Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

bullet point(s)

Sabtu

  • Pertandingan Memancing @ Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya
  • Aktiviti kuak lentang di rumah
  • movie marathon yang sangkut-sangkut
  • MSN tengah malam

Ahad
  • Yummies for cream cheese
  • pencarian 'mini oreo' yang gagal - tolong bitau benda ni jual kat mana?!!
  • manicure session
  • bubble tea
  • Leverage marathon
  • craving for double cheese burger!

Thats all folks.
:)


Friday, December 3, 2010

Penawaran Ujrah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


siapa kat sini pinjam PTPTN angkat tangan???

*angkat tangan*

dah buat pelarasan ujrah terhadap pinjaman korang???


camni...PTPTN baru-baru ini telah memperkenalkan sistem penawaran ujrah iaitu perubahan 3%  pinjaman sedia ada kepada 1% sahaja. Memang la bawak perubahan yang besar. InsyaAllah. Aku baru je buat malam semalam sebab proses semakan ni mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Pinjaman aku diluluskan tahun 2001 so pendaftaran hanya boleh dibuat pada atau selepas 1 Disember 2010. Kat bawah ni aku letakkan tarikh2 korang boleh mula kemaskini maklumat pinjaman mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Sila check ok!


ramai yang dah boleh kemaskini kan? sebab aku antara yang paling lewat boleh kemaskini sebab pinjaman lulus tahun 2001. oh. tetibe rasa tua kau! so lepas korang dah semak benda ni, korang kena pegi kat link ni dan masukkan nombor i/c dan alamat e-mail korang.

klik untuk tumbesaran besarkan

lepas tu korang akan dapat e-mail confirmation suruh klik link dan membawa kepada laman yang korang kena isi banyak tempat kosong sikit. antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat peribadi korang dan maklumat ibu/bapa. lepas korang submit maklumat ni, akan ada satu e-mail lagi yang menyatakan permohonan pelarasan korang itu diterima dan keputusan permohonan akan dimaklumkan nanti. Siap! Senang kot. Takyah susah2. tak sampai sepuluh minit pun nak update tu. :)

So, apalagi. Aku dah. Korang punya turn pulak. Risau ni. Hutang banyak lagi. Huhuhu
Kalau korang masih belum sure, silakan ke laman web PTPTN untuk keterangan lanjut ok. 

orait. itu saja pesanan penaja untuk hari ni. 
nak tido awal, tapi kena membaca pulak. adus!
k bai.


p/s : cakap pasal pinjaman pendidikan, tahniah untuk Kicap yang baru saja dapat tawaran biasiswa JPA. Alhamdulillah. Murah rezeki budak itam yang chomot tu. untung sungguh! Ingat kakak mu yang berjasa ini ye dik. :)





Saturday, September 11, 2010

queen of the day

i am officially 27 years old today. alhamdulillah. praise to Allah for the privilege of living my life with happiness and full of barakah. semoga saya apa yang dihajati dan doa yang telah dipanjatkan akan diperkenan oleh Nya. Amin.

picture courtesy of google image 


Wednesday, January 27, 2010

threat


morning...

driving to work this morning made me realized. hidup ini penuh dengan threat. ancaman. bahaya. ugutan dan lain2.sejak saya accident tempoh hari gaya membawa kereta adalah berbeza. i never failed to put on my seat belt (yang ni sejak bertahun yang lalu), kunci pintu cepat2 selepas masuk kereta (kereta saya tidak mengunci pintu secara automatik - kereta lama), pandu 80km/j di jalan biasa dan 110km/j di highway (yang kadangkala terbabas juga sampai 130km/j).

walaupun perjalanan dari rumah ke office hanya mengambil masa 10minit tetapi rasanya jantung ini berdegup dengan sangat pantas melihatkan keadaan kenderaan yang sangat banyak di atas jalan raya. maybe kita dah amik precaution, tapi kadang kala kelalaian orang lain menyebabkan kita terbabit sama.

kalau ikutkan perut yang kecut, maunya saya tidak memandu lagi. tapi tawakal aje lah. sama macam kat mana2 tempat pun di dunia ni, selagi kita hidup, bila2 masa je nak ditimpa bala bencana. masa naik kapal terbang tempoh hari pun saya ni dah cuak dok fikir macam2. kalaulah takdir itu telah tertulis kapal terbang yang kita naik itulah nak terhempas, nescaya kita tak naik kan? tapi itu lah, ajal maut, rezeki, jodoh semuanya ditanganNya. bila masa dan ketika nya kita takkan tahu.yang penting, kita kena tempoh juga.

untuk saya sendiri, saya tak nak ikutkaan sangat perasaan takut tu. nanti jadi paranoid segala mak nenek benda tak lalu nak buat sebab takut. ok. itu saja bebelan pagi. kita jumpa lagi nanti k!

sayang korang!

