Showing posts with label what i want to try. Show all posts
Showing posts with label what i want to try. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

setitik darah, sejuta rasa

tahun 2010, masuk ke 2011.
saya ada beberapa azam.
termasuklah menderma darah.
tapi setiap kali saya nak try, mesti saya fail kriteria yang ditetapkan.
antaranya sedang datang bulan, dalam proses makan ubat (panadol, ubat demam dll) dan tak cukup berat.
hari ni, office anjurkan sekali lagi program menderma darah.
saya ke lokasi untuk saja2 tengok. sebab confirm tak layak.
akan tetapi, hari ni hari bertuah!!


saya diperiksa oleh pegawai perubatan dan disahkan sihat nak menderma darah. dalam hati nervous, seronok, bersyukur. macam2 rasa. sebab akhirnya termakbul cecita nak derma darah. oh. darah saya jenis O. penderma universal.

saya pun excited la ke kerusi yang disediakan. darah yang diperlukan adalah sebanyak 450ml. banyak gak. two bags katanya. hahaha. neves lagi! tak sampai sploh minit, darah dah penuh. alhamdulillah. 
saya rehat sekejap dan bangun. urus setia pelawa makan mihun, saya refuse dan hanya makan bun kelapa dan air milo sahaja.

after 5 minit, saya nak menapak balik. separuh jalan, mata dah lain macam. knowing my body very well enuff, i know i'm about to passed out. haha. cepat2 pegang tangan anak buah saya dan cepat2 duduk. ye, betul. saya pitam kat situ jugak. baring dan terasa peluh keluar dari badan macam air terjun. huhu. mata memang takleh bukak langsung. telinga saya dengar macam2 orang ada kat keliling. pas 5 minit, try bukak mata. rupanya ramai kat situ. terutamanya polis bantuan. siap wilcha dah ready. depa suruh saya duduk atas wilcha and nak hantar balik ke tempat derma darah. suruh nurse check. tapi saya tanak. saya kata saya perlu baring. dan bermulalah journey naik wilcha sampai office. masa ni nak gelak tapi tengah weng. alhamdulillah sampai skarang ni, saya ok. malam ni nak tido awal. sebab nak generate energy balik.

skang saya boleh give pat on my back. sebab saya dah ada buku kecil kaler merah ni. azam seterusnya nak menderma selagi mampu. insyaAllah.
 

i'm glad i did my part.
alhamdulillah.
semoga saya terus diberikan kesihatan agar boleh menyumbang sedikit yang saya mampu.

more info on derma darah:
(i) proses derma darah
(ii) jenis pendermaan
(iii) kriteria penderma darah
(iv) keistimewaan penderma darah


ok. tu je.
donate blood, safe lives.

Monday, September 12, 2011

A dream come true for a coffee addicts #readybrew

especially for a Starbucks coffee  lover.

From September 13th, 2011 you'll enjoy ur Starbucks coffee anywhere you go, anytime u want with the latest Starbucks VIA Ready Brew! from my opinion, VIA ni macam instant coffee 3 in 1 but i bet, its gonna be better lah. afterall it is from Starbucks kan. :D




(images via starbucks.com and Starbucks Malaysia Facebook Page)


I'm not sure whether here in Malaysia they will have all sort of VIA coffee but will head up to Starbucks tomorrow to check it out. And i'll make the review later k!

for more info, please go to Starbucks Malaysia facebook page and twitter!

*crossing fingers for Caramel Macchiato Flavored Coffee VIA*

Friday, June 11, 2010

World Cup 2010 (waka waka, it's time for Africa)

it's here, finally!
yes. it's the World Cup 2010 people.
when was the last time eh? oh, 2006. i was just started working during that world cup year. and the same year jadi peeteedee.
so, are you guys ready? i know i don't. hahaha. not a big fan of soccer/football tho.
i know Kicap, Ayah, Hazry, Kiera, Dalila, WanMai suka benda2 ni. there a football freaks. :P (just to name a few, ramai je lagi kan!)
matilah ramai akan bengkak mata selepas ini.

Shakira - Waka Waka (It's Time For Africa)
(credits to YouTube)


the official page for World Cup Africa 2010, go to FIFA.com
for World Cup 2010 Africa match schedule, here is the pdf file.
World Cup History, click here.

so. which team eh? me? i'm with France. oh no, Zidane is no more playing for France. but Thierry Henry still with the France team. ermmmm. yums.
alamak. should i go for Argentina ? they have Messi rite?
or Brazil? Kaka? nah... definitely not England (i just don't know why...). i love their players. all of them. full of yummies. specially Mr. Beckham. *wink*  - eh, ada ke? :P'
Portugal? tanak jugak.
oh, i loooooove the orange team too! the Netherlands. tak boleh pilihlah. semuanya sexy dan handsome.
me love the boys. not the game. typical perempuan. boo!

tell me, which team do you support?

