Wednesday, August 11, 2010

Bangkok Trip Review : Day 1


(disclaimer : entry ini banyak gambar. sekadar berkongsi. if tak suka, boleh heret cursor ke belah kanan atas dan klik pada tanda 'X' ok?. oh, ini adalah entry aktiviti yang agak basi. dah 2 minggu berlalu.)


Bangkok Trip. 28 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010

Sawadeeee kaaaaa. Kita mulakan dengan hari pertama. Insya Allah kalau tiada halangan, entry ini akan bersambung dengan 4 entry yang lain. sebab 5 hari kan.

marilah bercerita. trip ini adalah trip 3 orang member opis yang dengan hati yang berat meninggalkan seorang rakan di opis untuk meneruskan cecita berkhidmat untuk negara. tiada plan khusus oleh kami. cuma Saya ni memang dah berkurun berangan nak ke Bangkok. melihatkan kegilaan ku dengan baju2 di blogshop yang banyak itu (ye, mereka amik stok dari BKK dan jual dengan harga yang sangat JAUH beza dari asal), saya kuatkan hati untuk pegi. plan asal nak join Didi dan hubbynya, Syazwan ke Pattaya kemudian ke Bangkok. Akan tetapi demi memastikan projek-projek privacy mereka tidak tercalar dengan penyebokkan saya, saya berjaya memujuk DK dan TM untuk join my Bangkok trip. plan asal 3 hari jadi 5 hari. hamik kau!

So, on Wednesday (July 28th) kami pun bergerak ke LCCT di hantar oleh jejaka handsome Encik Hafeez kawan DK (tak lama lagi jadik kawan aku gak tu. lalalala) *ehem*. Sampai di LCCT, terus ke kaunter untuk drop baggage (yes, AA dah ada drop baggage counter for early check-in via web). Sangat la senang. Terus saja lepas tu melangkah ke McD untuk breakfast. Kemudian Didi sampai (dia punya flight lewat sejam dari kami) dan kul 10 pagi kami terus masuk ke departure hall. Kapal terbang gerak memang tepat jam 10.40 pagi. Bacaan doa diketuai oleh DK.

  
at LCCT 

Kami tak makan apa2 dalam flight (sebab dah kenyang dan sexcited nak sampai BKK). terbongkang tido sampai lah plane dah nak mendarat di Suvarnabhumi. Airport baru (selain daripada airport lama di Thailand iaitu Don Muang) ini dari luar memang la super cantik. Lebih meletup kot dari KLIA. tapi bila masuk dalam, biasa saja. Kedai pun so-so je. nak cerita sikit sebab naik AA, korang kenalah turun tangga dan perlu dapatkan bus untuk ke bangunan terminal. (saya masih tak dapat sebab kenapa passenger AA kena naik bas, nanti tanya orang MOT lah) Kena lah lalu imigresen Thai. aduh mak. ini paling lotih. lama sungguh kami berdiri. Kaunter yang dibuka adalah dalam sepuluh, tapi kami tunggu dalam 30 minit jugaklah. oh, masa turun dari flight TM jumpa dengan orang kampung. mai dari BM (read : Bukit Mertajam, Penang) ke Bangkok untuk kursus. dia punyalah ingat kami student dan tak sangka kami jalan2 bertiga sahaja.

  
sebelum tido, mari baca buku travel itu dan posing.

  
anak sapa tah. yang penting dia cam orang tua walaupun dia masih baby (wt..)
Thai Airways plane at Suvarnabhumi International Airport

  
wheeeeeeee. arrived!

  

Lepas dari pemeriksaan Imigresen, terus ke booth yang jual prepaid card. Dengan bayaran 99 Baht, korang akan dapat satu prepaid kad dengan nilai dalamnya lebih kurang 100 Baht kot. eh yeke? tak ingat. tapi lebih kurang RM10 la. Memula nak opt for Blackberry Prepaid yang harganya 700 Baht. Tapi memikirkan RM70 tu boleh beli banyak baju, abaikan saja. Lagipun Celcom dan janji2 palsunya kata nak open roaming tu tinggal janji je la.

  
benda penting nih!

Kami terus turun ke aras bawah untuk dapatkan taxi. Kalau amik taxi yang attached dengan airport ada sedikit surcaj yang dikenakan iaitu 50 Baht. Terus je naik teksi dan tunjuk alamat MyHotel bahasa Thai pada pakcik driver. Dalam cab, kami call insan tersayang untuk update mereka berkenaan dengan kami telah selamat mendarat di Bangkok. Sangat jem ye. saya ingatkan Jakarta je yang dipenuhi macet sana-sini tapi rupanya di Bangkok pun sama. huhu. lama betul nak sampai ke hotel. dan lagi best apabila hotel kami betul2 di antara soi (lorong) di shopping area iaitu Pratunam. :P

 



Sampai di hotel, checked-in. Isi la details yang perlu. Angkat bag dan masuk bilik. Kami hanya sempat letak bag. Layan mamat-tokang-angkat-bag Si Sikelet (nama dia lupa. apa eh nam bf u tu Dal??) membuat promosi agensi kawan dia. Dalam 10 minit je kot terus turun dan amik tuk tuk complimentary untuk ke destinasi shopping pertama iaitu Platinum Mall.

