Showing posts with label aktiviti malam. Show all posts
Showing posts with label aktiviti malam. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

DDD




bukan saiz bra yang triple D ye kawan-kawan. ;p
DDD stands for Drop Dead Diva.

Oh my my. Lepas marathon Leverage selama 2 minggu, kini saya beralih pula kepada Drop Dead Diva.
Masa sesi lepak dengan Min dan Didi, rasa tercabar bila diorang borak pasal tv series ni tapi saya taktau apa2. Hahaha. So, tanpa menyahut cabaran sesiapa, terus saja saya layan. dan hari ini. secara officialnya. saya telah menamatkan Season 1 - Drop Dead Diva.oh super nice. nak sambung Season 2 pula. dan untuk Y.E.H. nak borong dvd ni jugak!!

kisahnya pasal apa?

Debb & Jane

pasal seorang model, Debb dan seorang peguam, Jane. Debb mati accident. Dia takde buat kebaikan atau kejahatan masa hidup. So, zero. Tak dapat nak tentukan dia masuk syurga atau neraka. Semasa guardian angel, Fred nak tentukan tu, Debb tekan butang yang menyebabkan dia balik semula ke dunia.

Dalam masa yang sama, Jane seorang peguam yang bijak di suatu firma. Hari yang sama tu, ada seorang suami datang mengamuk di office sebab bos Jane tidur dengan wife dia. Nak tembak bos Jane, tapi tertembak Jane. So masa Jane kat hospital, roh Debb masuk dalam badan Jane. so bermula kisah-kisah lucu dan chomel. Bayangkan model bersaiz 2 yang agak lurus (read : bimbo) masuk dalam badan peguam bijak yang bersaiz 14.

best gila! so, apa lagi. sila layan. :)

Drop Dead Diva Wiki Page is here.

*pictures credit to google image*

Wednesday, June 16, 2010

Restaurant Review : Sahara Tent

ok kengkawan.
memandangkan banyak nye entry saya tak siap2 dan aktiviti weekend lepas adalah sangat banyak, saya dengan ini memulakan dengan aktiviti pada Jumaat malam. pada mulanya Geng! telah plan untuk berjimba berjemaah, akan tetapi total perjimbaan hanyalah seramai empat orang iaitu saya, Dids, Um dan Mila. yang lain ada last minit  punya isu dan tidak dapat join. sesi makan ini adalah sebelum kami ke i-city!

Jumaat itu bermula dengan Summer Sneak Preview di Starbucks Alamanda bersama Didi. Best gila. brain freeze ok! Dids, nanti kita buat lagi k.

anyways. nak blog berkenaan dengan tempat makan paling baru di Alamanda iaitu Sahara Tent Restaurant. kedudukan restoran ini adalah bersebelahan dengan Old Town White Coffee. untuk sesiapa yang tidak berapa nak arif tentang Alamanda, kedudukan kedai ini aalah di sebelah north wing kalau tidak silap saya. sama wing dengan Parkson, Kenny Rogers, MPH dan lain1.

Ok. Sahara Tent ini adalah satu restoran makanan Arab/Turki dan yang sewaktu dengannya. Memang sedap. kalau dulu kena g Cyberjaya untuk ke Restoran Saba' tapi kali ni dah ada yang dekat iaitu Sahara Tent. It is indeed a kinda exclusive sebenarnya. Melihatkan kepada harga yang ditawarkan. Tidaklah boleh lepak hari2 kan? ok. jom ke gambar dan explanation akan dibuat semasa anda melihat gambar.

inilah sahara tent di Alamanda

interior yang best!

ini ke Sahara Tent????
(buat birthday Mya kat sini, siap ada Belly Dancer, ada berani Lin???)

kami dilayan oleh Lui. Arab yang cam Cina. ye ke? tah.