Wednesday, February 3, 2010

lets bake with ahkon - french macarons


korang. ingat tak entry cuti itu daya ada bitau pasal saya baking last Monday?
saya try buat macarons k. macarons are my current obsession. usai bake scones, inilah perkara seterusnya yang saya nak master. kalau baca blog2 atau webpage sifu2 pakar memasak, macarons bukanlah sesuatu yang senang untuk dihasilkan. tapi saya nekad. 

armed with recipes, tips and all the ingredients, i started baking while watching Grammy's.
saya merujuk beberapa resepi dan pilih yang terbaik berdasarkan bahan yang saya ada dan kerumitannya.
initially (a day before) i've put aside the 2 egg whites in a bowl for a night. then i started to whisk it until fluffy. making a meringue is so intricate for a first timer like moi. saat memasukkan granulated sugar saya terperasan satu ketulan gula seolah2 mangkuk yang berisi gula itu lembab/basah. saya dah rasa tak best. because every ingredients should be dry completely (free from water, even a drop will ruins everything). :(

tapi i continue je lah. nampak lah meringue itu fluffy. dan bila diterbalikkan, sumpah tak tumpah (ewahh rhyme siut). sambil tangan kanan memegang electric mixer, tangan kiri bz mencampurkan adunan icing sugar dan almond ground. power kan? haha. next tips yang saya langgar ialah gagal untuk sieve bahan2 tersebut! masih ada ketulan kecil (almond). huhu.

agak2 dalam 15 minit saya pukul putih telur tersebut, saya terus campurkan kedua-dua bahan basah dan bahan kering. kacau sehingga tak nampak dah putih telur itu. sebati la maksudnya.

saya langgar lagi satu tips. never use water-based food colouring. akibat kegatalan tangan dan mata yang ingin melihat my first french macarons berwarna, saya titiskan juga pewarna merah. kemudian saya pour everything into a disposable piping bag and put it in a tall glass. trus pipe ke atas baking sheet yang telah saya lukis bulatan2 kecil untuk elakkan dari bentuk bermacam2. 

for the first batch, i immediately throw everything into the oven. kalau ikutkan tips seterusnya, kena tunggu at least sejam dua. leceh aaa kan. konfirm semut hurung. so saya just tunggu dalam 3o minit je. according to all the recipes i've read, a good macarons does not crack on the top and have a very nice feet. mine? both nada. sedih tau. huk huk . tapi sebab kedegilan diri sendiri la kan. padan muka. i am planning o do it again. weekend ni. kali ni nak buat betul2. :P

as for now, here i present you my Strawberry Jam Macarons. 



1. meringue 2. tak jatuh ok? 3. adding the dry ingredients 
4. a big fat NO. water-based food colouring
5. piping bag in a tall glass 6. before 7. after 25 minutes 
8. my own no-feet-cracked-french macarons with strawberry jam.

oh btw, tukang rasa aka Mak kata ok lah. a bit sugary (lets cut some sugar for the next attempt!)
tapi saya masih belum puas hati. huk. nak buat lagi. lepas ni nak buat french chocolate macarons with chocolate ganache. tak kira :P (adapted from David Lebovitz - thanks for a wonderful collection of recipes!!)



Saturday, November 21, 2009

tutorial - how to use LinkWithin



ada sorang blogger (Matul) tinggalkan pesanan kat cbox aku tanya pasal camne nak buat linkwithin kat bawah setiap entry aku tuh. maksudnya, kalau kau buat satu entry, ada beberapa link yang  akan appear kat bawah setiap entry untuk orang lain baca entry lama itu.

okeh. so kalau dah ready...jom!

1. korang pegi ke http://www.linkwithin.com. (contoh interface website LinkWithin adalah seperti di bawah)




2. sebelah kanan skrin korang akan jumpa butiran yang perlu diisi macam kat bawah ni.



3. Isikan field-field seperti mengikut turutan nombor di atas atau ikut suka korang nak isi yang mana satu dulu. tapi untuk klik 'Get Widget' mesti last sekali jugak k. untuk linkkan tiap-tiap entry baru dengan entry lama korang, sila pastikan korang isi betul2 ye. Email = emel korang la. @gmail.com ke, @yahoo ke, @hotmail ke. isi lah ikut e-mel yang korang gunakan untuk blog korang tu. cam aku, aku guna gmail untuk blog, so aku key in alamat gmail aku.

4. Seterusnya, masukkan blog link korang. Untuk Matul, ko masukkan lah address beyond-cheezy.blogspot.com tu.  then jangan lupa letakkan platform blog korang. contohnya kalau guna blogger, wordpress, typepad dan sebagainya.

5. then pilih pilihan width. kalau korang pilih 3 entries, maknanya 3 entry lain akan appear kat bawah entry terbaru korang tu. dan jangan lupa klik Get Widget.next instruction akan appear mengikut pilihan yang dah korang key in sebelum ini.


ini contoh untuk dapatkan widget untuk Blogger atau Blogspot.