    
(left) isi borang dan bayar. (right) our room. click for larger image

stock makanan kami untuk 5 hari. 
maggi 9 bungkus, roti 2 buku, tuna, peanut butter, serunding

  
jom shopping. naik tuk tuk free dulu

Kerana terlalu asik dengan barang-barang dalam Platinum Mall, hanya sekeping gambar sahaja yang sempat diambil semasa DK dan TM membeli cardigan pertama mereka. Puas turun naik dalam Platinum Mall, kami bermula dengan sungguh berhati-hati dalam membeli belah. maklumlah. baru sampai. lebihkurang jam 8 baru kitorang habis membeli. itu pun tak habis satu Platinum Mall ye. banyak lagi kedai yang belum dijenguk. hahahaha. masing-masing dah keletihan dan sakit kaki. Kami decide untuk urut kaki dulu.

  
Jalan kaki ke Platinum Mall

satu barang dua kaler punya budak. :P

if korang ke Bangkok dan mahu stay di area ini (Pratunam), mesti pergi ke tempat urut namanya Sakura Massage. Memang berbaloi2. Kami ulang datang lagi sekali ok. hari pertama itu hanya picit kaki dan buat manicure saja. ye la. baru ukur satu shopping complex kan? masa kami melayan sabai (massage in Thai), penuh dengan gelak ketawa. sebab memang payah nak converse ngan diorang ni. macam cakap ngan budak baru belajar. kata orang, macam ayam dengan itik. sorang berkokok, sorang lagi dok menguek. yes, no. where from? muslim. soft. walk walk. dan banyak lagi. dalam pada tak paham tu, kami pun tanya lah muslim food, where? ada sorang tukang urut tu (kira dia paling terror aa english) jawab Nana, Sukhumvit. kami pun cam ala2 angguk je la kan. tapi bila balik hotel, receptionist yang ala2 tak berapa nak pandai cakap orang putih tu pun kata Nana jugak. Nana pun Nana lah. pas mandi kami amik cab dan mintak hantar ke Nana. rupanya tempat tu memang tempat pak Arab. semua kedai kat situ memang makanan Arab. ada seafood, tapi harganya mahal. kalau kat rumah takpe ada duit lebih. so we opted for lebanese food. Masa order bukan main beriya. Sorang satu kau. aku memang nak makan nasik. so order yellow rice with chicken. DK order fish n chip. TM order spaghetti. sekali datang, macam rupa nak makan 8 orang. portion yang sangat besar! makan jugak la pelan2. duk negara orang. kelaparan kan. habiskan je la. tak fikir apa dah.

lepas makan kami sempat singgah drug store untuk membeli dadah mineral water. TM dan DK sempat memborong selipar jepun untuk dipakai di Dreamworld keesokkan harinya. Malam tu kami dapat tahan teksi yang ada cap "English Speaking Driver". Sepanjang perjalanan kami diiringi gelak ketawa yang melampau lagi. Kali ni bukan sebab tak paham tapi kelakar. Namanya Uncle Daeng. sesiapa yang ke Bangkok kalau jumpa dia, sila sampaikan salam kami k. Antara conversation yang masih bermain di fikiran ini adalah:

"hello darling. where you're from" - soalan wajib semua driver taxi bila kami masuk dalam cab
"oh darliiiing, you think i'm young? no darliiiing, i'm 60ish (x ingat)" - kami tanya umur dia. ingatkan 50s
"geddemit" - jam sikit rasanya dekat area Siam Paragon tu
"your god is crying darliiiiing" - masa tu hujan
"why you don;t bring you boys darliiiiing. you leave him at home. you're gonna be cold tonight" - tetiba dia jadi gatal apabila hujan.

mengantukk pun tak jadi bila layan Uncle Daeng. Sampai di hotel, masing2 dah tak larat. terus ketidoran kerana esoknya nak kena bangun awal. so sambung later k? stay tune.



5 comments:

my-name-is-dk said...

u gila...hahah...sikeret tu bf muni okay.. i tak layan..i beli serba dua ? mmg la..sbb tu mmg genetik yer ;) bapak ai pun mcm tu..

didi said...

aku suka entry ini!
membuatkan saya mahu ke bangkok sekali lagiiiii!
(padahal, barang2 yang dibeli kat sana tak sempat pakai lagi!)

hihi

sila update lagi!!!

swit@kon said...

my-name-is-dk,

BF Muni kan Uncle Daeng? hahahaha
jom g lagi untuk beli lagi banyak '2'. hahaha

swit@kon said...

didi,

sabar babe. nak siapkan satu entry ni pun mengah. hahaha. jom pegi lagi. AA tengah murah tu!!!! woot.

aku pun baru pakai satu je iaitu bag dan baju sehelai. hahaha

masjuliana ~masjuju~ said...

blogwalking slps singgah di http://spreadmyhappiness.blogspot.com/ idea menarik untuk next trip. thanks!