Tuesday, August 24, 2010

a night of celebration


last week was Min's Birthday. 
walaupun bulan puasa, kami tetap nak raikan.
saya adalah spesies yang suka meraikan orang sebab saya suka buat orang happy.
saya hanya akan buat orang nanges kalau orang tu buat saya nanges. rasakan!!!
oh. tak mahu cerita itu lah. kita cerita pasal birthday Min.


so malam Khamis yang lepas yakni 19 Ogos 2010, kami telah buat plan untuk celebrate bersama-sama di Papparich, Bangi. Niat asal saya dan Didi nak buat cupcakes tema Twilight untuk Min. Tapi memandangkan jatuh hari kerja, kami tiada masa nak mengadun dan membakar. Tapi akhirnya berjaya juga memperolehi kek dari bestie merangkap the one and only housewife sementara dalam Geng!, Lin. Sms Lin dan voila!!!! Muncullah kek coklat bersalut chocolate ganache dan dihiasi dinosaur dan dragon ball character sumbangan Didi. :)



  
Min semasa dapat suprise cake.
Budak perempuan kat sebelah tu lebih teruja bukak plastik souvenir Bangkok :P

surrender cake untuk Diva kecik

Diva sedang dalam proses memadamkan lilin, hahaha

tokang buat kek express. thanks babe!!!


Birthday girl malam itu adalah tidak berapa nak glamer. Sebab? Sebab ada Mya Da Diva. Hiks. Dia menjadi rebutan semua orang seperti Cheche dan Max. Disebabkan diva adalah sangat diva malam itu, dia menjadi mangsa ciuman semua orang sebelum balik. Hahahaha. Nasib baik tak nanges. Semasa sesi memotong kek pun, cik Diva kita yang beriya meniup lilin. Hahaha. Memang kelakar!!!!

entry ini diakhiri dengan wajah comot Mya da Diva dan mamanya ;)

  


So, itu je lah.
Untuk Min - Happy Birthday sekali lagi.
Untuk Diva - i love you. <3
Untuk Geng! - Next meeting - Birthday Mama Diva ok!!


Sunday, August 22, 2010

baking with swit@kon : pavlova


lamanya tak buat entry masak memasak. sejak oven dah bocor dan mixer dah berbau hangit, saya jarang baking dan memasak. adapun buat donut tempoh hari hanya menggunakan tangan dan kuali saja. entry donut later k!

dan masuk saja bulan Ramadhan kali ini, saya dah buat plan bersama Chief Didi untuk projek biskut raya kami. Setakat ini selesai sudah 3 jenis biskut iaitu Mama Carries, Chocolate Chip dan Makmur. Review biskut setakat ini dari para pemakan adalah sangat mengujakan dan menyebabkan pengurangan biskut sebelum sempat hari raya!! 

Semalam telah ada satu sesi berbuka puasa untuk Yunos Clan (family from ayah's side) di teratak chumel kami. My pregnant cousin, Leen dari hari Khamis dah request untuk saya buat pavlova. Apakah Pavlova itu?? Klik sini untuk info berkenaan pavlova.

So selepas kami (Saya, Didi dan Lin) selesai buat biskut, terus start buat pavlova 2 batch. For me and Didi. Dah pasang niat awal2 untuk buat ala2 Alexis or The Apartment or Delicious punya pavlova. Tapi tak menjadi sangat. Kalau di restoran2 yang saya sebutkan itu semua pavlova nye agak garing dan rangup. Tapi pavlova saya sangat lembut macam tuan buatnya juga. Tak sure sama ada resepi itu memang untuk pavlova yang gooey atau saya tersilap. hihihi. Dan kerana resepi ini lah juga, Didi akan makan nasi goreng telur untuk sahur selama seminggu!!! Ahaks :P sorry babe!

So this is the result:

nice eh, no?

budak Zara, neneknya dan pavlova saya.
Zara cebik sebab dah kenal orang dan mengantok. ):

Kalau kamu semua mahu cuba, saya tepekkan sahaja recipe yang saya ambil dari MarthaStewart.com ni. Silakan membuat ye. 

