Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Review Makan : Mee Ketam KL



:)
dah lama tak buat review makan.
so, here goes!
last two weeks, after one class and while waiting for another class, we went to lunch.
the venue was Mee Ketam KL.
Lokasi : Shah Alam. Kenapa nama Mee Ketam KL plak?
Entah. haha. tak sempat tanya :P

Ada banyak menu. Antaranya Mee Kari Ketam, Mee Sup Ketam, Mee Kari Udang Galah, Mee Sup Udang Galah, Ketam Cili dan banyak lagi.
Saiz ketam dan udang korang boleh pilih. Harga beza sikit. Lagi besar, lagi mahal.

kedai dia very cozy. selesa la. layan ok.
hehe

rasa? sedap. kalau nak bagi bintang, saya bagi 4 dari 5 bintang.
1. kuah kari dia tak terlalu pekat
2. ketam dia normal size tu tak kecik sangat, tak besar sangat
3. fresh. masak tang tu jugak. bukan dah siap2.

semalam ke bila tah tengok MHI, baru dapat tau yang diorang dah bukak satu lagi outlet Mee Ketam KL di Keramat. so, yang tinggal kat area KL, boleh la gi yang di Keramat. :)

apa yang saya makan haritu. sedap kan? muahahahahaha

klik kalau nak tengok menu. if nampak la :D


so, apa lagi. 
jom layan Mee Ketam!
:)

Lokasi kedai:
1. Shah Alam : 
No 11, kompleks Anjung 7, jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, (Belakang UNiSEL) , 40000 Shah Alam, Malaysia
2. Keramat :
Sebelah Masjid Dato Keramat , Pasar Keramat (Bawah Flat Baitulmal)

more info : Facebook Mee Ketam KL / blog 




Tuesday, June 15, 2010

i-city

dah banyak profile dalam fesbuk dan dah banyak blog yang feature gambar dan cerita berkenaan dengan i-city. selaku penduduk rasmi Shah Alam, dan selaku bekas warga permastautinan Shah Alam semasa di UiTM, Didi dan Um Liyana serta aku dan Mila telah gerak ke i-city pada Jumaat malam yang lepas. 

selepas daripada makan malam di Alamanda (yang turut disertai oleh Max Gorgon) kami terus gerak ke Shah Alam. sesampai di gate hadapan i-city, hujan telah mula turun. kata orang melaka, rebas. maknanya hujan yang titik2 halus itu lah. kat mana i-city? klik sini ye.

nak masuk ke i-city itu adalah jem. sakit otak lah jugak sekejap. tapi tahankan je. semangat nak tengok lampu. ye lampu.

i-city merupakan sebuah hab komersil yang mana ada deretan kedai2, entertainment area. dan di kawasan lapang (yang selalunya orang letak kolam, air pancut dan sebagainya) diletakkan lampu2 LED yang dibentuk seperti pokok, binatang dan pelbagai lagi. siang memang tidaklah nampak apa2. tapi bila malam? voila! (cerita Star Online berkenaan i-city, klik sini)

malam kami ke sana, kebetulan adalah perlawanan pembukaan World Cup (everybody...Waka Waka!) dan cuti sekolah. di sana disediakan skrin gergasi untuk peminat2 bola sepak menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. kami memang dah semangat nak amik gambar, so buat taktau. memang orang sangat ramai. di atas tu plak, ada cam bazaar jualan. bukan setakat air dan makanan, tetapi juga ada jual tudung2, crocs, permainan dan macam2 lah. dengan ratusan manusia yang membanjiri i-city malam itu, peluh juga membanjiri segenap ruangan muka, ketiak dan sebagainya.

dahla. asik cerita je. kalau korang nak tahu, g sendiri lah. tak susah. kalau ikut Federal Highway, sila terus sahaja hingga ke simpang Kampung Jawa/Seksyen 7 Shah Alam/Pintu Belakang UiTM. first simpang empat berhadapan dengan UiTM, belok kiri. terus dalam 50 meter, i-city di sebelah kiri anda. Jangan bimbang. Sebab kalau malam, dari jauh dah nampak lampu2 yang berkerlipan itu. Kita tengok gambar eh? Jom!

colours of life

makhluk sedang menurun. hahaha

bunga api?

light feast

peacock

ala2 gambar di lorong2 pokok di Paris. :P

itu je lah.
saya tak letak bebanyak di sini.
nak tengok lagi, boleh ke album di Facebook.

serius. ni tempat menarik untuk pegi.
silalah berkunjung ke Shah Alam!
very naise woooo.