Showing posts with label travel review. Show all posts
Showing posts with label travel review. Show all posts
Monday, December 23, 2013
Travel Review : Kaffa Espresso Bar, PIA
the latest addition in Penang International Airport (PIA).
very nice, chill area kan?.
with light bulbs, cool chairs and awesome selection of coffees and cakes!
they even have two pinball slot machines.
we chill a bit yesterday night before i flew back to KL.
had hot choc (to avoid sleepless night - high on coffee).
wanted to try the cake (red velvet etc) but hubs bising cause i just had nasi lemak kukus! :p
to get there, visit Penang International Airport :).
or just go to their other outlets:
1. Damansara Uptown
97G, Jalan SS21/37 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +6 03 - 7732 4502
2. Georgetown, Penang
22, Green Hall, 10200 Pinang George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: +6 04 - 262 2822
more infos, visit their webpage here : http://www.mykaffa.com/
Labels:
coffee,
coffee addicts,
kaffa espresso bar,
penang,
penang international airport,
review jalan-jalan,
review makan,
travel review,
Visit Malaysia Year 2014,
what i like,
what i love
Thursday, November 21, 2013
Travel Review : Berjaya Langkawi Resort
lawatan kerja ke Langkawi.
bertolak jam 7.30 pagi dan pulang jam 7.45 malam.
macam orang ado ado kan?
ecewah.
berangan lebih.
trip ni lebih kepada paksa rela dalam keadaan baru balik kerja seminggu di penang terus gi Langkawi.
Masa pergi gagah la lagi, balik memang flat teruk.
Tapi dapat la merasa buat site visit ke Berjaya Langkawi Resort.
Nak pergi lagi ntah bila.
So, jom tengok BLR ni macam mana.
sampai je sana, lebih kurang jam 9, shuttle from BLR
lounge area. lobby
restaurant facing the swimming pool and beach area
gym facilities
ok. kat atas tu ada few types of rooms. dari rainforest chalet hingga lah ke water chalet.
semua memang lawa. mampu tgk saja T__T. ada few more la. tapi cam malas nak update. haha. range harga? checkout Berjaya's webpage here
balik dari site visit, kami ada few appointment.
dah hampir jam 6 baru ke airport semula.
sempat la singgah ke shopping mall baru HiG (Haji Ismail Group) yang bersebelahan dengan hotel HiG. beli coklat la. apa lagi. Tak sampai RM100. tapi penuh bakul. Hahaha!
around 7ish kami dah terbang balik ke KL. sampai rumah dah 9 lebih.
penat woo!
so, apa lagi? dah hujung tahun. cuti banyak lagi kan? moh le kita ke Langkawi.
cuti-cuti Malaysia kan? 2014 kan Visit Malaysia Year :)
p/s : banyak nye lagi nak update. huhu. takde masa je ni.
Thursday, November 10, 2011
Travel Review : David Brown's Restaurant & Tea Terraces
Wow. saya belek2 folder gambar. banyak benda pasal travel saya tak update rupanya.
dan bila Groupon buat deal untuk David Browns's Restaurant & Tea Terraces, Strawberry Hills baru saya ingat yang ia adalah my favourite place in Penang. Letaknya di Bukit Bendera dan oh my. Magnificent!
so, hari ni saya nak share gambar-gambar menarik di David Brown's & Tea Terraces yang pernah saya kunjungi pada tahun penghujung tahun 2009 dan menyambut tahun baru 2010 sebelum train lama ditutup dan diganti dengan yang lebih baru dan canggih.
cantik kan?
apa lagi, jom beli voucher Groupon.
Hanya RM39.00!!
boleh layan afternoon tea set dan menikmati suasana romantik :)
have fun!
David Brown’s Restaurant and Tea Terraces
Strawberry Hill, Penang Hill, Penang, Malaysia
Tel: 04-828 8337 | Fax: 04-826 6337 | Email: info@penanghillco.com.my
Managed by Penang Hill Company Hotels & Restaurants Sdn Bhd
Wednesday, August 17, 2011
Travel Review : Jerejak Rainforest Resort, Pulau Pinang
Salam Ramadhan.
