Friday, December 3, 2010

Penawaran Ujrah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


siapa kat sini pinjam PTPTN angkat tangan???

*angkat tangan*

dah buat pelarasan ujrah terhadap pinjaman korang???


camni...PTPTN baru-baru ini telah memperkenalkan sistem penawaran ujrah iaitu perubahan 3%  pinjaman sedia ada kepada 1% sahaja. Memang la bawak perubahan yang besar. InsyaAllah. Aku baru je buat malam semalam sebab proses semakan ni mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Pinjaman aku diluluskan tahun 2001 so pendaftaran hanya boleh dibuat pada atau selepas 1 Disember 2010. Kat bawah ni aku letakkan tarikh2 korang boleh mula kemaskini maklumat pinjaman mengikut tahun pinjaman korang diluluskan. Sila check ok!


ramai yang dah boleh kemaskini kan? sebab aku antara yang paling lewat boleh kemaskini sebab pinjaman lulus tahun 2001. oh. tetibe rasa tua kau! so lepas korang dah semak benda ni, korang kena pegi kat link ni dan masukkan nombor i/c dan alamat e-mail korang.

klik untuk tumbesaran besarkan

lepas tu korang akan dapat e-mail confirmation suruh klik link dan membawa kepada laman yang korang kena isi banyak tempat kosong sikit. antara maklumat yang perlu diisi ialah maklumat peribadi korang dan maklumat ibu/bapa. lepas korang submit maklumat ni, akan ada satu e-mail lagi yang menyatakan permohonan pelarasan korang itu diterima dan keputusan permohonan akan dimaklumkan nanti. Siap! Senang kot. Takyah susah2. tak sampai sepuluh minit pun nak update tu. :)

So, apalagi. Aku dah. Korang punya turn pulak. Risau ni. Hutang banyak lagi. Huhuhu
Kalau korang masih belum sure, silakan ke laman web PTPTN untuk keterangan lanjut ok. 

orait. itu saja pesanan penaja untuk hari ni. 
nak tido awal, tapi kena membaca pulak. adus!
k bai.


p/s : cakap pasal pinjaman pendidikan, tahniah untuk Kicap yang baru saja dapat tawaran biasiswa JPA. Alhamdulillah. Murah rezeki budak itam yang chomot tu. untung sungguh! Ingat kakak mu yang berjasa ini ye dik. :)





1 comment:

Anonymous said...

wehs, pasal aku punye nxt year??!!! huwaaaaaaaaaaaaaaaaa






~coffeeaddicts~