Thursday, June 3, 2010

gadget freak



orang-orang yang rapat dengan saya tahu saya merupakan penggila gadget. atau gadget freak. 
i know every new gadget in the technology world (well, maybe not each and every single of them, but i still know lah! :P) . saat dapat menggodek gajet itu, saya tak nampak orang keliling dah. saya akan explore segala-gala function yang ada pada sesuatu gajet itu.

keturunan kot. dan saya agak pandai menggodek gajet2 ini. guna logik je pun. :P. contohnya mesin2 yang memerlukan operator. saya tak payah tunggu orang atau tanya camne, hanya beri saya beberapa minit untuk 'menjiwai' mesin/alat tersebut, voila. selesai masalah. hahaha. ye masuk bakul. tapi benda betul, sukati lah :P!!!

bekas2 handphone

maybe bermula sejak zaman mengenali pc sendiri di rumah (first PC was HP, Intel Pentium 3.0) pada tahun 1998, masuk ke zaman handphone pertama tahun 2000 dulu iaitu Ericsson T10, tukar ke Nokia 3210, tukar lagi 3310 (handphone baling anjing tak mati - jatuh kat CP berkali2 pun tak rosak) *Lin/Puan Kopi, korang ingat CP tak???*, tukar kejap ke Nokia Butterfly 8210, kemudian ada duit PTPTN sikit, beli Nokia 7250 sebab nakkan kamera dia. pakai handphone tu lama k. sampai lah deepeeyea dah nak habis. 

Saya ingat lagi, hasil hasutan Kiki (sebab dia pakai phone yang sama) dan Mimi, pada 25 Disember 2007 saya membeli handphone Nokia N77 sebab ada tv, YE ADA TV OK, Astro tak lah! dan pakai nombor 018. nombor saya super cantek, skang tah mana pegi tah. gila teruja dan belagak. ingat lagi saya tengok Juara Lagu 2008 kat Baskin Robbin Pavilion dengan Najeeb guna phone tu. wakakaka. gila macam apa tah. Dan apabila bateri telefon N77 ku itu telah mengalami perkembangan sehingga penutupnya tidak boleh menutup bateri itu lagi, saya pasrah dan membuat penyelidikan yang agak lama untuk menukar handphone baru. Aim adalah teknologi terkini. Tapi bagi saya yang paling penting adalah penggunaan telefon, sms, mms dan Wi-Fi. 

Nokia tidak lagi menjadi pilihan kerana salah satu sebabnya kena ada at least 2K untuk sebiji phone nokia. takmau hutang2 dah. menyusahkan kepala je. Selepas setahun menimbang sama ada mahu membeli Blackberry Bold (ketika itu 9000) atau Iphone, at last saya membeli Blackberry. puas hati kerana dapat deal paling murah yang saya dapat. yeay!!!! *thanks Hana* dan saya masih lagi berchenta dengan Blackberry saya. Dengan aplikasi terhebat iaitu Blackberry Messenger (BBM), dan banyak aplikasi menarik lain (Time, Twitter dan sebagainya) yang membuatkan hati berbunga2 setiap kali tengok telefon sendiri. haha dan saya masih lagi mencari tips2 untuk menghebatkan diri dengan penggunaan BB. *muntah laaaa*

  

oh, saya tak pernah ada laptop. dulu saya pinjam dengan tempat kerja lama *memalukan!!!* Saya ada membeli laptop jenama apatah untuk Kicap masa dia masuk belajar dulu. elok saja saya habis bayar installment kad kredit, rumah sewa Kicap dimasuki malaun dan curi laptop itu. geram kan? tapi takpe, tiada rezeki. Fast forward, sampailah ke bulan 5 lepas, Kicap join UniPack by Streamyx (baca kat sini), saya telah mendapat Netbook percuma ye. hahahaha HP Mini 210. puas hati ai tau! bertahun aku hanya bergantung kepada pc ofis, laptop Min *thanks Min, mwahs*, blackberry Said *ngeeee* dan banyak sumber lain. Akhirnya Netbook itu milikku!!!! dan selepas dua minggu berchenta dengan Blackberry, HP Mini 210 sampai, percaya atau tidak - malam2 ku kini hanya diisi dengan menggodek netbook. Blackberry? ku lemparkan je ke tepi. hahahahaha. sebabnya? Blackberry dan habis explore. Tapi jangan salah sangka, saya masih menatang Blackberry bagai minyak yang penuh!!! Skang ni tengah 'gila' carik skin untuk BB, netbook carrier untuk si chomel HP Mini ku. Itu saja kisah minah gajet yang tah pape ni.