Bahan2nya : 

4 biji putih telur
secubit garam
1 cawan + 2 sudu besar fine sugar (saya gunakan icing sugar)
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
(*edited) 2 sudu teh cuka


Cara2 membuatnya :

1. Pukul telur putih dengan garam sehingga ada peak iaitu putih telur itu telah kembang.
2. Masukkan gula secara berfasa sebanyak 3 kali (mixer still on) sehingga putih telur itu membentuk stiff dan glossy peaks. Taburkan tepung jagung, (*edited) cuka dan masukkan esen vanilla.
3. Sediakan tray untuk membakar dengan sekeping kertas pembakar di atasnya dan tuangkan adunan tadi ke atas kertas pembakar. Kalau nak nampak natural, tak perlu ratakan. Kalau nak nampak settle, buat seolah2 macam kek. 
4. Bakar dalam suhu 150 darjah celsius selama 1 jam 20 minit.
5. Makan dengan whipped cream dan buah. Saya menggunakan fresh strawberries. Korang boleh letak kiwi, peach, plum, passion fruit dan sebagainya.

Enjoy k!!!
Ok, nak masuk waktu berbuka dah. Selamat Berbuka semua. XOXO

p/s: bangga tgk pavlova ku licin semalam!!! next week cam nak buat Lemon Meringue Pie la Didi!!





Friday, August 20, 2010

Bangkok Trip Review : Day 2


Hari Ke-2 di Krung Thep...

kami  bangun pagi seawal jam 6. mandi solat dan bersiap. masing2 memang excited sangat nak ke Dreamworld. TM bertugas ala2 ibu-ibu gitu dengan menyiapkan kelengkapan makanan kami di sana. Walaupun dalam e-mail mereka kepada saya pihak Dreamworld dah maklumkan ada lunch vegetarian disediakan, tapi kami tetap membungkus roti dan serunding serta tuna.


(website Dreamworld kat sini - link)

turun ke MyCafe, jenguk2 benda yang boleh dimakan. saya memang awal2 dah bungkus kopi kuat 3 in 1 yang memang wajib tiap pagi. tengok roti je yang boleh makan. DK awal2 dah tanya pekerja hotel tu boleh makan ke tak. dia jawab "Can, can. no pork. halal.." dengan selamba dia pun cedok sesudu nasi goreng vege. dua tiga butir nasi sempat masuk dalam mulut, muka DK berubah dah. kembang tekak la kot. last2 kitorang makan roti ngan jem/marmalade saja. melihatkan keadaan kami yang sungguh sedih, lima minit kemudian datang sepinggan sayur goreng di hadapan kami. baik sungguh mereka. dia takut kami lapar kot, dia gorengkan sayur campur untuk kitorang makan. orang berbudi kan? takkan kami nak tolak mentah2. so, bismillahi sahaja dan ngap sayur itu. habis jugak la. bukan calang2 sayur. brocolli, sweet corn ok. hahaha. 

"i photo, you"

transport yang akan membawa kami ke Dreamworld sepatutnya tiba di lobby jam 9 pagi. tunggu punya tunggu, tak sampai2. Si Sikelet, bf TM dah mundar mandir depan kami tanya "late ar?if u go with my fren, no late. before you at lobby, he will come" macam2. hahaha. akhirnya nak dekat jam 10 pagi barulah driver berambut kembang itu sampai. sebelum dia sampai, adalah dalam 5,6 kali call masuk. Dari si Yupaporn, marketing officer Dreamworld mintak maaf. Alkisahnya, van yang ngambik kami (3 group) sebelum smp di MyHotel amik satu couple Kuwait di hotel Siam Central. depa tu la yang lewat. haih. lepas kami, ada satu family from Pakistan plak yang tinggal di Baiyoke Tower. nak ke sana je dah 10 minit sebab jammed. memula semua cam nak gado. ye la. lambat kan. penat aa tunggu. last2 makcik Pakistan ni bukak mulut tanya. dari soal makanan haram yang banyak berbanding makanan halal, masuk cerita Malaysia (diorang suka Malaysia, 5 kali dah kot pegi), masuk plak crisis di Pakistan, anti-Amerika, Mahathir Mohamad dan macam2 lagi lah. seronok aku melayan. 

  

jauh jugak nak ke Dreamworld ni. dari area Pratunam dalam 40 minit juga. sampai je, kami di bawa terus ke ticketing office yang memang khas untuk online booking. senang. diorang dah siap2 kan sticker group untuk main/transport gi balik/makan. so bayaran RM100/1000 baht yang dibuat adalah merangkumi segala-galanya. games, show, rides dan banyak lagi. just pergi dan enjoy!

