerana selama ini kami hanya ke Kotak Hijau sahaja.

Tapi sebenarnya adalah biasa sahaja. Sound system hebat sedikit la kot. Kami masuk jam 3 so makanan yang dihidangkan adalah hi-tea. tak la vogue mana. biasa saja. interior memang meletup berbanding kotak hijau dan kotak merah biasa. Bayar RM 40/seorang. Melalak hingga jam 7. oklah kan... Tetapi, kalau sanggup bayar RM80/seorang, makanan yang dihidangkan adalah untuk dinner, paling menarik adalah OYSTER!!!!!. mahu mahu! *Kiks, before lu balik kita try untuk dinner jom??? Adni??? EncikFendiOsman???*

Pada mulanya hanya kami berempat. Angah, Khai, Adni dan saya. Kemudian Nisha sampai, Nana pulak masuk, kemudiannya Apit, datang pulak Nije, ditambah lagi keramaiannya oleh Mimie dan last sekali dua orang rakan Khai dari Chennai pun datang. memang sangat la meriah. Kami duduk di bilik No.16. Bilik Flaming Hot you!

our room (Flaming Hot)
*picture source - RedBoxPlus*

ok. mari kita mulakan sesi dengan gambar2.


   


  

orang ni la baru balik dari India. Sesi lepas geram sebab asik menyanyi lagu hindi je. :P.
gambar sebelah plak adalah mereka2 yang burung awal (read : early bird)

Lelaki (kiri) Wanita (kanan) :)

kesimpulannya sesi hari tu lebih hebat dari konserto Double Trouble oleh Wings & Search. Kalau di konsert itu lagu2 macam Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Laila Namamu Teratas je kan? Tapi masa di Kotak Merah Tambahan ni, dari Anuar Zain, Rossa, Lady Gaga, Yuna, The Beatles, Ungu, Wali Band, Zaiton Sameon, Ziana Zain, Black Dog Bone, Jamal Mirdad, Inul Darastista dan macam2 genre, jenis lagu. Semua ada! You name it! so, ok. tu je. gambar lain saya dah upload di Facebook ye rerakan. Malas nak tepek bebanyak kat sini.

Ok. enjoys semua!!!!!!!!
Jangan lupa, kalau ada sesi satu lagi, pastikan ambil semasa dinner ok!
Jemput datang la ye, Encik Tayo!

keep rocking!!

Tuesday, April 14, 2009

Geng Melalaklah Pulok

.
Bersempena Hari Lahir Maximilian Tariq Conrad aka Gorgon, suatu majlis suprise belated birthday party telah diadakan di Alamanda. Terima Kasih kepada penganjur utama, Encik Yoyol (Mr.Bling!), Um Liyana dan Cheche kerana berjaya dengan jayanya. Walaupun Cik Didi merasakan idea untuk menyambut birthday di pusat karaoke adalah tidak bagus kerana SHE HATES KARAOKE, tapi apakan daya. Bila muzik bergema....alunan lagu masuk ke urat-urat Cik Didi, seraya dia berdiri dan menyanyikan 3 hingga 4 buah lagu. ha ha ha.
.
Majlis dimulakan dengan persembahan lagu Happy Birthday semasa Max melangkah masuk. Dengan bertemankan cahaya lilin dari Boston Cheese Cake yang dibeli oleh Cik Min, Max berpatah semula kerana tak sangka dia akan dicelebratekan. hikhik.
.
Selesai saja nyanyian Happy Birthday sebanyak 3 round (yang makin laju dan laju dan laju sungguh!) microphone terus sahaja dirampok oleh dua jejaka hensem Malaya iaitu Encik Yoyol dan Encik Cheche Apat. Mereka berdua mendendangkan lagu...(alamak lupa plak lagu apa...yang nyata lagu rock kapak). Memang mendayu dan sungguh asyik..tengok lah gaya dan aksi mereka di bawah ni....
.
.
Akhirnya habis juga lagu itu. hihi. Mic kemudiannya bertukar tangan. kali ini kepada Cik Didi. Pada mulanya dia refuse tetapi pabila dia enjoy, she is enjoying herself man!!! tak caya..tengok gambar kat bawah ni pulak. hik hik..
.
aksi-aksi Cik Didi Genit
*kiki!!!look at her, she actually enjoy singing karaoke*
.
.
Kemudiannya aksi birthday boy menyanyikan lagu Inggeris. Oh nak bitau kat korang, dia ni muka je mat salleh. tapi lagu apepun lah bagi je kat dia. layan habis. rock kapak, kru, melayu asli, inul je yang dia tak dan nak hapal. haha..
.

.
walaubagaimanapun Min masih tidak mahu menyanyikan sebarang lagu. dia hanya backup sahaja. hik hik. yang pasti Um Liyana adalah peminat NO.1 Kumpulan KRU!!!! wuhuuuuuuuuu.
.

dalam gambar di atas adalah ketika Max mendendangkan sebuah lagu dan menyebabkan saya tidak boleh bertahan dengan hanya duduk sahaja. terus bangun dan bergoyang. kah kah kah. tangan dah ala2 nak joget asli. :P
.
malam itu kami akhiri dengan menjamu selera di mamak kembar P9. merajuk aku dengan yoyol, puas sudah bitau yang aku nak makan kat mamak baju oren..last-last dia g mamak pakai apron oren plak. huhu. tak sedap!!! dan seseorang telah membuat pengumuman yang mengejutkan banyak pihak (seperti yang aku dah kaborkan kat entry yang panjang sebelum ni). kitorang jugak ada beberapa plan before diorang tu get hitch! YES. dua orang dari GENG member akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. yang pasti bukan aku lah ye. ok..pasal ni kita hold dulu. aku takmo steal the limelight dari birthday boy dan minah yang dah suka karaoke tu. hahaha..
.


oh, tak lupa Thanks to NANA yang datang jauh2. thanks jugak bagi kitorang key chain dari ostrolia tu eh!!! ko memang rock masa part 'na na na na na'.....
.
ok. tuh je..apepun aktiviti GENG, mesti best. hahaha. Mama Lin...kami tetap merinduimu!!! (picture courtesy of Mila. thanks Mila!)
.
.
later people
.
xoxo
.
.