Wednesday, August 17, 2011

Travel Review : Jerejak Rainforest Resort, Pulau Pinang


Salam Ramadhan.
Hahaha. Saya occupied dengan kerja. Harap maklum.
Hari2 saya sekarang ni dipenuhi dengan pembukaan kursus, penutup kursus, bagi sijil, jumpa peserta dan  macam-macam lagi lah.
Saya terpanggil nak  buat entry ni sebab perempuan mengandung tu dah bebel2. Bluweks.
Ok lah. Moh kita layan entry ni. Reminder : entry ni panjang. banyak gambar nak share! :D

Saya ke Pulau Pinang pada hujung Julai yang lalu sebagai urus setia kursus. Kursus kali ini khas buat peserta dari zon utara. So, Penang menjadi pilihan. dan pada masa tempahan dibuat, hanya Jerejak Rainforest Resort yang available.

Jerejak Rainforest Resort (JRR) terletak di Pulau Jerejak iaitu sebuah pulau yang terletak di antara pulau dan Seberang Perai. Sedikit sejarah Pulau Jerejak saya ambil dari wiki:


"A memorial is located in the island dedicated to two crew members of the Imperial Russian Navy who died when their cruiser Zhemchug was sunk by the cruiser SMS Emden of theKaiserliche Marine in the Battle of Penang on 28 October 1914. This is one of the few incidences of action which took place in Malaysian territory during World War I[1] [2]
After World War II, there was an increase in the number of tuberculosis patients and a sanatorium was set up in Jerejak for victims. On 12 June 1969, the Jerejak Rehabilitation Centre was set as a maximum security prison, hence earning the island the moniker, the Alcatraz of Malaysia.[3] The centre was eventually closed in August 1993. [4]"


Hehehe. Itu la sedikit sebanyak kisahnya. Selanjutnya korang boleh baca lagi. Di JRR ni, mereka dah letakkan banyak maklumat-maklumat dan info berkenaan dengan sejarah Pulau Jerejak dan perkembangannya dari dulu sampai la ni. Masa nak pergi tu agak cuak lah. Sebab semua orang kata tempat ni berhantu la apa lah. Tapi tak. Kalau korang perlukan ketenangan selepas sibuk2 bekerja, korang boleh book bilik kat sini, enjoy swimming pool yang besar dan juga pergi spa. Oh, kat sini juga ada disediakan aktiviti-aktiviti outdoor. Ok jom tengok resort!

How to get there? Untuk sampai ke JRR ni ada beberapa cara.

1. By Air - sampai di airport, terus amik cab atau apa2 kenderaan awam terus ke jetty ke Pulau Jerejak yang letaknya di area Queensbay tu.
2. By Bus - kalau dari hentian Sg Nibong, lagi dekat nak ke jettynya. Dalam 8 minit je kot.
3. By Car - kalau dari KL atau mana2 destinasi, kemudahan tempat letak kereta percuma di sediakan. So, korang boleh park di sana sahaja.

Dari Jetty Jerejak, korang kena naik bot untuk ke pulau. Don't worry. Bot nya ok. Tak mabuk. Saya yang mabuk laut ni pun ok je. :D. Jadual ferry ada kat sini. Masa untuk sampai ke pulau jerejak dari jetty hanya 8 minit sahaja.

gambaran dari dalam bot. hahaha. tak banyak. sikit je :P

otw, korang akan nampak la mercu tanda pulau pinang yang letaknya di seberang sahaja. Antaranya Queensbay Mall dan juga kilang-kilang besar di area Bayan Lepas. Contoh maca Intel. Aida, ingat tak? hehehe


bukit di belakang tu yang rendah sikit bukit jambul, yang tinggi bukit bendera ;)

and yang akan menyambut anda apabila sampai di pulau adalah kawasan yang penuh dengan kehijauan yang sungguh cantik! breathtaking. 


dari jetty, kalau ada rezeki, korang boleh naik kenderaan khas di JRR ni iaitu kancil yang telah diubahsuai. kalau takde rezeki, boleh lah tarik bag sampai ke lobby. Kancil ni juga akan membawa korang ke bilik. Tapi tgk jugak. kalau opted untuk bilik hotel biasa, tempatnya di sebelah belakang so kena jalan sendiri. tapi kalau chalet, atas bukit menghadap penang dan kena naik kereta chumel. pengshan kalau jalan kaki.


