Thursday, August 18, 2011

Puasa Dulu, Puasa Sekarang

salam semua.
saya tak pernah lagi update pasal pengalaman puasa tahun ni kan?
hehehe. kalau ikutkan puasa semasa umur 20-an *cough* ni dah sangat lain dengan dulu.
kenapa?
saya dulu, bab puasa memang laju.
kenapa?
sebab saya suka makan.
pasar ramadhan tu memang ditunggu-tunggulah.
menghitung waktu nak pergi. banyak beza dah zaman sekolah, zaman uni dan zaman kerja. jom tengok apa bezanya.

1. semangat berpuasa dan beraya
kalau dulu semangat puasa tu kurang. pikir nak raya je. siap2 dah kira berapa pasang baju kena beli. kasut kaler apa. stokin ropol. semua preparation raya lah! :P. tapi sekarang lebih semangat. niat tu lebih kepada mengimarahkan bulan ramadhan tu sendiri. perbaiki solat, bacaan al-quran. tapi selalu flat je lepas berbuka. camne nak imarah tu? ermmmm. skang ni baju hanya tempah untuk tujuan g kerja. yang mana kebetulan baru hantar dekat2 nak raya, oklah. kasut? beli sokmo. takyah tunggu perayaan. :P

2. makanan
makanan dulu lebih meriah berbanding sekarang. kalau dulu. WAJIB pergi pasar ramadhan. WAJIB beli at least murtabak, 3 jenis kuih dan 2 jenis agar2. tak lupa 3 jenis air. ye. memang saya hantu pasar ramadhan (dan juga pasar malam). takleh singgah. mesti macam2 saya bawak balik. lepas berbuka, jangan harap la makan semua benda2 tu sebab nasi dah penuh dalam perut. sekarang pulak, cukup sekadar kurma, air milo/soya bean, nasi putih dan 2 atau 3 lauk. ye, sikit. sangat sikit berbanding dulu. kalau beli pun, ala kadar sahaja. sebab tak habis. weekend pulak skang saya suka buat sendiri kuih muih. setakat hari ini, saya dah buat donut, bronok aka kuih sagu mata ikan, lepat pisang dan cekodok pisang.




visual hanya melibatkan donut dan lepat sahaja. 
gambar lain2 tak sempat snap. :D

3. mood
mood puasa sekarang lebih baik dari dulu. kalau dulu (sekolah rendah) jarum jam pendek dekat nombor 4, mulalah cari chance nak mandi. dalam toilet gua hirup air sejuk. air paip pun jadi lah. haha. pastu if mak bising mandi lama2, tak sempat minum lah jawabnya. kul 6 petang dah melepek depan tv. konon2 kalau tak berbuka, boleh meninggal. hahaha. tah apa2. masa zaman uni, habis kelas je mulalah aku melilau nak g pasar ramadhan. sebab? nak layan mata. hahaha. puasa sangat! ye lah. kalau pandai pilih pasar ramadhan, ramai budak engineering ada. memang awesome kot. hahaha itulah zaman UTM dulu. kerja aku cuci mata saja. hahahaha. bukan kira ramadhan ke tidak. zaman skang? mood ok. seronok puasa. dan kerja cam biasa. habis waktu kerja, balik rumah, buka sama mak n ayah. best betul!

ok. itu je setakat ni.
nanti kalau ada saya share lain.
tengah kena gastrik ni. -____-"
tata








1 comment:

My Love.. said...

ye la..skrg ni lagi happy bbuka kat rumah..dah nk masuk 20ramadhan, xde berbuka kat luar pun..just ari ni n weekend ni je..lepak dok umah lagi best!!

n ya betul la..weekend je ktrg pun wat kuih sndr :)