the food. 
we didn't order the cicah2 cam hummus tu semua. end up makan semua makanan kering2. 
look at my Lamb Rack (gambar bawah). kering kontang!
Mila makan apa ar? Lupa!!! 
Um makan Sahara Chicken (first picture). 
Didi makan Batchan ehhh tak Bathenjan. 
Gravy with fried eggplant, tomato, capsicum, potato, chicken, lamb chop dan lain2.
(gambar tengah2 yang macam masak asam)

overall?
ok lah. i still prefer Saba'.
Harga murah dan sedap. Tapi dengar cerita dah tak best jugak sebab chef kena tahan ngan Imigresen.
Takpelah. Kalau korang peminat makanan arab, sure suka! banyak lagi yang boleh dicuba k.
Selain dari Sahara Tent, Putrajaya dah ada satu lagi kedai arab di Presint Diplomatik. Namanya Al-Jazeera. itu kita cuba lain kali ye.

setakat itu dulu.
go and try.
have fun!!!!


Sahara Tent Restarant
Alamanda Shopping Centre
LG90, Ground Floor, Jalan Alamanda, Precint 1
Putrajaya, WP Putrajaya 62000
603- 8888 7310

Tuesday, June 15, 2010

i-city

dah banyak profile dalam fesbuk dan dah banyak blog yang feature gambar dan cerita berkenaan dengan i-city. selaku penduduk rasmi Shah Alam, dan selaku bekas warga permastautinan Shah Alam semasa di UiTM, Didi dan Um Liyana serta aku dan Mila telah gerak ke i-city pada Jumaat malam yang lepas. 

selepas daripada makan malam di Alamanda (yang turut disertai oleh Max Gorgon) kami terus gerak ke Shah Alam. sesampai di gate hadapan i-city, hujan telah mula turun. kata orang melaka, rebas. maknanya hujan yang titik2 halus itu lah. kat mana i-city? klik sini ye.

nak masuk ke i-city itu adalah jem. sakit otak lah jugak sekejap. tapi tahankan je. semangat nak tengok lampu. ye lampu.

i-city merupakan sebuah hab komersil yang mana ada deretan kedai2, entertainment area. dan di kawasan lapang (yang selalunya orang letak kolam, air pancut dan sebagainya) diletakkan lampu2 LED yang dibentuk seperti pokok, binatang dan pelbagai lagi. siang memang tidaklah nampak apa2. tapi bila malam? voila! (cerita Star Online berkenaan i-city, klik sini)

malam kami ke sana, kebetulan adalah perlawanan pembukaan World Cup (everybody...Waka Waka!) dan cuti sekolah. di sana disediakan skrin gergasi untuk peminat2 bola sepak menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. kami memang dah semangat nak amik gambar, so buat taktau. memang orang sangat ramai. di atas tu plak, ada cam bazaar jualan. bukan setakat air dan makanan, tetapi juga ada jual tudung2, crocs, permainan dan macam2 lah. dengan ratusan manusia yang membanjiri i-city malam itu, peluh juga membanjiri segenap ruangan muka, ketiak dan sebagainya.

dahla. asik cerita je. kalau korang nak tahu, g sendiri lah. tak susah. kalau ikut Federal Highway, sila terus sahaja hingga ke simpang Kampung Jawa/Seksyen 7 Shah Alam/Pintu Belakang UiTM. first simpang empat berhadapan dengan UiTM, belok kiri. terus dalam 50 meter, i-city di sebelah kiri anda. Jangan bimbang. Sebab kalau malam, dari jauh dah nampak lampu2 yang berkerlipan itu. Kita tengok gambar eh? Jom!

colours of life

makhluk sedang menurun. hahaha

bunga api?

light feast

peacock

ala2 gambar di lorong2 pokok di Paris. :P

itu je lah.
saya tak letak bebanyak di sini.
nak tengok lagi, boleh ke album di Facebook.

serius. ni tempat menarik untuk pegi.
silalah berkunjung ke Shah Alam!
very naise woooo.