untuk trip ni, saya dan cik bos dapat duduk di chalet. share berdua. benda pertama yang keluar dari mulut saat membuka pintu adalah 'mak ai, romantiknyaaaaa'. ye, chalet sangat sesuai untuk pasangan nak honeymoon di sini. tak caya meh tengok.











very nice tak?
kami duduk di chalet yang tengah-tengah. memang kalau duduk kat balkoni berdua, call room service, habis romantik lah! menghadap penang. malam2 memang cantik. tapi seperti yang dilabel di pintu tu, kena hati-hati. sebab banyak monyet. bilik staff saya kena geledah. habis gel rambut satu tube monyet tu kerjakan. hahaha

kalau nak pergi balik dari lobby ke bilik tu agak penat la berjalan kaki. but no worries, kancil comel sentiasa ada di lobby. just btau receptionist, nanti depa hantar. boleh tahan jugak driver2 tu bawak. hehehe

next jom kita tengok kawasan sekitar JRR dan kemudahan yang disediakan.

ini adalah lobby. oh. itu cik bos! :D

kemudahan gym. boleh workout sambil tengok orang berenang2


kafe/restaurant.
al fresco dan juga ada dining hall dengan aircond


love, love, love the pool area.


ini adalah area untuk outdoor activity. ada beach soccer, volleyball


 
kedai serbaneka.
dari ridset ke swimming suit ke coklat. semua ada.

my favourite thing.
3, 4 kali lawan ngan cik bos. asik kalah je. T__T

menu spa

ini adalah kaunter untuk outdoor activities.
korang boleh pilih. masa pegi ni, kami pilih flying fox, beach soccer, volleyball.
jungle tracking pun ada tapi 2 jam, so kami cancel. 
saya tak join any activities pun. peserta je. 

ok. karaoke room pun ada. tapi tak sempat cuba. kerja ma.

yup. rental basikal pun ada.  :D

ha. macam-macam ada kan??? best. tak tipu.
dan satu lagi yang saya nak tunjuk adalah spa yang ada di sini. pada mulanya, saya dan cik bos nak memanjakan diri tapi sebab bz gila kot, terus tak jadi. but sempat la ronda2 kat area situ. cuma beberapa langkah je dari chalet kami. jom tengok! Link Jerejak Spa kat sini.

eh. eh. pemilik blog posing di hadapan pintu masuk spa. 
nampak tak backpack kaler merah kat belakang? hahaha
lawatan dibuat masa nak balik dah T___T'

pondok kecil adalah tempat buat spa. 
harga servis adalah dalam range RM 65 - RM 350. 
Ada manicure, body scrub, aromatherapy massage dan lain2.

nice eh?
infinity pool. 
boleh berenang sambil tengok kesibukan pulau pinang selepas penat kena urut.


banyak benda kan?
melihat kembali pada gambar-gambar kat atas tu, saya dah plan nak pegi lagi sekali.
bila tu, not sure. :D. tapi kan, groupon ada buat promotion. RM 98 for 2 pax. Siapa yang tak amik memang rugi la. Ini linknya! 58% ok. Sila beli cepat2!!! Saya tau Reena dah beli. :D


Jerejak Rainforest Resort
No. 1, Mk. 13,
Daerah Timur Laut,
Pulau Jerejak,
11900 Bayan Lepas.
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-658 7111
Fax: +604-659 7700
email: reservation@jerejakresort.com


Overall, ini kesimpulannya:

(i) Lokasi : 5*
(ii) Kemudahan : 4*
(iii) Makanan : 3* [tak berapa syiok, sebab makanan sedap seperti nasi kandar, naan cheese, pasembor hanya 8 minit away di pulau hahaha]

Ok.
setakat ni dulu.
i hope u enjoy the review.
till next review.....



16 comments:

reena said...

Thank u thank u thank u for the entry!

Semangat nak pi ni. Hehe.

Dalila.Khalid said...

i rasa kalo nana baca entri u ni sure die ngamok sakan..hahah =) kompem berjejehan air mata nya..