;)

Nota D(o)nut : currently in love with Elizaveta!!!!

Sunday, November 29, 2009

29 November 2009

hari ini 29 November 2009 ya'll.
semoga ada 29 November 2010, 2011, 2012 dan seterusnya lah!

Wednesday, November 25, 2009

hantu kasut

my oh my!
korang dah jenguk Yunique Paradise lately?
latest shoes collection?

waaaaaaaaaaaa *air mata berjurai*
sangat sukeeeeeeeeee.

especially yang ni:
(pictures courtesy of Yunique Paradise)


ingat tak??? this is SO similar to the one Big used when he proposed to Carrie
(in that super huge walk-in wadrobe)
Manolo Blahnik like. suka!

ada sesapa nak propose gua? guna kasut ni pun boleh.
baru RM 170. hiks


but they have it in purple and black.
yang ni pun takde hal. haha


omg! this is fierce....
hot! hot! hot! super chunky heel with zip as accessories.
nak satu!


love this! nak beli satu untuk buat pegi keje la.
mesti super comfy. :)


ni seksi taw. dah sebiji macam louboutins.
nak jugak!!!!

i ni kan dah lama tak beli kasut. yes! saya dah berbulan lamanya tak membeli kasut ye kawan2. bilalah agaknya ada rezeki nak menyambar sepasang atau dua atau tiga dan empat. huk.
doakan saya si budak gila kasut dapat beli kasut baru ye.

ok korang. bye.
pada yang mula cuti panjang esok hingga next week, hati2 drive k.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.



Friday, November 13, 2009

tick tock tick tock


erm. bila takde keje dan blog orang lain tak hapdet, aku layan blog sendiri baca entry-entry yang lama. ye la. kekadang kita menulis ni melambangkan emosi dan situasi semasa kan. so tengok2 balik cam emosi aku ok kebelakangan ni. cuma maybe 'masa itu' sahaja yang tetiba angin kus kus datang. hahaha. and sebenarnya entry ataupun blog ni bukanlah mencerminkan siap penulisnya. hanya sebahagian mungkin. ada yang berani menulis setulus hati dan ada yang masih menjaga hati orang lain dan ada yang menipu pun. portraying a lifestyle yang super kewl, super best. tapi takpe. as far as i am concern, aku happy baca blog orang lain tanpa mengambilkira faktor2 tersebut. kata pun blog orang tu kan. suka hati dia la. hehehe.

skang  ni dah nak masuk pertengahan November. sekejap je. pejam celik dah tahun 2010. achievement tahun 2009 belum sempat review lagi. sibuk dengan kerja. dulu masa belajar sibuk sangat nak kerja. bosan kena study. skang dah kerja, terlalu involve dengan kerja pun tak bagus jugak. achievement dari segi career aku makin ok. hiccups here and there tu biasa lah. nama pun kerja. duduk kat tempat yang involve manusia pulak tu kan. i am proud of myself regarding how i handle the work thing hingga hari  ni. mungkin adalah satu dua hari yang memang aku lunyai (kena marah, marah orang, kerja macam haram) tapi overall ok. networking aku makin baik (alhamdulillah) dan aku harap takde yang nak buat musuh ngan aku. sebabnya? sebab aku buat kerja. kalau peraturan kata tak boleh, tak boleh lah. tak payah ko nak try bagi boleh dengan cara yang salah pulak tu. tapi masih terlalu banyak aku kena belajar dan upgrade. kata nak jadi orang yang flying colours. i will work my ass off untuk achieve gol aku! go yantie! *semangat dah datang tetiba. hahaha*