Thursday, April 15, 2010

entry khas buat yang jauh di mata, dekat di hati

semalam kami (Geng!) layan dinner di Kelab Tasik Putrajaya. plan asal untuk tidak makan (thanks Didi!) bertukar dengan meng'order' set Cheese Naan dan Tandoori Ayam. amik gambar untuk tontonan Puan Suhana Azlin. :P. kami membuat beberapa perbincangan mengenai event2 yang bakal Geng! tempuhi. Max's plan, Wedding Cheche dan pengumuman paling sensasi dari pasangan sensasi. (biarlah itu diumumkan sendiri tuan punya badan). Oh! am so glad for both of you! mwahs!!!

untuk Puan Suhana Azlin yang berada di Aberdeen, Scotland. terimalah....

Roti Naan Cheese, Tandoori Ayam
(aku tau ko tak terliur sebab kat sana banyak Pakistani Restaurant)
tapi best woooo :P

Wajah2 Geng! - Lin, rindu tak??? :P
oh. yang besar tu gambar diorang bersama basikal Max.
(yang nampak cuma handle je)


dan keduanya untuk Puan Kopi....

balik malam semalam, saya buat kek.
khas buat Puan Kopi. yang berada jauh nun di Penang.
teringin nak Rainbow Cake kan babe.
malam ni aku sampai. lunch esok ko dah boleh makan kek ni!
or kalau nak lagi cepat, malam ni. hik hik.

tiada warna merah. kerana mau cepat semalam tergrab warna oren. 
: D

p/s: Kiki!!!! i bukan perasan pandai. i am a good baker!!!! :P

Tuesday, March 23, 2010

malam yang sepi-pi-pi

pak mat jual topi-pi-pi,
topinya cantik-tik-tik.... sila sambung sendiri!T____T

i'm home (honey pie!)!!!
kononnya buat loan laptop si Said nak buat kerja. folder tender plak tinggal kat office.
dah sampai rumah baru perasan. memang harapan lah nak patah balik dan beriya buat kerja kan?
anyhooooo, mamat tu hangin la jugak. hahaha di kata aku sengaja sebab nak main tenet.
biarlah! hahaha.

mood untuk menonton tv tiada malam ni. lagipun Ayah tengah melunjurkan kaki di atas sofa sambil menonton bola. tanak kacau. BBC Knowledge Magazine [Vol. 2] saya dah sampai! adalah lebih menarik membaca nya sambil online kan?? banyak benda bleh belajar selain daripada menambah vocab dan mengurangkan kekaratan bahasa inggeris saya. huhu.

ok. i found an article regarding the world's longest railway tunnel with a very interesting picture, a story of Mark Twain, 21st century treasure hunters, seven wonders of the solar system and many more. not to forget the Q&A Section! hehehe. i'm stucked :D

ok laling. good nite, sleep tight.

xoxo

"Love seems the swiftest, but it is the slowest of all growths. No man or woman really knows what perfect love is until they have been married a quarter of a century." ~ Mark Twain


Thursday, February 18, 2010

semalam yang syok


serius bersyukur kerana malam tadi hujan. 
ingatkan hujan manja yang turun dikala petang itu tak berpanjangan, tapi alhamdulillah.
sampai ke subuh tadi terasa kesejukan sampai ke tulang sum sum.

apesal tah, malam tadi kul 9 aku dah agak weng. sebab sejuk kot. sambil2 tengok American Idol, nak tunggu GLEE terlelap sekejap. malam Rabu dan Khamis tv adalah kepunyaan Cik @hkon. siapa nak tengok Mayang Mengurai ke, ape ke sila tengok menggunakan tv di bilik memasing.

American Idol best! si Ryan tu dok kata the most emotional cut ever. tapi aku takde lah nak nanges ke ape. yang penting mamat sexy berwajah country Casey James, Todrick Hall & Didi Benami ada dalam Top 24!oh saya suka budak 16 tahun tu juga. tak sabar nak tunggu performance yang bebetul. malam ni lagi 17 orang. wuhuuu. GLEE malam tadi ok. nak kata lawak pun tak sangat. tapi lagu still sedap! Kurt tak banyak sangat semalam. tapi oklah. masih mau jadi GLEEK. tak kira. hoho. 

habis saja GLEE (korang perasan tak dia habis cam tu je. cam tetiba gitu! atau aku yang tertido?) aku terus masuk bilik dan layan mata yang dah tak lalu nak hangkat. 