Anonymous said...

angtitibs!! mmg nangis ah ni...xngamoks pon..hahhahaah..benci ah..huuu...tonneys mungkir janji woooo...btw, pasti nonyet nyg curik jel tu kashak kan..conpom ah bukan rambot je yg pashak, 1 badan woooo...ahahahhaha..jerjak besh! bawak ah tonnet g..bwk la bwk la..sendu~

Anonymous said...

kancil itu superrrrr kiut!! wahahahahaha!! vavis tonnet pon blh woo wat gitu..nangis air mata biru ala ala avatar ah auntie beta nnt..hahhahaha..cumel gler...nakkkk!!nk amek gambo ngn sang kancil tu pon jd ah..sure bijak pandai pas tu..kancil kan..

suhana azlin said...

tau x pe! gile berhabuk dah blog ko ni weh

haha bising lebih, blog aku pun dah start kumpul habuk, start next week lagi tebal la kan debu2 sume =P

ye la beb, baca sejarah cam kompom je ada misteri nusantara, seriau gitu! hehe...

a-mei said...

hola yantie...

thanks for this entry...baru terfikir nak jalan2 dgn husband..cuma tempat x tau lagi..boleh consider kot tempat ni...:)

Dalila.Khalid said...

buat tonnet terchenta ~

kira nk tambah merana kn pasni kalo tibb lak yang pegi..hahahhaha =)

g ngn somi laakk tu...hahha mmg kechewa habis :)

Najeeb said...

yantie, selain dari hotel ni? kat pulau jerjak tu ada apa lagi? meaning kalau pegi sini memang kena dok hotel je ke? malam ada bot balik ke penang tak? mana tau tgh2 mlm lapaq nak makan nasi kandaq kat kassim mustafa.. btw, i grew up in this taman called pantai jerjak, sg nibong.. which is across the island. during my child hood time (1987 - 1992) i used to play at the beach overlooking this island and always had this phobia of a convict escaping from the island and swim across and kidnap us while playing. ala2 macam cerita the great expactations.. hehe.. how i wish i've met my estella there :p time tu highway dan semua tanah yg ada Queensbay mall tu adalah laut! diorang tambak dan beach tempat i main kecik2 dulu dah takde. tapi i tak pernah jejak kaki di pulau jerjak ni. pernah pusing naik bot dulu.. ada shipyard kat belakang pulau.. thanks for the review. would love to visit this place one day :)

swit@kon said...

reena,

i hope u enjoy ur stay nanti k. i tak sempat enjoys pun. sebab kerja kan. sob sob.

swit@kon said...

Dalila.Khalid,

itu la pasal. janji tinggal janji. u hanimun bawak dia lah. menyepit je. biarkan. hahahaha

swit@kon said...

Anon aka Nana,

Sila diam dan buat kerja elok2. Kalau tak elok, sekeh kang. Dah2. :p

swit@kon said...

suhana azlin,

hahaha. pompuan tu. biasa aa. bebel je. :P. yeay! tak sabar nak jumpa kau ngan mya. anyways. kalau aku citer kat sini pasal kisah2 jerejak tu, mesti ramai takut. tapi masa aku pegi, alhamdulillah. haha

swit@kon said...

a-mei,

renny! sila pergi. sangat tenang dan boleh relaks. u nak g babymoon kan? ok je. :D

swit@kon said...

Najeeb,

tak semestinya u kena stay kat hotel tu. if let say u stay kat eastin hotel pun ok. datang jerejak hanya untuk makan dan join bbq pun boleh. or opt for the jungle tracking, jambatan gantung, abseiling. memang best. or if u wanna try the spa, why not.

masa i naik bot laju lepas hantar my bos balik haritu, pakcik tu ada cerita camne depa pilih jerejak. sebab selat antara pulau pinang dengan jerejak tu, nampak je tenang. tapi sebenarnya arus dia sangat kuat. takkan boleh sampai dn memang akan lemas.

boleh je nak g jeeb. try groupon punya deal tu. murah je. :D

Anonymous said...

Ahhh mana aci, kau dah pegi dulu ni. nampak macam best je. nanti aku usulkan kat encek zuhair. nak pegiii!!!






~coffeeaddicts~

Jerejak Rainforest Resort said...

Jerejak Rainforest Resort offers 20 luxurious chalets, comprising 14 one-bedroom (Superior) and six two-bedroom chalets (Executive). Review us at http://www.kidbuxblog.com/holiday/ideal-destinations