  

aku dapat idea ni lepas baca blog Ladyverde yang pergi dengan family dia. memang teruja la. Dreamworld adalah sangat dunia mimpi. Apa yang pernah seorang kanak2 atau orang dewasa mimpikan ada di Dreamworld. Luasnya beberapa ekar kot. kaki sampai melecet2 la berjalan dari hujung ke hujung. ok. tengok gambar kay? And my favourite kedai kat sana adalah Naraya!!!! Much love ok. Semua benda dalam tu adalah sangat chomel. draw back nya satu je, iaitu dia dibuat dari kain. Tau je lah saya ni ganas kalau bab2 menjaga kesucian beg ni kan?

  

  
from left to right :
first row : Giant House; us on giant's rocking chair
second row : game kegilaan DK dan TM, Naraya bags

Antara attraction di Dreamworld yang sempat kami layan adalah Love Garden, 7 Wonders of the World, Fairy Tales Land, Giant House, Uncle Tom's Farm, Snow Town, Grand Canyon, Super Splash dan banyak lagi la. Sangat best. Kitorang jadi kanak2/remaja semula. Oh kat Dreamworld ni kami rasa macam ada kat Dubai dah. Sebab ramai sangat dari Middle East. Yang konservatif, yang moden semua lah. u name it. Dan apa yang paling menarik ialah Bubble Tea!!!!!!!!Jatuh chenta ok. Sebab bila sedut je bubble tea tu, bukan sahaja bubble dia banyak tapi kopi dia.....aduhmak. tetiba terasa kat tekak. hahahaha

  
budak excited naik roller coaster. dua orang yang tak berani duduk bawah
dua orang budak DK dan TM di hadapan Snow World

Oh, kat Dreamworld ni la dua orang budak sekolah agama main baling dart dan menang bear! hahahaha. not bear actually but sheep stuffed animal. :P Bila dah dirasuk oleh hantu main funfair, diorang try 3 kali. Alasan dah pernah menang sekali, so kena main lagi untuk dapatkan bear JUMBO. Last2 game ke-2 dan game ke-3 dapat ais krim je. Hahahahaha.

  
Titan The Giant with his two groomers. Hahaha
Wajah2 kemenangan bersama bear mereka

  
Kesian kan? Hahahaha. Nasib baik ada serunding itu, kalau tak kebulur!!!
Oh, bubble tea meletop yang kucintai!!! :)

Balik sahaja dari Dreamworld, kami ke sesi sabai sekali lagi. Kat mana lagi kalau bukan kat Sakura tu la. Memang la hari ke-2 kat situ lagi kelakar. lagi banyak lawak2 bengong yang keluar. Lepas sesi sabai, balik hotel dan siapkan diri untuk dinner malam tu.

Macam biasa, kami walk-walk dulu sebelum ke destinasi seterusnya iaitu MBK atau nama penuhnya Mah Boon Krong. Sampai je, nampak Naraya masuk sekali lagi. tapi kali ni tak beli apa2. So teruskan perjalanan dengan merayap kat dalam mall tu. Disebabkan ketiga2 nya dah kepenatan, kami dengan slow-mo pace sahaja. Dan juara shopping siapa lagi kalau bukan DK. Kat MBK saya hanya sempat beli 1 t-shirt I <3 Bangkok dan baju gaun polo untuk Zara boolat.



And dinner kami malam tu adalah restoran thai fusion muslim food di tingkat 6 MBK. Kedai itu namanya Yana Restaurant. Punyalah seronok bila budak waiter tu boleh kecek kelate. hahahaha. apa lagi. kami naik sheikh la. :p We were accompanied by our fellow senior yang reside di Bangkok, Sharila. Thanks so much for the dinner. Next time jalan2 ke Bangkok confirm jumpa dia lagi!!!!! Thanks juga to Encik Fendiosman dan Said yang berusaha memaklumkan pemergian ke Bangkok kepada Sharila. :)

Hari ke-2 di Bangkok tamat.....bersambung dengan part 3 day 3 later ok...

p/s: gambar di Dreamworld adalah sangat banyak dan tak terlarat nak upload di sini. Tengok kat Facebook je la k. :)

** entry Bangkok Day 1 di sini (link)