dan pagi ini sangat segar. tak berpeluh macam malam2 yang lepas kan. 
semoga ada lagi hujan malam ni dan malam2 yang akan datang. amiiiiinnn...

have a good day people.
xoxo

Thursday, November 19, 2009

all the 'F''s in the world can't compare




Friends, Foods, Fun, Fried Chicken, (and Flowers)....
will update later. i am  so occupied nowadays. ampun...

gotta go. love you guys.
xoxo

Wednesday, October 7, 2009

bz sangat

what a weekend!!!
sorry peeps. i was so bz and i left my portable harddisk at Namie's since Saturday. ampun dipinta. saya telah menghadiri sesi interview Pembantu*Am*Pejabat selama dua hari so memang tak sempat nak update blog. adik plak bawak laptop ke SA.

ok. jom cerita pasal weekend saya k!

1. Jumaat

tengah hari , perempuan2 Geng! (Min, Didi dan saya) ke rumah P11 untuk lepak dan makan Domino's. sangat best dan kitorang duk bincang pasal perpindahan Cik Didi dan Cik Min. Malam itu selepas Maghrib kami beramai2 ke P14 untuk mengemas dan mencuci rumah. sesi mencuci itu menjadi super mudah kerana adanya mesin sembur air yang dipinjamkan dari Azni kawan Min. so lebih kurang jam 11 malam kami balik ke rumah masing-masing dengan super letih!



wajah2 gigih pengemas dan pencuci rumah ;)


2. Sabtu

pagi itu, janji dengan Namie jam 10 dah ada kat rumah dia. tapi memang la semalam itu sudah penat, kami (saya dan mak) bertolak ke Sri Gombak jam 11 lebih. sampai dah kul 1230 tengah ada bacaan doa selamat. i was the unofficial photographer of the day. mengambil gambar2 Cik Namie dengan Abang Baru dan suasana Open House itu lah. overall ok! masa nak transfer gambar lah saya nyer hard disk tinggal. tak perasan plak tu. mengong!






selepas bersalin kulit (dari baju glamer raya ke pink attire) jam 330 saya bertolak ke Menara Kuala Lumpur. saya ada bitau kan yang saya join event Walk For Pink - Breast Cancer Awareness Month anjuran Estee Lauder? dengar orang semua cakap jalan sana sini jammed menyebabkan saya mencari alternatif. dan berjaya okeh! saya guna DUKE untuk sampai ke Menara KL dalam masa tak sampai 20 minit. park kereta kat parking lot cikai tepi Menara KL (rate RM 5.00). dah la tepi bukit. kalaula kereta melorot sure tak perasan. bayar je mahal :P. ambil pulak shuttle bus ke atas. dan masa saya sampai tu, takde orang lagi. tanya kat registration counter, boleh amik t-shirt jam 5.00 petang. so lepak2 dan amik2 gambar.


i met 2 breast cancer survivor. borak la. cerita itu ini. jam 5 saya pun terus ke booth untuk redeem t-shirt. mula2 cuak la jugak sebab pegi sorang2. tapi lepas tu saya jumpa bukan sorang atau dua tapi 5 orang member2. termasuk la batchmate, bekas officemate dan ramai lagi. dan tidak ketinggalan, saya jumpa Kak Zue. tapi serius malu nak tego!!!! sorry babe! huhu




overall i enjoy the walk VERY MUCH tau. dan persembahan lampu Menara KL tu super kewl lah! me likey. and untuk makluman korang semua, Menara KL akan diterangi dengan cahaya ataupun lampu pink sepanjang bulan Oktober bagi menunjukkan sokongan terhadap Breast Cancer Awareness Campaign. bravo!!!! mintak2 tahun depan acara ni jadi acara kebangsaan. best taw!

balik dari Menara KL saya telah dibuli oleh seorang budak jahat untuk ke Open House dengan memakai pakaian yang penuh dengan peluh dan bau yang sungguh jarum. ergh! benci. akibatnya dia perlu jadi driver untuk bawa kami ke KLIA early morning the next day. padan muka! :P