Korang gila gajet? Apa gadget pertama korang???
sila tinggalkan pesanan (comments) di bawah. 

Byeeeeeeeeeeeeeeeee.


*nota : gambar adalah courtesy of Google Image*





Wednesday, June 2, 2010

Kotak Merah Tambahan

Rakan baik saya merangkap BFF, Khai/Kiki/Kiko/Kipucino pulang ke tanahair pada malam 27 Mei 2010 yang lalu dari Chennai. Beliau telah memohon kepada Adni untuk buat reservation di Kotak Merah Tambahan di Pavilion pada 28 Mei 2010. Atas kerjasama Adni (terima kasih Adni!), kami telah berjaya membuat reservation dan sangat teruja. kerana selama ini kami hanya ke Kotak Hijau sahaja.

Tapi sebenarnya adalah biasa sahaja. Sound system hebat sedikit la kot. Kami masuk jam 3 so makanan yang dihidangkan adalah hi-tea. tak la vogue mana. biasa saja. interior memang meletup berbanding kotak hijau dan kotak merah biasa. Bayar RM 40/seorang. Melalak hingga jam 7. oklah kan... Tetapi, kalau sanggup bayar RM80/seorang, makanan yang dihidangkan adalah untuk dinner, paling menarik adalah OYSTER!!!!!. mahu mahu! *Kiks, before lu balik kita try untuk dinner jom??? Adni??? EncikFendiOsman???*

Pada mulanya hanya kami berempat. Angah, Khai, Adni dan saya. Kemudian Nisha sampai, Nana pulak masuk, kemudiannya Apit, datang pulak Nije, ditambah lagi keramaiannya oleh Mimie dan last sekali dua orang rakan Khai dari Chennai pun datang. memang sangat la meriah. Kami duduk di bilik No.16. Bilik Flaming Hot you!

our room (Flaming Hot)
*picture source - RedBoxPlus*

ok. mari kita mulakan sesi dengan gambar2.


   


  

orang ni la baru balik dari India. Sesi lepas geram sebab asik menyanyi lagu hindi je. :P.
gambar sebelah plak adalah mereka2 yang burung awal (read : early bird)

Lelaki (kiri) Wanita (kanan) :)

kesimpulannya sesi hari tu lebih hebat dari konserto Double Trouble oleh Wings & Search. Kalau di konsert itu lagu2 macam Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Laila Namamu Teratas je kan? Tapi masa di Kotak Merah Tambahan ni, dari Anuar Zain, Rossa, Lady Gaga, Yuna, The Beatles, Ungu, Wali Band, Zaiton Sameon, Ziana Zain, Black Dog Bone, Jamal Mirdad, Inul Darastista dan macam2 genre, jenis lagu. Semua ada! You name it! so, ok. tu je. gambar lain saya dah upload di Facebook ye rerakan. Malas nak tepek bebanyak kat sini.

Ok. enjoys semua!!!!!!!!
Jangan lupa, kalau ada sesi satu lagi, pastikan ambil semasa dinner ok!
Jemput datang la ye, Encik Tayo!

keep rocking!!

Tuesday, June 1, 2010

saya mengutuk serangan Israel terhadap kumpulan misi keamanan ke Gaza

since i regularly on my twitter *batuk* twitter freak *batuk* using my BB, i got a chance to follow few interesting people who keep on tweeting news from all over the world. One of the person that i admire most is Marina Mahathir [follow her @netraKL]. She will retweeted every current news, and i'm glad that i followed her because she keeps me updated!

Earlier this evening i saw a retweeted tweet by her. Read below:


saya memuji tweet itu kerana ya, memang benar.  ramai rakyat Malaysia yang aware dan terus-terusan mengutuk serangan tersebut. sama ada join group facebook, buat entry blog, tweets, buat memorandum dan sebagainya. tapi jangan hairan lah, ada juga yang langsung tidak ambil tahu tentang perkara ini. macam katak bawah tempurung, dunianya sempit dan bersikap tidak ambil tahu.

i'm so pissed by the fact that Israel tu ingat dia boleh buat semua benda dalam dunia ni sesuka hati je ke???
dah la cuba merampas tanah milik muslim dan sebagainya.

ok. saya tak pandai menulis apa2 berkenaan dengan senario ini. saya ada opinion, tapi saya tak reti nak menzahirkannya dalam bentuk penulisan. sama-sama kita doakan supaya kekejaman Israel ini akan berhenti. doakan keselamatan rakyat Malaysia yang menyertai misi keamanan itu.

for more info, join Twitter. u can get updates ASAP.
saya suka entry Tun di blog CheDet, entry Adni dan pelbagai sumber akhbar di laman web!