Hahaha. Saya occupied dengan kerja. Harap maklum.
Hari2 saya sekarang ni dipenuhi dengan pembukaan kursus, penutup kursus, bagi sijil, jumpa peserta dan macam-macam lagi lah.
Saya terpanggil nak buat entry ni sebab perempuan mengandung tu dah bebel2. Bluweks.
Ok lah. Moh kita layan entry ni. Reminder : entry ni panjang. banyak gambar nak share! :D
Saya ke Pulau Pinang pada hujung Julai yang lalu sebagai urus setia kursus. Kursus kali ini khas buat peserta dari zon utara. So, Penang menjadi pilihan. dan pada masa tempahan dibuat, hanya Jerejak Rainforest Resort yang available.
Jerejak Rainforest Resort (JRR) terletak di Pulau Jerejak iaitu sebuah pulau yang terletak di antara pulau dan Seberang Perai. Sedikit sejarah Pulau Jerejak saya ambil dari wiki:
"A memorial is located in the island dedicated to two crew members of the Imperial Russian Navy who died when their cruiser Zhemchug was sunk by the cruiser SMS Emden of theKaiserliche Marine in the Battle of Penang on 28 October 1914. This is one of the few incidences of action which took place in Malaysian territory during World War I. [1] [2]
After World War II, there was an increase in the number of tuberculosis patients and a sanatorium was set up in Jerejak for victims. On 12 June 1969, the Jerejak Rehabilitation Centre was set as a maximum security prison, hence earning the island the moniker, the Alcatraz of Malaysia.[3] The centre was eventually closed in August 1993. [4]"
Hehehe. Itu la sedikit sebanyak kisahnya. Selanjutnya korang boleh baca lagi. Di JRR ni, mereka dah letakkan banyak maklumat-maklumat dan info berkenaan dengan sejarah Pulau Jerejak dan perkembangannya dari dulu sampai la ni. Masa nak pergi tu agak cuak lah. Sebab semua orang kata tempat ni berhantu la apa lah. Tapi tak. Kalau korang perlukan ketenangan selepas sibuk2 bekerja, korang boleh book bilik kat sini, enjoy swimming pool yang besar dan juga pergi spa. Oh, kat sini juga ada disediakan aktiviti-aktiviti outdoor. Ok jom tengok resort!
How to get there? Untuk sampai ke JRR ni ada beberapa cara.
1. By Air - sampai di airport, terus amik cab atau apa2 kenderaan awam terus ke jetty ke Pulau Jerejak yang letaknya di area Queensbay tu.
2. By Bus - kalau dari hentian Sg Nibong, lagi dekat nak ke jettynya. Dalam 8 minit je kot.
3. By Car - kalau dari KL atau mana2 destinasi, kemudahan tempat letak kereta percuma di sediakan. So, korang boleh park di sana sahaja.
Dari Jetty Jerejak, korang kena naik bot untuk ke pulau. Don't worry. Bot nya ok. Tak mabuk. Saya yang mabuk laut ni pun ok je. :D. Jadual ferry ada kat sini. Masa untuk sampai ke pulau jerejak dari jetty hanya 8 minit sahaja.
gambaran dari dalam bot. hahaha. tak banyak. sikit je :P
otw, korang akan nampak la mercu tanda pulau pinang yang letaknya di seberang sahaja. Antaranya Queensbay Mall dan juga kilang-kilang besar di area Bayan Lepas. Contoh maca Intel. Aida, ingat tak? hehehe
bukit di belakang tu yang rendah sikit bukit jambul, yang tinggi bukit bendera ;)
and yang akan menyambut anda apabila sampai di pulau adalah kawasan yang penuh dengan kehijauan yang sungguh cantik! breathtaking.
dari jetty, kalau ada rezeki, korang boleh naik kenderaan khas di JRR ni iaitu kancil yang telah diubahsuai. kalau takde rezeki, boleh lah tarik bag sampai ke lobby. Kancil ni juga akan membawa korang ke bilik. Tapi tgk jugak. kalau opted untuk bilik hotel biasa, tempatnya di sebelah belakang so kena jalan sendiri. tapi kalau chalet, atas bukit menghadap penang dan kena naik kereta chumel. pengshan kalau jalan kaki.