3. Ahad

seawal jam 5 dah terjaga. ye lah. member baikku Mama Lin aka Diva Dramatik akan bertolak ke Scotland via London untuk mengikut suaminya bekerja selama satu tahun. oh! sedih hati ni. nak cerita benda2 keji ngan sapa lagi kan. Lin sorang je yang layan dangdut sederas aku. Lin sorang je layan Inul dan lain2 artis yang sewaktu denganya. hoho. so jam 6.30 kami terus gerak ke KLIA. first time jumpa Encik Kamal (hubby Lin) yang dua bulan dah ke Scotland, serius makin kurus. ni yang buat aku nak g obersea ni. supaya jadi kurus. hahahaha.





Mya (budak kecik, anak Mama Lin) mula merengek manja. tak suka semua orang. nak ngan Mamanye je. Um datang dengan Mila dan Didi. dalam keadaan yang horror. tidak sihat. semuanya gara2 Didi kejut dia dengan gaya rambut singa. hahaha. tapi paling aku respek ngan Mila lah. serius ko calon SUAMI MITHALI ok!

kami layan borak, ambik gambar, dan mengacau si Mya. kul 845 pagi, Lin terus masuk. Oh, aku tak nangis k. kenapa eh? sebab aku tau yang aku still boleh contact dia kot. or aku nak g sana? jeng jeng jeng. doa je lah ada rezeki. aku nak g London ngan awak eh! :P

balik dari KLIA, aku, Min dan Encik Said g layan breakfast kat Foodcourt P8. Serius layan nasik lemak situ oke! terjumpa dengan Najeeb yang baru balik dari Istanbul dan sangat chubby! :D berserta Encik Afnan yang machos. hehehehe

so lepas breakfast kami proceed ke rumah memasing dan bermulalah hari aku yang sibuk. Mula dengan my beloved Acik Sohor and family (Cik Limah, Abang Ol and Abang Amir), diikuti oleh Mr Shazz yang kunun2 nak buat suprise kat aku tapi tak jadi, seterusnya Auntie Yam and Uncle Din dan last skali Busu Maman dan family. tapi aku tak staylama masa Busu datang.

Kak Maya invited me to her birthday dinner kat Madam Kwan's, KLCC and right after dinner we went to Luna Bar. it was my first time there and i had my fun. serius tempat tu sangat best untuk lepak dan chill. gila2 nyer best. cantik tapi penat nak naik sampai tingkat 34. yes! Luna Bar is located at the top of Pan Global building. kami lepak kat paling atas, paling hujung. at 12 am on the dot, we celebrated Maya's birthday and lepak lagi sampai kul 2. akibat berembun malam/pagi itu, aku kena selsema paling teruk dan sepanjang malam Selasa aku tido (dari kul 730 hingga 730 the next morning!)



ok. itu cerita hujung minggu lepas. yang sangat pack, sangat best dan sangat berekperience! :P

semalam aku gerak g SG amik harddisk kat umah Namie.
itu je lah.

bye.
xoxo


Friday, September 4, 2009

the boy does nothing


hey hey hey
assalamualaikum w.b.t

selamat berpuasa semua!!! hehehe gembira sangat ke aku pagi ni? ntah tetibe rasa hari ni jumaat kan and me likey likey. esok sabtu and lusa ahad. next week aku takde major meeting yang aku kena handle and maybe kena settle sedikit benda2 urgent. best wooo bulan puasa ni. aku rasa saat2 tenang aku hadir dalam bulan Ramadhan ni la (aku adalah manusia suka kekalutan kerana kekalutan buat aku fikir secara rapid, jika tak aku rasa sunyi). aku boleh lepak ngan mak lama berbanding masa2 bukan bulan Ramadhan sebabnya everyday kitorang akan spent time lepas sahur. hehe.

dah hampir separuh jalan bulan Ramadhan, semalam aku terima kad raya pertama aku!!! wuhuuu cam best plak rasanya. kad tu dari Encik HH, orang kuat bot-bot kat Putrajaya ni. hahaha terima kasih la bebanyak. aku deal dengan dia masa last event di Kompleks Sukan Air. :D.