The End.
senang je kan?
cuma kena make sure ada e-mel, ada blog dan ikut instruction.
lepas refresh, dijamin akan keluar link untuk entry-entry lama yang terpilih.

harap ini dapat membantu korang.
terutamanya Matul.






Friday, July 10, 2009

akhir-akhir ini



i've been thinking...dalam sedar atau tidak, i've decided to try out things like these..
  1. Derma Darah (i am a sucker for blood donation. alasannya pening, takut darah, tak cukup berat dan lain2) ;
  2. Join charity untuk aktiviti kebajikan. MERCY ke, MAKNA ke, SPCA ke, WAO ke..ape2 jenis charity pun lah. Ini adalah hasil pembacaan akhbar KOSMO! yang memaparkan kesedihan penghuni Rumah Sinar Harapan (kalau tak silaplah);
  3. Join aktiviti Larian. Saya nak sihat, nak try benda baru. tapi untuk tahun ni (to date) saya dah terlepas 3 due date untuk mendaftar marathon, larian dan lain2. sapa2 yang ada info pasal any running activities, please please let me know;
  4. masuk MLM? haha yang ni belum lagilah;
  5. Organ Donation...dari dulu saya dah pernah mintak kebenaran mak, kalau jadi apa2 pada saya, saya nak sedekahkan organ dalaman saya. tapi mak tak bagi. tapi tengoklah. lagi 5-10 tahun kalau mak bagi kebenaran, saya akan sign up untuk Organ Donation;
  6. sambung Sarjana. saya dah apply secara online hari tu. tapi tak sempat mintak reference letter dari my previous lecturer. waaaaa sedeylah. kalau tak saya dah buzy dah Julai ni! :( next intake!
  7. apply ke timur? erm. borang dah ada...tinggal nak sign je. tapi bulan Disember la. Zurai kan nak kawin!!! KIV dulu.
Tujuh dulu kot. kalau ada apa2 lagi yang saya teringat, saya akan hapdet lah...

have a great weekend love!
i'm working tomorrow (i'll be at KLCC ya'll untuk menjadi comittee urusan negara - sila ke sana dan call saya k!)

buhbye..c ya!






Tuesday, June 2, 2009

am i the only one with 'mangkuk' ass?

.
lately ni ramai yang nak ke gym. among my frens la. saya rasa sangat gemuk dan tidak sihat tiba2. aja asik g swimming. begitu jugak maria. zurai memang la semakin kurus sejak bertunang sebab dia memang g gym every week! said kamis yang lelaki cute tu pun puasa every isnin kamis and never failed untuk jogging every saturday and sunday.
.
perut semakin menampung lemak yang berketul-ketulan hasil dari sarapan di mamak setiap pagi jam 6.30. walaupun saya bergerak mengalahkan lipas yang dikudungkan, tapi intake food setiap hari adalah lebih menakutkan. sentiasa lapar dan sentiasa bersedia untuk 'ngap' apa sahaja yang ada didepan mata adalah sangat teruk ok.
.
berbalik pada gym tadi. saya ada terfikir nak sign up jadi member mana-mana pusat gym. korang rasa macam mana? dengan bebanan tugas yang tak menentu, waktu kerja yang cukup tak anjal. bilakah masanya saya nak ke gym dan berpeluh? mungkin cukup dengan ke gym di KBS?
.
bila terdengar ramai member2 yang sign up membership gym ni, hati tertanya plak. do you have any other intention selain nak workout? rata-rata jawapannya ialah ya. waaaa, takut tak?takut tak? hihi
.
banyaknya reason adalah untuk mengisi masa lapang. dalam erti kata lain, gi gym boleh hilangkan masalah tu sekejap. workout akan merembeskan peluh (enzim endorfin) yang mana boleh membuatkan kita lebih happy. selain dari badan sihat dan tegap, bagi mereka2 yang ada bf/gf atau suami/isteri yang sibuk dapat elakkan dari menggatal ke tempat lain. oh silap, mungkinkah mereka akan berjumpa dengan jejaka2 sasa dan gadis2 pejal? hahaha. tapi saya rasa di kalangan memember tu kan, gym adalah escapism. maybe di umur sebegini, life yang hectic kita tak larat nak kejar, so gym tu boleh jadi tempat lepas geram. ye ker?
.
entahlah, memandangkan kehidupan sekarang lebih kepada penyelesaian isu-isu middle life crisis dan kebosanan tahap gaban, maka saya bercadang untuk menerapkan gaya hidup lebih sihat selepas ini. bukan hanya kerja, laptop, streamyx, shopping, katil, buku.
.
ada tak cadangan untuk ke mana2 gym??? semalam shahrul (one of my bestie) ajak join fitness first. cam menarik! tengok lah...check package dulu kat few gym yang ada sekitar kl, then sesuaikan dengan jadual hari2. tak pun layan wiken. ok kan?? so if korang ada cadangan mana-mana gym yang bagus, korang dah penah jadi ahli, cepat2 bitau saya k! tak larat nak menanggung kebosanan ini.
.
terima kasih in advance!!
.
XoXo
. .