nama pun manusia.
darjat tu memang la berbeza.
dan layanan? totally different.
it is sad. zaman dah maju sekarang pun manusia masih lagi mementingkan darjat.
sedih tu sedih. tapi kelakar masih tetap kelakar.
sebab kalau kau angkat sangat pun, bukannya membawa kepada apa2.
kau takkan jadi tinggi cam orang yang kau angkat tu pun.
ye, saya hanya rakyat biasa.
yang menggunakan kenderaan cap malaysia, berumur 9 tahun (lahir 2001) yang bonet depannya dah berkarat akibat diganti lain kerana kemek accident.
tapi tidak lah bermakna saya ni tidak berduit atau cikai.
kalau saya nak cepat dan mampu bayar parking valet, anda perlu ambil kunci kereta saya dan letak di tempat yang selamat lah.
dan kembali kan kereta itu semula apabila saya selesai membeli belah.
setakat RM20 kot. takyah aa kecoh.
hanya kerana kenderaan-kenderaan yang diletakkan di parking valet itu cap eropah dan bernombor plat single digit, anda boleh pandang hina kereta saya?
kalau saya bagi resit, tak perlu tanya 'oh, kereta ferrari tu ke?' like wtf!
nak perli, sila fikir dulu. gaji aku 3x gaji kau kot - hah! ni yang malas nak start. kang parah.
ok dah. malas nak panjang2.
itu lah KL kot.
hanya rich n famous diberi layanan umpama menatang minyak yang penuh.
rakyat kelas kedua dan ketiga, bolayan.
takpelah. sentiasa lah kita beringat.
di sisi tuhan, kita ni sama je.
yang membezakan, hanya amal ibadat dan sedekah jariah kita sahaja.
wallahualam bissawab
Showing posts with label pavilion. Show all posts
Showing posts with label pavilion. Show all posts
Saturday, December 25, 2010
darjat
Labels:
darjat,
pavilion,
shopping,
weekend,
what i hate
Wednesday, June 2, 2010
Kotak Merah Tambahan
Rakan baik saya merangkap BFF, Khai/Kiki/Kiko/Kipucino pulang ke tanahair pada malam 27 Mei 2010 yang lalu dari Chennai. Beliau telah memohon kepada Adni untuk buat reservation di Kotak Merah Tambahan di Pavilion pada 28 Mei 2010. Atas kerjasama Adni (terima kasih Adni!), kami telah berjaya membuat reservation dan sangat teruja. kerana selama ini kami hanya ke Kotak Hijau sahaja.
Tapi sebenarnya adalah biasa sahaja. Sound system hebat sedikit la kot. Kami masuk jam 3 so makanan yang dihidangkan adalah hi-tea. tak la vogue mana. biasa saja. interior memang meletup berbanding kotak hijau dan kotak merah biasa. Bayar RM 40/seorang. Melalak hingga jam 7. oklah kan... Tetapi, kalau sanggup bayar RM80/seorang, makanan yang dihidangkan adalah untuk dinner, paling menarik adalah OYSTER!!!!!. mahu mahu! *Kiks, before lu balik kita try untuk dinner jom??? Adni??? EncikFendiOsman???*
Pada mulanya hanya kami berempat. Angah, Khai, Adni dan saya. Kemudian Nisha sampai, Nana pulak masuk, kemudiannya Apit, datang pulak Nije, ditambah lagi keramaiannya oleh Mimie dan last sekali dua orang rakan Khai dari Chennai pun datang. memang sangat la meriah. Kami duduk di bilik No.16. Bilik Flaming Hot you!
our room (Flaming Hot)
ok. mari kita mulakan sesi dengan gambar2.
orang ni la baru balik dari India. Sesi lepas geram sebab asik menyanyi lagu hindi je. :P.
gambar sebelah plak adalah mereka2 yang burung awal (read : early bird)
Lelaki (kiri) Wanita (kanan) :)
kesimpulannya sesi hari tu lebih hebat dari konserto Double Trouble oleh Wings & Search. Kalau di konsert itu lagu2 macam Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Laila Namamu Teratas je kan? Tapi masa di Kotak Merah Tambahan ni, dari Anuar Zain, Rossa, Lady Gaga, Yuna, The Beatles, Ungu, Wali Band, Zaiton Sameon, Ziana Zain, Black Dog Bone, Jamal Mirdad, Inul Darastista dan macam2 genre, jenis lagu. Semua ada! You name it! so, ok. tu je. gambar lain saya dah upload di Facebook ye rerakan. Malas nak tepek bebanyak kat sini.
Ok. enjoys semua!!!!!!!!
Jangan lupa, kalau ada sesi satu lagi, pastikan ambil semasa dinner ok!
Jemput datang la ye, Encik Tayo!
keep rocking!!
Labels:
friends,
karaoke,
pavilion,
red box plus,
what i love
Thursday, July 9, 2009
nafsu jahat
oho! Mega Sale dah start. lambat lah saya...bab buang duit ni memang la nafsu serakah yang serba jahat ini perlu dipuaskan!
semalam saya balik lewat la jugak, around 8 saya ke Alamanda untuk dinner, hati ni meronta-ronta nak membeli belah. hahahaha
terbayang di mata kalau dapat yang ini...

atau yang ini,

yang ni ke?
oh! yang ni memang dah lama tak dapat! laparnyeee..
akhirnya, hasil tangkapan semalam hanyalah ini



hahaha kenapa kasut oren eh? sebab raya tahun ni ceh! puasa belum habis ganti cerita dah pasal raya! selekeh :P tema family saya adalah oren! so kasut pun kena lah kaler oren!!! hak hak hak.
tapi seriously, i need my d(o)nuts babies yang dah lama tak merasai kemanisan hidup, eh kemanisan d(o)nuts!!!! eughhh...jom sapa nak g pavilion?
oklah tu je for now. later la i hapdet.
i tengah tension yang manusia2 mulot busuk dan jahat kat opis ni..ni la orang kata, nampak je diam duk kat cubicle tapi mulot bergerak sampai Islamabad!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

