Thursday, July 8, 2010

masih bernafas

sayangku semua.

i am here.
still alive. still breathing.
siapa yang ikut twitter saya tahulah apa yang saya buat dan kat mana saya. hahaha

saya rindu nak update blog.
say tak sempat.
kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, pekerja yang berdedikasi, rakyat malaysia yang harmoni, girlfriend yang chomel dan sebagainya.

banyak nak update korang ni. ok, kita re-cap sikit jom!

1. Twilight Saga - Eclipse. i was among the first to watch it YESTERDAY. saya dan my twihard partner iaitu Min. awwww. so sweet. review later. apa yang boleh dikatakan, sila beli tiket sekarang juga dan pergilah menonton. super awesome ok! Thanks to Twilighters Malaysia for made it happened. *ralat kerana gagal menang lucky draw. yang menang ialah akak sebelah seat saya. hehehehe*

2. Saya hilang sebab Isnin tu bz. ada ceramah dan sebagainya. Selasa dan Rabu saya berkampung selama dua hari di Royale Chulan, Kuala Lumpur bersama yang tersayang attending Asian World Summit on Corporate Governance. Tidak sangka rupanya wajah i masuk tv u. hahahaha. dan surat khabar. :P. Saya berpeluang untuk berjumpa dengan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Lim Guan Eng, ramai CEO-CEO dari pelbagai syarikat dan ramai lagi lah. happy!

3. Kerja adalah super banyak. Biasalah, dua hari takde kat office. Saya duk kat conference pun dok gtalk ngan Aqilah pasal kerja2 kat office di samping mengompat satu dua baris.

bukan tanak update blog tau. tapi bila balik dah malam, lepas mandi, letak kepala atas bantal terus hanyut. huhu. lagipun ada orang marah pasal saya disablekan right klik kat chat box tu. malas dah rasanya nak update blog. kerana ada pencemaran bahasa di situ. dah lah saya tak kenal dia. huhu.


oklah. tu je. nak meeting 8.30.
bye.


p/s: sudah rindu sama Edward Cullen. alahai. :(

Friday, July 2, 2010

good morning?

pepagi dah nervous attack. sebab baru teringat yang semalam tangguh mesyuarat dengan permission 2nd man je. lopa nak call/sms 1st man. tapi takpe. dia tak marah pun.

so petang ni meeting jam 530 start. balik lewat lah aku. ok. wish me luck!




adios people.

Thursday, July 1, 2010

king of fruit

(gambar dari WiKi)

last nite incident ignites this entry. oh. good morning korang!!!!!!!!!!!!
ye. tekaan anda betul. ia berkenaan dengan Durio Zibenthinus atau D-U-R-I-A-N. raja segala buah.
dengan duri2 yang membaluti tubuhnya dan isi yang berwarna kuning emas.
memang durian sedap. kenikmatan durian tidak dapat digambarkan oleh penggemarnya.
makan durian (berlebihan) akan menyebabkan rasa panas. mungkin tak semua orang rasa tapi kebanyakan orang yang makan lebih dua biji akan mula lah kepanasan.

memang sekarang ni musim durian. kat blog adni ada cerita durian.
al-kisahnya. saya dulu (zaman baby yang dah pandai makan hinggalah usia 10 tahun) adalah pemakan durian tegar. belilah berapa guni pun, saya boleh hadap. dengan comot dan rakus saya akan habiskan durian2 yang dibeli ayah. sebab tu darjah 2 kot saya dah pandai kopek durian sendiri!

tapi entah kenapa menjangkau usia 11-12 tahun, saya mula merasakan durian itu meloyakan. bau nya lah. since saya umur 12, saya takkan dekat dengan orang2 yang tengah makan durian. kesian ok. saya nak rasa. tapi bau tu tak menahan. dan bila dah terlalu lama tak makan dan semakin loya dengan bau itu, saya dah tahu bahawa Allah dah tarik nikmat saya makan durian. serius dah lama tak makan. kalau ada pun, cuit skit2 sebab nak jugak rasa. dari jauh tengok orang makan memang sedap. tapi bila dekat, mati terus selera nak makan. kalau saya cuit sekali pun, saya akan tutup hidung.

tapi bubur durian cicah roti saya makan plak. hehehe.
sedih mengenangkan tak dapat dan tak mahu dan tak boleh makan durian lagi.
malam tadi ayah bawak balik berapa biji tah. mungkin diletak di dapur. sedang saya update blog, saya terbau sesuatu yang saya tanak bau. rupanya betul. bau durian! saya keluar dan tanya. ayah dengan senyuman kata haah, pergi lah makan. waaaaaaaaaaaa nak nanges.

masuk balik bilik, makin lama makin lemas. saya tak lalu nak bernafas dah. bau nya kuat sungguh. masih terbau2 di saat saya menaip ni. sedih k. pooh bear masam pun dah hilang bau kerana durian.

akibatnya, saya tido dengan tingkap dibuka seluas2nya supaya bau durian itu hilang. jam 1 pagi ok!!!!!!
maafkan saya penggemar durian. saya tak berniat nak kutuk durian. saya suka cuma saya dah tak boleh lagi sekarang.


p/s : mintak2 takde siapa yang bawak durian g opis!!! dalam aircond lagi horror