Friday, August 10, 2012

update raya


amacam preparation raya?
hehe. confirm tengah dok sibuk bayar duit biskut raya, duit langsir, duit kusyen baru. sibuk gantung lampu lip lap semua kan?
tahun ni raya saya tak meriah sangat lah.
maybe sebab takde projek kuih raya macam tahun lepas, tak sibuk carik langsir dengan mak, tak belum lagi merayap gi Jalan TAR, kalut gi balik rumah sendiri dan rumah mertua, tido lepas berbuka, tido lepas sahur. 
sorry mak! keletihan. office plak agak kelam kabut bulan Ramadhan ni. banyak benda tak tercover masa bulan tak puasa disettlekan bulan ni lah.

as tradisi tiap tahun, saya akan belikan maknoriah and abah pakaian. selain mak, ayah and adik. kalau dulu2 beli masa sehari sebelum raya, tapi tahun ni, minggu ke-2 puasa dah settle. al maklumlah, beraya jauh di perantauan tahun ni. oh ha. saya rasa Penang tahun ni. ikut suami. sapa raya Penang, please angkat tangan!! boleh saya singgah dan beraya nanti. 

perasaan nak beraya jauh dari mak, ayah and adik ni tak tergambar rasanya. masa awal2 buat plan ngan suami, rasa ok je. ala, suami kan ada. pastu bila fikir balik takde dah sesi masak memasak ketupat dan rendang di belakang rumah, takde dah sesi baking kek untuk hari raya guna oven olskool, takde dah jeritan manja mak sebelum subuh di pagi raya mengejutkan kitorang untuk mandi sunat and cepat2 siap pakai baju, takde dah hon2 yang kuat depan rumah oleh bapak saudaraku yang sampai, takde dah lauk pauk yang super awesome authentic dari Melaka. yang penting, bukan lagi tangan mak n ayah jadi tangan first untuk saya salam and minta ampun. oh. bila ingat ni, tetiba i nanges woooo. :'(

tapi betul lah. bila dah umur camni, tendency nak belanja beli baju raya dah tak berapa nak ada. bagi kawan yang dah ada baby, saya pasti korang sibuk shopping tuk anak je betul tak? macam saya, lebih pada nak belikan mak and ayah. ayah la lebih sebab mak prefer beli sendiri. haha. dan taste dia tinggi :P. 

duit raya mungkin bertambah sikit lah. kalau dulu, family melaka and batu caves je. tapi skang dah ada family sri gombak and penang. yang mana ada rezeki lebih, insyaAllah. duit dah siap tukar. tapi belum g amik. ala. tahun ni takleh tolong mak masukkan duit dalam sampul. *nanges lagi*

tup tup skang ni ada kurang lebih seminggu je lagi kita nak puasa. saya akan terbang ke pulau mutiara seawal hari khamis. nak puasa berdua ngan suami sementara tunggu nak raya. mungkin juga shopping last minit kat sana kot. sebab tak pernah lagi rasa suasana lain daripada melaka. 

oklah. kita update lagi nanti k. 
malam ni nak berbuka ngan SG Girls. Excitednya!!!! 
Happy :)


4 comments:

Dalila Khalid said...

hahah..i ada kt penang..muni pn ada..so sempat laa kita beraya bersama....u ngn i je la yang sentap..sbb jauh dari family :(

swit@kon said...

Dalila Khalid,

Haaaaaaaaaaaaa! bbm i. kita sentaps sesama :P

suhana azlin said...

eceh geli ketiaks aku baca kena raya di perantauan,meh dtg sini kalau berani. the only raya feeling you will get is when bukak sendiri lagu raya kt utube ;P

aku so far relek je, xde perasaan sedih pun nak raya sbb yg penting dpt bersama suami, sbb lepas ni nak berpisah laaaagi sedih dari kena raya kt sini. kan?? =(

My Love.. said...

alala...sedey nya..hehehe..

xpe2..1st time..nanti dh biasa ok je.. :)