part lifestyle pulak. aku maybe berjaya mengurangkan keborosan yang dah bertakhta di hati dari dulu lagi. dari zaman mula pegang duit. pembelian benda2 secara membabi buta dah tak lagi aku buat. contohnya pegi je kedai kasut (Vincci, Aldo etc) ada je berkenan terus amik, bayar. skang tidak lagi. hehehe. pembelian besar aku buat tahun ni masa ke Bandung dan Singapore je. itu saja. kat Bandung beli baju yang super banyak dan masih belum sempat pakai pun semuanya dan kat Singapore beli kasut yang dah pun lunyai. cuma aku masih belum boleh stop membeli di blogshop. tapi itu pun dalam dua bulan sekali atau mengikut hati yang terpaut dan duit yang ada dalam akaun. haha. karaoke still pegi cuma tak deras macam dulu. dulu tiap2 minggu wajib. skang ni dah tak lah. bab makan takleh control lagi. makan nak sedap je hari2 cuma tak diikutkan napsu napsi tu. ari ni nak nandos, esok nak sushi, lusa nak kotiau kat Kelab Tasik. tekak aku ni mengalahkan wanita pregnant. ari2 aku teringin. oh! aku baru teringat. aku dapat beli benda yang dari tahun 2003 aku nak beli. iaitu baby baru ku. my D5000. hek. gila ar.

relationship? aha! yang ni masih di tahap comel lagi. takde progress yang mendadak walaupun keliling aku semua dah ke tahap berpunya dan dipunyai. diulang sekali lagi, masih di tahap comel ye. hahaha. but i am happy this way (dalam hati : happy la sangat :P). ada pros and cons. itu standard hidup seorang yang bernama manusia la. ada yang score tinggi bab relationship tapi hampeh bab lain. harapan aku masih ada. belum la sampai ke tahap putus harapan. hehe. tak mau cerita. let it go with the flow. yang penting aku adalah manusia yang penuh kasih sayang. hahaha.

pepagi dah membebel. apa reason aku? sebab aku terbaca email orang yang ntahlah. pada aku, dalam dunia ni R.E.S.P.E.C.T paling penting. if kau tak hormat orang sampai bila pun orang kata kau. takpelah. suka hati kau. aku tau mulut aku ni bising tapi aku takkan kacau hidup orang selagi orang tak kacau hidup aku. aku sayang family aku, kawan-kawan aku. tak suka aku punya kelaseran ke ape, pedulik ape aku! hahaha.

oklah. aku ni sakit perut. adakah itu satu reason untuk membebel? hahaha. ok ok. stop dah ni. terima kasih kerana baca. hahaha. babai.

xoxo


Friday, October 30, 2009

Cik Mosi



To Whoever It May Concern,

whenever the time of the month arrives, i'll turn to this all-the-time-hungry-like-a-beast-and-emotionally-retarded girl. maaf atas kekhilafan Cik Mosi ye. tahan lah dua tiga hari (before and after ye ;P)

XoXo,
Cik Mosi (singkatan Emosi)


Friday, June 12, 2009

snippet for the weekend

.

ok ini hanya untuk weekend ini ye, planner untuk minggu depan dah takle nak squeeze lagi dah!oh my, moga2 saya sempat untuk buat satu benda pada malam ahad nanti!!!! saya harap saya boleh, InsyaAllah boleh!!!! for time being, saya nak bloghop. kerja? banyak, tengah tense ni. bloghop jap je....oh, tipu!!! saya ada meeting!!! huhu bencik!!
.

Thursday, June 11, 2009

padan muka

.
rasa diri sendiri gemok, sendiri tanak makan, bz sangat tak sempat makan, takut makan lewat konon2 gemok, kan dah gastric. padan muka!!! pening, muntah, tak boleh kerja. balik rumah, tido!!! sapa suruh tak makan? padan muka!!
.
.

Tuesday, June 9, 2009

finding me ownself (again)