so memandangkan kad raya pun aku dah terima, aku baru perasan yang tahun ni sekeping pun kad aku tak beli lagi. before puasa hari tu ada jugak nampak kad-kad raya di Jusco Equine. nak beli rasa cam awal sangat. so plannya ialah membeli kad raya weekend ni dan make sure semua dihantar next week. jap lagi singgah post office untuk beli setem and g alamanda untuk beli kad. tapi aku suka kad memory lane. hihi or tahun ni aku jumpa kat Upin Ipin. cam best. tapi yang kad Upin Ipin ni aku tunggu orang2 kuat Les Copaque bagi. :P.

semalam berbuka and jumpa kengkawan kat IN*TAN BK. ramai jugak lah bebudak yang datang. and makanan tak best sangat. tak macam masa batch kami deepeeyaa (yes adni, again). and the star of the night jatuh pada Encik TAYO yang hadir dengan cerita atas awan yang best gitu dan makanan di golden lounge :P. malam ni nak berbuka dengan Geng! pulak. bestnya...Min, ko amik aku eh???

oklah. esok saya nak g beli kad raya, g facial and repair roots (rambut). itupun kalau Mak Teh bukak kedai. plan nak balik melaka dah tak jadi. erm ok ok. saya nak g baca paper jap and kul 9 saya ada meeting!!

sampai nanti ye :D

papai

xoxo


Monday, August 17, 2009

what a weekend


with no suprise or interesting issues.

Friday ended with a sing-your-heart-out session at Kotak Ijau (without Khai. sorry dear. impulse plan). we were home around 3 am in the morning and i quickly dozed off right after the head touch the fluffy pillows and with Mr.P yang busuk di sisi.

saturday starts with our weekend routine. me and the girls having our girly breakfast at non other than OTWC, Cyberjaya. right after that, Min asked me and Um (plus Mila op kos) to accompany her to Mirex which was held at Mines International Convention and Exhibition Centre (click here for info). We collected a bag full with goodies (signage, stress ball, pamphlets etc) from various booths participate. and we left the lovebird to continue their lovemaking chenta session and went home. later that nite, my main activity was reading and reading and reading till i shut my eyes to sleep.

sunday morning, mak already screaming on the top of her lung to wake us up. adik was supposed to be back to Uitm around 7 am cause he had a futsal tournament tapi memandangkan si pemalas itu susah nak bangun akibat berjaga malam, it was quite a task to wake him. as for me, i promised mak to teman her for raya curtain hunt. approximately at 10, we were already at Jalan TAR. we went in and out of the stores and finally found something tasteful enough for our 2009 Aidilfitri curtain. hahaha i managed to buy few shawls and guess what, i got nearly 20 of them! yeay!!!! shawls rawk. hahaha. otw home, headache attacked and i then spent a whole hour sleeping to regain my energy (sebenarnya pening sebab lapar. hahaha). and last nite, i was at KLIA for Khai's departure. balik India lah. huks. kejap je jumpa. and i owe him more than ever. lebih kurang ratus2 kan kiki? nanti aaa orang bank in once i've received the payment ya. and glad to see you around walaupun kojap je. gonna miss you. tak terbayang kalau lu dah kawin nanti. hahahaha.

oklah. that's all for now. i am so not in a mood bekerja. tolong!!!!!!!!!!!!!!!! but am so excited for this coming weekend. boleh? haha

;)

i end this entry with a picture of my girls form Geng! taken last Friday at Chakri Express, Alamanda. glad to have 'em around!




xoxo


Wednesday, August 5, 2009

“I’m Addicted to Olay Game”

apapun yang terjadi, kita mesti rehatkan minda kita kan?
ahkon sama je cam korang, yang penting 'me time'. tak kisah korang suka buat ape.
tengok tv ke, baca buku ke,tido ke, layan jiwang ke, dengar lagu, main game...
ape2 je aaa. tapi untuk hilangkan stress skang ni, ahkon suka main ni.

haaa, sambil main sambil layan perasan cun sendiri ye kawan2.
senang je. macam main game online...Game ni adalah The Olay Game!
kat sini aku letakkan step2 untuk main game ni okeh!


