Wednesday, June 2, 2010

Kotak Merah Tambahan

Rakan baik saya merangkap BFF, Khai/Kiki/Kiko/Kipucino pulang ke tanahair pada malam 27 Mei 2010 yang lalu dari Chennai. Beliau telah memohon kepada Adni untuk buat reservation di Kotak Merah Tambahan di Pavilion pada 28 Mei 2010. Atas kerjasama Adni (terima kasih Adni!), kami telah berjaya membuat reservation dan sangat teruja. kerana selama ini kami hanya ke Kotak Hijau sahaja.

Tapi sebenarnya adalah biasa sahaja. Sound system hebat sedikit la kot. Kami masuk jam 3 so makanan yang dihidangkan adalah hi-tea. tak la vogue mana. biasa saja. interior memang meletup berbanding kotak hijau dan kotak merah biasa. Bayar RM 40/seorang. Melalak hingga jam 7. oklah kan... Tetapi, kalau sanggup bayar RM80/seorang, makanan yang dihidangkan adalah untuk dinner, paling menarik adalah OYSTER!!!!!. mahu mahu! *Kiks, before lu balik kita try untuk dinner jom??? Adni??? EncikFendiOsman???*

Pada mulanya hanya kami berempat. Angah, Khai, Adni dan saya. Kemudian Nisha sampai, Nana pulak masuk, kemudiannya Apit, datang pulak Nije, ditambah lagi keramaiannya oleh Mimie dan last sekali dua orang rakan Khai dari Chennai pun datang. memang sangat la meriah. Kami duduk di bilik No.16. Bilik Flaming Hot you!

our room (Flaming Hot)
*picture source - RedBoxPlus*

ok. mari kita mulakan sesi dengan gambar2.


   


  

orang ni la baru balik dari India. Sesi lepas geram sebab asik menyanyi lagu hindi je. :P.
gambar sebelah plak adalah mereka2 yang burung awal (read : early bird)

Lelaki (kiri) Wanita (kanan) :)

kesimpulannya sesi hari tu lebih hebat dari konserto Double Trouble oleh Wings & Search. Kalau di konsert itu lagu2 macam Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Laila Namamu Teratas je kan? Tapi masa di Kotak Merah Tambahan ni, dari Anuar Zain, Rossa, Lady Gaga, Yuna, The Beatles, Ungu, Wali Band, Zaiton Sameon, Ziana Zain, Black Dog Bone, Jamal Mirdad, Inul Darastista dan macam2 genre, jenis lagu. Semua ada! You name it! so, ok. tu je. gambar lain saya dah upload di Facebook ye rerakan. Malas nak tepek bebanyak kat sini.

Ok. enjoys semua!!!!!!!!
Jangan lupa, kalau ada sesi satu lagi, pastikan ambil semasa dinner ok!
Jemput datang la ye, Encik Tayo!

keep rocking!!

3 comments:

nishashburn said...

dalam banyak2 lagu, lagu paling meletooopppppsss adalah : lagu kotak merah nyanyian ramai2... ahaks!!

swit@kon said...

nishashburn,

dan nasib baik saya ke hadapan dan menutup sound dan muzik. kalau tak memang tak benti nyanyi sampai kul 8.

kotak merah! yo! yo! kotak merah! yo! yo!

Adni Ariff said...

hahahaha!!

*Adni Ariff likes this*

dinner.. tadahallll~ jom!