.
.
i think i lost me. i lost my way towards my life's goal. maybe i took my ownself for granted. maybe i lost interest in myself. maybe i am (still) trying to adjusting to the routine life (which is sucks btw)..
.
*sigh*
.
entah. banyak kemungkinan. dalam cuaca panas melampau sekarang ni, mata susah nak lelap. dalam situasi memaksa diri untuk tidur, tendency untuk berfikir tentang diri sendiri dalam gelap (muhasabah diri la dol!) sangat tinggi.
.
terfikir, 26 tahun (hampir, dalam 2,3 bulan je lagi) hidup kat dunia ni apa yang aku dah contribute pada diri sendiri, pada family, pada negara, pada dunia? sedangkan aku terlalu bz untuk lihat tentang orang lain, jaga hati orang lain, bantu orang lain dalam menjayakan hidup. untuk diri sendiri? aku lupa kot.
.
once in a blue moon aku manjakan diri (be-lah :P) dengan physical purchased yang hanya pada dasarnya saja menceriakan. cukup time, terasa duit habis apa lagi yang nak disukakan? suka duit habis? orang gila pun tak rasa cam tu. hehe. cukupkah?
.
penat? penat dengan layanan kepada manusia yang berkehendak. hati ni juga ada kehendak. ada orang ambil peduli? takde lah. kalau ada pun cuma rasa kehendak itu beyond imagination. soul = kosong. penah dengar lagu Kosong by Dewa? itulah yang aku rasa.
.
"tubuhku ada di sini
tetapi tidak jiwaku
kosong yg hanya kurasakan
kau telah tinggali hatiku"
.
work-wise pun sama. rasanya belum mencapai tahap kepuasan yang minimum pun. maybe dalam nak masuk umur 2 tahun dulu ye, aku dapat kepuasan yang mana most of the thing yang aku nak aku dapat buat. but since ada manusia2 yang lebih pentingkan kuasa dan ketamakan fame, hati kecil yang tak reti menggulingkan manusia2 seperti itu jadi rugi. kursus dan latihan-latihan yang pernah aku ikuti tiada gunanya dengan adanya manusia2 seperti itu. bukan menyalahkan orang lain tapi diri sendiri yang terlalu membiarkan orang2 lain menekan tanpa melawan. aku nak spark!!!
.
relationship-wise. hah yang ni tak payah la cakap. progress lagi teruk dari sesi mendaki 4 puncak di Lumut, Perak. terlalu rapid pencapaiannya dan terlalu curam lurah penurunannya. seorang ex telah pun mendirikan rumah tangga baru-baru ini (tak, dia tak jemput aku), seorang ex lagi telah selamat bertunang dan akan menikah sebelum hujung tahun ni. crush2 dan 'kawan2 rapat yang pernah syiok' pun ada 2,3 orang yang dah siap2 settle down. tahniah. dah jodoh diorang kan! aku, still lagi duduk dan tengok diri sendiri. mungkin aku sendiri dah lupa apa yang aku nak, apa priority aku!
.
tahun ni saja, 2 negara orang sempat aku lawati. dalam tempoh tak sampai sebulan jaraknya, aku ke Indonesia dan Singapura. 2 jiran terdekat yang jauh beza kehidupan, keglameran dan segala2nya. walaupun masih dalam rumpun yang sama. niat di hati kumpul duit dan terbang tinggi. insyaallah.
.
tapi aku masih mencari kat mana Yantie yang dulu. yang tahu apa dia nak. yang merangka setiap apa yang nak dilakukan. yang cukup berhati-hati dalam setiap benda. buat masa ini, aku hanya berjaya dapatkan 5% dari apa yang aku carik.
.
mungkin aku perlu stopkan segala2nya sekarang dan start from ZERO. bukan lah perubahan yang drastik cuma memujuk diri sendiri agar tinggalkan apa yang dah jadi dan belajar darinya serta mula dengan yang baru dengan harapan, tujuan dan azam yang baru. tanpa lupa untuk baca Bismillah. hehehe
.
ini bukan satu panggilan hangit untuk digelakkan tapi kepenatan untuk bermain dengan perasan menyebabkan keinginan untuk bina semula apa yang hampir runtuh jadi lebih kuat. semoga Allah ada dengan aku dalam usaha ini.
.
so, bila nak mula? esoklah. eh tunggu cuaca sejuk sikit dulu eh...hahahaha :P
.
.

Tuesday, May 5, 2009

poket bocor

.
whole new set of DVDs
.
.
new book
.
.
IKEA Trip
.
.
mattress pad
.
.
forever 21 first ever purchase
.
.
.

Tuesday, April 7, 2009

rahsia

.
i know about it,
you broke my heart. you hurt me. PERIOD
.
.
.

Tuesday, March 17, 2009

ma nu babies

.
.

satu. dan satu lagi..
.
for working purposes only
i love my nu babies.
.
.
later people! have a nice day :)
.
.

Thursday, March 12, 2009

i need a break!

.
.
" I revealed too much too soon.
I was emotionally slutty."
.
.