untuk trip ni, saya dan cik bos dapat duduk di chalet. share berdua. benda pertama yang keluar dari mulut saat membuka pintu adalah 'mak ai, romantiknyaaaaa'. ye, chalet sangat sesuai untuk pasangan nak honeymoon di sini. tak caya meh tengok.
very nice tak?
kami duduk di chalet yang tengah-tengah. memang kalau duduk kat balkoni berdua, call room service, habis romantik lah! menghadap penang. malam2 memang cantik. tapi seperti yang dilabel di pintu tu, kena hati-hati. sebab banyak monyet. bilik staff saya kena geledah. habis gel rambut satu tube monyet tu kerjakan. hahaha
kalau nak pergi balik dari lobby ke bilik tu agak penat la berjalan kaki. but no worries, kancil comel sentiasa ada di lobby. just btau receptionist, nanti depa hantar. boleh tahan jugak driver2 tu bawak. hehehe
next jom kita tengok kawasan sekitar JRR dan kemudahan yang disediakan.
ini adalah lobby. oh. itu cik bos! :D
kemudahan gym. boleh workout sambil tengok orang berenang2
kafe/restaurant.
al fresco dan juga ada dining hall dengan aircond
love, love, love the pool area.
ini adalah area untuk outdoor activity. ada beach soccer, volleyball
kedai serbaneka.
dari ridset ke swimming suit ke coklat. semua ada.
my favourite thing.
3, 4 kali lawan ngan cik bos. asik kalah je. T__T
menu spa
ini adalah kaunter untuk outdoor activities.
korang boleh pilih. masa pegi ni, kami pilih flying fox, beach soccer, volleyball.
jungle tracking pun ada tapi 2 jam, so kami cancel.
saya tak join any activities pun. peserta je.
ok. karaoke room pun ada. tapi tak sempat cuba. kerja ma.
yup. rental basikal pun ada. :D
ha. macam-macam ada kan??? best. tak tipu.
dan satu lagi yang saya nak tunjuk adalah spa yang ada di sini. pada mulanya, saya dan cik bos nak memanjakan diri tapi sebab bz gila kot, terus tak jadi. but sempat la ronda2 kat area situ. cuma beberapa langkah je dari chalet kami. jom tengok! Link Jerejak Spa kat sini.
eh. eh. pemilik blog posing di hadapan pintu masuk spa.
nampak tak backpack kaler merah kat belakang? hahaha
lawatan dibuat masa nak balik dah T___T'
pondok kecil adalah tempat buat spa.
harga servis adalah dalam range RM 65 - RM 350.
Ada manicure, body scrub, aromatherapy massage dan lain2.
nice eh?
infinity pool.
boleh berenang sambil tengok kesibukan pulau pinang selepas penat kena urut.
banyak benda kan?
melihat kembali pada gambar-gambar kat atas tu, saya dah plan nak pegi lagi sekali.
bila tu, not sure. :D. tapi kan, groupon ada buat promotion. RM 98 for 2 pax. Siapa yang tak amik memang rugi la. Ini linknya! 58% ok. Sila beli cepat2!!! Saya tau Reena dah beli. :D
Jerejak Rainforest Resort
No. 1, Mk. 13,
Daerah Timur Laut,
Pulau Jerejak,
11900 Bayan Lepas.
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel: +604-658 7111
Fax: +604-659 7700
email: reservation@jerejakresort.com
Overall, ini kesimpulannya:
(i) Lokasi : 5*
(ii) Kemudahan : 4*
(iii) Makanan : 3* [tak berapa syiok, sebab makanan sedap seperti nasi kandar, naan cheese, pasembor hanya 8 minit away di pulau hahaha]
Ok.
setakat ni dulu.
i hope u enjoy the review.
till next review.....
Subscribe to:
Posts (Atom)