1. Mula-mula korang taip www.findfairness.com. korang akan jumpa page bawah ni!


2. Korang register la dulu. sebab kalau dah main2 nanti, highest score boleh dapat hadiah. so masukkan la item2 yang diminta macam username, password, mobile no., birthdate dan banyak lagi. so lepas dah masukkan item2 itu tadi (jangan lupa email sekali ok, orang yang tade email takleh join uhuhu), korang perlu check inbox email yang telah di key-in dan perlu verify username dan password tadi. lepas itu dia akan bawa korang semula ke page di bawah ni. Masukkan Username dan Password macam biasa tau!


3. Page ketiga ataupun interface seterusnya korang akan jumpa yang ni. So bermula lah permainan korang. Ada 6 tempat yang boleh dikunjungi yang mengandungi 6 jenis game yang berbeza. Selain dari terus main dan mengumpul mata, korang boleh klik2 kat tempat2 tu dan dapatkan tips2 berkaitan fashion dan sebagainya. best sangat!


4. Contoh kalau korang klik mana2 6 item tu tadi, akan gerak lah ke sesuatu kawasan. dan dikawasan tu ada satu benda berkilat yang korang boleh klik untuk main game. contoh2 game adalah seperti di bawah ni:

Super Market
Basically korang jalankan model sepanjang dalam super market dan bagi dia vitamin dan supplement untuk kulit cantik!

Metro
Game ni plak korang jalan2 menuju ke Metro Station (stesen LRT la!) sambil2 mengelak dari panahan matahari seraya memakan vitamin. Lagi banyak korang makan vitamin, lagi sihat kulit korang!!!!!

Party House

This is my favourite game!!! Suka sangat main ni..hahaha senang gila nak main. hahaha cubalah. korang banyakkan eliminate vitamin, lagi banyak markah dan lebih sihat kulit. hiks.

So, cepatlah korang g main. Didi, Um, Aida, Adni, Encik Fendiosman, Pinat, Kiera, Eny dan yang lelain pun sila beat my score!!!!!! Jom la lawan saya. My score for the time being adalah 4498! so beat me guys. its only for my 20 minits of trying out the game okeh!!!!!Cari fairness anda melalui game2 yang best ini!


Oh, jangan main masa kerja!!! main lah selepas waktu kerja atau semasa waktu rehat!! atau pun malam2 sebelum tido macam saya! hik hik.



Saturday, July 25, 2009

rambut sama hitam..


obsess lain-lain.

my oh my. lama nyer saya tak hapdet blog kan!!
rindunye. dah dua hari saya meeting whole day. khamis tu meeting kul 9 pagi and 2.30 petang, semalam, jumaat plak meeting saya jam 9 pagi, 3 petang dan 5 petang. semuanya discussion berkenaan Merdeka. ye, merdeka! tahun ni kita akan sambut merdeka untuk tahun ke 52. dah besar dah kan ;).

oh minggu ni aktiviti dengan GENG! agak banyak. malam rabu lepas saya, min, didi dan um (tak sempat jumpa) makan di Johnny's. malam tadi pulak kami (nana, min, didi, mila, ayol, mama lin, um) berjimba sakan di Kotak Ijau, Balakong. it was the first time all of us there. walaupun saya dah berkali2 hehehe. kunun2 nya Bachelor Partay untuk yoyol yang bakal hilang title teruna next week. tapi macam re-celebrate Bachelor Hood Lin je. hahahaha. kami melalak hampir dinihari. kul 1 baru keluar dan masing2 dah bermuka toya. penat gila. lagu2 range lama dan baru. pabila nana memulakan rock kangkang...semua terkesima. opss terlebih sudah. what happened will remain between the four walls saja. :P.

pagi tadi pulak awal pagi lagi dah terjaga. plan nak jogging untuk merembeskan hormon kegembiraan tapi malas melanda dan kul 9, terus amik min dan jumpa didi dan um di Old Town, Cyberjaya untuk sesi breakfast kami. hari ini di Old Town ada masalah sistem. sistem komputer mereka shut down melumpuhkan perniagaan (lembap!). dengan perut yang lapar, hampir saja mamat-nepal-yang-tahu-berbahasa-inggeris-tapi-faham-bahasa-melayu tu kena baling dengan pen. half an hour kami tunggu 3 nasi lemak, satu hor fun, samosa dan garlic bread! lepas setengah jam baru hegeh nak amik order semula. marah taw. sesi hari ni...



four of us (picture only three, minus yours truly) yang sama je enjoy,sama banyak benda but still, our obsession are different. totally! Um dengan financial news, economic and those boring topics (no offend babe, u r brilliant honey!), min dengan pengetahuan am termantap di dunia, dan didi dengan fashion magazine (its mine actually :P).

belum masuk lin dan saya, kami semua nampak sama (macam geng bas sekolah) hakikatnya, masing2 ada kesukaan sendiri. after all we compliment each other, sama macam Mila yang minat Rossa dan Um yang minat Search. hahahahaha

with that, i end my entry! nak mandi and i have a wedding tonite at Tun Rahah Grand Hall. later!!


Thursday, May 14, 2009

tak suka, tak suka lah! (Movie Review)

.
.

.
time for movie review
.
i watched this last nite (thanks to Min yang meminjamkan laptop)
.
overall : 3/5 stars
.
kenapa 4 tak 5?
.
Cerita ini biasa sahaja. yang best kerana pelakon-pelakon semua yang A+. macam Drew Barrymore, Jennifer Aniston, Ben Affleck, Scarlet Jo and many more. Tapi rasanya yang A list yang 4 tu lah.
.
Berkisahkan 2 kisah yang berbeza tapi masih berkait. satu geng (Drew dan Scarlett Jo) dan satu geng lagi (Jennifer Connely, Ginnifer Goodwin & Jennifer Aniston). Mostly berkenaan dengan wanita yang sedari kecil disogokkan dengan pelbagai andaian dan panduan berkenaan dengan lelaki, relationship dan cinta. Antara quotes menarik yang digunakan ialah:
.
my most favourite is...
.
"I may dissect each little thing and put myself out there so much but at least that means that I still care. Oh! You've think you won because women are expendable to you. You may not get hurt or make an ass of yourself that way but you don't fall in love that way either. You have not won. You're alone. I may do a lot of stupid shit but I'm still a lot closer to love than you are."
.
selain itu, "If a guy doesn't call you, he doesn't want to call you. "
.
dan ini, "If a guy treats you like he doesn't give a sh*t, it's because he doesn't give a sh*t. "
.
some of you can really relate to all the girls and the guys in the movie.
.
contohnya Beth (Jen Aniston) dan Neil (Ben Affleck). they've been together like what, 7 seven years. she wants him to marry her but he doesnt want it. (in this case, they are living together la).
.
Gigi - seorang wanita comel yang gigih mencari cinta untuk diri sendiri. dia rasa dia macam terlalu desperate sampaikan semua lelaki yang dia jumpa hanya mainkan perasaan dia je. terlalu mementingkan apa jua persoalan dan jawapan kepada semua tindakan yang dia buat. at the end of the day, dia merasakan dia yang tidak bernilai untuk lelaki. padahal, she fall for the wrong one.
.
banyaklah. bukan setakat cerita pasal single women, tapi jugak married women. dillema seorang wanita yang dah ada suami, suami berjumpa dengan perempuan hot yang lain.
.
happy ending lah. jangan risau. ada part yang boleh buat korang menangis, ada part kelakar dan macam2. hehehe
.
so, apa lagi. go and see this movie. kalau kat panggung dah habis, silalah beli DVD. Original atau tidak, terpulang. till next review, adios....
.
.
"jangan hidup kerana cinta kerana anda boleh mati sebab cinta" *bluweekkkksss*
.
.